Assalamualaikum,
Saudara, setiap yang Islam ketika pertama kali sampai ke Mekah, adalah disunatkan bahawa dia mengerjakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) sebagai menghirmati Ka'abah. Begitu jugalah ketika dia hendak kembali ke tnah air - meninggalkan Mekah - hendaklah dia mengerjakan Tawaf Wada' (Tawaf Selamat tinggal).
Harus diingatkan bahawa setiap Tawaf itu diwajibkan berwudu', tak perlu memakai Ikhram, dan tak perlu ke Miqat. Kita ke iqt hanya untuk dua ibadah iaitu Umrah dan Haji sahaja.
Tawaf Qudum - Menghormati Ka’abah
Seseorang Islam yang berkesempatan sampai ke Mekah, adalah diwajibkan dia membuat Tawaf Qudum (i.e. Tawaf Selamat Datang) sebagai menghormati Ka’abah. Tawaf – sama ada Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji), Tawaf Umrah, Tawaf Qudum, Tawaf Wada’ (i.e. Tawaf Selamat Tinggal), dan Tawaf Sunat - adalah diwajibkan ada Wudu’, mengelilingi Ka’abah 7 pusingan – berjalan dari Rukun/Sudut Hajar Aswad ke Sudut/Rukun Yamani, dan seterusya dari Rukun Yamani sampai semula ke Rukun/Sudut Hajar Aswad. Itu dikira satu usingan.
Bagi kes Tawaf Qudum (i.e. Tawaf Selamat Datang), ketika pertama kali sampai ke Mekah, tidak diwajibkan berikhram, memadai ada wudu’ sahaja. Begitu jugalah untuk Tawaf Wada’ (i.e. Tawaf Selamat Tinggal) ketika hendak balik ke Malaysia, menghormati dan hendak meninggalkan Mekah/Ka’abah dengan mengerjakan Tawaf Wada’. Bagi Tawaf Umrah diwajibkan berwudu’ dan memakai Ikhram dan berniat Ikhram dan umrah di Miqat. Cara dan kaedah mengelilingi Ka’abah itu untuk semua jenis Tawaf adalah sama, diperjelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) memasukkan kain ikhramnya dari bawah ketiak kanannya dan menyelubungkan kepada (katiak atau bahunya) yang kiri, setelah itu mengusap Hajar Aswad lalu bertakbir (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar’. Kemudian beliau berlari-lari kecil (lari-lari anak) tiga kali pusingan (yang mula-mula dalam Tawaf). Apabila sampai ke Rukun Yamani dan tidak terlihat oleh orang Qurais, mereka berjalan biasa, kemudian keluar terlihat berlari-lari kecil pula oleh orang Qurais (musyrik) berkata: ‘Mereka seolah-olah bagai kijang’. Kata Ibnu Abbas (r.a): ‘Maka cara yang demikian itu adalah sunnah (yakni, perlakuan) Rasulallah (s.a.w) ketika Tawaaf).’ - Hadith Abu Daud.
Perhatian: Berlari-lari anak itu adalah untuk 3 pusingan pertama (i.e. pusingan 1, 2 dan 3) dari Rukun Hajar Aswad hingga sampai Rukun Yamani. Dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad berjalan seperti biasa. Bagi pusingan 4 seterusnya sampai 7 tak perlu berlari-lari anak, dan hanyalah berjalan seperti biasa. Satu pusingan itu dikira mulai dari Rukun Hajar Aswad sampai semula ke Rukun Hajar Aswad. Ketika memulakan pusingan Tawaf di Rukun Hajar Aswad memulakan dengan beristilam (melambai ke Sudut itu sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan mulakan perjalanan (counter clockwise). Bila sampai ke Rukun Yamani beristilam (melambai) semula dengan mengangkat tangan kanan sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan kemudian mengucup telapak tangan kita.
Semasa berjalan dari Rukun Hajar Aswad ke Rukun Yamani membaca Tasbihnya, diulang-ulang beberapa kali yang dapat. Kemudian mulai dari Sudut Yamani pula ke Sudut Hajar Aswad membaca Tasbihnya yang lain pula. Bacaan-bacaan tasbih itu diperjelaskan dalam hadith-hadith di bawah. Setelah beristilam, yakni melambai ke Sudut-sudut tersebut, mengucup telapak tangan kanan.
Bacaan Tasbih/Do’a ketika Tawaf
Tawaf itu mengililingi Ka’abah sebanyak tujuh (7) kali bermula dari sudut Rukun (Sudut) Hajar Aswad sampai kembali ke Rukun Hajar Aswad, iaitu dikira satu pusingan. Ketika hendak memulakan Tawaf, pusingan pertama, beristilam ke arah Hajar Aswad, dengan kalimah ‘Bismillahi, Allahu Akbar’. Bagi keliling yang pertama hingga ketiga, hendaklah berlari-lari anak, sambil membaca sebanyak mungkin Tasbih (i.e. Do’anya) ‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’ kemudian baca ‘wala haula wala quata illa billahi' apabila dari Rukun Yamani (i.e. Sudut ketiga), sampai ke Rukun Hajar Aswad berjalan kaki seperti biasa, sambil membaca do’a ‘Allahumma inni as-alukal ‘afwa wal-afiata fid dunya wal-akhirati. Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa-fil akhirati hasanah, wa-qina ‘azabannar’ sebanyak mungkin pula. Kelilingi Ka’abah sebanyak tujuh kali. Dan, ketika sampai ke Rukun Hajar Aswad maka usaplah Rukun itu (atau, beristilam, yakni melambaikan tangan kanan ke arahnya) sambil menyebut ‘Bismillahi, Allahu Akbar’. Setelah selesai Tawah disunatkan berjalan ke belakang Makam Ibrahim dan bersolat dua rakaat dan kemudian berdoa - Do'a Nabi Adam (a.s) dan Do'a Nabi Ibrahim. Nota: Do'a-do'a ini akan dituliskan dalam post akan datang.
Menceritakan hadith oleh Humaid b Abi Sawiyah berkata: ‘ Aku mendengar ibna Hisyam bertanya kepadaa ‘Ata’ b Abi Rabah mengenai Rukun Yamani, dan dia sedang Tawaf di Baitullah, maka berkata ‘Ata’: ‘Menceritakan hadith oleh Abu Hurairah sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Disertai oleh 70 malaikat bagi sesiapa yang membaca: ‘Allahumma inni asalukal-‘afwa wal-afiata fid-dunya hasanatan, wa-fil akhirati hasanatan, wa-qina ‘azaban-nari’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya tuhanku! Sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan kesihatan di dunia dan di akhirat kebaikan dan semoga Engkau jauhi daku dari siksaan neraka) mereka para malaikat) menjawab: ‘Amin’ (Semoga Allah (a.w) mengqabulkan)). Maka ketika sampai di Rukun Hajar Aswad berkata ibnu Hisyam: ‘Wahai Aba Mhammad! Apakah yang engkau baca ketika sampai engkau di ini Rukun (Hajar Aswad)?’ Maka berkata ‘Ata’: ‘Menceritakan kepadaku Abu Hurairah sesungguhnya dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa yang melebihinya (Rukun itu) sesungguhnya dia mncium tangan Tuhan ar-Rahman.’ Berkata kepadanya ibnu Hisyam (bertanya): ‘Wahai Aba Muhammad! Maka Tawaf?’ Berkata ‘Ata’: ‘Menceritakan kepadaku Abu Hurairah sesungguhnya dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man tofa bil-baiti sab’an wa-la yatakallamu illa bi-‘subhanallahi wal-hamdulillahi wa-la-ilaha illallahu akbar, wala haula wa-la quata illa billahi’, muhiyat ‘anhu ‘asru saiyiatin wa-kutibat lahu ‘asru hasanatin wa-rufi’alahu ‘asyarata darajatin, waman tofa fatakallama wa-hua fi tilkal-hali khadha fi rahmatin bi-rijlaihi ka-khoidhil-ma-i bi-rijlaihi.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa Tawaf di Baitullah 7 pusingan dan tidak berkata-kata/bercakap-cakap dia kecuali dengan (membaca) ‘Subhanallah … illa billahi’) dihapuskan baginya 10 keburukannya dan ditulis baginya 10 kebaikan dan diangkat darjatnya 10 tingkat; dan barangsiapa Tawaf dan bercakap-cakap/berkata-kata dia sedangkan dia begitu keadaannya (i.e. sedang Tawaf) masuk dia kerahmatan Allah (a.w) dengan dua kakinya seperti masuk dia ke dalam air dengan dua kakinya. ) – Hadith Ibnu Majah dalam Kitab Manasik Haji (Peraturan Haji).
Hadith berikut juga mnjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca Tasbih berikut ketika berjalan antara Rukun Yamani sampai ke Rukun Hajar Aswad.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Saib berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda (i.e. membaca) antara dua rukun/sudut (Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad) ‘Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa-fil akhiratu hasanatan, wa-qina ‘azaban-nari’ – Hadith Abu Daud, dalam Kitab Manasik
Nota dan Perhatian: Dua hadith di atas itu menjelaskan apa yang harus dibuat dan baca ketika Tawaf – berjalan antara Rukun Hajar Aswad ke Rukun Yamani dan dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad semula (satu pusingan). Dan, tidak dibolehkan bercakap-cakap atau membaca selain bacaan. Kerana bercakap-cakap mengurangkan pahalanya. Ketika hendaklah menyedikitkan berkata-kata/bercak-cakap. Ini ketetapan Nabi (s.a.w) sejajar dengan perintah beliau ‘Khuzu ‘anni manasikakum …’ (Yang bermaksud: Ambillah dari aku (Nabi) cara dan kaedah kalian mengerjakan haji (atau umrah).

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment