Assalamualaikum,
Saydara, dalam post kali ini kita sambung ilmu pengetahuan kita tentang beberapa perkara yang wajib kita tahu dan faham supaya apabila kita berkesempatan ke Mekah pada bila-bilama, lebih-lebih lagi, semasa hendak menunaikan haji dan umrah, kita boleh membuat pelaburan akhirat yang banyak. Kita lohat kefadhalan beramal dalam Msjidil Haram, beruasa Ramadhan di Mekah, termasuklah keistimewaannya kalaulah kita ditakdirkan sampai ajal ketika berada di Mekah atau Madinah.
Keistimewaan Masjidil Haram
Saudara, Rasulallah (s.a.w) melarang umat Islam bersolat dalam 3 waktu haram - ketika matahari tegak di atas kepala, ketika matahi terbit di ufuk Timur, dan ketika matahari terbenam di ufuk Barat. Lrangan ini terpakai bagi semua umat Islam seluruh dunia. Tetapi, Allah (a.w) lebihkan Masjidil Haram - menunjukkan begitu dimuliakan oleh Allah (a.w) Masjidil Haram itu. Di dalam Masjidil Haram tidak ada waktu larangan untuk bersolat. Kita boleh bersolat setip minit, 24 jam sehari dalam Masjidil haram.
Diriwayatkan hadith dari Jubairin b Mut’im bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ya Bani Abdi Manaf, la tamna’unna ahadan tofa bihazal-bait wa-solla aiya satin sya-a min laili au nahari.’ (Yang bermaksud: Wahai Bani Abdil Manaf! Jangan mencegah (atau melarang) kamu seseorangpun Tawaf dengan ini Baitullah dan (jangan melarang seseorang) bersolat dia dalam waktu mana (atau mana-mana ketika) yang mengkehendaki dia dari waktu malam ataupun waktu siang.) - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik (Peraturan Haji)
[Nota: Bani Abdul Manaf adalah keluarga yang diberikuasa oleh Rasulallah (s.a.w) mentadbir-uruskan Masjidil Haram. Hadith ini adalah nas dan dalil bahawa tiada batasan waktu bagi solat di Mekah. Di tempat-tempat lain ada 3 waktu haram; iaitu ketika matahari terbit, ketika matahari tegak, dan ketika terbenam matahari. Umat Islm ditegah mengerjakan sebarang solat dalam tiga waktu ini. Justeru itu, jika terlena atau terlupa, maka kita terjaga/tersedar dari lupa ketika 3 masa haram ini, maka tunggu dahulu kira-kira 20 min sebelum bersolat.]
Mengerjakan Umrah bulan Ramadhan
Saudara, bagi seorang Islam yang inginkan simpanan akhirat yang banyak, untuk kejayaan akhirat, beramal dalam bulan puasa/Ramadhan di Mekah, adalah peluang keemasan bagi kita mseumpama pahala satu haji! Dalam hadith lain disebutkan satu umrah dalam bulan Ramadhan mendapat pahala seumpama berhaji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w). Alangkah besarnya dividen akhirat apabila menunaikan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w).
Bagi mereka yang rajin ke Mekah, terutama yang hobinya, mengerjakan umrah, adalah lebih baik jika mereka ke Mekah dalam bulan Ramadhan, kerana, disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) alam hadith ini, satu umrah dalam bulan Ramadhan mendapat ganjaran pahala seumpama pahala satu haji atau mengerjakan haji bersama-sama dengan beliau.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘’Umratun fi Ramadhana ta’dilu hajjatan.’ (Yang bermaksud: ‘Satu umrah dalam bulan Ramadhan membandingi (yakni, sama pahalanya dengan) satu haji.) - Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik (Peraturan Haji).
[Nota: Inilah nas dan dalil as-Sunnah bahawa sekali mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan sama pahalanya dengan satu haji, atau dalam hadith yang lain seumpama mengerjakan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w).]
Kefadhalan Berpuasa Ramadhan di Mekah
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith ini betapa banak dan berbagainya bagi umat Islam mengerjakan amalan di Mekah, terutamanya di Masjidil Haram. Hadith in menyebutkan 4 keuntungan besar yang kita dapati sekiranya kita berada di Mekah dalam bulan Ramadha,
Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjumpai Ramadhan di Mekah maka berpuasa dia dan berdiri (yakni, solat dia Solat Terawih dll) apa-apa yang memudahkan baginya, (pertama) ditulis Allah (a.w) baginya 100,000 berpuasa Ramadhan di dalam apa-apa selainnya (i.e. selain Mekah); dan (kedua) ditulis Allah (a.w) baginya dengan setiap siangnya memerdekakan seorang hamba dan setiap malamnya memerdekakan seorang hamba, dan (ketiga) setiap siangnya menyerahkan (yakni, memberi) seekor kuda pada sabilillah (yakni, membela agama Allah (a.w); dan (keempat) pada setiap hari kebaikan dan pada setiap malamnya kebaikan (yakni, kebaikan ibadah di Masjidil Haram, iaitu gandaan pahala 100,000 pahala).’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik.
Gandaan pahala beramal di Masjidil Haram adalah gandaan 100,000 kali ganda – sama ada dalam bulan Ramadhan ataupun tidak. Tetapi, berpuasa Ramadhan di Mekah mendapat gandaan pahala 100,000 hari puasa bagi setiap hari yang dipuasakan.]Tapi, harus diingatkan bahawa puasa yang memanfaatkan kita adalah mmenuhi persyaratan yang teahpun kita teliti dengan panjang lebar dalam blog bulan lalu (Ogos).
Keutamaan Mekah dan Masjid al-Haram
(-) Job Specs Rasulallah (s.a.w)
Saudara, Allah (a.w) memberitahu manusia - khususnya umatnya - bahawa tugasbeliau adalah menyampaikan syariat Islam, dan adalah tanggung jawab individu itu melakssanakan ketetapan Allah (a.w) sebagai orabg Islam.
Firman Allah (a.w): ‘Innama umirtu ‘an ‘abuda rabba hazihil baldatil lazi harramaha walahu kullu syai-in wa-umirtu an akuna minal muslimina.’ (Yang bermaksud: (Katakanlah wahai Muhammad): Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan Allah (a.w) Yang Menguasai segala-galanya dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari kalangan orang-orang Islam (yakni, yang menyerah diri atau pasrah kepadaNya)’) - Ayat 97: an-Namli.
Rasulallah (s.a.w) menyampaikan agama Islam kepada manusia, agama yang menjadi jaminan untuk berjaya di akhirat, jika dipatuhi.
(-) Mekah akan tetap aman (janji Allah (a.w)
Saudara, setelah Nabi Ibrahim (a.s) dan anaknya Ismail (a.s) membina tembok Mekah, Nabi Ibrahim (a.s) berdoa suaya diamankan Mekajh dan dimakmurkan supaya segaakeperluan anusia dari makan dan buah-buahan ada di Mekah. Nyata doa Nabi Ibrahim (a.s) itu dikabulkan Allah (a.w). Buktinya hari ini di Mekah terdapat segala jenis makanan dan buah-buahan, kerana dibawa manusia dari merata cerok alam ke sana.
Firman Allah (a.w): ‘Awalam numakkin lahum haraman aminan yujba ilahi thamaratu kulli syai-in rizkan min ladunna wa-lakinna aktharahum la ya’lamuna.’ (Yang bermaksud: Bukankah Kami (Allah (a.w)) telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Mekah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian (yakni, kurniaan) dari sisi Kami (Allah (a.w))? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti (i.e. tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (yakni, tidak bersyukur).) - Ayat 57: al-Qasas.
Malangnya, majoriti umat manusia tidak bersyukur dengan pelbagai kurnian dan pemberian Allah (a.w). Ini adalah kenyataan dan realiti dunia.
Contohnya: majoriti manusia tidak Islam. Majoriti umat Islam sendiri beramal dan mengikuti syariat agama Islam yang tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, sehinggakan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di akhir zaman - termasuk hari ini - umat Islam akan berpecah belah menubuhkan pelbagai firqah/mngikuti pelbagai fahaman Islam, kerana mereka tidak meenpatkan diri mereka belajar ilmu yang haq tentang Islam darisumber dan panduan yang haq, aitiu al-Quran dan as-Sunnah. Kerana itu majoriti umat Islam akan sesat dan menyimpang dari 'siratul mustaqim' yang mereka minta 17 kali sehari dari Allah (a.w).
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kerana kejahilan ilmu dan kerana ketaksuban kepada kebijaksanaan manusia, umat Islam melupakan al-Quran dan as-Sunnah, sebaliknya mengutamakan panduan manusia, maka 72 daripada 73 fahaaman Islam adalah sesat, menjerumuskan mereka ke dalam neraka, walaupun Islam, dan hanya satu golongan yang berjaya mendapat syurga iaitu mereka yang berpandukan dan mengikuti as-Sunnah dan mereka berjema'ah dalam Islam.
(-) Larangan kepada pengunjung Mekah
Saudara, hadith ini menyebutkan larangan memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan hedupan di Mekah. Larang-larang dalam hadith adalah termasuk dalam oantang larang atau larangan setelah berikhram dan memasang niat untuk haji atau umrah.
Diriwayatkan hadith dari Taus hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata pada hari pembukaan Mekah (penaklukan Mekah): ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna haza balada harramahullahu la yu’dadu syaukuhu wala yunaffaru soiduhu wala Naltaqit luqatotahu illa man harafaha.’ (Yang bermaksud Sesungguhnya ini negeri (yakni, Mekah) ini dimuliakan (i.e. diharamkan oleh) Allah (a.w), (maka) tidak boleh atau jangan (dipotong atau dirosakkan) pohon-pohonya (i.e. kayu kayannya), dan jangan diburu binatang buruannya dan jangan mengambil barang-barang yang dijumpai di Mekah kecuali (apabila diambilnya, maka) orang yang sanggup menyiarkannya (selama satu tahun).) - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
[Nota: Jema’ah haji/umrah ditegah mengambil apa saja barang berharaga yang dijumpainya dalam tanah haram (di Mekah), kerana jika diambilnya maka dia diwajibkan memberitahu semua yang ada di Mekah siapa yang memunyai barangan tersebut – disiarkan selama setahun – maka wajib dia menetap di sana sehingga tamat tempoh menyiarkannya.]
Kefadhalan Mati di Tanah Haram
(-) Yang mati di Mekah ketika menunaikan haji/umrah
Sauadara, dalam hadith berikut disebutkan seolah-olah Rasulallah (s.a.w) menggalakkan umatnya supaya mati di di Madinah, dan orang tersebut disaksikan oleh Rasulallah (s.a.w). Dalam hadith berikut disebutkan bahawa mati di dua tanah haram - Mekah dan Madinah - diamankan dari siksaan neraka di akhirat klak.
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibnu Omar berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Manis-tota’a minkum an yamutu bil-Madinati falyaf’al fainni asyhadu liman mata biha.’ (Yang bermaksud: Barangsapa di kalangan kamu bahawasanya yang mampu (maksudnya, ditakdirkan sampai ajal) mati di Madinah, maka berbuatlah (yakni, silakanlah) bahawasanya aku (Nabi) sungguh-sungguh menyaksikan (yakni, menyaksikan keIslaman) bagi orang yang mati di sana.’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik (Peraturan Haji).
Saudara, dalam Islam penyaksian keIslaman dan keimanan seseorang itu amat utama. Maka dengan itulah dalam Islam wajib umatnya berjema'ah - maksudnya ada pemimpin/Imam yang menyaksikan keIslaman seseorang itu supaya halal hidupnya di dunia sebagai orang Islam dan sah segala amalan dan ibadahnya sebagai orang Islam, dan di akhirat kelak berhimpun di belakang Imam masing-masing. Maka dalam Islam penyaksian itu adalah utama. Justeru itulah sesiapa yang mati di Madinah itu dipersaksokan oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai pemimpin umatnya.
(-) Mati di dua tanah haram (i.e. Mekah dan Madinah)
Saudara, Allah (a.w) mengutamakan,yakni memuliakan dua tanah haram, iaitu di Madinah dan di Mekah, kerana kedua-dua tanah haram ini adaalah pusat temadun dan peradaban Islam. Rasulallah (s.a.w), ketika diangkat menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun, lahir di Mekah dan menyebarkan syariat agama Allah (a.w), sehinggalah terpaksa berhijrah ke Madinah, dan di Madinah beliau menyambung dakwah menyebarkan agama Allah (a.w) sehinggalah beliau wafat selama 23 tahun.
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Muaammal-Makiyi hadith dari Zubeir hadith dari Jabir berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man mata fi ahadil-haramaini bu’itha amina yaumal-qiamati.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang mati di dalam dua tanah haram (yakni, Mekah dan Madinah) dibangkitkan aman di hari kiamat (i.e. masuk syurga selamat dari neraka).) - Hadith at-Tobrani.
Hadith ini menyebutkan keistimewaan yang dikurniakan Allah (a.w0 kepada sesiapa yang ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah, yang mati
sebelum selesai menunaikan ibadah tersebut, dijamin Allah (a.w) seolah-olah telahpun menyempurnakan haji atau umrah mereka. Dan, apabila kiamat dunia kelak mereka yang mati di du tanah haram ini akan selamat dari siksaan neraka, dan mendapat balasan syurga. Justeru itulah ramai orang tua Islam berharap supaya disampaikan ajal mereka ketika berada di Mekah atau Maddinah.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment