Assalamualaikum,
saudara, sebelum kita teliti bagaimana mengerjakan haji dan umrah secara semourna - rukun qalbinya (niat), rukun fe'linya (perlakuan dan perbuatan) dan rukun qaulinya (bacaan dan doa) - kita teruskan melihat dan meneliti beberapa perkara yang memungkinkan kita mendapat haji mabrur dalam ibadah haji kita. Haji itu tiada gunanya kalaulah kita tidak mendapat haji mabrur. Ganjaran haji mabrur mengikut ketetapan Allah (a.w) yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah adalah syurga yang pasti. Sebagai orang iman - kita tahu dan faham bahawa ada kehidupan yang lebih utama setelah matinya manusia, iaitu adalah alam kubur, diikuti alam pengadilan di padang makhsyar dan akhirnya alam akhirat yang kekal. Maka kita kerjakan setiap amalan dan ibadah itu bertujuan semata-mata mencari dan ingin mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) supaya mendapat balasan syurga dan selamat dari siksaan Allah (a.w) dalam neraka - Ayat 57: al-Isra' (='wa-yarjuna rahmatahu wa-yakhafuna 'azabahu' (Yang bermaksud: Dan kearna mengharapkan kerahamatan Allah (a.w) (i.e. mendapat balasan syurga) dan kerana takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. selamat dari neraka).

Saudara, tidak ada matamat lain menjadi orang Islam dan iman, kecuali itu saja. Namun, seringkali majoriti umat Islam ambil mudah. Semua yang Islam di kalangan orang Melayu adalah Islam kerana dilahirkan Islam, bukan Islam kerana pilihan. Maka dengan itu, orang Melayu beramal dan beribadah atas dasar 'ilmu warisan' bukan ilmu yang dipelajari dan difahami dan diamalkan secara sedar, kerana mendapat kefahaman melalui ilmu. Justeru itulah, majoriti umat Islam gagal mendapat syurga kerana tersasar jauh dan tersesat dan beramal tetapi batil amalan mereka. Trmasuklah dalam perkara haji dan umrah, ramai yang batil amalan atau ibadah hajinya. Maka blog ini cuba berikan ilmu serengkas yang boleh supaya ibadah haji pembaca, dan mereka yang ingin ikuti syariat Islam yang benar, dapat mengerjakan haji dan umrah yang betul berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, insya Allah.
Allah (a.w), Islam dan Ibadah Haji
Saudara, matlamat setiap yang Islam tunaikan haji dengan berbelanja begitu banyak wang mengerjakannya adalah untuk memenuhi tuntuan Rukun ke-5 Rukun Islam, supaya sempurna amalan keIslaman seorang yang akui dirinya Islam. itu bukan matlamat ibadah haji. Matlamat ibadah haji dan umrah - sebagaimana tujuan dan matlamat setiap amalan dan ibadah selainnya - adalah memenuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 56: az-Zariat: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni' (Yang bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka (maksudnya, mengerjakan ibadah - buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah) kepadaKu). Mengabdikan diri itu pra-syarat untuk berjaya di akhirt. Dan, tiada kejayaan akhirat kecualilah menganuti agama islam - agama yang Allah (a.w) cipta untuk manusia jadikan platfom (atau, wadah) untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Dan, Rukun Islam adalah rengkasan amalan dan ibadah yang diwajibkan umat Islam itu asaskan pengabdian mereka.
Kefadhalan serta pahala Haji Mabrur
(-) Haji mabrur
(-) Haji mabrur
Saudara, kita diberitahu oleh para ulama' bahawa matlamat haji kita adalah untuk mendapat Haji Mabrur. Kenapa? Haji Mabrur itu balasannya syurga secara pasti. Mungkin kerana itu ramai umat Islam menunggu setelah tua baru tunaikan haji! Kerana takutkan selepas haji tidak boleh lagi main-main dalam Islam, perlu menjadi orang yang taat dan zuhud dalam semua perkara. Maka majoriti umat Islam tangguhkan mengerjakan ibadah haji mereka. Ada yang kaya pula berhaji kerap kali pula kerana membasuh dosa-dosa yang terjadi selepas haji yang lalu, maka ingin dibersihkan semula!
Saudara, Islam mensyaratkan bahawa hendaklah bersegera mengerjakan haji ketika sudah mampu mengadaakan peruntukan perbelanjan dan setelah memiliki ilmu mengenainya. Kerana, jika ditakdirkan mati sebelum sempat mengerjakan haji, Islam hukumi orang sedemikian itu mati dalam kekafiran, maksudnya mati tidak Islam, wal iya zubillah. Maka Allah (a.w) dan RasulNya perintahkan umat Islam bersegera mengerjakan haji apakala sudah mampu.
Saudara, balaan Haji Mabrur itu disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith bahawa Abi Hazim berkata mendengar dia Aba Hurairah (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man hajja lillahi falam yarfuth wala yamsuq raja’a kayaumi waladathu ummuhu.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengerjakan haji (dengan murni dan ikhlas semata-mata) kerana Allah (a.w) dan tidak menyetubuhi isterinya (ketika berikhram) dan melakukan pelanggaran (yakni, dalam pantang larang berikhram) maka kembali dia pada hari qiamat seumpama anak kecil yang dilahirkan oleh ibunya (i.e. dalam keadaan fitrah, yakni tanpa dosa).) - Hadith Bukhari & Muslim, Kitab Haji.
[Nota: Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) dalam al-Quran bahawa Haji Mabrur itu didapati dengan menepati dua syarat yang disebutkan Ayat 197, Surah al-Baqarah , iaitu ‘la yarfuth' dan ‘wala yamsuq’ dan ‘la-jidala’. Nota: ‘ar-rafasa’ = kesemua kelakuan yang mempersungguh untuk menjimak isteri; ‘al-Fusuka’ = Menentang kesemua pantang larangnya; ‘al-Jidal’ = membantah atau bantah membantah atau bertengkar atau bergaduh (yakni, bergaduh lelaki dengan rakannya) ketika berikhram atau ketika mengerjakan ibadah haji.]
Kemudian disebutkan pula larangan berikut, jika berlaku, maka tidaklah mendapat Haji Mabrur.
Diriwayatkan hadith dari Fadil bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) yang menjaga mulutnya (i.e. kata-katanya) dan pendengarannya (i.e. telinganya) dan pemandangannya (i.e. matanya) pada hari Arafah diampuni baginya (dosanya) dari Arafah hingga ke Arafah (yang akan datang).’ - Hadith al-Baihaqi dalam Kanzil Umal.
Dan, disebutkan pula larangan berikut, jika dilakukan, maka tidak jugalah mendapat Haji Mabrur itu.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda (kepadanya): ‘Wahai anakku (Ali) dan saudaraku (Abbas) ini hari (hari Arafah) adalah hari yang memiliki dalamnya dengan mata kecuali dari yang haq, dan pendengaran kecuali yang haq dan perkataan atau kata-kata kecuali yang haq, diampuni bagi orang itu’ yakni, hari Arafah.’ - Hadith al-Baihaqi dalam Kanzil Umal.
Dan, disebutkan juga dalam hadith berikut perlakuan yang membatalkan kemabruran haji kita.
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) (b Abdullah) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) yang telah menyelesaikan pada ibadah haji dan selamat orang Islam dari mulutnya dan tangannya diampunkan baginya apa-apa yang telah mendahulukan mereka dari dosa-dosanya.’ - Hadith riwayat Abdul Hamid dalam Kanzil Umal.
Saudara, demikianlah beberapa persyaratan bagi membolehkan seorang yang mengerjakan ibadah haji itu berjaya mendapat Haji Mabrur, larangan dan tegahn yang wajib diberi perhatian olehnya setiap masa, terutama ketika telah mengenakan niat dan berikhram sehinggalah bertahlul, selesainya ibadah hajinya.

(-) Haji dan umrah menghapus kefakiran dan dosa
Diriwayatkan hadith dari Dyaqiq hadith dari Abdullah bin Masud (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tabi’una bainal hajji wal-‘umrati fainnahuma yanfiyanil faqra waz-zunuba kama yanfil kiru khabathal-hadidi walz-zahabi wal-fiddati walaisa lilhajjatil mabrurati illal jannah.’ (Yang bermaksud: Aku menyuruh kamu mengerjakan haji dan umrah maka sesungguhnya kedua-duanya menghapus dari kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana penyembur api (furnace) (yang digunakan oleh tukang besi dsbnya) melebur atau membersihkan besi dan emas dan perak dari karat-karatnya dan tidaklah (mendapat ganjaran) haji mabrur (yang baik) kecuali mendapat syurga.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
[Nota: Ganjaran Haji Mabrur adalah syurga. Segala perbelanjaan yang dibelanjakan untuk ibadah haji akan diganti oleh Allah (a.w) semula, maka tidak akan menjadi miskin dan fakir orang yang berbelanja kerana menunaikan ibadah haji.]
(-) Tanda-tanda haji mabrur
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa tanda-tanda kemabruran haj itu dapat dilihat dari ereka yang kembali dahi menunaikan haji menjadi orang yang menunjukkan dua sifat: pertaama, dia tidk kedekut, sentiasalah suka menjamu makan kepada saudaranya yang Islam - contohnya di bulan Ramadhan dia menjamu orang-orang yang berpuasa ketika berbuka, dan mengadakan jamuan dan kenduri kendara bagi orang-orang miskin dan fakir, dan kedua, dia sentiasalah bercakap dengan akhlak mulia, tidak berbohong, menipu atau berkasar bahasa dan sentiasa berlembut lebih mendengar kata-kata orang dari bercakap sebarangan, setiap masa. inilah mesej hadith beerikut:
Diriwayatkan hadith dari Muhammad al-Munkadiri hadith dari Jabir (r.a) berkata: ‘Ditanya seseorang akan Rasulallah (s.a.w): ‘Apakah haji yang baik?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘It’amut-to’am wa-toibul kalam.’ (Yang bermaksud: Memberi makan akan makanan (yakni, bersedekah), berkata-kata (i.e. ketika bercakap, maka bercakap) dengan kata-kata yang baik-baik.) - Hadith Hakim di dalam al-Mustadrak, Kitab Manasik.
Saudara, dua sifat yang disebutkan ini mungkin nampak superficial atau enteng, tetapi, dari segi praktiknya, sukar untu menjadi orang yang pemurah dan lebih sukar untuk menjadi orang yang bercakap dengan kalimah yang baik-baik setiap masa.

(-) Tetamu Allah (a.w)
Saudara, nmertabat orang yang mengerjakan haji dan umrah itu tinggi, kerana dalam tempoh dia berada di Mekah dan Madinah kerana urusan haji dan umrah mereka adalah tetamu Allah (a.w). Allah (a.w) menghrmatinya dan melayaninya setiap sesuatu yang wajar dilayani terhadapnya sebagai tetamu. Dalam pada itu, sebagai tetamu Allah (a.w) hendaklah dia tertib dan berdisiplin sepanjang tempoh menjadi tetamu - melakukan segala sesuatu yang disukai Allah (a.w) dan tidaklah melakukan sesuatu yang dibenci oleh tuan rumahnya, iaitu Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith dari Mahramah hadith dari bapanya berkata: ‘Mendengar aku Suhail bin Abi Soleh berkata: ‘Mendengar aku bapaku berkata: ‘Aku mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tetamu Allah (a.w) itu ada tiga golongan: (Golongan pertama) ‘al-ghazi (orang yang berperang pada jalan Allah (a.w), yakni membela agama Islam), (Golongan kedua) wal-hajji (dan orang yang mengerjakan atau menunaikan haji) dan (Golongan ketiga) wal-muktamiru (dan orang yang mengerjakan umrah).’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik Haji.
Sebagai tetaamu, Allah (a.w) terima segala doanya ketika dia berdoa. Dan, Allah (a.w) terima ibaah haji dan umrahnya, ketika dia mengerjakan ibadah haji dan umrah. Maka dengan itulah do'a orang yang mengerjakan haji dan umrah itu dilayani Allah (a.w), lenih-lebih lagi do'a yang dibaca/dido'akan ditenpat-tempat yang mustajab di Mekah.

(-) Hijrah orang tua dan wanita
Saudara, jihad adalah satu-satu amalan yang ama dipuji oleh Allah (a.w) - jihad melaui diri dan jihad melaui harta - demi melestarikan atau memakmurkan agama Allah (a.w) dan demi membantu umat Islam. Mungkin seorang yang tua dan kanak-kanak tidak mampu berjihad kerana lemah fisikalnya dan kurang kemampuannya dari segi wang ringgit. Namun, mengerjakan haji atau umrah adalah sama pahalanya sebagaimana berjihad bagi orang tua dan kanak-kanak. Inilah ketetapan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Jihadul kabiri was-soghiri wad-do’ifi wal-marati al-hajju wal-‘umratu.’ (Yang bermaksud: Jihad bagi orang tua dan kanak-kanak dan yang daif (yakni, orang dewasa yang lemah dari berjihad dengan diri dan hartanya dalam jalan Allah (a.w) kerana sakit dan sebagainya) dan jihad bagi wanita adalah (mengerjakan) haji dan umrah.) - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik Haji.
Saudara, alam perkara jihad, jiihad kekerasan sudah tiada lagi dalam Islam setelah wafatnya Rasullah (s.a.w) an setelah dinbatkan Islam sebagai agama yang ditinggikan mertabatnya di muka bumi. maka dengan itulah berjihad kini adalah untuk melestarikan Islam dan memakmurkan Islam dan umat Islam semata-mata. Bagi diri seseorang secara personalnya, jihad yang paling utama adalah jihad melawan kemahuan nafsu - yang boleh menimbulkan perbagai dosa, jika tidak dikawal dan terkawal - keinginan untuk kedudukan, kemewahan, penghormatan, sanjungan, kuasa dan sebagainya - adalah keinginan nafsu yang, kalau tidak dapat dibendung atau diarahkan secara benar mengikut lunas-lunas ketetapan Islam, akan menjerumuskan seorang Islam yang iman itu masuk neraka, dan tersisih dari syurga.

(-) Gandaan pahala perbelanjaan untuk haji dan umrah
Saudara, sememangnya kos mengerjakan ibadah haji itu semakin besar dan berat, namun dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu seseorang yang berbelanja kerana hajidan jga umrah tidak wajar curiga menjadi miskin atau meleset, kerna setiap ringgit yang dibelanjakan akan diganti oleh Allah (a.w) semula selepas kembali menunaikan haji - dalam banyak bentuk rezki dan kemanfaatan akhiirat.
Menceritakan hadith oleh ‘Atak bin Sai’ hadith dari Abi Zuhair hadith dari Abdullah bin Buraidah hadith dari bapanya berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘An-nafaqatu fil-hajji kal-nafaqati fi sabilillahi bisab’i miati di’fin.’ (Yang bermaksud: Adapun nafkah (atau perbelanjaan atau biayaan) di dalam haji (yakni, kerana mengerjakan) (adalah) seumpama perbelanjaan dalam fi sabilillah (yakni, perbelanjaan membela agama Allah) (dan mendapat pahala) dengan gandaan 700 gandaan.) - Hadith Ahmad, di dalam Musnad.
Wang yang dibelanjakan kerana menunaikan haji - bukan setakad apa yang dibayar kepada ejeb haji, tetapi setiap ringgit yang dibelanjakan ketika mengerjakan haji - selama 30 - 45 hari itu, dikira sebagai belanjan fi sabilillah, yang memberikan pahala yang amat hebat di sisi Allah (a.w) di akhirat kelak. maka dengan itulah umat islam itu disuruh menginfaqkan sebahagian rezki yang diterimanya dari Allah (a.w) untuk tujuan fi sabilillah - perbelajanan yang membolehkan dia merisabkan tempat teraik dalam syurga.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment