Assalamualaikum,
Saudara, jema'ah haji dan umrah dinasihati suoaya memaksimumkan kehadhiran mereka di Masjidil Haram dengan mengerjakan sebanyak mungkin ibadah dan mempelbagaikan ibadah ketika di Mekah (maksudnya, di Masjidil Haram). Pengalaman lampau menunjukkan bahawa ramai pengunjung Mekah, terutama jema'ah haji, yang menghabiskan masa mereka berada di hotel atau membeli belah. Walhal, mereka sewajarnya menimba sebanyak pahala dengan beribaah dan beramal di dalam Masjidil Haram.
Sehubungan itu, dalam post ini kita tenegok beberapa panduan as-Sunnah tentag mengoptimumkan masa dalam mencari pahala dan mendapatkan kerahmatan Allah (a.w).
Memanfaatkan masa di dalam Masjidil Haram/Ka'abah
(-) Menghabiskan masa di dalam Masjidil Haram
Saudara, bagi saudara yang berkesempatan berada di Mekah, khususnya di Masjidil Haram, maksimumkanlah amalan dan ibadah bagi mendapat 120 kerahmatan yang diturunkan Allah (a.w) atas Masjidil haram setiap siang dan setiap malam hari.
Diriwayatkan hadith dari Auza’i dari ‘Atak dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallah ta’ala yunzilu fi kulli yaumin wa-lailatin ‘isrina wamiata rahmatin yanzilu ‘ala hazal baiti sittuna lit-toifina wa-arba’una lil musollina wa-‘isruna lin-nazirina.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah yang maha Agung menjadikan (i.e. menurunkan) bagi setiap hari dan setiap malam seratus dua puluh (100+20) kerahmatan atas masjid Baitullah ini (i.e Masjid al-Haram), 60 kerahmatan untuk orang-orang yang tawaf, 40 kerahmatan bagi orang yang bersolat dalam Baitullah dan 20 kerhamatan bagi orang yang melihat Baitullah (atau Ka’bah) (i.e. memandang ke arahnya sambil berdo’a).) - Hadith Tobrani.
[Nota: Sesiapa yang berpeluang berada di Masjidil Haram, eloklah dia memperbanyakkan amalan di dalam Masjidil Haram kerana: pertama, mengerjkan Tawaf sunat mendapat 60 kerahmatan; kedua, mengerjakan solat sunat mendapat 40 kerahmatan; dan ketiga, berdo’a sambil memandang ke arah Ka’abah, mendapat 20 kerahmatan, mejadikan jumlahnya 120 kerahmatan pada siang harinya dan begitu juga pada malam harinya. Kerahmatanlah yang membolehkan seseorang itu mendapat balasan syurga di akhirat kelak. Selain, segala amalan dalam Masjidil Haram diberi gandaan pahala sebanyak 100,000 kali gandaan pula.]
(-) Berdo’a di Multazam
Saudara, cara berdo'a di Multazam itu dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) mengikut keterangan hadith berikut:
Mencerita Mussana bin Syu’bah hadith dari ‘Amru bin Syuib hadith dari bapanya dikatakan bertawaf bersama-sama Abdullah maka ketika apa-apa sampai di belakang Ka’abah berkata aku: ‘Tawaf aku beserta Abdullah, maka ketika datang aku di belakang Ka’bah, berkata aku: ‘Tidak memohon engkau perlindungan (dari Allah (a.w)?’ Maka berkata Abdullah: ‘Aku berlindung dengan Allah (a.w) dari neraka.’ Kemudian berjalan sehingga mengusap Hajar Aswad, dan berdiri antara rukun (Hajar Aswad) dan pintu (Ka’bah), maka meletakkan dadanya dan wajahnya dan kedua-dua tangannya begini (sambil menunjukkan bagaimana Rasulallah (s.a.w) berbuat) terbuka kedua-dua tangannya apa-apa yang terbuka.’ Kemudian berkata: ‘Beginilah aku melihat Rasulallah (s.a.w) berbuat seperti itu.’ - Hadith Abu Daud, dalam Kitab Manasik.
[Nota: Hadith ini menceritakan perlakuan Rasulallah (s.a.w) berdo’a di Multazam – dia melekapkan dadanya dengan tangan kanannya di angkat ke atas sementara tangan kirinya diletakkan di bawah, sementara pipi kanannya diletakkan di dinding Ka’abah, sambil berdo’a. Kerana ramainya manusia berada di sekeliling Ka’abah sekarang ini tidak mungkin perlakuan ini dilakukan.]
(-) Cara berdo’a selepas mengusap Hajar Aswad
Saudara, bagi saudara yang berkesempatan (lazimnya tidak berpeluang kerana ramainya manusia yang berebut-rebut untuk mengusap/mencium Hajar Aswad), berdo'ah di kawasan Mulatazam - iaitu bahagian tembok Ka'abah antara Rukun Hajar Aswad dengan pintu Ka'abah.
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Safuan berkata: ‘Nescaya apa-apa sesudah penaklukan kota Mekah oleh Rasulallah (s.aw) berkata aku: ‘Nescaya ketika memakai aku pakaianku dan adapun aku di rumahku yang letaknya di atas salah satu jalan (ke Mekah), maka melihat aku bagaimana berbuat Rasulallah (s.a.w). Maka berangkat aku, maka melihat aku akan Nabi (s.a.w) sungguh-sungguh sudah keluar dari Ka’bah dan dia dan para sahabat sungguh-sungguh mengusap Baitullah dari pintu al-Hatim dan sunggh-sungguh meletakkan pipinya atas (dinding) dan Rasulallah (s.a.w) di tengah-tengah mereka.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Manasik]
Cara berdoa aalah melekapkan tubuh baan - bahagian dada ke dinding/tembok Ka'abah di bahagian dinding antara Sudut Hajar Aswad dan pintu Ka'abah, dengan menghamparkan tangan kanan ara ke atas dan tangan krri arah bawah, kemudian berdo'a dengan apa-apa do'a yang kita ingin baca.
[Nota: Sila rujuk nota di atas. Hadith yang serupa dari perawi yang lain di bawah]
Menceritakan Mussana bin Syu’bah hadith dari ‘Amru bin Syuib hadith dari bapanya dikatakan bertawaf bersama-sama Abdullah maka ketika apa-apa sampai di belakang Ka’abah berkata aku: ‘Tawaf aku beserta Abdullah, maka ketika datang aku di belakang Ka’bah, berkata aku: ‘Tidak memohon engkau perlindungan (dari Allah (a.w)?’ Maka berkata Abdullah: ‘Aku berlindung dengan Allah (a.w) dari neraka.’ Kemudian berjalan sehingga mengusap Hajar Aswad, dan berdiri antara rukun (Hajar Aswad) dan pintu (Ka’bah), maka meletakkan dadanya dan wajahnya dan kedua-dua tangannya begini (sambil menunjukkan bagaimana Rasulallah (s.a.w) berbuat) terbuka kedua-dua tangannya apa-apa yang terbuka.’ Kemudian berkata: ‘Beginilah aku melihat Rasulallah (s.a.w) berbuat seperti itu.’ [Hadith Abu Daud, dalam Kitab Manasik]
Perlakuan berdo'a di Multazam itu dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w0, ketika berdo'a itu Rasulallah (s.a.w) ditemani oleh dua sahabat yang berdiri dikiri kanan beliau. Seorang daripada sahabat tersebut adalah Talhah.
(-) Minum air zamzam sedang berdiri
Saudara, hadith ini memberitahu kita sunnah minum air zam zam iaitu minumnya dalam keadaan berdiri.
Diriwayatkan hadith dari ‘Asim dari Sya’biyi bahawasanya Ibnu Abbas (r.a) menceritakan hadith berkata: ‘Berhenti sebentar Rasulallah (s.a.w) dari zam-zam dan minum dia (air zam-zam) sedangkan dia sedang berdiri (yakni, keadaannya berdiri).’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
[Nota: Hadith ini menyebutkan cara minum air zam zam, iaitu minumnya dalam keadaan berdiri, membaca ‘Bismillah’ kemudian membaca do’a khususnya dan disudahi dengan menyebut ‘Alhamdulillah’.
Peringatan: Setiap kali kita ingin melakukan sesuatu kebaikan hendaklah dimulakan dengan menyebut ‘Bismillah’ dan setiap kali kita mendapat manfaat atau cubaan atau musibah sebutlah ‘Alhamdulillah’.]
(-) Adab Ketika minum air zamzam dan ketika selesai minum
Saudara, kita diberitahu alam hadith berikut bahawa adab minum ai zam zam itu adalah berdiri, dan minum dalam tiga tegukkan, sambil membaca 'Bismillah' dan berdo'a, dan setelah selesai menyebut 'Alhamdulillah'.
Diriwayatkan hadith dari Muhammad bin Abdul Rahman bin Abi Bakrin berkata: ‘Adapun aku di sisi Ibnu Abbas (r.a) sedang duduk, maka datang seorang lelaki maka berkata dia (i.e. bertanya): ‘Dari mana kamu datang?’ Berkata (lelaki): ‘Dari Zamzam’, berkata Ibnu Abbas: ‘Maka meminum engkau darinya sebagaimana yang kami buat?’, berkata dia: ‘Bagaimana?’, berkata Ibnu Abbas: ‘Ketika minum darinya maka menghadaplah ke Kaabah dan bacalah ‘Bismillah’ dan bernafaslah (yakni, minum dengan tegukan) tiga kali dan ketika selesai minum maka ucaplah ‘Alhamdulillah’ kepada Allah (a.w) Yang Maha Mulia lagi Maha Agung’, sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya tanda-tanda (yang membezakan) apa-apa antara kami (orang Islam dan beriman) dan orang-orang munafiq, (adalah, orang munafiq) tidak minum mereka air zam-zam.’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik.
Hadith ini menyebutkan bahawa salah satu tanda-tanda orang munafiq itu adalah dia tidak akan inum air zam zam. Orang munafiq itu, antara sifatnya, adalah tidak mahu minum air zam zam.
(-) Do’a ketika minum air zamzam
Saudara, ketika berada di Masjidil Haram, aalah disunatkan suaya minum sekerap yang mamu air zam zam kerana kerberkatannya. Semenjak Nabi Islamil (a.s) menendang bumi sehingga terpancarnya air zam zam itu, tidaklah putus-putus telaga zam zam it mengeluarkan air, sehinggalah kiamat dunia. Tambahan pula air zam zam itu adalah air yang bersih lagi suci dan berkhasiat dalaam menyembuhkan pelbagai penyakitm, yang didoa'akan oleh orang yang minum. Air zam zam itu tidakpun diproses, tetapi kekal bersih dan suci. Yang dilakukan oleh pemerintah/pengurus Masjidil haram hanyalah mengalirkan air zam zam untuk disejukkan/didinginkan sahaja.
Saudara, kita disurh supaya minum air zam zam dengan keadaan berdiri, mengaap Ka'abah sambil berdoa dengan do'a yang disebutkan dalam hadith berikut.
Diriwayatkan hadith dari Mujahid hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Air zam-zam itu nescaya sesiapa meminumnya mengenyangkan.’ Berkata (Mujahid): ‘Dan adapun Ibnu Abbas ketika meminum air zamzam berkata (berdo’a): ‘Allahumma inni asaluka ‘ilman nafi’an, wa-rizqan wasingan, wa-syifaan min kulli dain.’ (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku meminta padaMu ilmu yang bermanfaat (yakni, berguna) dan rezki yang luas (yakni, banyak serta berterusan tidak putus-putus) dan disembohkan dari setiap penyakit.) - Hadith Imam Hakim dalam Mustadrak, Kitab Manasik.
[Nota: Do’a ketika minum air zam zam. Air zam zam diminum dalam tiga tegukkan, dengan berdiri, memandang ke arah Baitullah/Ka'abah.]
(-) Bersolat di dalam Hijir Ismail
Saudara, Hijir Ismail, di Ka'abah adalah binaan 'semi circle' sebelah Ka'bah. Semasa dibina Ka'abah masyarakat zaman itu tidak memiliki sumber yang cukup untuk memnina tempohnya sempurna sebagaimana bina'an Ka'abah, maka tertinggal sebahagian sahaja yang dibangunkan. Keadaan terebut dikekalkan oleh pemerintah /pengurus Masjidil haram, tanpa disempurnakan. Justeru itu, bagi sesiaapa yang ingin bersolat dalam Ka'abah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa bersolat dalam kawasan Hijr Ismail itu samalah dengan bersolat di dalam Ka'abah.
Diriwayatkan hadith dari ‘Alqamah Ibni Abi Alqamah hadith dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: ‘Adapun aku suka apabila memasuki Baitullah maka bersolat di dalamnya, maka memegang akan aku oleh Rasulallah (s.a.w) dengan tangannya, maka memasukkan aku ke dalam Hijir (Ismail), maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Solla fil hijri in aradti duhulul bait fainnama hua qit’atun minal baiti walakin qaumakis taqsaruhu hina bauwulka’bata fa-akhrajuhu minal baiti’ (Yang bermaksud: Bersolat di dalam Hijir (Ismail) sungguh-sungguh mengkehendaki engkau masuk ke dalam Ka’abah, maka sesungguhnya Hijir itu sepotongan /sebahagian dari Ka’bah, akan tetapi kaum kamu memendekkan mereka (Ka’bah) ketika membangunkan (yakni, membina) Ka’bah, maka mengeluarkannya dari Ka’bah’.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
[Nota: Kawasan Hijir Ismail adalah sebahagian daripada binaan Ka’abah, maka ketika Tawaf tidak dibolehkan lalu mengelilingi Ka’ah dengan masuk kawasannya. Diberikan ganjaran pahala yang besar bila bersolat sunat di dalam kawasan Hijir Ismail.]
(-) Asal usul Hajar Aswad
Saudara, mungkin saudara tertanya-tanya apakah keistimewaan Hajar Aswad yang diletakkan di sudut Ka'abah, yang merupakan sudut bermulanya Tawaf. Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diturunkan (oleh Allah (a.w)) Hajar Aswad (batu hitam) (dari syurga) dan batu itu (asalnya) terlebih sangat putih warnanya dari (warna putih) susu, maka menghitamkannya oleh beberapa kesalahan (yakni, dosa) anak-anak Adam.’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
Hadith ini memberitahu bahawa batu /Hajar Aswad itu asalnya putih, tetapi disebabkan dosadosa anak Adam yang mengunjunginya, dan menyentuh atau mengucupnya, telah menjadikannya hitam. Walaupun beitu, Hajar Aswad menyaksikan orang Iman yang mengunjungi Ka'abah dan beramal di Masjidil Haram. Inilah yang disebutkan dalam hadith berikut.
(-) Hajar Aswad mempersaksikan mereka yang Tawaf
Saudara, setiap orang Islam yang berkesempatan berada di Mekah, akan mengerjakan sekurang-kurangnya umrah Qudum (Tawaf Qudum = tawaf selamat datang menghormati Ka'abah, dipersaksikan oleh Hajar Aswad.
Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin berkata: ‘Aku mendengar Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Nescaya sungguh akan datang ini Hajar (Aswad) pada hari Kiamat dan padanya ada dua mata yang melihat kedua-duanya dan (padanya ada) mulut yang akan bercakap (berkata-kata) dan menyaksikan atas orang yang mengusapnya dengan benar (yakni, kerana Allah (a.w)).’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Tatacara Haji.

Hadith ini menyebutkan di hari kiamat, Hajar Aswad akan diberi Allah (a.w) dua mata dan juga mulut, maka menyaksikan ia di hadapan Allah (a.w) orang-orang yang megusap/beristilam ke arahnya ketika Tawaf - Tawaf Haji atau Umrah atau Tawaf sunat (termasuklah Tawaf Qudum (tawaf selamat datang) dan Tawaf Wada' (Tawaf Selamat Tnggal) ketika meninggalkan Ka'abah/Mekah kembali ke tanah ai masing-masing.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment