Monday, September 8, 2014

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb.)

Assalamualaikum
Saudara, dalam ost sebelum ini kita telah tahu bahawa sesiapa yang berkesempatan berada di Mekah - khususnya di Masjidil Haram - adalah disunatkan supaya mengerjakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) sebagai menghormati syiar Islam, Ka'abah atau Baitullah. Begitu juga ketika hendak meninggalkan Kota Mekah, i.e. Ka'abah, kita juga disuruh mengerjakan Tawaf Wada' (Tawaf Selamat Tinggal_ sebagai menghrmatiBaitullah atau Ka'abah. Selepas Tawaf 7 pusingan dengan membaca Tasbihnya/doanya dan kemudian berjalan ke belakang makam Ibrahim dan bersolat solat sunat dua rakaat kemudian membaca do'a - Do'a Nabi Ibrahim (a.s) dan Do'a Nabi Adam (a.s). Do'a-do'a tersebut adalah seperti berikut:

(-) Solat sunat dua rakaat selepas selesai Tawaf
Di belakang Makam Ibrahim

Saudara, setelah selesai Tawah, maka berjalanlah ke kawasan di belakang Makam Ibrahim untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat.
Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdullah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) nescaya apa-apa berjalan dia (selepas Tawaf) menuju ke Makam Ibrahim membaca dia: ‘Wattakhizu mim maqamii ibrahima musalla ...’ (Yang bermaksud: Jadikanlah dari (yakni, pada) Makam Ibrahim tempat bersolat ...) - Ayat 125: al-Baqarah, maka bersolat dia dua rakaat maka membaca dia al-Fatihah dari Kitab (al-Quran), dan ‘Qul ya aiyuhalla kafirun’ dan ‘Qula huallahu ahad’ kemudian berjalan ke rukun Hajar Aswad ... kemudian keluar menuju Bukit Safa (untuk mengerjakan Sai) - Hadith an-Nasa’i.
Nota: Membaca Surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah al-Ikhlas pada rakaat kedua, kemudian berdoa. Bagi mereka yang mengerjakan mrah atau haji berjalan ke Bukit Safa untuk mengerjakan Umrah dan Haji kerana mengerjakan Sa'i sebahagian daripada rukun haji/umrah. Kalau Tawaf Sunat tak perlu buat Sa'i.

(-) Do’a selepas solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim

Saudara, ketika Nabi Adam (a.s) diturunkan ke dunia kerana melanggar perintah Allah (a.w) ketika berada dalam syurga, disebabkan hasutan Syaitan, beliau berjalan untuk mencari isterinya. Apabila sampai ke Mekah, i.e. di baitullah atau Ka'abah, dia Tawaf mengelilingi Ka'abah 7 pusingan kemudian dia pergi ke belakang Makam Ibrahim, sambil berdoa'. Beliau kemudiannya menemui isterinya di Jabal Rhmah. [Nota: Ketika itu belum ada Makam Ibrahim, tetapi sudah diilhamkan oleh Allah (a.w) supaya dia bersolat sunat dan berdoa di tempat tersebut. Kemudian dia berdo'a kepada Allah (a.w), dengan do'a yang disebutkan dalam hadith berikut:] 
Diriwayatkan hadith dari Buraidah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lamma ahbatallahu Adama ilal-ardhi tofa bilbaiti usubun’an wa-solla hiza-al-baiti rak’ataini, thumma qala: ‘Allahumma anta ta’lamu sirri wa-‘alaniati faqbil ma’zirati wa-ta’lamu hajjati fa-‘atini sukli wa-ta’lamu ma ‘indi faghfirli zunubi asaluka imanan yubahi qalbi wa-yaqinan sodiqan hatta ‘alama annahu innahu la yusibuni illa ma katabat li wa-raddini biqada-ika.’) (Yang bermaksud: Ketika apa-apa menurunkan Allah (a.w) Nabi Adam (a.s) ke bumi Tawaf dia di baitullah (Kaabah) tujuh pusingan dan solat dia lurus dekat Baitullah dua rakaat, kemudian berkata (yakni, berdo’a): Ya Allah ya Tuhanku! Engkau tahu rahsiaku (yakni, sesuatu yang samar atau disembunyikan) dan (Engkau tahu) apa-apa yang aku zahirkan (sebutkan), semoga menerima Engkau keperluanku maka memberikanlah Engkau kepadaku permintaanku dan tahu Engkau apa-apa di sisiku (yakni, dosa-dosa yang ada padanya) maka mengampunilah dosa-dosaku; aku minta kepada Engkau keimananku (yakni, ketinggian iman) aku minta pengertian (kefahaman tentang agamaMu dalam) hatiku dan semoga memberi Engkau keyakinan yang benar hingga tahu aku (bahawa) tidak mengenai (yakni, mendapat) aku (sesuatu) kecuali apa-apa yang telah dituliskan (yakni, qada’kan) Engkau untukku dengan beberapa qadar Engkau’. Maka diwahyukan Allah (a.w) keatasnya (jawapanNya): ’Ya Adamu innaka da’autani biduain fastajabtu laka fihi walan yadghuni bihi ahadun min zurriatikan illa istajabtu lahu wa-ghafartu lahu zanbihi wa-farrajtu hammahu wa-ghammahu wat-tajartu lahu min warai kulli tajiri wa-atathud-dinya raghimatan, wain kana la yuriduha.’ (Yang bermaksud: Wahai Adam! Sesungguhnya engkau telah berdo’a padaKu maka telah aku kabulkan bagi kamu di dalamnya (yakni, do’a engkau), dan tidak akan berdo’a kepadaKu dengan ini do’a seseorang dari kalangan keturunanmu (yakni, cucu cicit keturunan Adam, yakni kita semua) kecuali Aku kabulkan baginya dan Aku mengampuni baginya dosa-dosanya dan Aku mengeluarkan dia dari kesusahan (yakni, cita-cita dan hasrat) dia dan (mengeluarkan) musibah dia dan jualbelinya dan di belakangnya tiap-tiap jualbeli (yakni, kebolehan dan kejayaan berniaga) dan datang pada orang dunianya hina (yakni, Allah (a.w) membuka dunia untuk manusia) (dunianya tidak penting pada Allah (a.w)), dan jikapun ada (walaupun) tidak siapa berkehendakkan pada dunia (Allah (a.w) tetap memberinya dan tidak mengira siapa yang diberikanNya) - Hadith at-Tobrani dalam Kitab al-Usita wabnis Asakar.
Nota: Seperti yang dijelaskan dalam hadith tersebut, sesiapa dri kalangan cucu cicit Adam (a.s) yang berkesempatan berada di Mekah, i.e. Ka'abah, disuruh berdoa, kerana do'a tersebut dijanjikan oleh Allah (a.w) dikabulkan olehNya. Selain Do’a Nabi Adam (a.s) dibacalah Do’a Nabi Ibrahim (a.s). Do’ Nabi Ibrahim (a.s) adalah: ‘Allahumma haza baladuka wal-masjidul haramu … fa’firli war-hamni innaka ‘ala kulli syai-in qadirun.’ Sila rujuk post yang memperinckan Ibadah Haji dan umrah. Dan kerana di belakang Makam Ibrahim adalah antara tempat mustajabnya do'a, maka ditambah dengan do’a lain apa-apa do’a yang dihasratkan dibaca, termasuklah do’a yang dikirimkan oleh orang untuk dibaca bagi pihaknya. Bagi kedua ibubapa hendaklah dia berdo'a untuk kebaikan anak-anaknya, dan bagi anak-amnak-anak pula berdo'alah untuk kebajikan dan kesejahteraan kedua ibu bapa mereka.

(-) Mustajabnya do’a selepas solat di belakang Makam Ibrahim
Apabila kita berdo’a dengan kalimah-kalimah do’a tersebut, Allah (a.w) perkenankan banyak perkara yang dipinta melalui do’a tersebut:

(i) Mengampuni dosa-dosa kita;

(ii) Dibebaskan dari sebarang kesusahan dan kesulitan yang dihadapi;

(iii) Dihapuskan musibah yang terkena kepada diri kita;

(iv) Ditingkatkan ilmu jualbeli dan diberinya kejayaan dalam perniagaan;

(v) Jika diminta kejayaan dunia diberikan oleh Allah (a.w). 
Jazakallaahu khairah

No comments:

Post a Comment