Thursday, September 4, 2014

Ibadah Haji - Rukun Islam ke-5 (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam satu post yang lalu kita telah perjelaskan hakikat terdapat kesilapan yang besar dalam urusan 'Haji Badal' atau 'haji upahan' - mksudnya sseorang it, biasanya mutawif haji, mengambil bayaran dari seseorang atau beberapa orang, sebanyak antara RM 1,500.00 hingga RM 2,500.00 Ibadah haji itu adalah ibadah perseorangan - sama ada dia sendiri yang menghajikan dirinya atau dia menghajikan orang lain. Tidak ada peruntukan untuk mengerjakan haji bagi pihak lebh dari seorang pada suatu masa. Justeru itu, adalah suatu kebatilan jika ada seseorang itu mengambil upah menghaji orang lain melebihi seorang! Jika berlaku, bererti itu suatu perbuatan yang serua dengan menipu, kerana melakukan sesuatu amalan yang sama sekali tiada dalam syariat Islam.
Saudara, sebagai individu kita boleh menghajikan seseorang setelah kita sendiri menghajikan diri kita terlebih dahulu. Seorang anak, sebagi contoh boleh menghajikan bapanya atau ibunya, dengan mengerjakan ibadah haji tersebut diniatkan bahawa kita menghajikan seseorang lain. Insya Allah kita akan semak dalam post ini peraturan mengenai haji upahan ini.

Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari Ibnu Abbas (r.a) sesungguhnya Nabi (s.a.w) mendengar seorang lelaki berkata: ‘Labaika ‘an Syyubrumah.’ (Yang bermaksud: Aku datang kepadaMu dari Syubrumah’) (i.e niat haji).’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Siapa Syubrumah?’ Berkata (lelaki): ‘Saudaraku’ atau ‘Kerabatku’. Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adakah sudah haji engkau atas diri engkau?’ Berkata (lelaki): ‘Belum.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Hajikanlah dari dirimu (dahulu), kemudian hajikanlah dari (i.e untuk).
Saudara, hadith ini menyebutkan dua perkara: pertama, niat apabila menghajikan untuk orang lain; dan kedua, ketetapan Islam bahawa seseorang itu hanya dibolehkan menghajikan orang lain, kalau dia terlebih dahulu sudah menghajikan dirinya.

Pahala Menghajikan orang lain

Saudara, Islam membolehkan seseorang yang hidup mengerjakan haji bagi pihak seseorang yang telah meninggal, tetapi belum sempat mengerjakan haji untuk dirinya semasa hidupnya. Contoh: dua ibu bapa yang ketika hayatnya miskin dan tidak mempunai sumber lebih untuk menunaikan haji kerana menyara keluarga, terutama anak-anak bersekolah. Setelah anak-anaknya berjaya, mereka tak sempat pula menghajikan diri mereka. Maka si anak dibolehkan menghajikan kedua orang tuanya, walaupun kedua ibubapanya telah mati. Inilah ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Zaid b Arqam bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) menghajikan dari bapanya atau dari ibunya mencukupi padanya pahala baginya (i.e. yang menghajikan) demikian itu dari pahala kedua-duanya (i.e. ibu atau bapa yang dihajikannya).’ - Hadith at-Tobrani dalam Kanzil Umal.
Rengkasnya, sesiapa yang menghajikan kedua orang tuanya, berdua atau seorang, maka dia (orang yang mengerjakan haji bagi pihak) dan orang yang dihajikan olehnya, sama-sama mendapat pahala.
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) menghajikan dari mayat (i.e. seorang yang sudah meninggal) maka demikian pahala haji atasnya (i.e. yang menghajikan) seumpama pahala hajinya (i.e. mayat), dan barangsiapa memberi makan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa dan barangsiapa menunjukkan atas kebaikan, maka baginya seumpama pahala orang yang mengerjakan kebaikan tersebut.’ - Hadith riwayat Khatib dalam Kanzil Umal.
Saudara, demikianlah hebatnya peraturan dan ketetapan syariat Islam itu. Allah (a.w) memberi peluang kepada semua hambaNya mendapat manfaat beramal, walaupun mereka sudah meninggal dunia, tetap boleh mendapat pahala selepas matinya. Malangnya, kerana kejahilan anak-anak, maka terlepaslah peluang bagi ibubapa untuk meraih pahala haji setelah mati mereka. Tambahan pula, kebanyakan anak jarang sekali memikirkan kebajikan akhirat kedua ibubapanya. Malah mereka sendiri menutup kebajikan untu dirinya apakala sianak tidak menjaga kedua ibubapanya walha mereka berupaya dan memiliki sumber yang melempah ruah pula.


Menghajikan orang yang mati?
Saudara, Islam memberi peluang kepada seseorang yang berada untuk mendapat pahala tambahan dalam hidupnya dengan membelanjakan wang ringgit untuk mengupah seseorang mengerjakan haji bagi piha seorang iman lain yang sudah mati. Inilah ketetapan hadith berikut:

Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa (atau sesiapa) menghajikan mayat (i.e. orang yang sudah mati) ditulis bagi mayat (i.e. orang itu) pahala seumpama orang yang menghajikannya lepas tangan (i.e. dibebaskan) dari neraka (orang yang menghajikannya).’ [Hadith ad-Dalami dalam Kanzil Umal]
Hadith di atas menyebutkan bahawa seseorang itu boleh menghajikan orang yang sudah meninggal. Menghajikan oleh kita seseorang yang telah meninggal (i.e. mati), terutama ibu bapa dan saudar mara, atau arwah sifulan sifulan, kita yang mengupah seseorang menghajikannya mendapat pahala penuh haji dan orang yang kita hajikan, yakni sifulan tadi mendapat pahala haji dan kita pula lepas dari siksaan neraka.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Haji untuk orang yang sudah mati ada tiga perkara (yakni, kebaikan): (pertama) pahala haji orang yang menghajikan dan (kedua) pahala haji bagi orang yang dihajikan darinya dan (ketiga) pahala haji bagi orang yang berwasiat.’ [Hadith ad-Dalami dalam Kanzil Umal]
Jelasnya, dalam urusan menghajikan mayat, tiga pihak mendapat pahala haji penuh: pertama, orang yang membiayai haji tersebut; kedua, orang yang mengerjakan haji bagi pihak dimati; dan ketiga, simati yang dihajikan untuknya oleh yang mengupah dan mengerjakan ibadah haji tersebut. Dengan syarat yang mengerjakan haji itu hendaklah telah menghajikan dirinya terlebih dahulu, dan cara serta kaedah mengerjakan haji - rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'linya - adalah menepati peraturan yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w), i.e. as-Sunnah.


Jazakallahu khairah




No comments:

Post a Comment