Wednesday, September 17, 2014

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb.)

Assalamualaium,
Saudara, kita teruskan penelitian kita bagi menyudahkan program latihtubi dan ulangkaji/penderasan, bak kata orang Indon, tentang ibadah haji. Kita telah selesai lihat bagaimana mengerjakan Tawaf Ifadah (=Tawaf Haji) dan seterusnya bagaimana mengerjakan Sa'i Haji. Hanya satu rukun haji sahaja yang tinggal iaitu berTahlul (katakanlah Tahlul Thani, kerana dulu pada 10 Zulhijjah, ketika berada di Mina, Jema'ah Haji, telah melontar Jamrah Aqabah dengan 7 lontaran batu kecil melambangkan lontaran kepada syaitan. Selepas melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah tersebut, jema'ah haji boleh bertahlul, Tahlul Awal, dengan menanggalkan pakaian ikhram mereka dan memakai pakaian biasa/lazim. Telah gugur kesemua pantang larang berikhram, kecuali pantang larang berikhram yang berat, iaitu bersabit dengan hubungan suami isteri dan urusan nikah kahwin terhadap orang Islam.
Saudara, oleh kerana kita sudahpun Tahlul Awal, maka mengerjakan Tawaf Ifadah (=Tawaf Haji) - mengelilingi Ka'abah 7 pusingan tak perlu pakai ikhram lagi, boleh pakai pakaian biasa termasuk seluar atau jubah atau kain pelekat, dan sebagainya. Dalam post kita kali ini kita lihat Rukun Tahlul Thani ini. Dan, dengan itu selesailah ibadah haji kita/jema'ah haji. Dan, kalau diusahakan sebaik mungkin, terutama pantang larang rohani dan jasmani, segala rukun-rukunnya menepati as-Sunnah, maka insya Allah dapatlah jema'ah haji itu taraf Haji Mabrur.

Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji (Sambungan)
Bertahalul (Bercukur)

Saudara, setelah selesai mengerjakan Sa'i Haji, berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, dan kemudian berjalan kembali dari Bukit Marwah ke Bukit Safa dan seterusnya, sehingga selesai 7 pusingan di Bukit Marwah, kita/jema'ah haji bertahlul - menggondolkan/membotakkan kepala, atau paling kurang memotong rambut.

Diriwayatkan hadith dari Muawiyah bin Abi Sufyan (r.a) berkata: ‘Aku potong rambut Nabi (s.a.w) dengan (mata) sebatang anak panah bermata lebar di (bukit) Marwah. Atau, aku melihat beliau dipotong rambutnya dengan sebatang anak panah yang lebar matanya di atas (bukit) Marwah.’- Hadith Abu Daud dan juga Bukhari, Muslim dan an-Nasa’i.
Saudara, dalam hadith disebutkan bahawa seorang sahabat Nabi memotong ranbut Rasulallah (s.a.w) untuk berTahlul dengan mata tombak yang lebar. Dalam hadith berikut kita mendapat tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) mendo'akan jema'ah haji/Umrah yang membotakkan/menggondolkan kepalanya au memotong mereka.
Diriwayatkan hadith dari Umarah b Ka’ka’ hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda (yakni, berdoa) Rasulallah (s.a.w): ‘Allahummaghfir lil-muhaliqina.’ (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w), semoga Engkau (Allah) mengampuni orang-orang yang bercukur gondol kepalanya). Dikatakan oleh seorang sahabat: ‘Wa-lil muqassirina?’ (Yang bermaksud: Dan orang-orang yang memendekkan rambut?’). Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Allahummaghfir lil-muhaliqina’. Berkata sahabat: Wa-lil muqassirina? Dan, berdoa Nabi (s.a.w), yakni menyebut tiga (3) kali (kalimah ‘al-muhaliqina’) (kemudian) Nabi (s.a.w) bersabda (yakni, berdoa): ‘Wa-lilmuqassirna’ (Yang bermaksud: Orang yang memendekkan rambutnya.) - Hadith Bukhari.
Saudara, dari hadith ini jelas bahawa Rasulallah (s.a.w) dua perkara: pertama, Rasulallah (s.a.w) mendo'akan orang yang membotakkan kepalanya sebagai bukti selesainya ibadah haji/umrah mereka; dan kedua, membotakkan/menggondolkan kepala itu lebih afdhal berbanding dengan semata-mata memotong rambut atau memotong beberapa helai rambut ketika berTahlul thani itu.


Selesai Haji segera pulang

Saudara, setelah bertahlul maka selesailah ibadah haji/umrah kita, dan gugurlah pantang larang haji/umrah yang 3 yang kita telahpun maklum. maka jem'ah haji/umrah bolehlah bergaul dengan isteri mereka, telah dihalalkan baginya.

Saudara, adalah menjadi adab bagi orang yang menziarahi Mekah/Ka'abah, terutama jema'ah haji/umrah, sebelum meninggalkan Arab Saudi atau Mekah, mengerjakan Tawaf Wada', dan kemudian beredar keluar Mekah kembali ke tanah air masing-masing. 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika telah menyelesaikan salah seorang kamu akan (ibadah) haji maka mempercepatkanlah kembali kepada keluarga kamu sekelian, maka sesungguhnya (berbuat demikian) itu lebih besar pahalanya.’ - Hadith riwayat Hakim dan al-Baihaqi dalam Kanzil Umal.
Nota: Sebelum pulang ke Malaysia hendaklah buat Tawaf Wada’ (Tawaf selamat tinggal) tanpa memakai ikhram – Tawaf 7 keliling dan solat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dan berdo’a. Tawaf Wada' sebagaimana Tawaf Qudum (=Tawaf Selamat Datrang) itu adalah tawaf sunat, namun ganjaran pahalanya amat besar, kerana Ka'abah akan menyaksikan orang yang mengunjnginya dan mengerjakan Tawaf Wada; di akhirat kelak, sebagai umat Muhammad (s.a.w)/Islam.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment