Friday, October 3, 2014

Jangan Islam tetapi tak diakui Islam!

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yang lalu kita telah diberitahu - maksudnya - kita telah semak ketetapan Islam dalam beberapa perkara amalan dan ibadah dalam bulan Zulhijjah, selain Ibadah Haji. Yang paling utama adalah berpuasa sehari pada hari Arafah (i.e. Puasa Arafah, hari jema'ah haji Wukuf di Arafah, iaitu 9 Zulhijjah) dan kedua ibadah kurban yang dibuat atau disempurnakan setelah selesai Solat Aidil Adha.
Saudara, tahun ini Kerajaan Arab Saudi telah mengistiharkan hari Wukuf itu jatuh pada hari Jum'at - 3 Oktober 2014, maka Aidil Adha jatuh pada hari Sabtu (4 Oktober 2014), sehari lebih awal daripada Malaysia dan Indonesia, manakala Malaysia dan Indonesia mengumumkan Raya Haji - AidilAdha - itu jatuh pada hari Ahad (5 Oktober 2014). 
Kenapa berbeza? Apakah ini boleh berlaku? Boleh. Islam mensyaratkan sesuatu event utama dalam Islam itu ditentukan dengan melihat ana

Nas dan Dalil Tentang Syariat Kurban.
(Surat al-Kauthar)

Saudara, syariat Solat Aidil Adha dan Kurban itu diperintahkan oleh Allah (a.w) dengan turunnya Surah al-Kauthar. Bersama surah itu juga turunnya ayat 'Basamalah') iaitu 'Bimillahir-rahmanir-rahim' itu:

'Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Pada suatu ketika antara kumpulan kami mengehendaki bertemu dengan Nabi (s.a.w) ketika itu Nabi (s.a.w) dalam keadaan mengantuk suatu rasa mengantuk yang amat sangat (yakni, kadangkala terjatuh atau terkulai kepalanya), kemudian diangkatnya kepalanya sambil tersenyum. ‘Maka bertanya aku (Anas) kepadanya: ‘Apakah yang (membuatkan) engkau wahai Rasulallah (s.a.w) tersenyum?’ ‘Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah diturunkan oleh Allah (a.w) atasku sebentar tadi satu surah (dan membacanya). 'Bismillahir-rahmanir-rahim @ Inna a’taina kal kauthar @ Fasalli-lirabbika wan-har @ Inna syaniaka hual abtar @) [Maksud ayat: Dengan nama Allah (a.w) yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Sesungguhnya Kami (Allah (a.w)) memberikan kepada engkau (Wahai Muhammad (s.a.w)) telaga al-Kauthar @ Maka bersolatlah engkau kepada Tuhan engkau dan (sembelihlah) qurban @ Sesungguhnya orang yang benci (kepada) engkau itu (yakni, tidak mengikuti syariat yang engkau bawakan)) terputuslah (dari apa-apa hubungan dengan engkau) (yakni, ditolak amalannya).
         Kemudian bersabda Nabi (s.a.w) (bertanya kepada para sahabat yang ada): ‘Apakah tahu engkau apa itu al-Kauthar?’ ‘Maka berkata aku (Anas): ‘Allah (a.w) dan Rasulnya sahajalah yang tahu.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka sesungguhnya sungai (telaga) al-Kauthar itu menjanjikan padaku oleh Tuhan dalam Syurga, adapun gayungnya (atau pencedoknya) lebih banyak daripada hitungan bintang-bintang di langit. Akan datang kepadanya (yakni, ke telaga itu) umatku (untuk minum bagi menghapuskan kedahagaan yang amat sangat yang mereka alami semasa mereka berada di padang Makhsyar), maka ditolak (oleh Allah (a.w), yakni malaikat yang menjaganya) hamba-hamba (yakni, manusia) darinya. Maka bersabda aku (Nabi (s.a.w): ‘Ya Tuhanku (Allah (a.w))! Bukankah mereka (yang ditolak itu) dari umatku?’ ‘Maka berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya engkau (Muhammad (s.a.w)) tidak tahu apa-apa yang diperbaharui (yakni, membuat pembaharuan oleh umatmu terhadap syariatmu atau menyeleweng mereka dari syariatmu, seperti berbuat bid’ah) oleh mereka (tentang syariat ugamamu, yakni Islam) setelah engkau tiada (yakni, sesudah wafat Rasulallah (s.a.w)).’ [Hadith sahih an-Nasa’i & juga Hadith Muslim]


Jazakallahu khairah

1 comment: