Wednesday, October 22, 2014

Panduan harian orang iman (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang beberapan panduan Islam yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk membentuk keperibadian unggul mulia dalam diri kita yang akan menyumbang kepada kejayaan di dunia dan di akhirat kita. Se meragui Allah (a.w) kerana dalam dunianya dia tidak mendapat apa-apa yang didapati oleh orang yang tidak Islam. Malah rata-rata orang tidak Islam itu lebih berjaya dunianya. Seringkali ada orang Islam yang beranggapan betap tidak adilnya Allah (a.w) apakala memberikan rezki yang melimpah ruah kepada orang yang tidak Islam, dan betapa ramainya orang yang Islam dalam kesusahan dalam banyak bidang dan perkara.

Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) itu memberi rezki kepada hambaNya tak kira apakah Allah (a.w) suka atau cintai hambaNya itu, sama ada hambaNya Islam atau tidak Islam. Namun yang pasti adaalah Allah (a.w) memberikan agama - kefahaman mengenai agaama Islam itu -kepada hambaNya yang dia cintai. Justeru itu, yang pasti adalah sesiapa yang diberi kesematan menjadi Islam dan faham tuntuan Islam - maksudnya diberi hidayah Islam dan iman - adalah orang yang dicintai Allah (a.w). Orang yang dicintai Allah (a.w) pasti selamat di akhirat dimana segala amalan dan ibadah dan segala amal makruf yang dikerjakan akan diberi ganjaran yang tidak dapat ditandingi oleh keseronokan atau kehebatan nikmat dunia.

Nilai Manusia Pada Allah (a.w)

Sehubunagn itulah, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa orang yang dicintai Allah (a.w) itu adalah orang yang Islam, lebih-ebih lagi orang yang beriman dan bertaqwa. Yang dipandang leh Allah (a.w) bukanlah kedunian yang ada pada kita - kehebatan kita kedudukan kita, kemulian kita pada kaca mata manusia, kehebatan kita dalam apa saja urusan dunia, tetap hati kita - apakah kta benar-benar cintakan Allah (a.w) dan cintakan UtusanNya dan kita lakukan segala sesuatu yang disuruh buat sekuat mampu kita dan tinggalkan apa-apa yang dtegah. Iylah nila kita pada Allah (a.w). Jika terbaik penialian Allah (a.w) terhadap kita maka kita diberikan syurga tertinggi, syuraga Firdaus.

Ahli syurga yang termiskin di kalangan ahli syurga adalah orang yang mendapat syurga terkebawah. Walaupun begitu harta milik ahli syurga yang termiskin itu nilainya adalah 10 kali duia dan segala isisnya! di dnia, tidak ada seorangpun manusia yang memiliki kekayaan sedemikian rupa. Malah Qarun orang yang terkaya zaman Musa (a.s) tidak dapat dikalahlkan oleh orang yang terkaya di dunia sekarang ini. Tidak seorangpun raja atau pemimpin manusia zaman ini dapat mengalahkan pula kekayaan Nabi Sulaiman (a.s).
Diriwayatkan hadith dari Yazid b Assam hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha la yanzuru ila suarikum wa-amwalukum wa-lakin yanzuru ila qulubikum wa-a’malikum.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) itu tidak melihat kepada rupa kamu dan (kehebatan seseorang itu dari segi wajah, kedudukan, penampilan, kekuasaan, darjat dan keturunan dan sebagainya) dan (Allah (a.w) tidak melihat) harta kamu (yakni, kekayaan, harta benda keduniaan dan seumpanya), akan tetapi Allah (a.w) melihat kepada hati kamu (yakni, niat dalam mengabdikan diri dan mengerjakan segala suruhan dan larangan) dan amalan kamu (yakni, apa yang diamalkan dan diibadahkan dalam mengabdikan diri dan mentaati Allah dan RasulNya).) - Hadith Muslim.
Hadith ini memberitahu kita bahawa Allah (a.w) hanya memberi penilaian kepada seseorang yang Islam dan beriman itu berdasarkan bukan ‘rupa’ (yakni, paras, kedudukan, darjat dan taraf, nama yang terserlah atau kedudukan ekonomi atau pangkat atau darjat atau keturunan) dan bukan juga ‘harta’ (yakni, kekayaan, kedudukan ekonomi dan seumpamanya), tetapi ‘hati’ (yakni, keikhlasan serta ketulusan dia mengabdikan diri kepada Allah (a.w) atau niat dalam memperhambakan diri kepada Allah) (Ayat 57, Surah al-Isra’) dan ‘amalan’ (yakni, apa yang dikerjakan, melaksanakan kewajipan, dan amalan yang sunat, meningalkan yang dilarang atau ditegah dan mengerjakan amal makruf, adab dan hubungan sesama manusia dsbnya). Dua unsur yang akan dinilai oleh Allah (a.w) pada seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman itu, iaitu pertama, niatnya atau keikhlasan serta kemurniaan segala amalan dan ibadahnya, dan kedua, amalan dan ibadah yang dikerjakannya setiap hari dalam hidupnya, terutama amalan dan ibadah yang berbentuk sunat yang membuktikan sejauh mana dia benar-benar bersyukur kepada Allah (a.w) yang memberikan kesempatan kepadanya hidup di dunia dan diberikan rezki serta pelbagai nikmat dalam kehidupannya.
Namun, syurga itu diberikan kepada orang yang bertaqwa (i.e. takutkan azab Allah (a.w) – Ayat 35: ar-Ra’du), orang-orang yang taqwa itu berada di dalam syurga - Ayat 35: al-Hijr, lelaki dan perempuan yang beriman mengerjakan amal soleh dikurniakan kehidupan yang baik (di syurga) – Ayat 97: an-Nahl, demikianlah syurga yang diwariskan kepada orang-orang yang bertaqwa (i.e. takutkan Allah (a.w) – Ayat 63: Maryam, barangsiapa di datangkan (di akhirat) adalah orang iman bersungguh-sungguh mengerjakan dia amal soleh, mereka dikurniakan darjat yang utama (i.e. syurga) – Ayat 75: Toha, syurga itu diwariskan kepada orang-orang yang mengerjakan amalan dan ibadah – Ayat 72: Zuhruf, dan banyak lagi dalil al-Quran dan as-Sunnah. 

Jelaslah, Islam saja bukan paspot atau tiket nak dapat syurga, kecualilah dia mengerjakan amalan dan ibadah dan meninggalkan setiap larangan al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment