Sunday, October 12, 2014

Peluang untuk berjaya di akhirat

Assalamualaikum,
saudara, kita lihat seterusnya beberapa amalan yang merupakan pelaburan untuk kesejahteraan akhirat yang kita lakukan semasa kita masih bernyawa. Rasulallah (s.a.w) memeberi kita tahu ada pelbagai amalan/ibadah sunat yang mendatang kan ganjaran pahala yang amat besar kelak di akhirat. 

Saudara, kita menganuti agama Islam kerana itulah saja jalan untuk selamat di akhirat. Kalau anuti agama selain Islam walau bagaimanapun baiknya kita di dunia, tidak ada manfaat akhirat. Orang yang tidak anuti Islam pasti tidak dapat syurga dan pasti masuk neraka!
Saudara, untuk mendapat kejayaan akhirat itu seseorang yang Islam wajib anuti Islam dan laksanakan segala ketentuan wajib sebagai orang Islam yang menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetpan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Antaranya adalah mengerjakan Pusa Nabi Daud (a.s). Nabi Daud (a.s) dikurniakan Allah (a.w) kerajaan setelah dia berjaya membunuh Jalut seorang raja kafir yang ganas. Beliau kenudiannya diangkat Allah (a.w) menjadi seorang Rasul dan Nabi dan diberikan Kitab Zabur dan diberikan kelebihan mukjizat yang membolehkan jari-jari dan tangannya melembutkan besi untuk dibentuk dan dianyam dijadikan baju besi untuk kegunaan perang.

Puasa Nabi Daud (a.s)

Saudara, Nabi Daud (a.s) setelah melakukan suatu kesalahan kerana menghantar seorang panglima perangnya ke medan perang dengan niat supaya dia terbunuh, maka dengan itu membolehkan dia mengahwini isteri panglima perang tersebut yang Daud ingin memperisterikannya. Tiada kesalahan yang dibaatnya kecualilah itu maka Allah (a.w) - alam al-Qura, memberitahu bahawa dia didatangi oleh dua orang malaikat yang menyerupai dua orang rakyatnya bertelingkah. Seorang yang telahun memiliki 99 ekor kambing telah endakwa hendak mengambil kambing seekor kepuyaan seorang yang lain. Kedua-duanya datang untuk mendapatkan ketetapan siapakah yang lebih berhak. Maka Daud (a.s) memutuskan betapa zalimnya seorang yang sudahpun memiliki 99 ekor kambing hendak mengambil kambing seekor kepuyaaan seorang yang lain itu!

Daud (a.s) kemudiannya etelah menghukumi bahawa tindakan yang memiliki 99 ekor kambing mangambil kambing seekor milik yang seorang itu adalah suatu kezaliman. Beliau menyedari bahawa diadiuji oleh Allah (a.w) perbuatannya yang terdahulu mengambil isteri panglimanya setelah dia sendiri mempunyai 99 orang isteri!. Menyedari sindiran Allah (a.w) itu beliau bertaubat kepada Allah (a.w), maka salah satu petunjuk penysalannya terhadap perbuatannya, maka dia mengerjakan Puasa sunat yang dikenal sebagai Puasa Nabi Daud itu - berpuasa selang sehari. Dan, puasa itu adalah puasa yang amat disukai oleh Allah (a.w). Justeru itu, jika kita ikuti amalan Nabi Daud (a.s) itu pastilah Allah (a.w) memberi ganjaran pahala yang amat hebat. 
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Huraijin berkata: ‘Aku mendengar ‘Ata’ bahawasanya Ibna Abbas, tukang syair, memberitahu bahawa dia mendengar Abdullah bin ‘Amru (r.a) berkata bahawa dia berpuasa dan bersolat malam terus menerus. Maka (setelah mendengar perkara itu) adapun Rasulallah (s.a.w) mengutus padaku. Maka bersabda dia: ‘Apakah tidak diberitahu (kepadaku) bahawasanya engkau berpuasa (pada siang hari) dan tidak berbuka dan bersolat (pada malam hari) dan tidak tidur engkau? Berkata aku: ‘Ya!’ Maka bersabda (Nabi (s.a.w): ‘Maka berpuasalah dan berbukalah dan berdiri (yakni, bersolatlah) dan tidurlah, maka sesungguhnya nescaya mata engkau atas engkau ada bahagiannya (maksudnya, haknya) dan sesungguhnya bagi diri engkau dan ahli engkau (yakni, keluarga engkau) atas engkau ada bahagiannya (maksudnya, ada haknya).’ Berkata (Abdullah): ‘Sesungguhnya aku sungguh kuat (maksudnya, mampu mengerjakannya) kerana demikian (yakni, berpuasa dan bersolat terus menerus).’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Maka berpuasalah engkau puasa Nabi Daud (a.s).’ Berkata (Abdullah): ‘Bagaimana?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adapun dia (Nabi Daud (a.s)) berpuasa sehari dan berbuka (yakni, tidak berpuasa) sehari. Dan tidak lari dia (apabila) bertemu musuh.’ Berkata (Abdullah): ‘Siapa orangnya aku dengan demikian, Wahai Nabi Allah (s.a.w)?’(Maksudnya: Amalan tanpa berbuat puasa dan solat berterusan itu tidak cukup pahalanya).
Berkata Ata’: ‘Tidak tahu bagaimana menyebutkan puasa seterusnya.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tidak ada orang berpuasa selama-lamanya. Tidak ada orang berpuasa selama-lamanya’ (dua kali diulangi ungkapan tersebut). [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Saudara, hadith di atas dan hadith berikut menyebutkan kefadhalan Puasa Nabi Daud itu. Nabi Daud (a.s) adalah seorang raja yang hebat dan amat adil dan megasihi rakyatnya. Beliau menjual baju besi yang dibuatnya dengan tangannya sendiri dan hasil jualan tersebut, 1/3 diserahkan kepda fi sabilillah dan 1/3 lagi untuk menyara keluarganya. Dan, walaupun sebagai raja beliau berhak disara oleh Baitul Mal - harta negara - tetapi dia tidak mengambilnya, malah menyara sendiri hasil titik peluhnya.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... mendengar hadith dari Abdullah b Amru b ‘As (r.a) berkata: ‘Bersabda kepadaku Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya engkau nescaya berpuasa setahun dan berdiri (i.e. bersolat sunat) malam hari.’ Maka berkata aku (Abdullah): ‘Benar!’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya engkau ketika berbuat kamu sedemikian maka kamu menyakitkan dan badan engkau akan lemah. Tiada puasa seseorang itu setahun, berpuasalah engkau tiga hari (menjadikan) puasa kamu setahun semuanya.’ Maka berkata aku (Abdullah): ‘Maka sesungguhnya aku mampu melakukan lebih banyak dari demikian itu.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka berpuasalah engkau puasa Nabi Daud (a.s). Adapun puasanya adalah dia berpuasa sehari dan berbuka sehari, dan tidak lari dia dari berdepan dengan musuh (dalam perang).’ [Hadith Bukhari, Kitab Puasa]

Hadith berikut juga menyebut tentang amalan Puasa Nabi Daud tersebut. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah (a.w) untuk meniru amalan Nabi Daud (a.s) tersebut, insya Allah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yang lebih afdhal puasa ialah puasa saudaraku (Nabi) Daud (a.s). Adalah dia berpuasa sehari dan berbuka sehari dan tiada lari apabila berjumpa (musuh).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]

Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bin Dinar berkata dia mendengar ‘Amru bin Ausin berkata dia mendengar Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ahabbus siami ilallahi siamu dauda fainnahu kana yasumu yauman wa-yuftiru yauman wa ahabbus solati ilallahi ‘azza wajalla solatu dauda kana yanamu nisfl-laili wauyusalli thuluthahu wa-yanamu sudusahu.' (Yang bermaksud: Yang lebih disukai puasa oleh Allah (a.w) adalah puasa Daud (a.s), maka sesungguhnya dia adapun berpuasa sehari berbuka sehari dan lebih disukai (cara) solat oleh Allah Zat yang Maha Mulia dan Maha Agung (a.w) adalah (cara bersolat) Daud (a.s) adapun dia tidur seperdua malam dan bersolat sepertiga malam dan (kemudian) tidur seperenam malam.) [Hadith ibnu Majah]


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment