Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yang lalu kita telahpun tahu betapa hebatnya kurniaan Allah (a.w) terhadap hamba-hambaNya yang inginkan kejayaan di akhirat. Bagi mereka yang yakun dengan akhirat dan ingin berjaya di akhirat selamat dari neraka, mereka akan mencari sebanyak mungkin peluang untuk melabur untuk kebajikan akhirat mereka. Bagi mereka yang kurang yakin, mereka utamakan dunia mereka - menombor-duakan aakhirat, menombor-satuka dunia mereka. Allah (a.w)peringatkan kita bahawa sesiapa yang menombor-duakan akhirat mereka, mereka menempah sengsara, kerana perbuatan dan sika sedemikian itu membatalkan segala pahala dari amalannya!
Saudara, setelah melihat amalan dan ibadah yang mendatangkan banyak ganjaran pahala dalam ulan Zulhijjah, tak lama lagi kita akan menemui tahun baru Islam 1636, bermula ddenga bulan Muharram. Apakah peluang melabur dalam bulan Muharram? Kita lihat hadith-hadith berikut:
Puasa Asyura (9 dan 10 Muharram)
Hari Asyura itu adalah pada 10 haribulan Muharram. Ada hadith menyebutkan juga pada 9 Muharram. Ada ijtihad, bahawa Puasa Asyura itu boleh dikerjakan dua hari, iaitu pada 9 dan juga 10 Muharram. Di dalam hadith berikut diberikan nas dan dalil bahawa puasa Hari Asyura itu memberi ganjaran pahala yang besar, iaitu menghapuskan dosa-dosa setahun terdahulu daripadanya:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa hari ‘Asyura bahawasanya aku kira atas Allah (a.w) bahawa mengkifaratkan (dosa-dosa) tahun dahulunya (yakni, puasa Asyura itu menghapuskan dosa tahun dahulu)’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Hadith di bawah ini juga menjelaskan perkara yang sama. Hadith ini juga menjelaskan bahawa sebelum difardukan (yakni, turun ayat al-Quran mewajibkan berpuasa Ramadhan), Rasulallah (s.a.w) mengamalkan berpuasa Asyura, seakan-akan wajib baginya. Dengan difardukan puasa Ramadhan itu, puasa ‘Asyura menjadi sunat sahaja:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bekata: ‘Adalah ‘Asyura itu hari yang puasa akan dia orang Quraisy di dalam zaman jahiliah, dan adalah Rasulallah (s.a.w) berpuasa dia akandia, maka tatkala datang dia ke Madinah berpuasa dia akandia dan menyuruh orang dengan puasa itu, maka tatkala difardukan puasa Ramadhan adalah Ramadhan itu puasa wajib (fardu), dan ditinggalkannya (puasa) ‘Asyura. Maka barangsiapa berkehendakan (puasa itu) puasalah akandia, dan barangsiapa meninggalkannya tinggalkanlah.’[Hadith sahih at-Termidzi]
Hadith di atas memberi nas dan dalil hadith bahawa puasa Asyura itu adalah sunat sahaja. Pada mulanya diwajibkan atas Rasulallah (s.a.w) dan umat beliau. Kemudian, setelah berhijrah ke Madinah, Allah (a.w) perintahkan Puasa ramadhan menjadi wajib dan Puasa Asyura hanyalah menjadi amalan sunat sahaja. Kita diberi pilihan sama ada hendak buat atau tidak mengerjakan puasa ini. Namun, bagi merka yang yakinkan akhiratnya, yakin dengan pelaburan untuk akhirat, rugilah diberi peluang mendapat pahala yang banyak hanya dengan berpuasa sehari atau dua hari, diabaikan! Bukan mudah mendapat pengampunan dari dosa selama setahun. Kalau dipuasakan setiap tahun maka pastilah kita tiada dosa, kecualilah dosa-dosa besar yang kita lakukan yang hanya diampunkan jika ditaubatkan - Taubah Nasuha. Hadith di bawah ini menyebut puasa ‘Asyura itu adalah pada 9 Muharram, manakala hadith berikutnya pula menyatakan pada 10 Muharram. Banyak hadith menyebutkan pada 10 Muharram:
Diriwayatkan hadith daripada Hakam bin ‘A’raj (r.a) berkata: ‘Sampai aku kepada Ibni Abbas (r.a), dan dia menyelindangkan selindangnya di dalam (yakni, ketika berada di telaga) zamzam. Maka berkata aku: ‘Khabarkanlah kepadaku daripada hari ‘Asyura. Apakah dia puasa aku akandia?’ Berkata Ibni Abbas (r.a): ‘Ketika engkau nampak satu haribulan Muharram maka hitunglah, kemudian jadilah kamu daripada yang kesembilan (harinya) puasalah.’ Berkata Hakam: ‘Berkata aku: ‘Adakah begini adanya berpuasa Muhammad (s.a.w)?’ Berkata (Ibni Abbas): ‘Ya.’ [Hadith at-Termidzi]
Puasa Asyura itu, mengikut hadith di atas adalah pada 9 haribulan Muharram. Harinya dihitung bermula terbitya anak bulan Muharram. Manakala hadith berikut pula mengatakan pada 10 haribulan Muharram.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan puasa ‘Asyura pada hari yang kesepuluh (Muharram).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Fadhilat Puasa Asyura itu adalah menghapushan dosa setahun, iaitu dosa tahun dahulu, yakni mulai Muharram tahun lalu sehinggalah tiba Muharram tahun ini. Di dalam hadith di atas disebutkan puasa pada 9 haribulan Muharram atau 10 Muharram. Justeru itu, disunatkan berpuasa puasa sunat Asyura itu satu atau dua hari, iaitu pada 9 dan 10 Muharram. Namun begitu, seharipun tidak mengapa.
Jazakallahu khairah

terimakasih informasinya izin save.
ReplyDeleteNonton film 720p