Friday, October 17, 2014

Panduan hidup harian orang iman

Assalamualaikum,
saudara, tak lama lagi akan berlalulah tahun Hijriah 1635 dan bulan barokah, bulan Zulhijjah. Bagi umat Islam yang menggunakan sepenuh kesempatan menimba sebanyak mungkin pahala dalam bulan Zulhijjah itu, maka dia memiliki tabungan/simpanan pahala akhirat yang banyak apabila dia mengerjakan ibadah Kurban, dan telah mengkifarahkan (i.e. menghakis) sekian banyak doa-dosanya - setahun yang lalu dan setahun yang akan datang pula, apabila dia berpuasa Hari Arafah
Saudara, sementara menunggu bulan baru Islam - Muharram tahun Hijriah yang baru, tahun 1636, kita semak semula panduan hidup kita yang merupakan tanda-tanda seseorang itu berada dijalan 'siratul mustaqim' - jalan menuju syurga dan selamat dari neraka itu. 'Siratul mustaqim' itu apa dia? Bagaimana hendak mencari dan mendapatkannya?
Saudara, siratul mustaqim itu hanya satu iaitu ikuti panduan al-Quran (dan as-Sunnah). Siratul mustaqim itu jalan lurus menuju kepada kerahmatan dan keridhaan Allah (a.w), jalan ke syurga. Jalan itu hanya satu dan panduannya hanya satu iaitu belajar, fahami dan ikuti al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itu, kalau kita mengaji atau belajar ilmu yang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintah, pastilah kita mendapat panduan dan terpandu, dan pastilah kita berada di atas jalan yang lurus itu, pastilah kita tidak menyimpang. Seseorang yang memandu hidupnya tanpa berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah, pasti menyimpang an tergelincir dari siratul mustaqim itu, wal iya zubillah.
Insya Allah, resipi atau formula untuk mencari dan mempastikan kita berada di atas siratul mustaqim itu sentiasalah menjadi keutamaan post dan ajakan dan ajaran dalam blog ini. Hari ini begitu ramai orang yang mengakui dirinya ulama' atau ditabalkan oleh masyarakat sebagai ulama', tetapi mengajarkan manusia melalui pelbaga media banyak perkara yang batil dan batal, membuatkan pendengar atau pengikut mereka menyimpang dan tersasar jauh dari siratul mustaqim itu! Insya Allah, dalam beberapa post yang akan terbit kita lihat beberapa kata-kata hikmah Rasulallah (s.a.w) yang sewajibnya kita jadikan panduan haian kita.

Kejayaan dunia dan akhirat itu perlukan ilmu

Saudara, semua yang akui dirinya Islam pasti teringin untuk mendapat kesenangan dalam hidup dunianya. Itu sewajarnya diberi keutamaan oleh orang yang Islam Tapi, malangnya dalam mengusahakan untuk mendapat dunia dengan mengabaikan akhirat atau menombor duakan akhiratnya. Kerana, yang didapati di dunia itu tidak sepenuhnya milik kita dan tidak kekal kerana tidak dapat dibawa sebagai bekalan akhirat. Dalam hubungan ini Ali (r.a) berkata: 'Man aradhad dunya fahua bi-ilmi, wa-man aradhal akhirati fahua bi-ilmi, wa-man aradhahuma fahua bi-ilmi' (Yang bermaksud: Sesiapa yang inginkan (kejayaan) dunia maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang inginkan (kejayaan) akhirat, hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang inginkan (kejayaan) bagi kedua-duanya, hendaklah dia berilmu). Jelaslah, ilmu itu pra-syarat untuk berjaya di dunia dan di akhirat.
Saudara, semua orang tahu bahawa kejayaan dunia itu perlukan ilmu - berjaya dalam UPSR, alam SPM, dalam STM dan dalam kolej atau universiti, lebih-ebih lagi kalau dapat ijazah dari ivy league universiti spt University of london, Oxford, Cambridge di UK atau dari Harvard University, Stanford, Yale, Chicago, Columbia, UCLA dll di USa, kerana mereka yang memiliki ijazah-ijazah dari universiti itu diakui oleh kerajaan Malaysia, dan Hazanah sebagai orang yang bijak dan pintar!
Itu kejayaan duniawi. Kejayaan akhirat lebih utama lagi. Tidak perlukan memiliki Ph D atau lulus dari uniersiti ivy league Islam pula spt Al-Azhar atau Madinah. Tak perlu gelaran 'Doktor' kerana ada Doktor Falsafah atau Ph D. Yang utama ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu saja ilmu yang melayakkan seseorang itu mengajar atau mengilmukan orang lain dalam Islam, dengan syarat 'tauiah' yang didapatinya adalah juga dari orang yang mendapat ilmunya dalam proses atau methodoogy yang sama - belajar al-Quran dan al-Hadith secara berguru berdepan dengan membuka kitab-kitab hadith dari guru yang dpat ilmunya secara 'mangkul'=berdepan dengan gurunya dulu, kedua-duanya membuka kitab, murid menulis apa yang disampaikan oleh gurunya, berdasarkan isnad' = asas penyampaian ilmu itu sampai kepada Rasulallah (s.a.w), kerana sumber ilmu yang haq itu datangnya dari Rasulallah (s.a.w). Jelasnya, ilmu itu dari seorang guru kepada seorang guru yang lain, dan selanjutnya sedemikian, maka dengan itu tiada tokok tambah, tiada kemasukan penda[at dan pandangan peribadi, dan takda yang 'heresay' = kata-kata itu dan ini, yang memncemarkan ilmu tersebut. Maka, ilmu yang disampaikan oleh guru kepada murid kaedah sedemikian itu adalah 'muttasil' = urutan sumber dan isi ilmu yang kekal murni dan tidak tercemar oleh pendapat peribadi manusia, bersambung sampai kepada sumbernya, iaitu Rasulallah (s.a.w). Kerana, walau bagaimana bijaknya seseorang guru itu tidak relevan dalam Islam, melainkan dia juga belajar mengikut kaedah dan methodoloogi yang sama. Maka kemurnian ilmu, malah kemurnian Islam itu, bergantung kepada ilmu, cara ilmu itu dikembangkan dan bukan kerana kepintaran seseorang itu membuat pentafsiran dan andaian.

Islam dan umat Islam

Saudara, berapa ramaikah atau berapa peratuskah orang Islam hari ini belajar ilmu mengenai agama mereka? Kemungkinan besar 99 dari 100 orang yang akui dirinya Islam tidak belajar ilmu mengenai agamanya. Mereka dapati' imu' mengenai agama Islam melalui apa yang disampaikan atau diajarkan atau dicontohkan oleh nenek moyang mereka. Samalah dengan masyarakat jahiliah Arab yang Allah (a.w) sebut dalam al-Quran mereka mendapat kefahaman agama mereka secara warisan dari nenek moyang mereka dahulu kala. Bukan berdasarkan apa yang terdapat dalam kitab-kitab yang diturunkan Allah (a.w) bersama rasul atau nabi zaman mereka. Para rasul dan nabi zaman tersebut membawakan ilmu berupaya panduan hidayah dan hikmat yang dikurniakan oleh Allah (a.w) kepada Utusan Allah (a.w). Tapi mereka menolak ajakan dan ajaran Utusan Allah (a.w). Hari ini kalau ada seseorang yang mengajak atau mengajarkan ilmu berdasarkan al-Quran dan al-Hadith, tak ramai umat Islam berminat, keranagolongan atau fahaman Islam yang didasarkan semata-mata kepada  boring dan tidak menarik. Kalau disampaikan secara melawak atau menyanyi, walau[un ada yang tidak benar diakui enar dan mereka berminat. maka tidak hairanlah kalau Rasulallah (s.a.w) memberitahu di akhir zaman ini - selepas kewafatan beliau - umat Islam akan mengikuti 73 fahaman agama dalam Islam, semuanya mengakui kononnya mereka berpandukan al-Qurn dan as-Sunnah, tetapi Rasulallah (s.a.w) memberitahu 72 fahaman/golongan Islam tersebut kesemuanya gagal mendapat syurga malah masuk ke dalam neraka di akhirat kelak. Hanya satu fahaman atau golongan yang berjaya selamat darineraka dan mendapat surga. Siapa mereka? agolongan itu? Apabila para sahabat bertanya kepada beliau sedemikian, beliau menjawab golongan atau fahaman yang berdasarkan semata-mata kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan mereka Islam bentuknya berjema'ah secara formal.
Saudara, sehubungan itulah Rasulallah (s.a.w) ketika menyampaikan Khutbah Wada'nya di Arafah mnyebutkan bahawa beliau tinggakan kepada umat Islam dua hazanah ilmu dan panduan, yang jika mereka berpegang kepada kedua-duanya dan tidak berpegang atau berpandukan selain keduanya, pasti tidak sesat mencari dan mendapatkan 'soratul mustaqim' - jalan lurus ke syurga itu - dengan syarat mereka berpandu, memahami dan mberamal dengan kedua-dua ilmu dan panduan tersebut, iaiu al-Quran dan as-Sunnah. Hari ini majoriti umat Islam tidakpun belajar secara formal al-Quran dan as-Sunnah. Mereka menggunaan kitab-kitab karangan manusia yang berbagai, yang majoriti jahilkan ilmu tersebut, atau mendengar ceramah atau kuliyah dalam media terutama TV, maka mereka pasti lambat laun akan sesat. Yang tak sesat kalau belajar al-Quran dan as-Sunnah denga kaedah dan methodology yang disebutkan seelum ini.
Kerana umat Islam remehkan ilmu dalam Islam dan sukakan pembelajaran ilmu dalam keseronokan, maka semakin ramailah umat Islam yang tersesat, maka dengan majoriti gagal mendapat syurga walhal syurga itu amat mudah didapati mengikut firman Allah (a.w) pada Ayat 13: an-Nisa'. Umat islam sanggup berhabis sumber menuntut ilmu dunia, tetapi bahil untuk berbelanja sedikit demi mengaji ilmu agama dan memahaminya dan mengamalkannya. Umat Islam menombor-duakan akhirat mereka dan menombor-satukan dunianya, walhal dia dapat puaskan kehendak dirinya hanyalah 30 atau 40 atau lebih-lebihnya 50 tahun, kemudian sampai ajal mereka! Kehidupan akhirat itu mereka permudahkan atau anggap mudah, maka tak perlu mendalami ilmu mengenai Islam supaya mereka benar-benar faham Islam, dan menjalani kehidupan duniawi meeka secara tepandu, membuat secukup persiapan untuk kejayaan akhirat, membanyakkan infaq fi sabilillah - pelaburan untuk akhirat - yang dividennya di terima di akhirat, maka berjaya di akhirat.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu di kalangan umatnya hanya 1 daripada 1,000 yang berjaya mendapat syurga, seramai 999 orang meengkok dalam neraka! Kenapa? Jahil ilmu, jahil Islam, beramal tanpa menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka batal setiap amalan dan ibadah mereka, tidak diterima Allah (a.w) maka kosong Kitab Catatan Amalan mereka, dan ketika dihisab di akhirat, tiada simpanan untuk ditukar dengan kurniaan Allah (a.w)! Masuk neraka, tersiksa, merana, berbanding dengan orang yang telah faham Islam dan beramal dengan kefahaman, maka diterima kesemua amalan mereka, dan dimaafkan oleh Allah (a.w) dosa-dosa mereka, maka enjoy di syurga yang penuh nikmat ...
Mudah-mudahan, tulisan ini membantu meningkatkan kefahaman para pembaca dan pengikut blog ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment