Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan usaha kita melihat beberapa panduan Islam yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk membentuk kemurniaan akhlak kita sebagai umat Islam yang berjaya di dunia dan di akhirat. Sebagai seorangIslam kita diberi panduan menjalani kehidupan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) melali al-Quran dan as-Sunnah. Kedua-dua panduan itu bukan setakat untuk dunia tetapi untuk akhirat kerana dunia itu adalah tempat persiapan untuk akhirat. Rugilah seorang Islam yang beranggapan wjudnya dichotomy antara dunia dan akhirat - maksudnya kalau seorang Islam mengasingkan yang dunia dan yang akhirat. Kerana segala sesuatu yang kita lakukan dan ucapkan dalam dunia itu ada implikasi dunia dan akhirat. Tambahan pula dunia adalah tempat membuat persiapan untuk akhirat. Dan, akhirat itu kita diberitahu adalah kesudahan yang kekal
Saudara, kita mungkin hidup tak lama di dunia. Ada yang umurnya pendek - ada yang mati ketika dilahirkan, ketika masih kecil, ketika masih muda atau diberi kesematan hidup lama sehingga mencecah, malah melebihi satu abad. Namun, tetap pendek jika dinilai dari segi waktu akhirat. Allah (a.w) memberitahu bahawa sehari di akhirat itu lamanya adalah seribu tahun di dunia. Jelasnya, walaupun umur kita satu abad, itu masih sedikit kerana itu hanyalah separuh hari sahaja dalam kiraan masa akhirat.
Pesanan dan Nasihat Rasulallah ((s.a.w)
Saudara, Allah (a.w) sentiasalah mengawasi kita dalam hidup. Dalam hadith berikut kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) beberpa prinsip pokok yang wajib kita sentiasa akur dan sedar.
Dalam kebebasan kita menjalani kehidupan di dunia itu kita wajib mengerjakan setiap sesuatu yang Allah (a.w) dan RasulNya perintahkan dengan penuh ikhlas, maksudnya penuh kemurnia, menepatii ketetapan Allah (a.w), dan kita wajib tidak melampaui batas-batasan yang ditetapkan - yang haram dan yang hala, yang dibolehkan dan yang ditegah. Ada banyak perkara yang Allah (a.w) tidak menetapkan sesuatu peraturan, maka kita boleh lakukan selagi kita tidak melanggar batasan-batasan yang ditetapkan ddalam al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, jika tiada batasan yang ditetapkan maka janganlah pula minta dibatasi atau diberi ketetapan mengenainya sehingga menyulitkan kita pula.
Menceritakan hadith oleh Qur’at b Khalid hadith dari Dhohak b Muzahim hadith dari Taus berkata: ‘Aku mendengar Aba Zarr berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Innallaha faradha faraidha fala tudhoyi-‘uha wa-hadda hududan fala ta’taduha wa-sakata ‘an kathirin min ghairi nisyani fala tatakallafuha. Rahmatun minallahi faqbaluha.’ (Yang bermaksud: Sungguh-sungguh Allah (a.w) telah mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah mensia-siakannya (yakni, kerjakanlah dan tunaikanlah kewajipan itu dengan sepenuh ikhlas), dan (Allah) membuat beberapa batasan (had) (atau larangan) maka janganlah melanggarnya, dan (Allah) diam (atau, berdiam, yakni tidak membuat sebarang ketetapan mengenai) dari banyak perkara dari selain lupa (yakni, bukan kerana Allah (a.w) itu lupa (Nota: kerana Allah itu tidak bersifat lupa), maka janganlah memaksakan (yakni, meminta supaya ‘yang ditinggalkan itu’ diminta mengada-adakan peraturan atau ketetapan mengenainya). Kerahmatan Allah (a.w) itu (dalam semua perkara), maka terimalah. - Hadith at-Tobrani.
Hadith menyebutkan bebeapa perkara dan bagaimana sewajarnya riaksi kita terhadap perkara tersebut. Pertama, apa-apa yang diwajibkan atas kita, maka jangan kita sia-siakan (atau abaikan). Perkara yang wajib itu termasuklah solat, puasa, haji dan umrah, mengeluarkan zakat, menginfaq, menolak sesuatu ketetapan al-Quran dan ketetapan Rasulallah ((s.a.w) (i.e. as-Sunnah), berbuat baik kepada kedua ibu bapa, menghormati orang-orang tua, mengasihi budak-budak kecil atau kanak-kanak, dan banyak lagi yang wajib. Kedua, Allah (a.w) menetapkan sesuatu batasan (hukum had) bagi kita umatnya, maka jangan dilanggar batasan yang ditetapkan. Ketetapan seperti jangan berzina, minum arak, mencuri atau menyamun atau merompak dan sejenisnya, bunuh diri, bunuh orang, bunuh anak, makan harta anak yatim, dan banyak lagi yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, termasuk apa yang dibolehkan - dari segi rukun-rukun qalbi, qauli dan fe'li - dalam sesuatu ibadah itu, maka janganlah kita menambah, mengurangkan atau menokok-tambah, apa yang telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Ketiga, Allah (a.w) tidak membuat apa-apa ketetapan tentang banyak perkara (yakni, yang tidak diwajibkan, tidak dilarang atau tidak diwajibkan dan yang tidak diharamkan, iaitu segala sesuatu yang tidak ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah), maka janganlah kita memandai-mandai pula mengada-adakannya atau membuat peraturan atau ketetapan pula (seperti mewajibkan atau melonggarkan ketetapan) terhadap perkara-perkara yang tidak disebutkan oleh Allah (a.w) (dan Rasulallah (s.a.w) itu). Setiap kerahmatan yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah itu diberikan kepada kita, maka kita terimalah dan jangan remehkan atau perlekehkan. Kita wajib syukuri Allah (a.w) kerana begitu banyaknya dan tidak terkiranya nikmat yang kita terima - seumpama nyawa kita, kesempurnaan jasad dan mental kita, kesihatan dan kemampuan fisikal dan mental kita, sewajibkan kita pergunakan sebaik mungkin. Contoh: menghormati dan taatkan kedua ibu bapa, menghormati orang tua, mengasihi kanak-kanak atau budak-budak kecil, melawat orang sakit, tidak memutuskan silatur Rahim, tidak melanggar etika mengenai pakaian - bagi lelaki dan perempuan, dll. Menziarahi orang mati dan mengiringi mayat ke kubur, berbuat baik kepada jiran tetangga, menjamak dan mengqasarkan solat fardu ketika bermusafir, mengerjakan amalan dan ibadah sunat, dan banyak lagi.
Saudara, seharian kita hidup apa-apa yang kita kerjakan untuk Allah (a.w) tidak banyak dan tidak memberatkan dan tidakpun sampai sejam waktu 24 yang kita jalani seharian. Oleh itu amatlah tidak patut bagi seorang manusia itu langsung melupakan Allah (a.w) dan meremehkan ketetapan agama Allah (a.w). Malah, lebih tidak patut lagi kita menghabiskan waktu melakukan sesuatu yang tidak disukai Allah (a.w).Amatlah tidak patut kalau kita tidak menyempatkan masa untuk mengaji/mempelajari ketetapan Allah (a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah supaya kita benar-benar faham agama kita dan tuntutannya, walhal kita berhabis wang dan ringgit dan masa menumukan mencarai ilmu dan pengalaman dalam urusan dunia kita. Jika kita melakukan sedemikian itu bererti kita menomborduakan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan menmborsatukan urusan dunia, walhal kita hidup tak lebih dari separuh hari di dnia berbanding dengan lama dan kekalnya kehidupan akhirat itu! Lebih rugi lagi apakala kita diberitahu nilai menyempatkan masa untuk mengji ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu sama dengan nilai pahala berperang fi sabillilah, melebihi nilai dunia dan segala isinya!
Sehubungan itu, dalam kita menumpukan perkara-erkara dunia, janganlah sampai kita meremehkan perkara akhirat, terutama belajar ilmu mengenai agama dengan menyempatkan masa belajar al-Quran dan al-Hadith.
Jazakallahau khairah

No comments:
Post a Comment