Thursday, October 9, 2014

Solat Gerhana Bulan/Matahari

Assalamualaikum,
Saudara, malam tadi/kelmarin mungkin ada dikalangan saudara yang dapat melihat gerhana bulan selepas masuknya Maghrib. Mungkin ramai manusia yang ingin melihat gerhana bulan dan gerhana matahari itu. Umat Islam pula disuruh mengerjakan Solat Kyusyuf (Solat Gehana Bulan/Matahari) bagi melambangkan kehebatan Allah (a.w) dan mengigatkan diri kita bahawa gerhana bulan adalah satu-satunya tanda kebesaran Allah (a.w), maka disuruh umat Islam mengerjakan Solat Kyusyuf tersebut. 
Solat ini adalah dua rakaat satu salam sebagaimana solat-solat sunat selainnya, lazimnya dua rakaat, kecuali secara khusus ditentukan beberapa solat sunat yang berbeza dari kelaziman, seperti Solat Kyusyuf ini. Solat Kyusyuf ini dua rakaat tetapi ada dua kali rukuk pada setiap rakaatnya, i.e. setelah selesai membaca al-Fatihah kita membaca satu surah (yang panjang) selesai membaca surah itu terus Rukuk yang panjang (i.e. membaca Tasbih Rukuk itu banyak) kemudian angkat kepala untuk Iktidal membaca semula al-Fatihah dan satu surah yang panjang pula, kemudian selesai baru Rukuk kali kedua yang panjang, i.e. membaca Tasbih Rukuk yang panjang pula, barulah Sujud dan seterusnya sebagaimana solat biasa; kemudian, pada rakaat kedua, dilakukan sebagaimana rakaat pertama tadi iaitu Rukuk dua kali dan membaca surah yang panjang ketika Rukuk itu dan membanyakkan Tasbih Rukuk ketika Rukuk. Dan, selepas solat berdoa membesarkan Allah (a.w) dan mengingatkan kurniaanNya kepada kita selama ini dan bersyukur kepadaNya, dan berdoa memohon diberi dan diteruskan mendapat hidayah untuk selamat  dalam Islam dan berjaya di akhirat mendapat syurga dan selamat dari neraka.
Ingatlah Tasbih Rukuk adalah 'Subhana rabbial a'zim' sahaja, tiada kalimah 'wa-bihamdihi'. Kalimah 'wa-bihamdihi' adalah tambahan yang dibuat oleh orang-orang yang jahil ilmu tentang ketetapan Islam mengenai solat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Adakah saudara mengerjakannya malam tadi? Atau, baru ini saudara tahu ilmunya mengenai amalan sunat yang dianjurkan oleh agama ini. Mudah0mudahan kita berpeluang tahun depan mengerjakannya ketika berlakunya gerhana - bulan ataupun matahari.

Jazakallahu khairah

2 comments:

  1. terima kasih jadi paham apa yg harus kita lakukan pada saat terjadi gerhana..
    izin share streaming film gratis

    ReplyDelete
  2. Yuk Gabung Bersama Kami Hanya di RoyalQQ

    Minimal Deposit Hanya Rp 15.000

    RoyalQQ juga membagikan Bonus TO 0.5% SETIAP HARI!

    HADIA JACKPOT Menanti anda^^

    Daftarkan segera hanya di RoyalQQ

    LINK : https://goo.gl/dQPyud

    ReplyDelete