Tuesday, October 21, 2014

Ketentuan Islam mengenai pakaian

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita diberitahu apakah matlamat dan tujuan hidup terbaik bagi orang iman itu. Kemudian, kita mendapat tahu perumpamaan antara orang iman dengan orang yang kafir itu. Orang iman itu anuti agama yang ditetapkan oleh Allaah (a.w) kepada manusia - agama Islam, panduan ilmu dan panduan hidupnya adalah al-Quran dan as-Sunnah, yang merupakan 'siratul mustaqim' - jalan untuk mendapatkan syurga dan selamat dari neraka. Melalui dua ilmu tersebut kita tahu dan faham apakah tanggung jawab seorang yang Islam dan beriman itu. Kita juga diberitahu bahawa kejayaan akhirat itu mudah dicapai dan kaedah serta cara mendapatkan kejayaan akhirat itu diperjelaskan dan dihurakan secara detail oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Maka mudah. Jawapan serta caranya untuk berjaya telahpun diberitahu.
Saudara, kita diberi tahu suatu perbidalan yang amat penting dan mudah kita fahami iaitu dunia ini seolah-olah penjaran untuk orang iman - ada batas kebebasan duniawi yang membawakan kepada penjara kekal di akhirat kalau kita langgar. Sebaliknya, kebebasan di dunia itu tidaklah begitu utama bagi seorang iman, kecualilah dia Islam di mulut sahaja, tetai kafir di hati sanubarinya, maka dia tak kurang dari seorang yang tidak Islam ingin bebas sebagaimana bebasnya orang kafir. Apakah 'penjra dunia' itu begitu megongkong orang iman dalam hidup mereka? Walhal, orang iman itu tahu bahawa jika mereka mendapat syurga tiada apa yang menegah dan menghalangnya untuk mencari segala kehendak hati, malah Allah (a.w) memberitahu pula banyak nikmat yang tidak pernah terfikir oleh otak manusia, terdengar oleh telinganya dan terlihat oleh matanya! itulah kebebasan yang mutlak. Kalau dipenjarakan di akhirat dalam neraka takda apa yang didapat selain minuman dari nanah yang busuk dan darah pekung yang menjijikkan dan makanan buah halkum yang berduri. Penjara akhirat itu lebih dahsyat dari penjara di dunia. Di dunia, walaupun seumpama dalam penjara masih boleh makan dan minum yang enak-enak tanpa hadpun.
Saudara,  Orang iman itu tidak boleh 100% bebas dalam menjalani kehidupan di dunia. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita (post yang lalu) bahawa dunia ini seumpama penjara bagi orang iman, dan syurga bagi orang kafir. Cntoh: dalam beberapa petikan hadith berikut kita diberitahu bahawa orang iman lelaki itu dilarang berpakaian atau memakai pakaian tertentu. Apakah itu sekatan kerana kita berada di dunia seumpama berada dalam pen tidak dibolehkan.jara? Sebenarnya tidak. Dalam urusan pakaian, kita ada banyak pilihan, walaupun ada beberapa kain yang dijadikan pakaian itu

Ketetapan Mengenai Pakaian Lelaki 


Saudara, kalau kita mengaji - benar-benar mengaji sebagaimana yang seringkali disebutkan bagaimana dalam blog ini - iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita akan dapati ada beberapa perkara yang kelihatan kecil dan remeh tetapi kesan atau akibatnya berat. Antaranya adalah perkara pakaian - pakaian lelaki dan perempuan dalam Islam. Kita lihat dalam beberapa hadith berikut beberapa ketetapan mutlak mengenai pakaian lelaki Islam yang beriman. Ramai lelaki yang Islam tetapi tipis imannya, kerana meremehkan ketetapan Islam. 

(-) Lelaki Islam tidak dibolehkan pakai emas dan sutera

Saudara, lelaki Islam itu tidak sekali-ali dibenarkan oleh Islam memakai sutera - kain sutera, baju sutera, jubah sutera, sapu tangan sutera, dan segala sesuatu yang dipakai yang diperbuat dari sutera. Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa ahli syurga itu pakaiannya adalah diperbuat dari bahan sutera halus dan sutera kasar. Maka sesiapa yang memakai sutera semasa hidupnya, tidak akan memakainya di akhirat maksudnya, mereka tidak dapat syurga, wal ya zubillah.
Diriwayatkan hadith dari Abi Musa al-Asya’ari berkata bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Hurrima libasul-hariri waz-zahabi ‘ala zukuri ummati wa-uhilla li-inathihim’ (Yang bermaksud: Diharamkan pakaian dari sutera dan emas atas orang-orang lelaki umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Pakaian] 
Saudara, begitu juga lelaki Islam tidak dibolehkan memakai emas, kerana emas adalah juga hak  dalam syurga. 
Saudara, hari ini ramai lelaki Melayu - apakah mereka Islam? - yang meniru gelagat lelaki kafir memakai cincin emas, rantai emas, pena emas, dan kepala talipinggang yang diperbuat dari emas, dan jam tangan emas, malah ada yang pakai gelang emas dan subang emaspun! Mereka itu sengaja menempah neraka. Mungkin kerana jahil. Mungkin kerana meremehkan ketetapan Islam, walhal dia Islam. Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik apabila Syu’bah meminta pengesahan daripadanya, bahawa berkata dia: ‘Sungguh-sungguh (mendengar hadith) dari Nabi ((s.a.w) yang bersabda: ‘Man labisal-hariri fidunya falan yalbasahu fil akhirati.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa memakai pakaian (yang dibuat dari) sutera di dunia, maka tidak akan dipakaikan pakaian sutera padanya di akhirat.’) [Hadith Bukhari, Kitab Pakaian] 

(-) Memakai pakaian yang labuh

Saudara, Islam melarang lelaki Islam yang memakai pakaian yang labuh - jubahh  labuh, seluar labuh dan melabuhkan kain pelekat, pakaian tidur, dll yakni memakai pakaian yang bahagian bawahnya menutupi buku lalinya. Apabila diberitahu kepada seseorang lelaki Islam mengenai etika pakaian lelaki ini, mereka seringkali meremehkan atau berpandangan betapa peliknya ketentuan Islam! Maksudnya, mereka mempersoalkan ketetapan sedemikian. Atau, mereka mengatakan itu bukan perintah wajib sebagaimana perintah mengerjakan solat fardhu itu wajib. Sebenarnya, ketetapan mengenai pakaian ini adalah perintah wajib sebagaimana wajibnya perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mengenai amalan dan ibadah yang wajib selainnya.
Diriwayatkan hadith dari Abi Jaffar hadith dari ‘Atak b Yassar hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Pada suatu ketika seorang lelaki bersolat (dan dia memanjangkan atau melabuhkan) pakaiannya. Maka bersabda kepadanya Rasulallah ((s.a.w): ‘Pergilah maka wudu’lah.’ Maka pergi dia maka berwudu’ dia, kemudian datang dia (ke tempat bersolat). Maka bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Pergilah dan wudu’lah.’ Maka berkata kepadanya seorang lelaki: ‘Wahai Rasulallah ((s.a.w)! Mengapa engkau memerintahkan bahawa wudu’ dia?’ Kemudian terdiam sebentar (Rasulallah ((s.a.w)). Bersabda (Rasulallah ((s.a.w): ‘Innahu kana yusalli wahua musbilun izarahu, wa-innallaha ta’ala la yaqbalu solata rajulin musbilin.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya dia (lelaki) ada dia bersolat dan dia memanjangkan (atau melabuhkan) pakaiannya. Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menerima solat seorang lelaki yang memanjangkan (atau melabuhkan) pakaiannya.) [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian]
Saudara, dalam hadith ini jelas bahawa Allah (a.w) tidak menerima solat seorang Islam yang beriman apabila dia solat walhal dia melazimkan memakai pakaian yang labuh - pakaian yang menutup kedua buku lalinya. Maka dengan itulah ada yang mentafsirkan hadth ini bahawa ketika solat sahaja jangan melabuhkan pakaian bahagian bawah sampai menutup kedua buku lalinya, maka mereke menyensengkan seluarnya. Larangan ini bukan setakat pakaian untuk solat tetapi kelziman memakai pakaian yang labuh. Qarun zaman Musa (a.s) yang kaya lana - kekayaan yang tidak dapat ditandingi manusia terkaya zaman ini - melabuhkan pakaiannya, memakai sutera halus dan berbangga dengan kekayaannya sehingga mempamirkannya kepada masyarakat zamannya. Islam melarang seseorang itu bersifat bangga dir dan sombong kerana apa juga sebab, kerana kesombongan itu adalah sifat hakiki syaitan Sesiapa yang sombong dia adalah saudara atau sahabat karib syaitan, tidak akan dapat syurga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith bahawa sesiapa yang ada sekecil zarah atau biji sawi sifat dan rasa soombong dalam dirinya, tidak akan masuk syurga, walaupun dia seorang yang alim!

(-) Ketetapan mengenai pakaian lelaki Islam

Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu etika pakaian seorang lelaki Islam, maksudnya pakaian yang diboehkan/tidak dibolehkan bagi lelaki Islam.
Diriwayatkan hadith dari ‘Alak b Abdilrahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku bertanya kepada Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi Said memberitahu ‘memanjangkan’ (pakaian). Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w) kepadanya: ‘Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfla minal-ka’baini fahua fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam yanzurillahu ilahi.’ (Yang bermaksud: Pakaian orang Islam (adalah) setakat separuh betisnya dan tidak berdosa atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara pakaiannya dengan dua mata-kakinya (atau buku lalinya). Apa-apa yang melebihi dari kedua matakaki (atau bukulalinya), maka dia di dalam neraka. Barangsiapa menarik (i.e. memanjangkan atau melabuhkan) pakaiannya (melebihi dua matakaki atau buku lalinya) dia adalah menyombong (maka) tidak melihat Allah (a.w) kepadanya (di akhirat kelak)). Hadith Abu daud, Kitab Pakaian]
Lelaki Islam tidak boleh melabuhkan pakaian atau bahagian bawah pakaiannya. Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) hadith dari Nabi ((s.a.w) yang bersabda: ‘Ma asfala minal ka’baini minal izari fafin-nari’ (Yang bermaksud: Apa-apa yang menutup matakaki (atau bukulali) dari pakaian, maka dia (i.e. yang memakainya) di dalam neraka.) [Hadith Bukhari, Kitab Pakaian]
Saudara, lelaki yang melabuhkan pakaian - bahagian bawahnya sampai menutup kedua buku lalinya - pasti masuk neraka, maksudnya, pasti tak masuk syurga, wal iya zubillah. Hari ini ramai lelaki Islam - terutama yang berkedudukan dalam masyarakat dan syarikatnya - bos-bos syarikat, orang politik, tokoh koporat, ulama' dan pendakwah Islam tersohor, sering memakai sutera yang mahal, melabuhkan pakaian mereka! Adakah mereka jahil ilmu? Atau, adakah mereka meremehkan ketetapan Islam?  
Diriwayatkan oleh imam Ahmad ibni Hanbal hadith dari seorang lelaki dari suku Bil-Hajim yang berkata: ‘Bertanya aku kepada Rasulallah ((s.a.w): ‘Kepada siapakah engkau berseru (i.e. berdo'a)?’ Rasulallah ((s.a.w) bersabda (i.e. menjawab): ‘Ad’u ilallahi wahlahul-lazi in massaka durrun fa-da’autahu kasyafa ‘anka wal-lazi in dolalta biardin faqrin fada’autahu radda ‘alaika wal-lazi in asabaka satatun fa-da’autahu anbatalaka.’ (Yang bermaksud: Aku berseru kepada Allah yang maha esa, yang bila engkau ditimpa kesusahan atau kemudaratan lalu engkau berseru (i.e. berdo'a) kepadaNya, ditolongNya engkau dan bila engkau tersesat di suatu padang pasir yang tandus engkau berdo'a kepadaNya ditunjukkannya jalan keluar bagimu olehNya dan apabila engkau ditimpa masa kemarau yang panjang ditumbuhkannya bagimu tanaman-tanaman.’) Kemudain berkatalah Bil-Hajim lebih lanjut kepada Rasulallah ((s.a.w): ‘Berilah aku nasihat’, maka bersabdalah Rasulallah ((s.a.w): ‘La tasubanna ahadan wa-la tazhadanna fil-makrufi wa-lau an talqa akhaka wa-anta munbasitun ilaihi wajhuka wa-lau an tufrigha ina-aka fi dalwil-mustaqi wattazir ila nisfis-saqi fa-in abaita fa-iklal-ka’baini wa-iyaka wa-isbalal-izari fainna isbalal-izari minl-makhilati wa-innallaha la yuhibbul-mahilata.’ (Yang bermaksud: Janganlah engkau mencerca seseorang dan janganlah engkau meremehkan sesuatu amal kebajikan walaupun hanya seperti memberi muka/manis (i.e. tersenyum) kepada kawan yang engkau temui, mengosongkan gayungmu untuk memenuhi bekas air orang yang meminta air, dan hendaklah engkau mengenakan sarung (seluar atau jubah atau kain yang dipakai) ke separuh betis dan, kalau enggan, maka janganlah melebihi kedua mata kaki (i.e. buku lali). Kerana melabuhkan kain (i.e. seluar, jubah atau yang dipakai) di bawah mata kaki (i.e. buku lali) hingga menyapu lantai adalah tanda sombong (atau kesombongan) dan Allah (a.w) sekali-kali tidak menyukai sifat (atau, orang yang) sombong.) [Hadith Imam Ahmad]
Saudara, hadith di atas menceritakan peristiwa seorang dari suku kaum bil-Hazim yang menemui Rasulallah (s.a.w) dan dia meminta asihat, maka beliau diberikan beberapa nasihat mengenai etika seorang Islam. Termasuk daalam etika bagi lelaki Islam adalah tentang ketentuan mengenai pakaian lelaki. 
Saudara, ramai orang Islam yang meremehkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - maksudnya, ketetapan as-Sunnah - kerana jahil dalam Islam. Allah (a.w) mewajibkan seorang yang Islam - malahan semua manusia - supaya taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) itu adalah ketaatan yang mutlak - antara ayat perintah sedemikian adalah Ayat 13: an-Nisa', Ayat 80: an-Nisa', Ayat 7: al-Haysr dll. Justeru itu, jangan remehkan ketetapan as-Sunnah, seperti ketetpan mengenai pakaian ini. Rengkasnya, lelaki Islam membahayakan akhiratnya apabila dia tdak akur dengan etika menegnai pakaian ini.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment