Assalamualaikum,
saudara teruskan lagi penelitian kita tentang beberapa panduan hakiki Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) kepada kita sebagai orang yang beragama Islam dan beriman dengan hari akhirat - hari kita akan kembali bertemu Allah (a.w) dan dihisab - disemak segala kata-kata dan perbuatan kita ketika hidup di dunia - kemudian diberikan balasan yang setimpal. Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran, di akhirat hanya ada dua tempat mestautin bagi setiap manusia - Islam ataupun tidak Islam - iaitu segolongan masuk neraka dan segolongan masuk syurga. Kalau tidak Islam Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa pasti tak dapat syurga dan pasti masuk neraka.
Saudara, yang Islam pula, kita telah tahu dalam post-post yang lalu, ada dua golongan pula, iaitu yang Islam dalam kejahilan ilmu, maka mereka berpandukan kepada ilmu dan amalan yang diwariskan oleh nenek moyang mereka, semenjak dahulu; dan segolongan lagi mengaji dan mempelajari ilmu mengenai Islam supaya mereka pasti mereka berada di jalan yang benar dalam Islam, maka menemui 'siratul mustaqim' itu. Dalam pada itu, yang mendapat panduan maka menemui 'siratul mustaqim' itu ada 3 golongan pula: iaitu, pertama, 'zalimu li-nafsih' (i.e. yang menzalimi diri mereka ) - kerana melanggar ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - tidak mengerjakan apa yang disuruh dan sebaliknya mengerjakan apa yang ditegah atau dilarang sedikit ataupun banyak; kedua, orang golongan 'al-muktasidah' (i.e. pertengahan) - buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah, tetapi terkadang terlupa atau terpengaruh oleh persekitaran, maka mengerjakan sesuatu yang ditegah, dan meninggalkan sesuatu yang diperintahkan, atau lalai beramal dan beribadah; dan ketiga, orang yang 'fastabikul khairat' (i.e. mempersungguh dalam mengerjakan amalan dan ibadah, zuhud diri, berifat mahmudah) - mempastikan dirinya berilmu, memiliki panduan dan bimbingan yang benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, kemudian beriltizam dan mempersungguh supaya tidak menyimpang dari 'siratul mustaqim' itu, supaya meminimakan kesilapan dan memaksimakan serta menambah-baikkan segala yang diwajibkan dengan menambah amalan/ibadah yang disunatkan atas diri mereka. Inilah golongan umat Islam terbaik.
Inilah tiga golongan orang Islam yang berjaya mendapat syurga - golongan ketiga berjaya mendapat syurga, ada yang terus dan ada yang perlu sedikit pembersihan. Golongan pertama lama menjalani pembersihan dalam neraka sebelum masuk syurga, kerana dosa mereka, dan Kitab Catatan Amalan mereka mengandungi banyak dosa, manakala golongan kedua menjalani pembersian dalam neraka tetapi tidak lama, namun kerana ada dosa yang dikerjakan dalam hidup mereka, perlu dibersihkan dahulu atau diberi laluan oleh Allah (a.w) menerima taubat mereka, kerana berusaha membanyakkan pahala dan sedikit dosa mereka. Islam yang selainnya, tertakluk kepada ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa mereka Islam dalam kejahilan atau terpengaruh oleh cakap-cakap dan ajakan orang Islam lain, sehingga tidak faham tuntutan Islam yang haq - termasuk tidak berpandukan as-Sunnah dan tidak berjema'ah, banyak mengamalkan banyak kebatilan dalam aqidah dan syraiat Islam, banyak menyimpang atau tergelincir dari 'siratul mustaqim', maka tergolong dari kalangan 72 fahaman Islam yang tidak berpandukan panduan yang haq yang diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) yang diwariskanolehnya kepada umatnya, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Golongan yang ketiga sentiasalah dipimpin Allah (a.w) - kerana Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa sesiapa yang mempersungguh dalam Islam akan ditunjukkan jalan ke syurga dan dipermudahkan baginya, dan sesiapa yang menolong agama Allah (a.w), maka Allah (a.w) akan menolong mereka. Adalah matlamat seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman itu menjadi ahli golongan yang ketiga ini.
Matlamat orang iman – Berjaya di dunia dan di akhirat
Saudara, kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) alam hadith berikut bahawa cita-cita yang teragung bagi orang Islam adalah disebutkan dalam hadith berikut:
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Sebesar-besarnya cinta manusia adalah seorang iman yang bercita-cita ingin meraih (yakni, mendapat atau mencapai) kejayaan dalam urusan dunianya dan (juga) (ingin meraih kejayaan dalam) urusan akhiratnya.’- Hadith ibnu Majah, Kitab Perdagangan.
Kejayaan dalam urusan duniawi ramai yang Islam tahu, maka mereka berusaha mencari kejayaan dunia, melalui berbagai cara, terutama dari segi menguasai ilmu keduniaan. Malangnya, majoriti umat Islam lupa bahawa lebih utama, adalah berusaha mencari kejayaan akhirat melalui ilmu. anpa ilmu tak mungkin manusia itu oleh berjaya di akhirat. Malah kerana kejahilan ilmu jugalah majoriti umat Islam gagal di akhirat. ilmu menentukan kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Kita telahpun diberitahu dlam post yang lalu kata-kata hikmah Ali b Abi Thalib (r.a) yang menyebut bahawa dunia dan akhirat itu perlukan ilmu. Untuk berjaya kedua-dua alam manusia - terutama yang Islam - wajib kuasai ilmu.
Orang iman terbaik mengimbangi dunia dan akhiratnya
Saudara, apa yang disabdakan oleh Rasulallah(s.a.w) dalam hadith berikut wajib dijadikan pandn hidup kita.
Diriwayatkan hadith dari Anas (r.a) hadith dari Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada (yang) sebaik-baik (dikalangan) kamu (melainkan) adalah orang yang tidak meninggalkan dunianya kerana urusan akhiratnya dan tidak meninggalkan akhiratnya kerana urusan dunianya, sehingga dia mendapatkan kedua-duanya (i.e. kesemuanya sekali). Sesungguhnya dunia itu bekalan (i.e. persediaan) untuk akhirat. Janganlah kamu bergantung pada manusia.’ - Hadith ibnu ‘Assakar.
Mesej hadith ini jelas, adalah terbaik bagi orang iman itu mencari excellence keran dunia dan juga kerana akhirat. Orang iman yag berjaya duianya mempunyai peluang yang banyak untuk berjaya di akhirat. contoh: kalau kita kaya kita boleh banyak menginfaq, kalau kita berkedudukan tinggi dan dihormati, kita boleh membantu orang iman lain untuk berjaya didunia dan diakhiratnya, dll. Dunia adalah untuk menyediakan diri untuk akhirat. Tak ungkin mamu menyediakan bekalan sebanyak mungkin dan sebaik mungkin kalau tidak berjaya di duna, kerana kepentingan dunia akan menghalang kita menyediakan bealan ntuk akhirat.
Keutamaan al-Quran dan as-Sunnah
Saudara, kita diberitahu bahawa panduan hidup hakiki untuk dunia dan akhirat itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Dalam urusan akhirat kita jangan sekali-kali membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah, dngan mengutamakan ajaran manusia melalui kitab-kitab karangan manusia. Yang terbaik, orang iman itu berpandu dengan al-Quran dan as-Sunnah - mengilmukan dirinya secukup mungkin, kemudian barulah merujuk kepadaa kitab-kitab karangan manusia untuk mendapat pencerahan, seandainya kitab-kitab karangan manusia itu sejajar dengan ketetapan al-uran dan as-Sunnah.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Keutamaan kalam Allah (a.w) (i.e. al-Quran) (itu) mengalahkan semua kalam (i.e. kitab-kitab karangan manusia) sebagaimana keutamaan Allah (a.w) mengalahkan makhluknya.’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Kefadhalan al-Quran.

Jelasnya, sesiapa yang mendahulukan merujuk kepada kitab karangan manusia, tetapi menabaikan ilmu al-uran dan as-Sunnah, seolah-lah mengutamakan yang dianggap remeh oleh Allah (a.w) dan mengagungkannya, walhal al-Quran dan as-Sunnah itu lebih diagungkan oleh Allah (a.w). Maka dengan itulah dalam Islam umat Islam diwajibkan belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dahulu sebelum merujuk kepada kitab-kitab karangan manusia.
Jangan Meremehkan Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah
Saudara, sehubungan itulah orang Islam yang beriman itu diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) jangan membelakangkan atau meremehkan al-Quran dan as-Sunnah.
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca al-Quran (i.e. tahu serta faham isinya mengenai sesuatu) lalu dia menganggap bahawa ada seseorang yang telah diberikan sesuatu (kitab ciptaan manusia) yang lebih utama daripadanya (i.e. lebih utama dari al-Quran dan as-Sunnah) yang telah diberikan kepadanya (yakni, al-Quran dan as-Sunnah), maka sungguh-sungguh dia telah mengagungkan sesuatu yang diremehkan (atau, diperkecilkan atau dihina) oleh Allah (a.w) dan dia telah meremehkan (atau merendahkan) sesuatu yang telah diagungkan (atau ditinggikan kedudukannnnnnya) oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran dan as-Sunnah).’ - Hadith at-Tobrani.
Maangnya hari ini, umat Islam terpengaruh dengan methodologi pembelajaran ilmu yang mirip pembelajaran ilmu akademik di universiti - engutamakan pendapat bernas para penyelidik yang mendasarkan penemuan mereka tentang Islam berpandukan fikiran dan pendapat manusia. Kealiman dalam Islam itu merujuk kepada kealiman dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan pencerahan mengenai Islam berdasarkan pendapat manusia.
Orang yang tidak siuman dalam Islam
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya supaya jangan utamakan dunia, atau menombor-duakan akhirat, kerana mengutamakan dunia bererti kita tidak melabur untuk mendapat tempat tinggal di akhirat. Orang yang mempunyai tempat tinggal di akhirat adalah penghuni neraka - mereka berkongsi dengan syaitan dan orang kafir dan orang yang banyak dosanya. kalau, pedoman atau matlamat hidupnya mencari harta di dunia, maka sudah barang pasti dia melarat dan miskin dan papa di akhirat. Orang yang miskindan papa di akhirat adalah mereka yang berada dalam neraka. Orang yang berharta hanyalah ahli syurga. Fikirkanlah dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu ahli syurga yang termiskin adalah mereka - menghuni syurga terkebawah sekali - memiliki harta yang nilainya 10 kali dunia!
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.an) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Dunia adalah tempat tinggal bagi orang yang tidak mempunyai tempat tinggal (di akhirat), dan harta kekayaan di dunia itu adalah bagi orang yang tidak mempunyai harta di akhirat, dan (kesemuanya) dicari dan dikumpulkan oleh orang yang tidak berakal (yakni, orang yang ‘gila’ dalam pandangan Islam, lupa dia akan matinya dan akibat mengumpul harta dan mementingkan dunia dan melupakan akhiratnya, dan dia berpersangkaan atau beranggapan bahawa apa yang dimilikinya di dunia itu kekal boleh dibawa ke akhirat atau boleh menolong dia di akhirat untuk menyelamatkan diri dari siksaan neraka dan mendapat syurga).’ - Hadith Imam Ahmad.
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dalam hadith ini bahawa orang yang menjadikan matlamat hidupnya mengumpul harta adalah orang yang tidak siuman. Mengapa? Harta yang dikumpulkan itu tidak ada nilai akhirat, malah menjadi fitnah terbesar dalam hidup mereka yang kaya, jika harta itu tidak dimanfaatkan untuk fi sabililah atau dibazirkan atau menjadikan dia bakhil. Atau, diwariskan kepada anak-anak yang disalahgunakan pula selepas matinya kita! Semua itu membahaya akhirat kita. Maka harta menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Itulah maksudnya 'gila' dalam hadith itu.
Dunia itu penjara orang Mukmin
Saudara, orang iman itu ketika hidup di dunia seumpama berada di dalam penjara, kerana tidak bebas melakukan atau mengucapkan kata-kata sesuka hati, kerana ada banyak batasan dan halangan, Orang kafir itu bebas melakukan sesuatu tanpa batasan. Maka di dunia itu mereka seolah-olah bebasa lakukan apa saja, dan di akhirat kelak kerana tidak Islam maka tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka akan dipenjara dalam neraka. Orang Islam yang beriman, yang berjaya mendapat syurga di akhirat, bebas boleh melakukan apa saja tanpa had dan batasan.
Menceritakan hadith oleh Abdul Aziz b Muhammad hadith dari ‘Alak ibni Abdil Rahman hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah, berkata (Abu Hurairah): ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ad-dunya sijnul mukmini wa-jannatul-kafiri.’ (Yang bermaksud: Dunia ini adalah penjara bagi orang iman dan syurga bagi orang kafir.) - Hadith at-Termidzi.

Oleh kerana alam akhirat itu kekal, kebebasan di akhirat tidak dapat dibandingkan dengan kebebasan di dunia. Tambahan pula, walaupun dunia itu seumpama 'penjara' bagi orang iman hanyalah dalam konteks tiada kebebasan melakukaan dosa, walhal orng iman itu boleh mendapat segala sesuatu yang halal di dunia. Dan, yang halal dan baik-baik dalam Islam itu semuanya terbuka kepada orang iman mendapatkannya dan menggunakannya. Hanya sedikit sahaja yang diharamkan atau ditegah seperti melakukan kemaksiatan, makan dan minum yang haram, dan seumpamanya.
Jazakallahu khairah
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment