Assalamualaikum,
Saudara dalam beberapa post yang lalu kita telah lihat peraturan yang terperinci mengenai ibadah Haji dan Umrah. Haji adalah ketetapan fardhu kelima dalam Islam - Rukun Islam. Yang diwajibkan atas seorang yang akui dirinya Islam adalah pertama dia bersyahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah adalah Allah dan nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah seorang hamba Allah dan pesuruh Allah, Rasulallah (s.a.w). Kedua, dia mengerjakan solat yang fardhu 5 waktu sehari semalam. Ketiga, berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Keempat, mengeluarkan zakat - terhadap harta dan pendapatan dari hasil bumi spt gandum, beras, jagung atau ternakan. Dan, akhirnya, kelima menunaikan haji di Mekah. Alhamdulillah bagi umat Islam yang ke Mekah baru-baru ini untuk menunaikan haji. Sesiapa yang mengerjaka haji menepati ketetapan as-Sunnah berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum' itu dan menjaga pantang larang ikhram dan betul rukun-rukunnya - qalbi (niat), qauli (uacapan/bacaan) dan fe'li (perbuatan dan perlakuan), maka insya Allah mereka mendapat 'Haji mabrur'. Ganjaran haji mabrur tak lain tetapi selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Dengan syarat, tidaklah dia melakukan semula segala sesuatu yang mendatangkan dosa yang mewajibkan mereka dimasukkan ke dalam neraka untuk dibersihkan dari dosa-dosanya.
Saudara, kita telah beritahu pula apakah amalan dan ibadah sunat dalam bulan Zulhujjah yang memberikan kita yang melakukannya mendapat ganjaran pahala yang amat besar pula.
Amalan-amalan sunat yang banyak mendatangkan pahala dalam bukan Zulhijjah adalah pertama, menyembelih kurban - kambing atau lembu atau kerbau atau unta - mendapat pahala yang amat besar melebihi pahala orang yang berjihad demi agama Islam dengan dirinya dan hartanya. Pahala menyembelih kurban itu hanya diatasi oleh pahala orang yang berperang fi sabilillah dalam urusan agama apabila dia terkurban dan harta yang dimilikinya habis kerana dibelanjakan untuk fi sabilillah. Penyembelihan kurban itu hendaklah pada 10 Zulhijjah selepas Solat Aidil Adha dan dibolekan pada 2 hari Tasyrik - 11 hingga 12 Zulhijjah. Kedua, bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji digalakkan berpuasa sehari Puasa Arafah iaitu ketika jema'ah haji berada di Arafah untuk Wukuf dan kita yang tdk mengerjakan haji berpuasa sehari. Puasa Arafah itu menghakis kesemua dosa kita selama dua tahun - setahun sebelum 9 Zulhijjah dan setahun selepas 9 Zulhijjah, i.e. sampai 9 Zulhijjah tahun kemudiannya.
Saudara, walaupun begitu banyaknya pahala yang dikurniakan Allah (a.w) untuk dua amalan tersebut, namun berapa ramaikah umat Islam yang memanfaatkannya dan kerjakankan
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment