Thursday, June 30, 2011

Kematian: Bunuh Diri, Jenazah Tidak Disolatkan

Assalamualakium,
saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat ketetapan Islam bahawa seseorang Islam yg mati membunuh dirinya sendiri, maka dia pasti tidak akan dapat syurga di akhirat kelak. Di akhirat Allah (a.w) akan berfirman kpdnya mengapakan tergesa-gesan nak mati walhal belum ditentukan Allah (a.w) secara natural mati ketika sampai ajalnya. dalam hadith berikut pula kita diberitahu bahawa mayat seseorang Islam yg mati kerana membunuh diri itu tidak boleh disolatkan.
Menceritakan hadith oleh Zuharun hadith dari Simakin hadith dari Jabir b Samurah berkata: 'Didatangkan kpd Nabi (s.a.w) dgn (mayat) seorang lelaki yg membunuh dirinya dgn sebilah gunting, tidak disolatkan atas jenazahnya.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
saudara, jelasla begitu besarnya dosa seorang Islam yg membunuh dirinya dgn cara apa sekalipun. Hari ini kita terbaca dalam akhbar trdapat orang Melayu yg kononnya Islam atau akui diri mereka Islam, lelaki dan perempuan, kaya dan miskin, yg membunuh dirinya. Contoh: Seorang hakim mahkamah tinggi dulu kerana tidak tahan keseorangan ditinggalkan isteri kesayangannya. Seorang gadis yg membunuh diri kerana telah dinodai oleh kekasihnya. Seorang pegawai tinggi yg takut disiasat kesalahannya, membunuh diri dgn terjun bangunan dan berbagai-bagai lagi karenah orang Islam (i.e. orang Melayu) hari ini. Membunuh diri mungkin terlepas dari siksaan hidup, tetapi masuk kpd siksaan seleapas mtinya yg siksaannya atau kesusahan 100 kali ganda lebih berat dan pasti pula masuk neraka dan kekal dalamnya selama-lamanya.
Sebodoh-bodoh manusia adalah orang yg Islam yg membunuh dirinya kerana apa jua pertimbangan dan sebab, kerana kalau dia hidup mungkin ada peluang baginya untuk dapat syurga dgn usahanya. [Nota: Seperti yg kita telahpun tahu bahawa segala usaha untuk akhirat itu pasti tercapai, tetapi segala usaha untuk dunia belum pasti di dapati].Tapi, bila bunuh diri, pasti menjadi ahli neraka, yakni masuk neraka! Oleh itu, beringatkan wahai saudara dan saudari sekelian yg sempat baca post ini, jangan jadi orang yg bodoh di dunia. Ingatkanlah rakan taulan dan sahabat handai lain ketetapan ini dan lain-lain ketetapan dalakm Islam yg disampaikan melalui blog ini.
Saudara, hadith di atas menyebutkan ketetapan Islam bahawa orang yg asalnya Islam dan matinya pun Islam, yg membunuh dirinya, tidak boleh disolatkan jenazahnya. Hari ini adakah ketetapan ini dipatuhi oleh para alim ulama' Islam? Rasanya tidak. Asalkan dianggap Islam, walaupun mati kerana bunuh diri, tetap disolatkan. Dalam kes pegawai kanan kastam yg terjatuh dari bangunan Masalam, Shah Alam, suatu masa dulu, dikatakan belum pasti atau terbukti bunuh diri, maka disolatkan. Kalau dia benar-benar bunuh diri? Mana berdosalah orang-orang yg terlibat kerana melanggar ketetapan Islam bahawa mayat orang yg bunuh diri tidak boleh disolatkan!

Jazakallahu khairah

Kematian: Bunuh Diri Pasti Masuk Neraka

Assalamualaikum,
Saudara hari ini kita kerap dengar beberapa perbuatan orang yg akui diri Islam, tetapi sebenarnya perlakuan yg sama sekali tidak terdapat dalam amalan Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Semua ini berlaku krana warisan budaya. Atau, kerana kejahilan, nama saja Islam tetapi isi dalam hati sanubari orang-orang sedemikian itu bukan Islam atau kosong semata-mata! Antara perbuatan orang Islam yg sama sekali tidak Islam adalah: membuang anak di merata-rata tempat; bersumpah perkara batil atau maksiat dalam masjid, bersumpah dgn al-Quran sesuatu yg bersifat fitnah dan perkara yg dilarang oleh Islam (mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah); membunuh orang Islam dan membunuh diri. Dalam hadith berikut kita dibertahu bahawa seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman yg membunh dirinya, pasti tidak dapat syurga, yakni pasti masuk neraka di akhuirat kelak. Sebagaimana juga orang yg tidak Islam dan orang munafiq pasti masuk neraka dan tidak sekali-kali akan dapat syurga!
Diriwayatkan hadith dari Abi Qilabah hadith dari Thabit b Dahak (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Man halafa bi-millatil Islami kaziban muta'ammidan fahua kama.' (Yg bermaksud:  Sesiapa yg bersumpah dgn ugama selain ugama Islam dgn berdusta dgn disengajakan maka dia spt bersumpah dia). Bersabda Nabi (s.a.w): 'Wa-man qatala nafsahu bi-hadidatin 'uzziba bihi fi nari jahannama' (Yg bermaksud: Dan, barangsiapa yg membunuh dirinya dgn beberapa besi, mengazabkan akan dia dgn besi-besi itu di dalam neraka (di akhirat kelak)). Dan berkata Hajjaj b Minhal menceritakan hadith kpdnya Jarir b Hazim hadith dari Hasan yg menceritakan hadith kpdnya oleh Jundab (r.a) di dalam ini (kata Hasan) masjid (i.e. Masjid Nabawi): 'Maka tidak lupa aku  dan tidak khuatir aku bahawasanya berdusta Jundab hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Kana bi-rajulin jarahun qatala nafsahu' (Yg bermaksud: Ada seorang lelaki yg membunuh dirinya yg luka kerana membunuh diri), faqala Allahu (i.e. Maka berfirman Allah): 'Badarani 'abdi bi-nafsihi haramtu 'alaihil-jannata.' (Yg bermaksud: 'Tergesa-gesa (atau mentergesakan) engkau wahai hambaKu dgn dirimu (i.e. membunuh diri untuk mati), diharamkan atasnya syurga.) [Hadith Bukhari, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini menyebutkan ketetapan Islam bahawa pertama, sesiapa yg membunh dirinya dgn mencucuk dirinya dgn besi (apa saja besi tersebut), maka dia khriat kelak dia akan menggunakan besi yg sama menosok dirinya di dalam neraka; dan kedua, kita diberitahu bahawa sesiapa membunuh dirinya maka dia diharamkan mendapat syurga di akhirat kelak, maksudnya di akhirat kelak dicampakkan ke dalam neraka, pasti tidak dapat syurga. Jelaslah, orang islam yg membunuh dirinya sendiri sudah pasti dapat neraka, yakni tak akan dapat syurga. Alangkah bodohnya seseorang yg akui dirinya Islam kemudian membuh dirinya. Walau apapun penderitaan mental atau emosi yg dihadapi oleh seseorang yg Islam itu, jika ditamatkan nyawanya dgn membunuh diri, dia telah mempercepatkan menamatkan nikmat kehidupan yg terbuka padanya, dan kemudian mendatangkan masalah yg jauh lebih besar dan lebih kekal pula di akhirat. Membunuh diri tidak menyelesaikan masalah dunia. Dia menimbulkan masalah akhirat pula.
Oleh itu, kalau saudara Islam janganlah bertindak bodoh - kerana sesuatu seperti kerana putus cinta contohnya -kita terjun bangunan atau tembak diri sendiri atau berlari depan kereta supaya dilanggar kereta dan sebagainya. Selesai masalah dunia, timbul masalah yg lebih berat dan kekal - dalam kubur, di padang makhsyar dan di akhirat kelak. jangan jadi bodoh ...

Jazakallahu khairah

Kematian: Menutup Mata Simati dan Berdoa Disamping Jenazah

Assalamualaikum,
Sauadara, dalam hidup kita mungkin kerapkali juga kita mendengar kematian berlaku di kalangan saudara mara, rakan taulan atau sahabat handai, selain saudara terdekat kita. Kita telahpun maklum, melalui post-post yg lalu, bahawa orang Islam yg iman itu disuruh menjengok saudara sesama Islam yg sedang sakit, terutama sakit yg menyampaikan ajalnya. Kita mendapat pahala kerana menziarahi saudara kita. Ketika mati saudara kita maka kita solatkan jenazahnya, maka kita dianugerahkan oleh Allah (a.w) satu Qirat pahala. Satu Qirat itu digambarkan seumpama mendapat pahala sebesar gunung . Jika kita juga temani jenazahnya ke kubur, maka Allah (a.w) berikan pula satu Qirat pahala lagi, iaitu dua gunung Uhud pahala. Hanya Allah (a.w) yg tahu berapa banyak sebenarnya satu Qirat itu. kalau seisi emas sebanyak sebuah gunung Uhud, pastilah tinggi nilainya kalau diperolehi di dunia. Namun, pahala adalah kurniaan di akhirat, yg jumlahnya menentukan timbangan kita untuk berjaya atau tidak mendapat syurga kelak.
Saudara, ramai orang yg menziarahi mayat berborak kosong atau membuang masa menceritakan perkara-perkara dunia atau menceritakan pula perihal simati ketika hidupnya pada sesuatu peristiwa. Ada yg bergembira pula bercerita perkara-perkara keduniaan. Dalam hadith berikut kita disuruh berwaspada ketika bercakap, kerana mungkin dia tanpa sedari kita melkaknat orang lain atau diri kita pula atau mendoakan sesuatu yg butuk untuk kita sendiri. Justeru itu, selain berzikir mengingatkan Allah (a.w) dan muhasabah diri kita dalam keadaan sedemikian itu, eloklah kita berdoa.
Diriwayatkan hadith dari abi Qilabah hadith dro Qabisah b Zuaibin hadith dari Ummu salamah berkata: 'Masuk Rasulallah (s.a.w) dan sungguh-sungguh telah berat matanya (yakni, keadaan naza' atau hampir akan mati), maka memejamkan matnya (i.e. mata Abi Salamah), kemudian bersabda: 'Innar-ruha iza qubida tabi'ahul-basoru.' (Yg bermaksud: Sesungguhnya ruh itu ketika digenggam (yakni, diambil oleh malakial maut) mengikuti akan pandangannya (i.e. matanya). Maka ramailah (bising) orang-orang yg hadir. (Kemudian) Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'La tad-'u  'ala anfusakum illa bi-kahir, fainnal-malaikat yuamminuna 'ala ma taquluna.' (Yg bermaksud: Jangan berdoa atas diri kamu (i.e. untuk kamu) kecuali dgn kebaikan (i.e. sesuatu yg baik-baik), maka sesungguhnya para malaikat akan mengaminkan mereka apa-apa yg dikatakan (i.e. didoakan) oleh kamu.). Kemudian Rasulallah (s.a.w) bersabda (maksudnya, menyebut atau membaca doa): 'Allahummaghfir li-abi Salamahawar-fa' darajatahu fil mahdiyina wahlufhu fi 'aqibihi fil-ghabirina waghfirlana wa-lahu ya rabbal-'alamina wafsah lahu fi qabrihi wa-nauwirlahu fihi' (Yg bermaksud: Ya Allah! Semoga mengampuni Engkau untuk Abi Salamah dan (semoga) mengangkat Engkau darjatnya dalam golongan orang-orang mendapat petunjuk dan (semoga) mengganti Engkau padanya dari orang-orang yg tertinggal (i.e. keluarganya), dan (semoga) Engkau mengampuni kami (yg tinggal) dan untuknya wahai Tuhan semesta alam, dan (semoga) melapangkan Engkau untuknya (yakni, dijaga dari siksaan kubur) dan (semoga) memberi cahaya Engkau dalam kuburnya.) [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita supaya lakukan beberapa perkara ketika berada di sisi seorang yg sedang nazak, pertama, supaya menutup matanya ketika sudah tidak berkelip lagi, ketika diambil nyawa atau Roh sisakit, matanya kan mengikuti perjalanan keluar roh itu; kedua, jangan bercakap-cakap yg buruk atau berdoa sesuatu yg buruk, kerana akan diaminkan oleh para malaikat yg hadir, dan pasti dimakbulkan Allah (a.w); dan ketiga, bacalah doa yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut.
Mudah-mudahan, kita dapat amalkan perkara-perkara yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Kematian: Percepatkan Urusan Jenazah

Assalamualaikum,
saudara, Islam menyuruh umatnya segerakan urusan kematian seseorang Islam yg mati, iaitu memandikannya, mengkafankannya, mensolatkannya dan kemudian menghantar dan mengkebumikannya. Islam melarang jenazah itu dilambat-lambatkan diurusi. Orang-orang yg melambat-lambatkannya pula mendapat dosa pula kerana tidak akur dgn perintah Allah (a.w) dan RasulNya.
Orang Melayu selalunya mengabaikan perintah menyegerakan urusan mayat ini, kerana selalunya menunggu anak-anak simati pulang ke kampung atau ke rumah si mati, setelah itu barulah diuruskan pengkebumiannya! Kalau si mati itu dari keluarga berkerabat spt rja atau sultan atau pembesar negara, maka ada pula 'majlis penghormatan terakhir' terhadap si mati, sampai sehari atau 'hari berkabung' pula, tujuh hari tujuh malam. Ini tidak termasuklah melalukan pelabagi larangan yg lain spt membebankan keluarga si mati dgn penyiapan juadah dan makanan, berkabung dan seumpamnya.
Berkata Harun bahawa menceritakan kpdnya dua orang yg lain bahawa diceritakan ibnu Wahab yg menceritakan hadith oleh Yunus b Yazid hadith dari abi Syihab yg berkata bahawa Abu Umamah b. Sahil, iaitu ibnu Hunaifin, mendapat hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Asri'u bil-janazati fa-in kanat solihatan qarrabtumuha ilal-khairi, wa-in kana syarran tada'unahu 'an riqabikum' (Yg bermaksud: Mempercepatkanlah kamu dgn urusan jenazah, maka sesungguhnya jika ada simati adalah orang yg baik-baik maka mendekatkan kamu pada tempat yg lebih baik; dan jika ada simati itu adalah orang yg tidak baik, maka meletakkan kamu pada keburukannya dari bahu kamu (yakni, dari ditanggung oleh kamu).) [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa hendaklah disegerakan urusan mayat atau kematian seseorang saudara sesama Islam kita. Oleh itu apabila berlaku kematian, hendaklah diegarakan 4 perkara; iaitu: pertama, emmandikan mayat; kedua, mengkafankan mayat; ketiga mensolatkan mayart; dan keempat, terakhir, mengkuburkannya. kalau simati itu adalah orang baik-baik, yakni calun syurga, maka dia segera mendapat nikmat ketika berada dalam kuburnya seumpama seorang yg tidur pada malam pengantin baru - enak tidurnya setelah bersama-sama mendaat kepuasan sebagai suami isteri dan setelah penat di siang harinya kerana upacara pernikahan dan sebagainya. Dia akan tidur dalam taman-taman syurga menunggu kiamat dunia, baru dikejutkan oleh malaikat! Kalau dia orang yg buruk atau tidak baik, hidupnya islam tetapi tidak mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, lebih teruk pula tidak pernah mengerjakan sebarang amalan dan ibadah, atau kalau mengrjakan amalan dan ibadahpun tidak menepati perintah Allah (a.w) dan contoh Rasulallah (s.a.w), maka pastilah amalannya batal dan batil pula, maka melengahkan urusannya meletakkan tanggungjawab dosa atas bahu kita yg wajib menguruskannya pula.
Saudara, yg utama kita fahami adalah apabila terjadi kematian segeralah uruskan tanpa menunggu kembali sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai menziarahi simati. Yg utama ziarah itu ketika hidup, bukan setelah mati. Keakraban itu diterjemahkan melalui perlakuan ketika masih bernyawa. Setelah mati semuanya tak guna. Tidak ada penghormatan, kerana selepas kematian itu yg berhak membri atau menganugerahkan kehormatan pada simati hanyalah Allah (a.w) dan malaikatNya.

Jazakallahu khairah

Kematian: Hari Jum'at Selamat Dari Siksa Kubur

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita tentang tajuk 'kematian'. Setiap yg hidup atau yg bernyawa pasti mati.Umat Muhammad, kata Rasulallah (s.a.w) hidup hanya untuk antara 60 hingga 70 tahun, on average. jarang-jarang manusia itu dapat hidup sampai seratus tahun! kalau daopay hidup sampai umur Mahathir dah dikira baik.
Tapi, yg utama diingatkan adalah apakala mati, disiksa dalam kubur, kalau tidak Islam dan kalau Islampun akan disiksa dalam kubur, kerana kubur itu adalah permulaan kpd siksaan bagi orang yg tidak Islam dan yg Islam tapi ingkar. Kerana mereka itu adalah calun neraka! Kalau kita calun syurga, kerana kita Islam dan beriman dan mengerjakan segala perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti al-Quran dan as-Sunnah, maka kubur itu adalah satu drp beberapa banyaknya taman-taman syurga. Kerana, kesudahan manusia setelah matinya adalah bermula di dalam kubur, kemudian berhimpun di padang makhsyar dankemudian diputuskan oleh Allah (a.w) sama ada dapat syurga atau neraka. [Nota: Orang yg tidak Islam atau yg 'Islam' tetapi tak menepati speks Islam mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pasti masuk neraka. Syurga hanyalah untuk orang yg Islam yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam blog ini kita telah diberitahu apakah ciri-ciri Islam yg hak yg diterima Allah (a.w) itu]
Saudara, dalam menyebut kematian itu, Islam memberitahu kpd kita bahawa seseorang islam yg beriman menepati al-Quran dan as-Sunnah, jika dimatikan pada (siang) hari Jum'at (iaitu antara waktu Subuh hingga waktu 'Asar) atau malam Jum'at (i.e. bermula masuknya waktu 'Asar hari Khamis hingga Subuh hri Jum'at) terselamat dari siksaan kubur. Kita telah lihat beberapa contoh siksaan kubur. Antaranya, apabila kita Islam tetapi tidak menjadikan Rasulallah (s.a.w) contoh ikutan. Atau, apabila kita menolak as-Sunnah. Atau, kita tidak akur dgn ketetapan as-Sunnah. Atau, kita tidak berwaspada apabila bersolat di tempat yg ada air kencing atau najis, tempat solat, pakaian solat dll terkena percikan air kencing, mengundang siksaan kubur. Sesiapa yg menolak suatu ketetapan as-Sunnah akan dipukul oleh dua malaikat yg menemuinya sebaik sahaja orang yg menemaninya di kubur menapak hendak pulang ke rumah masing-masing. Kita ditanya oleh kedua-dua malaikat dgn menunjukkan potret Rasulallah (s.a.w), dan kita tak kenalkan dia. Kebnal atau tidak kenal kpd gambar yg ditunjukkan itu bergantung pada amalan dan ibadah ketika hidup, bukan kerana nasihat imam ketika membaca talqin di atas kubur kita. Orang Islam yg beriman itu akur sepenuhnya dgn al-Quran dan as-Sunnah - mereka belajar suaya faham islam dan syariatnyam faham peranan Rasulallah (s.a.w), maka dgn itu selamat di dalam kubur, berjaya menjawab soalan-solan kedua-dua malaikat tersebut.
Diriwayatkan hadith dari Said b Abi Hilal hadith dari Rabi'ah b Saifi hadith dari Abdullah b Omar (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ma min muslimin yamutu yaumal Jumu'ati au lailatal-Jumu'ati illa waqahul-llahu fitnatal-qabri' (Yg bermaksud: Tidak ada dari kalangan orang Islam yg mati pada hari Jum'at (yakni, lepas 'Asar hingga masuk'Asar esoknya) atau (mati pada) malam Jum'at (yakni, selepas waktu Maghrib hari Khamis sampai masuk waktu Subuh, esok harinya) kecuali menjaga oleh Allah (a.w) atau terjaga dari kerosakan (yakni, siksaan) dalam kubur). [Hadith at-Termidzi, Kitab Jenazah]
Dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg Islam (yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) yg mati pada hari Jum'at atau (mati pada) malam Jum'at dijaga oleh Allah (a.w) dari siksaan kubur. 
Saudara, kita diberitahu bahawa ketika di dunia kita hidup selama umur yg diqadarkan oleh Allah (a.w) untuk kita, dan kita penuhi hidup kita dgn mencari kesejahteraan dunia dan pada masa yg samakita mencari dan mengumpul segala sesuatu yg akan menjamin kesejahteraan akhirat. Amalan dan ibadah hanya boleh dilakukan ketika hidup. Sesudah mati tidak ada lagi amalan, hanyalah balasan apa-apa yg kita lakukan ketika hidup. Pembalasan itu bermula ketika dalam kuburlagi. Kemudian ketika berhimpun di padang makhsyar. Dan, akhirnya ketika telah selesai hisaban, kita dibalas dgn kemuncak balasan - syurga atau neraka. Kita diberitahu dalam Ayat 7, Surah asy-Syura bahawa hanya dua penamat manusia - iaitu syurga atau neraka. Itu saja pilihan kita. Pilihan itu wajar dibuat ketika hidup. Kerana setelah sampai ajal kita, tiada pilihan lagi hanya meneri saja yg mana satu kita layak ...
Saudara, mudah-mudahan kita dimatikan oleh Allah (a.w) pada hari Jum'at atau pada malamnya, insya Allah. Hari Jum'at adalah hari kebesaran Islam atau hari kebesaran orang yg ikuti ugama Allah (a.w). Kiamat akan berlaku pada hari Jum'at.

Jazakallahu khairah



Monday, June 27, 2011

Believe it or not ...

Assalamualaikum, 
seorang sahabat yg akrab sampaikan tulisan ini melalui e-mel. Setelah dibaca, memang benar, orang Islam terkebalakang kerana mereka tidak mengendahkan pesanan Rasulallah (s.a.w) : Untuk berjaya di dunia orang Islam perlukan ilmu dan untuk berjaya di akhirat orang Islampun perlukan ilmu. Hari ini orang Islamlah yg  tidak menggalakkan pengilmuan. Kenapa? Fikirkanlah orang yg mengakui diri mereka berilmu spt JAIS menghalang pengilmuan di kalangn orang Islam walhal mereka sendiri tidak menyampaikan ilmu ...

UNBELIEVABLE AND WRITTEN BY A MUSLIM
It sure makes interesting reading... particularly coming from a Pakistani official.
 
By: Dr Farrukh SaleemThe writer is the Pakistani Executive Director of the Center for Research and Security Studies, a think tank established in 2007, and an Islamabad-based freelance columnist.
Why are Jews so powerful?
There are only 14 million Jews in the world; seven million in the Americas , five million in Asia, two million in Europe and 100,000 in
Africa . For every single Jew in the world there are 100 Muslims.

Yet, Jews are more than a hundred times more powerful than all the Muslims put together.
Ever wondered why?
Jesus of Nazareth was Jewish.Albert Einstein, the most influential scientist of all time and TIME magazine's 'Person of the Century', was a Jew.
Sigmund Freud -- id, ego, superego -- the father of psychoanalysis was a Jew.
So were Karl Marx, Paul Samuelson and Milton Friedman.

Here are a few other Jews whose intellectual output has enriched the whole humanity:

Benjamin Rubin gave humanity the vaccinating needle.
Jonas Salk developed the first polio vaccine.
Albert Sabin developed the improved live polio vaccine.
Gertrude Elion gave us a leukemia fighting drug.
Baruch Blumberg developed the vaccination for Hepatitis B.

Paul Ehrlich discovered a treatment for syphilis (a sexually transmitted disease).
Elie Metchnikoff won a Nobel &! nbsp;Prize in infectious diseases.
Bernard Katz won a Nobel Prize in neuromuscular transmission.
Andrew Schally won a Nobel in endocrinology (disorders of the endocrine system; diabetes, hyperthyroidism) .
Aaron Beck founded Cognitive Therapy (psychotherapy to treat mental disorders, depression and phobias).

Gregory Pincus developed the first oral contraceptive pill.
George Wald won a Nobel for furthering our understanding of the human eye.
Stanley Cohen won a Nobel in embryology (study of embryos and their development) .
Willem Kolff came up with the kidney dialysis machine.

Over the past 105 years, 14 million Jews have won 15-dozen Nobel Prizes while only three Nobel Prizes have been won by 1.4 billion
Muslims (other than Peace Prizes).
Why are Jews so powerful?
Stanley Mezor invented the first micro-processing chip.
Leo Szilard developed the first nuclear chain reactor;
Peter Schultz, optical fibre cable;
Charles Adler, traffic lights;
Benno Strauss, Stainless steel;
Isador Kisee, sound movies;
Emile Berliner, telephone microphone;
Charles Ginsburg, videotape recorder.

Famous financiers in the business world who belong to Jewish faith include
Ralph Lauren (Polo),
Levis Strauss (Levi's Jeans),
Howard Schultz (Starbuck's) ,
Sergey Brin (Google),
Michael Dell (Dell Computers),
Larry Ellison (Oracle),
Donna Karan (DKNY),
Irv Robbins (Baskins & Robbins) and
Bill Rosenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, President of Yale University, is a Jew. So are Henry Kissinger (American secretary of state), Alan Greenspan (Fed chairman under Reagan, Bush, Clinton and Bush), Joseph Lieberman (US Senator), Madeleine Albright (American secretary of state), Casper
Weinberger (American secretary of defense), Maxim Litvinov ( USSR foreign Minister), David Marshal ( Singapore 's first chief minister), Issac Isaacs (governor-general of Australia ), Benjamin
Disraeli (British statesman and author), Yevgeny Primakov (Russian PM), Barry Goldwater (US Senator), Jorge Sampaio (president of Portugal ), John Deutsch (CIA director), Herb Gray (Canadian deputy PM), Pierre Mendes (French PM), Michael Howard (British home
secretary), Bruno Kreisky (chancellor of Austria ) and Robert Rubin (American secretary of treasury).

In the media, famous Jews include Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald
(editor-in-chief Time), Katherine Graham (publisher of The Washington Post), Joseph Lelyveld (Executive editor, The New York Times), and Max Frankel (New York Times).

Can you name the most beneficent philanthropist in the history of the world? The name is George Soros, a Jew, who has so far donated a colossal
$4 billion most of which has gone as aid to scientists and universities around the world.

Second to George Soros is Walter Annenberg, another Jew, who has built a hundred libraries by donating an estimated $2 billion.

At the Olympics, Mark Spitz set a record of sorts by winning seven gold medals.
Lenny Krayzelburg is a three-time Olympic gold medalist.
Spitz, Krayzelburg and Boris Becker (Tennis) are all Jewish.

Did you know that Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman,
Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk 
Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis and
Peter Falk are all Jewish?


As a matter of fact, Hollywood itself was founded by a Jew. Among directors and producers, Steven
 Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone,
Aaron Spelling ( Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1/2/3), Michael Man (Starsky and 
Hutch), Milos
Forman (One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief of Baghdad ) and Ivan Reitman (Ghostbusters) are all Jewish.

So, why are Jews so powerful?

Answer: EDUCATION. 
Why are Muslims so powerless? 
There are an estimated 1,476,233,470 Muslims on the face of the planet: one billion in Asia, 400 million in Africa, 44 million in Europe and six million in the Americas . Every fifth human being is a Muslim; for every single Hindu there are two Muslims, for every Buddhist there are two Muslims and for every Jew there are one hundred 
Muslims.Ever wondered why Muslims are so powerless?
Here is why: There are 57 member-countries of the Organisation of Islamic Conference (OIC), and all of them put together have around
500 universities; one university for every three million Muslims. The United States has 5,758 universities and India has 8,407.

In 2004, Shanghai Jiao Tong University compiled an 'Academic Ranking of World Universities' , and intriguingly, not one university from Muslim-majority states was in the top-500.

As per data collected by the UNDP, literacy in the Christian world stands at nearly 90 per cent and 15 Christian-majority states have a literacy rate of 100 per cent.

A Muslim-majority state, as a sharp contrast, has an average literacy rate of around 40 per cent and there is no Muslim-majority state with
a literacy rate of 100 per cent.

Some 98 per cent of the 'literates' in the Christian world had completed primary school, while less than 50 per cent of the 'literates' in the Muslim world did the same.

Around 40 per cent of the 'literates' in the Christian world attended university while no more than two per cent of the 'literates' in the Muslim world did the same.

Muslim-majority countries have 230 scientists per one million Muslims. The US has 4,000 scientists per million and Japan has 5,000 per million.
In the entire Arab world, the total number of full-time researchers is 35,000 and there are only 50 technicians per one million Arabs. (in the Christian world there are up to 1,000 technicians per one million).

Furthermore, the Muslim world spends 0.2 per cent of its GDP on research and development, while the Christian world spends around five per cent of its GDP.

Conclusion: The Muslim world lacks the capacity to produce knowledge!

Daily newspapers per 1,000 people and number of book titles per million are two indicators of whether knowledge is being diffused in a society.

In Pakistan, there are 23 daily newspapers per 1,000 Pakistanis while the same ratio in Singapore is 360. In the UK , the number of book
titles per million stands at 2,000 while the same in Egypt is 20.

Conclusion: The Muslim world is failing to diffuse knowledge.   

Exports of high technology products as a percentage of total exports are an important indicator of knowledge application. Pakistan 's export of high technology products as a percentage of total exports stands at one per cent. The same for Saudi Arabia is 0.3 per cent; Kuwait , Morocco , and Algeria are all at 0.3 per cent, while Singapore is at 58 per cent.

Conclusion: The Muslim world is failing to apply knowledge.    Why are Muslims powerless?
.....Because we aren't producing knowledge,
.....Because we aren't diffusing knowledge.,
.....Because we aren't applying knowledge.

And, the future belongs to knowledge-based societies.

Interestingly, the combined annual GDP of 57 OIC-countries is under $2 trillion.
America , just by herself, produces goods and services worth $12 trillion;
China $8 trillion,
Japan $3.8 trillion and
Germany $2.4 trillion (purchasing power parity basis).

Oil rich Saudi Arabia , UAE, Kuwait and Qatar collectively produce goods and services (mostly oil) worth $500 billion;
Spain alone produces goods and services worth over $1 trillion,
Catholic Poland $489 billion and
Buddhist Thailand $545 billion.

..... ( Muslim GDP as a percentage of world GDP is fast declining ).   

So, why are Muslims so powerless?


Answer: Lack of education.   

All we do is shout to Allah the whole day !!! and blame everyone else for our multiple failures!!!!!
 
Mudah-mudahan tulisan ini boleh menyedarkan kita mengapa umat Islam hari ini tertinggal. Kerana mereka jahil. Mereka rugi mendapat akhirat kerana kejahilan ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka Islam tanpa menepati speks al-Quran dan as-Sunnah. Mereka gagal dalam dunianya kerana mereka jahil. Berapa ramai kah hari ini anak muda Islam yg dirosakkan oleh dadah, keruntuhan moral dan mengikuti hawa nafsunya, walhal mereka benar-benar jahil.

Jazakallahu khairah 
 
 

Sunday, June 26, 2011

Kerjakan Ibadah Ketika Masih Sempat ...

Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat nasihat Allah (a.w) kpd orang Iman supaya janganlah disibukkan dgn dunia sehingga seseorang iman itu tidak berkesempatan mengarjakan ibadah dan amalan terhadap Allah (a.w) sejajar dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat itu: ' Wa-ma khlaqtul jinna wal-insa illa li-ya'budini' (Yg bermaksud: 'Dan, tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kpdKu (Allah) (yakni, menyembah dan ikuti perintahKu). Hari ini majoriti umat Islam ditenggelamkan oleh dunia dalam banyak perkara, terutama dalam mencari rezki dan dalam membelajakan rezki yg diberikan oleh Allah (a.w) kpd mereka.  Tujuan utama manusia itu diberi kesempatan hidup di dunia adalah untuk mengabdikan diri mereka yakni mengerjakan amalan dan ibadah yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya sesuai dgn taraf manusia itu hamba kpd tuhan mereka, iaitu Allah (a.w) yg esa. Jika sudah disempurnakan tanggungjawab tersebut, maka manusia itu terlepas dari mengabaikan tanggung jawab mereka kpd Allah (a.w).
Saudara, kalau kita mengaji al-Quran dan as-Sunnah - dua ilmu yg wajib kita sebagai orang Islam mengaji dan fahami, tidaklah membebankan kita setiap haripun. Kita disuruh mengerjakan solat fardu yg lima, berpuasa bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menginfaq sebahagian harta kita untu fi sabilillah, kemudian naik haji, dan ditambah dgn amalan-amalan atau ibadah-ibdah sunat yg juga tak membebankan jikalah kita faham. Malah amalan dan ibadah sunat itu adalah tanda serta bukti bahawa kita bersyukur kpd Allah (a.w), kerana diberi kesempatan hidup di dunia dan diberi olehNya rezki untuk kehidupan kita pula. Amalan dan ibadah sunat itupun tak membebankanpun. Hadith qudsi berikut yg menceritakan sikap orang iman terhadap kehidupan dunianya.
Saudara, kita lihat hadith berikut, iaitu hadith yg diangkat terus oleh abi Hurairah kpd Rasulallah (s.a.w), yakni 'Hadith Marfuk', yakni yg didengarnya terus dari Rasulallah (s.a.w). Hadith marfuk bertaraf tersahih dari kalangan hadith-hadith sahih. Hadith ini juga adalah Hadith Qudsi. Hadith qudsi adalah hadith yg mengandungi firman Allah (a.w) yg disampaikan melalui lisan Rasulallah (s.a.w). [Nota: al-Quran adalah kalimah atau kata-kata Allah (a.w) yg diwahyukan kpd Rasulallah (s.a.w) untuk disampaikan kpd manusia, hamba Allah (a.w). Syariat ugama Islam itu adalah untuk semua manusia dan semua zaman, tidak lagi sebagaimana syariat ugama Allah (a.w) sebelum islam dikhususkan untuk sesuatu kaum atau masyarakat atau kelompok manusia. Contoh: Syariat ugama yg dibawakan oleh Musa (a.s) melalui Kitab Taurah adalah untuk kaum Yahudi yg menjadi rakyat dan diperhambakan oleh Firaun dan kaum Qibti zaman itu, dan syariat ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Isa (a.s) melalui Kitab Injil adalah untuk kaum Yahudi bagi menggantikan syariat ugama yg dibawakan oleh Musa (a.s). Isa (a.s) dan Kitab Injil tidak diterima oleh kaum Yahudi (atau Bani Israil). Syariat ugama Allah (a.w) itu disempurnakan melalui Rasulallah (s.a.w) dan al-Quran - kerana Rasulallah (s.a.w) di utus untuk manusia semua bangsa dan negara dan semua zaman dan panduan ugama bagi manusia dgn turunnya al-Quran adalah al-Quran.]
Diriwayatkan hadith dari Khalid al-Walibi hadith dari abi Hurairah. Berkata Khalid: 'Dan, tidak mengetahui aku pada abi Hurairah (yakni, dia tak kenal abi Hurairah, tapi dia tahu beliau menyampaikan hadith ini) kecuali sungguh-sungguh (abi Hurairah) telah merafa'kan (yakni, mengakat ini hadith - Hadith Marfuk), bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Telah berfirman Allah (a.w). Maha suci Allah (a.w)! 'Yab-nal Adama tafarragh li-'ibadati amlak sodraka ghinan wa-asudda faqraka, wa-in lam taf'al malaktu sodraka syughlan wa-lam asudda faqraka' (Yg bermaksud: Wahai anak Adam! Menyempat-nyempatkanlah oleh kamu beribadah kepadaKu (Allah), maka akan memenuhi Aklu (Allah) dadamu (yakni, hatimu) dengan kekayaan (yakni, rasa sentiasa mencukupi dalam kehidupan) dan menutupi Aku (Allah) akan kefakiranmu. Dan, jika tidak berbuat kamu sedemikian (yakni, menyempatkan diri mengerjakan ibadah kpdKu), akan memenuhi Aku (Allah) dadamu (yakni, hatimu) kesibukan dan tidak menutupi Aku (Allah) kafakiran (alam hatimu).' [Hadith ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Saudara, hadith di atas itu memberitahu kita manusia yg beriman (yakni, Islam dan mengamalkan Islamnya kerana dia beriman), bahawa Allah (a.w) peringatkan kita ketika kita masih hidup dan bernyawa ini sempat-sempatkanlah atau tumpukanlah sebahagian masa setiap hari untuk mengerjakan ibadah dan amalan yg disyariatkan oleh Islam - pagi atau petang dan siang atau malam. Janganlah abaikan tanggungjawab yg difardukan dan yg disunatkan oleh Islam, melalui al-Quran dan as-Sunnah. Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) jika kita tidak memberi perhatian atau mengabaikan tugas dan tanggung jawab mengerjakan amalan dan ibadah dalam hidup kita, maka Allah (a.w) akan memenuhi jiwa dan hati sanubari kita dgn kesibukan setiap masa dan ketika kerana mencari dunia dan sentiasalah merasa tidak cukup. Kalau dah dapat pendapatan 10.0k atau 30.0k atau 50.0, malah 100.0k sebulanpun, kita merasai belum cukup lagi. Dah mampu beli BMW atau Mercedes tercanggih, tak cukup, nakkan pula Porsche atau Ferrari atau Lamborghini. Dah ada banglo tiga tingga 12 bilik, tak cukup nakkan pula istana dan istana hinggap pula di merata tempat dan lokasi. Maka jiwa raga kita sentiasa keloh kesah, mencari lagi untuk mencukupi apa yg kita rasa dan fikir tak cukup. Kemudian, apabila merasa tak cukup, maka walaupun pada pandnagan orang yg taraf ekonomi mereka rendah drp kita, kita rasai kita masih fakir. [Nota: kefakiran adalah perasaan merasai tidak cukup apa yg dah ada]. Apabila kita merasai diri kita fakir, maka kita akan lebih tamak dan haloba, zentiasa berusaha untuk dapat banyak lagi. Dan, pada masa yg sama pula timbul dan bermaharaja lelalah perasaan kikir, kedekut dan bakhil, tak mau bersedekah atau membantu orang lain, termasuk tak mau mengeluarkan zakat dan menginfaq, sebagaimana Sa'labah zaman Nabi (s.a.w) setelah kaya dan dikayakan oleh perusahaan kambingnya, dia enggan mengeluarkan zakat. Demikian jugalah Qarun, zaman Musa (a.s), yg telah diberi kekayaan yg begitu banyak sehinggakan gedung-gedung emas dan perak begitu banyak enggan dia mengeluarkan zakat, kerana tebal rasa kedekutnya dgn mengatakan bahawa dia yg bersusah payah mencari rezki tambahan, dgn memerah otaknya, menggunakan kebijaksanaannya untuk jadi kaya raya, mengapa pula wajar dia kongsikan atau berikan begitu mudah kpd orang lain?]
Saudara, hari ini begitu ramai orang yg meniru sifat Qarun dan Sa'labah ini di kalangan kita. Mereka akui dirinya Islam. Mereka kaya raya dan mewah begitu kedekut dan kikir dalam perkara menyahut seruan Allah (a.w) untuk fi sabilillah. Mereka akan 'bersedekah' atau 'menderma' kalau diheboh-hebohkan melalui media spt TV dan akhbar atau ada upacara besar-besaran yg boleh mennjolkan nama mereka pula (suatu perbuatan riak yg membatalkan sama sekali kebaikan amal makruf , i.e. pahala mereka).
Dalam hadith di atas itu, Allah (a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg menyempatkan dirinya untuk bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amalan dan ibadah mengikut ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) (sejajar dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat itu) pasti Allah (a.w) penuhkan hatinya dgn rasa puas hati dan sentiasa merasa cukup dalam hidupnya dan ditutup oleh Allah (a.w) rasa kefakiran dalam hati sanubari mereka. Orang-orang yg sedemikian itu walaupun tidak memperolehi pedapatan yg banyak dan lumayan kekal merasa puas dan ridha dgn rezki yg diterimanya dari Allah (a.w). Rezki yg sedikit teta mencukupi untuk menyara diri dan keluarga mereka. tetap barakah. [Nota: Inilah hakikat barakah dalam Islam itu]. 
Ramai orang Islam yg mewah segala-galanya tetapi tidak tenteram hidupnya, sering merasa sulit dan susah dan tidak cukup atau tak pernah cukup, maka menjadi lebih rakus, tak habis-habis mencari, dan dalam masa yg sama pula disibukkan oleh usahanya untuk menghapuskan kefakiran dalam hatinya yg diterjemahkan dgn pelbagai usahanya untuk mencari rezki tambahan. Maka terlepaslah dia atau terabailah ugamanya, dan tidaklah sedar dia sehinggalah datang ajal matinya. Maka fakirlah dia untuk akhiratnya, walaupun ketika di dunia memiliki kekayaan dan kemewahan yg membolehkan dia menempah tempat terbaik untuk akhiratnya di dalam syurga, tetapi sebaliknya, terbenam dalam neraka di akhirat, wal iya zubillah.
Betapa benarnya firman Allah (a.w) sesiapa yg tidak menyempatkan dirinya untuk mengerjakan amalan dan ibadah, maka pastilah Allah (a.w) penuhkan hati sanubari orang-orang sedemikian dgn perasaan kefakiran yg amat sangat dan kerana itu sentiasa dalam kesibukan yg teramat sangat, sehingga dia tiada masapun untuk mengerjakan kewajipannya kpd Allah (a.w), wal iya zubillah.
Saudara, mudah-mudahn kita diselamatkan dari dipenuhkan hati kita oleh Allah (a.w) rasa kefakiran sedemikian, dan semoga Allah (a.w) penuhkan hati kita dgn rasa puasa apapun kedudukan kita dalam dunia, dan semoga Allah (a.w) meningkatkan kelapangan bagi kita untuk menumpukan masa untuk beribadah dan beramal menjadi hamba Allah (a.w) yg peka akan tanggungajawabnya dan sedar bahawa kematian akan sampai kpd kita.

Jazakallahu khairah

Friday, June 24, 2011

Orang Iman Bertawakal Pada Allah (a.w)

Assalamualaikum,
saudara, hari ini majoriti manusia, termasuk mereka yg Islam dan berimanpun sibuk dgn dunia dan risau mereka kalau-kalau susah dalam hidup mereka, susah untuk menyara hidup diri dan keluarga. Ada orang Islam yg berusaha sedaya upaya, bersusah payah berbagai cara untuk mencari kesenangan dan kemewahan dunia. Malah ada yg mencari harta dan kekayaan yg boleh menampung hidup anak serta cucu cicit mereka untuk beberapa genarasi pula. Maksudnya, mencari harta, tak kira bagaimana dan sumber mana, kemudian setelah mewah dan kaya raya, mati meninggalkan harta yg banyak. Ada yg mati mewariskan harta yg banyak kpd anak cucu mereka, walhal mereka, ketika hidup mereka, tak sempatpun berbelanja menikmati apa yg mereka kumpulkan. Kemudian anak-anak dan cucu cicit akan bertelagah, berperang pula sesama sendiri kerana harta yg ditinggalkan.
Rasulallah (s.a.w) menyebut di akhir zaman cubaan atau fitnah yg berat kpd umat beliau adalah harta dan perempuan. Maka dgn itulah ramai orang Islam hari ini cari harta, kemudian gunakan harta untuk pelbagai tujuan, termasuklah memikat selebriti - penyanyi atau pelakun - atau jelitawan menjadi isteri ataupun gundik mereka. Jelaslah kekayaan suatu cubaan yg hebat kpd orang Islam. Kerana, hartalah yg melambatkan orang Islam itu masuk syurga ketika menjalani hisaban di padang makhsyar kelak, apabila dihisab secara terperincii oleh Allah (a.w). Kita yg kaya ditanya: dari manakah kita dapat kekayaan tersebut? Bagaimana kita mendapatkannya? Bagaimana dan untuk apa atau tujuan apa pula kita belanjakan atau habiskan harta kita itu? Apakah tujuan kita dapatkan harta dan kekayaan? Sudahkah kita jelaskan tanggungjawab kita kpd Allah (a.w) - bayar zakat dan infaq (sekurang-kurangnya 10% nilai harta tersebut) fi sabilillah? Adakah kita membela ugama Allah (a.w)? Adakah kita membantu orang-orang miskin dan faqir? Adakah kita membantu anak-anak yatim? Dan, berbagai-bagailah soalan yg rumit dan terperinci. Allah (a.w) mengaudit harta dan kekayaan kita di padang makhsyar kelak. Lagi banyak harta kita lagi lama siap audit kita!
Saudara, kita yg beriman dinasihatkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) supaya berpada-pada dalam menjalani kehidupan dunia. Islam tidak menegah umatnya berusaha mencari kekayaan dan harta. Tapi, Islam melarang umatnya yg kaya itu lupakan kehidupannya yg jauh lebih panjang dan kekal, kerana mencari dunia. Sebenarnya, orang yg kayalah yg berpeluang lebih cerah untuk menempah tempat tinggal bersama-sama dgn para nabi, para syuhada, para muttaqin, para solihain - dalam syurga firdaus, bergaul dgn para rasul dan nabi, jika mereka tahu bagaimana menggunakan kekayaan miliknya untuk menempah tempat terbaik dalam syurga. Hari ini orang kaya gunakan harta dan kekayaan mereka untuk duduk semeja dgn raja dan sultan dgn pemimpin tertinggi negara (PM dan TPM). Tapi, malangnya mereka tidak pula gunakan harta mereka untuk menempah tempat duduk atau duduk semeja dgn para nabi dan para syuhada? Mengapa? Mereka tak yakin dgn akhirat! Mereka lebih yakin dgn pergaulan dgn PM atau TPM atau Agung dan Sultan dan sebagainya.
Di kalangan orang yg sederhana pula merekapun sibuk dan disibukkan oleh dunia mencari sumber kehidupan untuk pelbagai kegunaan yg basic termasuklah makan minum dan pakaian dan belanja menyekolahkan anak-anak setinggi yg boleh supaya anak mereka juga terjamin dunianya apakala mereka, sebagai ibu bapa, tidak lagi berada di dunia!
Saudara, Islam menasihatkan kita bahawa kalaulah kita bertawakal kpd Allah (a.w) dgn betul-betul tawakal atau berserah, maksudnya, kita yakin 100% bahawa kita usahakan sekuat mampu kita untuk dunia kita, tanpa mengabaikan tanggungjawab kita beramal dan beribadah kpd Allah (a.w), maka Allah (a.w) pasti mencukupkan keperluan kita untuk dunia kita dan juga memberi ganjaran pula untuk akhirat kita. Inilah mesej hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibni Hubairah hadith dari abi Tamim al-Jaisani berkata: 'Aku mendengar Omar berkata: 'Mendengar aku Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Lau annakum tawakkaltum 'alallhi haqqa tawakkulihila-razaqakum kama yarzuqut-taira taghdukhimasan wa-tarauhu bitanan' (Yg bermaksud: Seandainya betul-betul kamu berserak (bertawakal atau pasrah_ pada Allah (a.w) dgn sebenar-benar (pasrah atau tawakal) nescaya diberi rezki kpd kamu sekelian (oleh Allah (a.w)) sebagaimana memberi rezki Allah (a.w) kpd burung: berpagi (yakni, ketika pagi) dalam keadaan kelaparan dan (ketika) petangnya dalam keadaan kenyang.)' [Hadith ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Saudara, orang Islam yg benar murni iman dan ketaqwaannya itu akan sentiasalah melakukan beberapa perkara dalam menjalani kehidupannya: pertama, dia akan imbangi keperluan dunianya dgn keperluan akhiratnya. Maka dgn itu dia melakukan yg terbaik demi dunianya, dan juga terbaik untuk akhiratnya. Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith menyebutkan bahawa orang iman yg terbaik itu adalah dia berusaha untuk dunianya mendapatkan kejayaan terbaik baginya dan dalam masa yg sama berusaha untuk akhiratnya supaya berjaya di akhirat yg terbaik untuknya pula. Kedua, dia sentiasalah pasrah atau bertawakal. Setelah berusaha sekuat dan sebaik mungkin untuk dunianya, dia tetap ridha dan syurkur dgn apa yg diperolehinya. Tidaklah dia manyalahkan taqdir jika tidak diperolehi apa yg dikehendakinya. Dia bersyukur pula kalau dia dapat apa yg dihajatinya. Ketiga, dia sentiasa sedar bahawa dalam apa jua rezki yg diterimanya, ada hak Allah (a.w) yg perlu dikeluarkannya - zakat dan infaq.
Saudara, hadith di atas itu menyebutkan bahawa sekiranya kita benar-benar bertawakal atau berserah kpd Allah (a.w) setelah kita usahakan sebaik mungkin, maka pasti Allah (a.w) mencukupkan rezki kita sebagaimana Allah (a.w) mencukupkan rezki kpd burung yg keluar siang hari mencari makaann dalam keadaan lapar, dan kemudian ketika petang kembali ke tempat tidurnya dalam keadaan kenyang. Yg penting adalah kita benar-benar yakin dgn qada' dan qadar kita dan kemudian kita usahakan sekuat mampu dan sebaik mungkin, pasti Allah (a.w) menolong kita dalam kehidupan kita.
Maka dgn itulah ada hadith yg menyebutkan bahawa kita wajib berusaha untuk dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, dan kita berusaha dan bersedia untuk akhirat seolah-olah kita akan mati esok hari. Oleh itu, jangan tunggu esok untuk belajar tentang Islam yg haq dan mengamalkannya dgn mengerjakan amalan dan ibadah yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) - iaitu al-Quran dan as-Sunnah - kerana belum pasti hari ini kita hidup, esok kita akan hidup juga!  Mungkin malam ni kita tidur, tak bangun pagi esok. Tambahan pula tak mengaji al-Quran dan as-Sunnah, kita kekal jahil tentang Islam dan syariatnya, maka amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w) (Ayat 36, Surah al-Isra'). Malah kita mungkin beramal dan beribadah tak menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) pula. Maka amalan dan ibadah tersebut tidak diterima Allah (a.w)!
Saudara, bersedia untuk akhirat, seolah-olah kita akan mati esok itu memerlukan kita benar-benar bersedia dgn penuh kefhaman tentang Islam dan syariatnya. Berusaha sebaik mungkin untuk dunia, kita juga wajib tahu dan faham ilmu dunia, supaya prestasi kita terbaik dan cemerlang melalui KPI kita di kacamata majikan kita. Dunia dan akhirat perlukan ilmu.
Saudara, yg utama kita berusaha sebaik mungkin dan sekuat mampu. Tanpa usaha tidak ada rezki yg datang menggolek atau melayang. Kalau orang Islam itu benar-bbenar bertawakal dan berusaha sekuat mampu dan sebaik mungkin, dgn penuh keazaman dan melalui prestasi terbaik, pastilah dia mencapai PKI yg tinggi dan tahap produktiviti yg tinggi pula untuk dirinya dan untuk majikannya! Yakni, untuk kesejahteraan dunianya. Kemudian, kalau dia berazam dan berusaha serta bersungguh pula untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanannya, sejajar dgn tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w) dgn panduan as-Sunnah, maka dia juga dijamin kesejahteraan akhirat oleh Allah (a.w) pula. Dia berjaya dunia dan akhirat. Janganlah jadi orang yg berjaya hanya di dunia, kemudian gagal segagal-gagalnya di akhirat! Allah (a.w) ingatkan kita dalam al-Quran, dunia itu hanyalah kesenangan yg sebenatar dan akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal.

Jazakallah khairah

Dunia - Hanyalah Tempat Singgah dalam Perjalanan

Assalamualaikum,
saudara, hari ini, kita lihat manusia - tak kira mereka itu orang Islam ataupun bukan Islam sama saja - kerana semuanya sibuk dan disibukkan oleh dunia. Orang politik disibukkan oleh politiknya mencari pengaruh untuk berkuasa dan mencari kekayaan yg tidak mungkin pula mereka dapati tanpa terlibat dalam politik dan memegang tampuk kuasa, tak kira dimana dan di lapangan mana mereka berpolitik. Lihatlah semenjak beberapa hari ini kita dengar perbicaraan di mahkamah bagaimana Dr.Khir Toyo bekas MB Selangor memperolehi harta berupa sebuah rumah banglo yg besar, luas dan mewah dgn harga 'below market price' dan kemudian diubahsuai pula dgn belanja RM 6.0 juta. Sebelum diangkat Mahathir sebagai MB Selangor menggantikan Abu Hasan, beliau adalah seorang doktor gigi di kelinik giginya di Kajang. Banyaklah lagi cerita bagaimana politik menyibukkan orang Islam dan dunia mengkayakan orang Islam yg tidak mungkin termimpi oleh mereka menjadi kaya kalaulah mereka tidak terlibat dgn politik. Ini tidak termasuk kata-kata dan cakap-cakap yg mereka luahkan sepanjang penglibatan mereka dalam politik, yg 99.9% adalah pembohongan atau pendustaan, tohmahan atau pengaiban terhadap lawan. Kita telah lihat bahawa orang Islam itu terlupa nasihat Rasulallah (s.a.w) bahawa manusia lupa bahawa dgn beberapa patah perkataan, menjerumuskan mereka ke dalam neraka selama 40 tahun! Ini pula sentiasa bercakap dusta dan memutarbelitkan fakta, dan memfitnah serta mencaci dan mengaiaibkan orang islam yg lain! Saudara, di dalam Islam kita sudah tahu bahawa seseorang yg bercakap sesuatu tentang seorang Islam yg lain di belakangnya, yakni tanpa pengetahuannya, walaupun betul apa yg dicakapkannya, kekal dikira berdusta di dalam Islam! Kenapa? Dia bercakap tanpa dasar fakta atau maklumat yg dia sendiri tahu, tetapi hanyalah persangkaan semata-mata. Atau, atas khabar angin, i.e. berita yg dibawakan oleh orang lain, yg dia sendiri tak tau sahih atau tidak. kalau dia tak tahu, dia cakap dan didapati dusta, maka dia memfitnah. kata yg baikpun tak baik, kata yg baikpun tak baik, melainkan kita tahu apa yg kita katakan. Itupun, wajib kita bercakap yg baik-baik bukan yg tidak baik!
Sesuatu yg kita tak tau adalah persangkaan. Kalau betul hanya kebetulan. namun tetap satu perdustaan, kerana kita tak tau faktanya semasa kita luahkan cakap-cakap tersebut. Kalau, apa yg kita katakan adalah tidak benar, maka kita dianggap memfitnah orang lain. Fitnah adalah pencukur pahala amalan dan ibadah, pesan Rasulallah (s.a.w). Jadi, sesiapa yg memfitnah seseorang, maka segala pahala amalannya terhakis atau dikikis oleh fitnahnya, maka sia-sialah segala amalan dan ibadahnya yg terdahulu. Di akhirat dia jadi muflis, wal iya zubillah! Para ulama' dan ilmuwan Islam juga disibukkan oleh dunia apabila mereka tidak menyampaikan ilmu kpd orang Islam yg jahil dan dahagakan ilmu. Atau, mereka hanya mau ajar ilmu dgn bayaran lumayan. Atau, mereka berilmu, tetapi menggunakan media berbagai menjadi pendakwah bebas atau penceramah media letronik atau menjadi 'pakar motivasi' dgn program mereka sendiri melalui berbagai media, kerana mencari pendapatan dan bayaran lumayan pula. Rata-rata umat Islam itu takda bezanya dgn orang yg bukan Islam: disibukkan oleh dunia sehingga tak sempat untuk menyediakan dirinya untuk akhiratnya. Walhal, di dunia kita hanya hidup selama 40 atau 50 atau 60 atau 70 atau 80 - lebih-lebihpun, jarang-jarang 100 tahun, manakala ketika di dalam kubur entah berapa lama dan kemudian meunggu Kitab Catatan Amalan kita pula di padang makhsyar selama 50,000 tahun bilamana sehari di akhirat bersamaan dgn 1,000 tahun di dunia! Kita inginkan kesenangan untuk masa yg begitu singkat, sehingga memperdagangkan kesejahteraan akhirat kita yg jauh lebih lama dan panjang - malah tidak terbatas pula!
Saudara, dalam beberapa post yg akan datang ini kita akan lihat beberapa nasihat Rasulallah (s.a.w) kpd kita yg akui kita Islam dan beriman, bahawa janganlah disibukkan atau mengutamakan yg fana dan tidak kekal, dan melupakan yg lebih utama dan kekal. Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Alaqqamah hadith dari Abdullah berkata: 'Tidur Nabi (s.a.w) atas tikar maka membekasi (i.e. ada bekas tikar) tikar pada kulitnya (i.e. tubuhnya), maka berkata aku (kata Abdullah): 'Wahai bapaku dan ibuku! Ya Rasulallah (s.a.w)! Seandainya engkau izinkan aku maka memberi pelapis untuk engkau atasnya (tikar) dgn sesuatu yg menjaga engkau dari (tikar) membekasi engkau.' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ma ana wad-dunya innama ana wad-dunya karakibin(-is)-istadalla tahta syajarata thumma raha wa-tarakaha' (Yg bermaksud: Apa-apa aku dan dunia! (Maksudnya, aku tidak ambil kisah tentang dunia). Sesungguhnya apa-apa yg ada antara aku dan dunia adalah seperti orang yg menaiki kenderaan (dalam suatu perjalanan) bernaung (atau berhenti atau berteduh dia) di bawah (sebatang) pokok, kemudian berangkat dia (meneruskan perjalannya) meninggalkannya (i.e. meninggalkan pokok itu).' [Hadith Ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Saudara, dalam hadith ini diceritakan suatu masa Rasulallah (s.a.w) tidur di atas tikar, maka ketika bangun dia maka kelihatan oleh para sahabat bekas-bekas tikar dan apa-apa yg ditutupi tikar atas badannya. Maka berkatalah seorang sahabat yg bersama-sama dgnnya bahawa teringin dia untuk menyediakan pelapik atas tikar yg ditiduri oleh Rasulallah (s.a.w) kalaulah diizinkan olehnya, supaya lebih selesa dan apabila bangkit dari tidur atau berbaring tidaklah ada bekas-bekas tikar di kulit tubuhnya. Rasulallah (s.a.w) mengingatkan para sahabat bahawa janganlah pentingkan dunia, kerana  manusia itu diberi kesempatan hidup di dunia hanya sebntar jika dibandingkan dgn kehidupan keseluruhan bagi manusia. Manusia itu hidup di dunia seumpama berhenti sebentar di bawah pokok ketika dalam perjalanan atau musafir di alam Allah (a.w), untuk rehat sebentar melepaskan lelah atau penat atau berteduh dari kepanasan cayaha matahari, kemudian setelah selesa atau hilang kepanasan atau kepenatan dia akan berjalan semula meneruskan keperjalanannya. Maka dgn itu kehidupan di dunia tak ubah seperti berhenti seketika untuk berteduh atau melepaskan kepenatan dalam perjalanan atau melindungi sekejap diri dari panas terik matahari, kemudian meneruskan perjalanan.
Saudara, oleh itu wajarlah kita ingatkan diri kita bahawa kita berada di dunia hanya seketika atau sebentar saja, tak lama, walhal keseluruhan hidup manusia itu adalah suatu perjalanan yg akan panjang yg tiada sempadan waktu pula. Fikirkanlah kalau kita dianugerahkan usia yg panjang spt Mahathir - sudahpun 85 tahun - masih sebentar sahaja berbanding dgn waktu menunggu kiamat dunia dalam kubur atau sebentar saja berbanding dgn waktu menunggu Kitab Catatan Amalan kita di padang makhsyar setelah kiamat dunia kelak. Sehari di padang makhsyar itu sama dgn 1,000 tahun dalam kiraan waktu dunia. Kemudian, jika sudah diadili pula kita yg Islam dan ditentukan kesudahan kita - di neraka atau di syurga pula - kita hidup berakhkab-akhkab pula (katanya, satu akhkab itu adalah selama 80,000 tahun (kali 1,000 x 356 hari  pula)! Fikirkanlah kalau kita hidup 85 tahunpun, dalam kiraan waktu akhirat tak sampaipun seminit! Kalau sakit beberapa jam pun kita menderita, inikan pula sakit selama 50,000 tahun berdiri di atas bumi dari tembaga yg dipanaskan oleh matahari yg sejengkal di atas kepala! Apakah kita inginkan kesenangan untuk 85 tahun (atau seminit) dan menderita selama-lamanya kerana dunia? Oleh itu, berpada-padalah dan buatlah pertimbangan yg rasional ketika kita masih ada masa untuk meneruskan kehidupan di dunia yg sengkat ini.
Janganlah disebukkan oleh dunia kita, sehingga kita lupa untuk menyediakan diri untuk suatu kehidupan yg lebih lama, malah tidak ada penyudahnya ...

Jazakallahu khairah

.

Thursday, June 23, 2011

Kematian: Mensolatkan Jenazah Orang Berhutang

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang urusan jenazah orang iman yg meninggal. Kali ini seorang yg mati yg belum sempat membayar atau melunaskan hutangnya ketika hidupnya.
Saudara, dalam Islam amat penting seseorang itu berusaha sedaya mungkin supaya tidak menanggung hurtang yg tidak dapat dibayarnya sebelum matinya. Jika meninggal seseorang dan dia belum sempat melunaskan hutangnya, maka rugilah dia jika dia adalah calun syurga. Kerana, dia tidak dapat menikmati segala nikmat orang ahli syurga. dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) menyuruh sahabat mensolatkan jenazah seorang iman, dan dia enggan mensolatkan mayat tersebut.
Diriwayatkan hadith dari Othman b Abdillah ibni Mauhibin berkata: 'Aku mendengar Abdullah b Abi Qatadah menceritakan hadith dari bapanya sesungguhnya Nabi (s.a.w) didtangkan padanya dgn satu jenazah untuk disolatkan oleh beliau atas jenazah tersebut, maka bersabda Nabi (s.a.w): ' Solatkanlah oleh kamu sekelian atas jenazah sahabat kamu (yg mati itu), maka sesungguhnya atas jenazah in hutang (yakni, dia berhutang yg belum dijelaskan olehnya).' [Hasith at-Termidzi, Kitab Jenazah]
Saudara, dalam hadith ini disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) enggan mensolatkan jenazah yg atasnya masih ada hutang yg belum dilunaskan. Maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh para sahabat mensolatkan jenazah tersebut. Peristiwa ini berlaku sebelum kemenangan Mekah atau pembukaan kota Mekah (fathul Makkah). Ketika itu umat islam masih lemah dan tidak memiliki sumber. Selepas pembukaan Mekah umat Islam sudah memiliki sumber Baitulmal yg banyak, maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat bahawa umatnya yg mati yg masih berhutang maka beliau (maksudnya, Baitul Mal) akan melunaskan hutang-hutang umat Islam yg mati yg masih berhutang. Jelasnya, Rasulallah (s.a.w) bukanlah membuat ketetapan bahawa orang Iman yg mati meninggalkan hutang itu dianggap tidak layak untuk disolatkan oleh Rasulallah (s.a.w). Dari segi hukum atau ketetapan Islam, Allah (a.w) melarang umat Islam mensolatkan jenazah orang yg diketahui sebagai orang munafiq atau orang kafir (maksudnya, orang Islam yg murtad). Keengganan Rasulallah (s.a.w) itu menunjukkan bahawa ada sesuatu yg amat penting dalam perkara hutang dan kematian. Ini dijelaskan dalam hadith berikut:
Di dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa nyawa orang yg mati yg masih berhutang akan tergantung di langit. Selagi hutangnya tidak dilunaskan selagi itulah dia tidak dapat menikmati segala nikmat dalam alam barzah bagi orang yg ditakdirkan  menjadi ahli suyrga. Sesungguhnya, di dalam kubur itu ada yg mendapat kenikmatan yg besar, bagi bakal ahli syurga, dan ada siksaan yg besar pula, jika dia adalah bakal ahli neraka. dalam post yg lalu kita telah lihat satu drp musibah dalam kubur apabila tidak dapat mengenali gambar Rasulallah (s.a.w) yg ditunjukkan oleh dua malaikat yg datang melawat si mati dalam kuburnya (malaikat Mungkar dan Nakir).
Diriwayatkan hadith dari Omar b Abi salamah hadith dari bapanya hadith dari abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Setiap diri (yg mati) di kalangan orang iman di gantung kerana hutangnya sehinggalah dibayar olehnya hutangnya.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Janaiz]
Disebutkan dalam hadith ini bahawa seseorang yg tidak menyelesaikan htangnya ketika dia mati, maka rohnya tergantung di awang awangan tidak dikembaikan kpd jasadnya. Maka dgn itu, jikalah dia seorang ahli syurga, maka rugilah dia. Kerana orang iman yg mati akan menikmati  kesenangan dan ketenangan seumpama tidur pada malam pengantin baru baginya. Dia berehat dalam taman syurga, sehinggalah dikejutkan oleh seruling sangkala malaikat Israfil kelak, ketika kiamat dunia. Orang yg merupakan bakal ahli neraka, kerana tidak mengerjakan tanggung jawabnya semasa di dunia ketika hidupnya akan disiksa setiap hari. Tidak akan merasa keamanan sedikitpun setelah matinya. [Nota: Orang-orang yg tidak Islam pasti disiksa setiap saat dan ketika oleh dua malaikat tersebut sehingga kiamat dunia. Apabila kiamat dunia, mereka akan terus dihalau ke neraka, tanpa dihisab. Orang munafiqpun seruppa. Orang Islam, jika dia adalah berpandukan kehidupan semasa di dunia dgn al-Quran dan as-Sunnah secara berjema'ah, itu akan mendapat siksaan juga dalam kubur bagi kesalahan atau dosa yg mewajibkan dia disiksa dalam kubur. Antara sebab diazab dalam kubur adalah ketika hidupnya dia tidak menjaga kebersihan ketika bersolat dari terkena percikan najis air kencing, terutama air kencing kanak-kanak yg tidak dibasuh dgn teliti kain bajunya, maka bekas-bekasa kencing kanak-akanak mengenai pakaian kita yg kita gunakan untuk solat atau terkena kpd tempat solat kita. Atau, ketika buang air, kita tak sedari titisan air kencing kita mengenai kain atau seluar kita yg kita gunakan untuk bersolat.]
Disebutkan dalam potongan hadith lain, pemukul yg digunakan oleh para malaikat memukul si mati yg tidak dapat menjawab soalan dua malaikat dalam kubur itu, dikatakan begitu besar dan berat sehinggakan semua anak adam yg lahir mulai zaman Adam (a.s) sampai kiamat dunia itu, jika sama-sama cuba menariknya, tidak akan bergerak pemukul itu! Inilah sinario dalam alam ghaib, alam barzah itu.
Insya Allah, dalam post-post yg akan datang kita akan lihat secara lebih terperinci apakah akibat kpd kita jikalah kita tidak dapat melunaskan hutang kita ketika kita masih hidup. Oleh itu wajarlah kita jangan jadikan berhutang itu suatu tabiat kelaziman. Dan, jika berhutang janganlah pula kita alpakan janji membayarnya kpd orang yg kita berhutang. Berat padahnya pada kita dalam Islam.

Jazakallahu khairah


Wednesday, June 22, 2011

Pesanan Rasulallah (s.a.w)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita turunkan sepotong hadith yg agak panjang,. tentang suatu khutbah Rasulallah (s.a.w) kpd para sahabat, pada penghujung hayat beliau. Ada beberapa perkara dalam nasihat tersebut. Dalam post yg terdahulu itu, kita hanya teliti nasihat melihatkan perkara 'membuat pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah, dan kita telahpun buktikan bahawa dalam syariat Islam tidak ada apa yg dikatakan 'bid'ah hasanah' itu. Kita telah diperintahkan oleh Allah (a.w) supaya ambil as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr - tapi kita ingkar. Tambahan pula, ramai umat Islam yg menentang. Walhal Allah (a.w) peringatkan kita pada Ayat 115, Surah an-Nisa' bahawa apabila sudah jelas sesuatu itu diberikan keterangan oleh Allah (a.w) dan RasulNya, maka masih ada orang yg telah diberitahu dan diperjelaskan itu menentang atau menolak, jelaslah mereka ingkar, dan tempat kesudahan bagi mereka yg ingkar itu adalah neraka jahannam, wal iya zubillah! Malangnya, hari ini majoriti umat Islam tolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut!
Saudara, kali ini kita lihat dimensi-dimensi lain yg disebutkan dalam hadith yg kita rujuk tersebut, iaitu hadith berikut:
Menceritakan hadith oleh Abdul Rahman b ‘Amrin as-Sulamiyu dan Hujru b Hujrin berkata kedua-duanya: ‘Datang kami berdua bertemu dengan ‘Irbad b Sariah dan dia adalah orang yang diturunkan ayat (al-Quran) (Wala ‘alal-lazina iza ma atauka litahmilahum qulta la ajidu ma ahmilukum ‘alaihi), maka memberi ‘salam’ kami dan berkata kami: ‘Datang kami kepadamu berziarah dan menjenguk dan mencari ilmu kami’. Maka berkata ‘Irbad: ‘Bersolat dengan kami Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari. Kemudian menghadap dia atas kami menasihati kami suatu nasihat yang terang (jelas) mengalirkan darinya (kerana nasihat tersebut) beberapa mata (yang mendengar Rasulallah (s.a.w) berkhutbah) dan menakutkan darinya beberapa hati (orang-orang yang mendengar khutbah Rasulallah (s.a.w) tersebut), maka berkata orang yang bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Seakan-akan bahawasanya ini satu nasihat pesanan terakhir, maka apakah pesanan (atau janji) atas kami (terhadap engkau)?’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Usikum bi-taqwallahi was-sam’i wat-taati wain ‘abdan habasyiyan fainnahu man ya’isy minkum ba’di fasayara ikhtilafan kathiran fa’alaikum bisunnati wa-sunnatil-khulafa al-mahdiyina ar-rasyidina tamassaku biha wa-‘addu ‘alaiha bin-nawajizi, wa-iyakum wamuhdathatil-umuri fain kulla muhdathatin bid’atun wa-kulla bid’atin dolalatun.’ [Maksud: Berwasiat aku atas kamu sekelian dengan (pertama) bertaqwa kepada Allah (a.w) dan (kedua) mendengar dan taat dan jikapun seorang hamba Habsyi (menjadi amir atau imam kamu). Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup dari kalangan kamu sesudahku maka akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu sekelian dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-rasyidin al-mahdiyin, berpegang teguhlah dengannya (yakni, as-Sunnah) dan gigitlah dengan gigi geraham, dan takutilah (atau, jauhilah) kamu sekelian barunya beberapa perkara (tentang ugama), maka sesungguhnya tiap-tiap barunya perkara adalah bid’ah dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan. (Dan, tiap-tiap kesesatan itu tempatnya dalam neraka).] [Hadith Abu Daud]
Saudara, apakah nasihat Rasulallah (s.a.w) dalam khutbahnya tersebut? Pertama, Rasulallah (s.a.w) memerintahkan kita orang iman itu supaya sentiasalah bertaqwa (i.e. takutkan Allah (a.w)) sepanjang hidup kita. Kedua, Rasulallah (s.a.w) perigatkan kita yg beriman apabila diberitahu sesuatu dalam al-Quran dan as-Sunnah, kita wajib dengar dan taatkan apa yg diperintahkan dalam al-Quran dan as-Sunnah tersebut. Orang Iman itu diperingatkan sebagai misi hidupnya sebagai orang Islam yg beriman 'mendengar dan taat' (al-Quran) moto hidup orang iman, kemudiannya diberi rukhsah oleh Rasulallah (s.a.w), 'dengar dan taat sekuat mampu' kita. Ketiga, wajib bagi orang Islam yg beriman itu mentaati Imamnya (atau Amirnya), walaupun imamnya tidak disukai mereka atau dibenci mereka kerana sesuatu sebab sekalipun, asalkan telah diangkat menjadi Imam (i.e. pemimpin dalam jema'ah umat Islam) wajib ditaati selagi dia tidak perintahkan atau suruh lakukan sesuatu yg maksiat (yakni, bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). Isu ketaatan atau mentaati Imam atau Amir ini, akan kita perjelaskan lagi kemudian nanti dalam penelitian kita tentang ketetapan mengenai kepimpinan atau keimaman dalam al-Quran dan as-Sunnah, insya Allah. Keempat, Rasulallah (s.a.w) membayangkan situasi atau sinario zaman selepas ketiadaan beliau atau akhir zaman kelak bila mana umat Islam akan berpecahbelah dan berfirqah, yakni menubuhkan perkumpulan terasing. tidak lagi bersatu dalam satu jema'ah umat Islam. Umat Islam, mengikut satu sabda Rasulallah (s.a.w), walaupun ramai, tetapi seumpama buih di permukaan lautan - kelihatan begitu banyak tetapi takda erti atau makna atau gunanya - kulitnya saja Islam namun hati sanubarinya tidak berbeza dari orang-orang yg bukan Islam. Tidak wujud kesefahaman dan kesatuan yg mantap! Orang Islam ramai tapi tak bersatu. Mereka saling bercakaran antara satu sama lain. Mereka bercakaran bukan kerana yg haq tetapi kerana kebatilan, kerana kejahilan. Maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umat akhir zaman bahawa umat Islam yg akui diri mereka Islam berpecah menjadi 73 golongan atau firqah atau mazhab, tetapi 72 golongan - yakni kaum majoriti - tak dapat syurga, malah mencari syurga dgn penuh istiqamah dan kesungguhan, terjerumus dalam neraka, kerana kejahilan mereka tentang Islam dan tuntutan Islam yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah sebagai asas ilmu dan panduan hidup orang iman. Mereka berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita yg beriman bahawa sebaik-baik Kitab panduan ilmu dan panduan hidup itu adalah al-Quran dan sebaik-baik petunjuk tentang jalan ke syurga itu adalah petunjuk atau hidayah Rasulallah (s.a.w), iaitu as-Sunnah (atau al-Hadith). Tapi, majoriti umat Islam pertikaikan as-Sunnah atau mereka putar-belitkan tafsiran al-Quran, wal iya zubillah! Kelima, Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu berpesan kpd kita yg beriman supaya jadikan as-Sunnah - iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin - sebagai panduan hidup (khususnya, panduan amalan dan ibadah, kerana hanya dgn amalan dan ibadah sahaja kita dapat syurga) dan jangan berpandukan dgn lain-lain panduan. Kerana lain-lain panduan tidak menjamin kejayaan mendapatkan syurga, malah kepastian kesesatan kpd kita! Lambat laun, kita terjerumus ke dalam neraka. Ini disebutkan dalam beberapa hadith (sebahagian hadith sedemikian telahpun kita ketahui dalam post-post yg lalu). Keenam, Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita supaya kita pegang as-Sunnah itu sekuat-kuatnya atau sekuat mampu kita dan jangan kita lepaskan tali penyelamat keimanan dan tali penyelamat kejayaan di akhirat kita itu. Kerana kalau terlepas, yakni kita abaikan atau ambil mudah, maka pasti kita terlepas dan kita terjerumus dari jalan yg benar itu, menyimpang kita. Kita pasti tergelincir dari siratul mustaqim, dan, justeru itu, pasti masuk neraka. Bagaimana mungkin dapat kita pegang sekuat-kuatnya as-Suynnah kalau kita jahil? Maka dgn itulah Islam wajibkan kita mengaji atau belajar ilmu (iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah) supaya terhapus kejahilan kita, supaya tidak dapat disesatkan oleh orang, yg mereka sendiri jahil tentang al-Quran dan as-Sunnah atau mereka tau sedikit tapi cakap banyak dalam ceramah atau tazkirah! Ketujuh, peringatan terakhir, dalam hadith tersebut Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita yg beriman supaya jauhi atau takutilah berbuat atau mengamalkan 'pembaharuan dalam perkara ugama', kerana pembaharuan dalam perkara ugama itu adalah 'bid'ah' dan setiap 'bid'ah' itu adalah kesesatan, yakni menjerumuskan orang Islam ke kesesatan, dan setiap kesesatan itu menempatkan orang yg mencipta, mengamal, dan mengajarkan 'bid'ah' itu ke dalam neraka. Perhatikan! Rasulallah (s.a.w) tidak sebutkan wujudnya sebarang pengecualian dalam perkara 'bid'ah' ini. Hanya orang yg mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah terpimpin. Kalau kurang masak ilmu kita, tidak mungkin kita tahu dan faham. Kalau kita belajar dari orang yg tidak diajarkan cara pembelajaran dalam Islam, pasti guru-guru tersebut sendiripun tak faham.
Saudara, bagaimana sistem dan kaedah pembelajaran dalam Islam? Kaedah yg sama dgn kaedah Rasulallah (s.a.w) dulu belajar. Iaitu ada guru, ada urutan asal usul ilmu (musnad) dan ada kesinambungan ilmu dari awal hingga sampai kpd kita (muttasil). Rasulallah (s.a.w) belajar drp Allah (a.w) melalui wahyu. Beliau juga belajar dari malaikat Jibrail (a.s) secara berdepan dan setiap kali sesuatu itu perlu didemokan atau ditunjukkan atau dicontohkan. Maka dgn itu dalam solat Rasulallah (s.a.w) suruh kita solat sebagaimana kita melihat beliau bersolat (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah). Rasulallah (s.a.w) belajar berguru secara berdepan, sehinggakan lutut Rasulallah (s.a.w) berdepan dgn lutut malaikat Jibrail (a.s). Di dalam pengilmuan sistem dan kaedah Islam, tidak ada kaedah belajar sendiri, tidak ada kaedah menimba ilmu melalui ceramah, tidak ada pengajian bersandarkan sumber lain, atau cara dan kaedah lain, selain berguru dan bersumberkan hanya al-Quran dan as-Sunnah. Maka para sahabat dalam mempelajari Islam, gurunya adalah Rasulallah (s.a.w) dan sumbernya adalah al-Quran dan as-Sunnah (i.e. ketetapan Rasulallah (s.a.w)).
Mungkin ada orang cakap zaman moden ini ada TV, ada DVD, ada CD ada Cassette dan ada media lain. Benar, tapi dalam Islam belajar secara berguru, dan guru ada didepan murid, kerana kalau tak faham, murid tanya guru dan guru jelaskan sehingga faham dan ada kitab yg dirujuk iaitu al-Quran dan kitab hadith (spt Kuttubul Sittah). Dgn itu ilmu dipindahkan dari guru kpd murid secara sah dan tulen tanpa dicemari oleh pendapat atau buah fikiran manusia.
Semoga saudara semua faham apa yg ingin disampaikan dalam post ini. Kefahaman itu penting, kerana kalau tak faham, maka terjadikan ada orang Islam yg cari jalan pintas, belajar dari orang akui dirinya 'rasul' atau 'nabi' atau tok guru yg dapat ilham terus dari Allah (a.w), seolah-olah tok guru itu ada taraf nabi walhal dia paling jahil tentang al-Quran dan as-Sunnah, wal iya zubillah. Rugi serugi-ruginya dia, dapat ilmu yg pasti memasukkan mereka ke dalam neraka! Oleh itu berwaspadalah. Semak guru yg mengajar dan semak sumber ilmu, semak kaedah pembelajarannya, dan semak ilmu yg saudara terima. Yg rugi saudara sendiri ...

Jazakallahu khairah

Tuesday, June 21, 2011

Bid'ah Dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, 'bid'ah' adalah satu perkara yg amat sensitif jika kita bincangkan dalam masyarakat Islam yg sudah sebati dijadikan amalan seharian mereka. Di Malaysia, para ulama' dan ilmuwan Islam yakin sepenuhnya bahawa tidak ada ketetapan yg mutlak menyatakan bahawa id'ah itu adalah suatu kesesatan. Kerana mereka berpendapat bahawa wujud perkara-perkara amalan yg sudahpun dibudayakan oleh masyarakat Islam di Malaysia turun temurun, semenjak Islam bertapak di Malaysia, bahawa wujud apa yg mereka sebutkan sebagai 'bid'ah hasanah'. Walaupun begitu, dalam blog ini penulis akan terus highlghtkan isu atau tajukini, kerana Rasulallah (s.a.w) secara terang dan jelas dan muktamad menyebutkan bahawa semua pembaharuan dalam perkara ugama adalah bid'ah dan semua bid'ah, walau bagaimana molehpun dipandang oleh masyarakat Islam adalah kesesatan, dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa setiap kesesatan itu menjerumuskan pengamalnya dan penyebarnya ke dalam neraka. Malah lebih bahaya pula bahawa ada hadith yg menyebutkan bahawa orang yg mengamalkan bid'ah tidak diterima amalan dan ibadahnya atau tidak diterima taubatnya jikalah dia ingin bertaubat dan pengamal bid'ah dikatakan jatuh syirik dan pengamal bid'ah dihukum terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari.
Jikalah begitu ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka mengapakah masih ramai orang Islam termasuk para ulama' dan ilmuwan Islam yg kekal berkeras menyatakan bahawa wujud bid'ah hasanah tersebut. Adakah mereka jahiltentang ketetapan as-Sunnah? Atau, adakah mereka menolak as-Sunnah? Atau, mereka beranggapan bahawa ketetapan as-Sunnah itu tidak sama tarafnya dgn ketetapan al-Quran? Walhal, kita tahu mengikut Ayat 7, Surah al-Haysr bahawa setiap perkara yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) tu kita ambil pakai dan terima dan laksanakan sekuat mampu kita, dan setiap tegahan Rasulallah (s.a.w) itu hendaklah kita jauhi atau tinggalkan. Tambahan pula, kita wajib faham bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah ketetapan Allah (a.w). Kalau Rasulallah (s.a.w) haramkan sesuatu, maka Allah (a.w) juga mengharamkannya. Malah Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' memerintahkan kpd kita yg Islam (malah semua manusiapun) bahawa sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w), maka dia telah secara otomatis mentaati Allah (a.w). Jadi counter factualnya, sesiapa yg ingkarkan perintah Rasulallah (s.a.w) pastilah dia ingkarkan perintah Allah (a.w)?
Saudara, bid'ah itu amat membahayakan aqidah kita yg Islam. Malah kalau kita tinggalkan sesuatu yg bid'ah itu tidak ada ruginya kita. Malah kita mendapat pahala kerana kita akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w). Mengikuti as-Sunnah mendatangkan pahala yg otomatis untuk kita. 
Menceritakan hadith oleh Abdul Rahman b ‘Amrin as-Sulamiyu dan Hujru b Hujrin berkata kedua-duanya: ‘Datang kami berdua bertemu dengan ‘Irbad b Sariah dan dia adalah orang yang diturunkan ayat (al-Quran) (Wala ‘alal-lazina iza ma atauka litahmilahum qulta la ajidu ma ahmilukum ‘alaihi), maka memberi ‘salam’ kami dan berkata kami: ‘Datang kami kepadamu berziarah dan menjenguk dan mencari ilmu kami’. Maka berkata ‘Irbad: ‘Bersolat dengan kami Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari. Kemudian menghadap dia atas kami menasihati kami suatu nasihat yang terang (jelas) mengalirkan darinya (kerana nasihat tersebut) beberapa mata (yang melihat Rasulallah (s.a.w) berkhutbah) dan menakutkan darinya beberapa hati (orang-orang yang mendengar khutbah Rasulallah (s.a.w) tersebut), maka berkata orang yang bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Seakan-akan bahawasanya ini satu nasihat pesanan terakhir, maka apakah pesanan (atau janji) atas kami (terhadap engkau)?’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Usikum bi-taqwallahi was-sam’i wat-taati wain ‘abdan habasyiyan fainnahu man ya’isy minkum ba’di fasayara ikhtilafan kathiran fa’alaikum bisunnati wa-sunnatil-khulafa al-mahdiyina ar-rasyidina tamassaku biha wa-‘addu ‘alaiha bin-nawajizi, wa-iyakum wamuhdathatil-umuri fain kulla muhdathatin bid’atun wa-kulla bid’atin dolalatun.’ [Maksud: Berwasiat aku atas kamu sekelian dengan (pertama) bertaqwa kepada Allah (a.w) dan (kedua) mendengar dan taat dan jikapun seorang hamba Habsyi (menjadi amir atau imam kamu). Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup dari kalangan kamu sesudahku maka akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu sekelian dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-rasyidin al-mahdiyin, berpegang teguhlah dengannya (yakni, as-Sunnah) dan gigitlah dengan gigi geraham, dan takutilah (atau, jauhilah) kamu sekelian barunya beberapa perkara (tentang ugama), maka sesungguhnya tiap-tiap barunya perkara adalah bid’ah dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan. (Dan, tiap-tiap kesesatan itu tempatnya dalam neraka).] [Hadith Abu Daud]
Saudara, hadith di atas amat jelas memberitahu umat Islam betapa bahayanya mengamalkan sesuatu yg bersifat bid'ah. Dalam dua hadith berikut pula, sekali lagi kita diberitahu bahawa bid'ah itu menyebabkan amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w). Jika demikian, mengapakah kita sanggup menggadaikan akhirat kita semata-mata kerana kita ikuti konvensyen masyarakat kita berdegil mengetakan  wujudnya bid'ah hasanah itu?
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man akhdatha fi amrina haza ma laisa minhu fahua raddu.’ [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (Nabi) (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku (nabi)), maka dia (yakni, amalannya) ditolak] [Hadith Bukhari] dan
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu.’ [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku (Nabi)), maka dia (yakni, amalannya) ditolak.] [Hadith Muslim].
Saudara, Allah (a.w) perintahkan kita dalam firmanNya pada Ayat 7, Surah al-Haysr tadi, supaya kita ambil pakai segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) - yg disuruh buat sekuat mampu dan yg ditegah ditinggalkan - dan Rasulallah (s.a.w) dengan jelas dalam hadith berikut menyebut bahawa orang yg enggan terima ketetapan Rasulallah (s.a.w) tempatnya dalam neraka, namun kita remehkan dan tidak ambil peduli? Adakah kerana tidak menyalahi masyarakat, kita sanggup merusakkan aqidah dan amalan serta ibadah kita? Oleh itu wajarlah kita halusi dan amati as-Sunnah. Janganlah kita sengaja mengenianya diri kita sendiri. Yg rugi bukan orang lain, yag pasti rugi kerana enggan akur, tapi akhirat kita, kita sendiri tentukan, bukan orang lain.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’ (yakni, orang yang enggan mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya).’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’  Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu enggan (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) maka tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ [Hadith Bukhari] 
Mudah-mudahan, saudara yg mengikuti blog ini dan membaca post ini sedar dan faham. Jagalah masa depan akhirat kita sekuat mampu kita.

Jazakallahu khairah