Sunday, July 31, 2011

Puasa Ramadhan: Peringatan

Assalamualaikum,
saudara, insya Allah saudara telahpun selesai menyempurnakan Solat Terawih. Boleh dikatakan semua masjid di Malaysia membuat Solat Terawih 20 rakaat kemudian ditutup dgn tiga rakaat yg dikatakan Solat Witir yg dibuat dua rakaat salam kemudian satu rakaat salam. Solat Terawih itu diseling dgn 'selawat' setiap dua rakaat dan ditambah dgn Do'a setiap 4 rakaat - yakni selesai dua-dua rakaat menjadikan empat. Solat Terawih yg syariatnya adalah solat yg ganjil rakaatnya, dibuat secara lazim dua rakaat salam kemudian satu rakaat. Kemudian disudahi dgn Tahlil, pada malam Jum'at Tahlil Arwah.
Saudara, di dalam syariat Islam ada beberapa perkara yg tidak dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w); iaitu: pertama, tidak ada membaca selawat selepas 4 rakaat Solat Terawih; kedua, Solat Witir adalah tiga rakaat dibuat satu salam, i.e. dikerjakan tiga rakaat terus disudahi dgn salam, bukan dibuat dua + satu sebagaimana diamalkan sebagai kelaziman. Tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran mahupun as-Sunnah bahawa Solat Witir itu kalau tiga rakaat dibuat dua+satu. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) tidak pernah membaca Doa secara berjema'ah selepas solat bilamana beliau membaca doa' kemudian diaminkan oleh makmum. Do'a adalah urusan atau permintaan peribadi seseorang kpd Allah (a.w). Apabila selesai solat Rasulallah (s.a.w) hanya berpaling mengadap makmum sambil berwirid atau berzikir bersendirian tidak dijema'ahkan. Keempat, tidak ada dalam syariat Islam wujudnya Tahlil atau Tahlil Arwah.
Saudara, pada zaman Raulallah (s.a.w) umat Islam termasuk beliau mengerjakan Solat Terawih itu 8 rakaat di buat empat-empat rakaat satu salam. Pernah Solat Terawih zaman Rasulallah (s.a.w) itu dijema'ahkan pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir Ramadhan dan dibuat lewat malam, tetapi dibuat persendirian pada lain-lain malam. Dalam zaman khalifah Omar b Khattab (r.a), Solat Terawih di jema'ahkan dan dibuat 20 rakaat dibuat dua-dua rakaat satu salam dan disudahi dgn satu rakaat Solat Witir. Imam Solat Terawih yg pertama adalah Ubai b Ka'ab di zaman Omar (r.a). [Nota: Oleh kerana sunnah (i.e. perlakuan) Omar (r.a) adalah diiktiraf Rasulallah (s.a.w) sebagai sebahagian drp apa yg disebut 'sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin', maka kita boleh ikuti sunnah Omar itu.]
Saudara, ketika tiba 10 malam terakhir Ramadhan kita digalakkan Iktikaf di mussola, i.e. tempat solat yg melazimkan solat-solat fardu di jema'ahkan di bawah satu imam. Ketika beriktikaf itu kita tak perlu buat apa-apa memadai kita duduk dan tidak tidur. Selagi kita berada di tempat mussola tersebut, akan mengalir pahala (i.e. ditulis oleh malaikat pahala) seolah-olah mengerjakan pelbagai ibadah dan amalan sunat, selagi kita tidak tidur. Apabila kita terlena, aliran pahala itu terhenti. Dgn berdiam diri tanpa tidur ketika Iktikaf itu, kita mendapat pahala seumpama mengerjakan semua amalan dan ibadah sunat, tanpa mengerjakannya. Demikianlah kurniaan Allah (a.w).
Saudara, wajib kita ingat bahawa puasa Ramadhan itu sah jika kita niatkan berpuasa sebelum masuk waktu Subuh (atau sebelum terbit fajar, kalau terlewat). Di dalam syariat Islam tidak ada niat yg dizahirkan, i.e. menyebutnya. Dan, niat itu tersembunyi dalam hati kita, memadailah kita berniat dalam senyap tanpa membaca kalimah-kalimah khusus spt 'Nawaitu sauma ghadin ...' dan sebagainya. Oleh itu melafazkan niat atau menzahirkan niat itu adalah pembaharuan dalam amalan. [Nota: Niat wajib diniatkan setiap hari, tidak sah puasa jika niat dijamakkan]. Spt biasa setiap pembaharuan dalam perkara atau urusan ugama itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah kesesatan dan setia kesesatan itu menjerumuskan orang yg mengamalkannya ke dalam neraka. Kerana, kesemua amalan dan ibadah yg berainan dari sunnah, tidak diterima Allah (a.w). Membuat pembaharuan dalam urusan ugama, i.e. bid'ah, adalah tetakluk kpd ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa beramal dgn suatu amalan, yg amalan tersebut tidak dibawakan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah (a.w). Dah lah tak dapat pahala, kita mendapat dosa. Malah lebih serius lagi bid'ah menjerumuskan orang yg mengamalkannya masuk neraka, kerana kesemua amalan yg dicemari oleh bid'ah mengakibatkan pelakunya terkeluar dari Islam. wal iyazubillah. Allah (a.w) perintahkan orang iman supaya belajar ilmu mengenai sesuatu amalan itu sebelum diamalkan (Ayat 36, Surah al-Israk). Allah (a.w) juga memberitahu bahawa apa-apa yg dibawakan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) (maksudnya: yg beliau kerjakan atau amalkan) hendaklah diambil pakai dan diikuti, dan apa-apa yg ditegah atau dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita jauhi atau tinggalkan (Ayat 7, Surah al-Haysr). Oleh itu berwaspadalah. Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg tidak menerima mana-mana ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan sebaliknya menerima pandangan dan suruhan orang lain, maka Allah (a.w) amat murka kpd orang-orang sedemikian, kerana dia mengagungkan apa-apa yg diremehkan atau dihina Allah (a.w) dan sebaliknya meremehkan apa-apa yg diagungkan oleh Allah (a.w). Yg diagungkan oleh Allah (a.w) adalah al-Quran dan as-Sunnah (sunnah kerana sunnah adalah berdasarkan wahyu drp Allah (a.w)). Justeru itu, sesiapa yg menolak satu perkara dalam as-Sunnah, orang itu dianggap derhaka kpd Allah (a.w) kerana meniggikan taraf pendapat atau ajaran manusia dan merendahkan ketetapan UtusanNya (i.e. as-Sunnah). Oleh itu berwaspadalah supaya tidaklah kita tergolong dari kalangan orang yg dianggap menentang ketatapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Insya Allah kita akan mula berpuasa Ramadhan esok (1 Ogos) yg jika kita benar-benar beriman dan bertaqwa mengerjakan puasa Ramadhan demi keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (a.w) yg tidak ternilai iaitu terhapus dosa-dosa kita dan bebas kita dari siksaan dalam neraka, maka mendapat syurga. Apabila kita berpuasa menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka Allah (a.w) akan hapuskan dosa-dosa kita yg lalu. Alangkah baiknya mengikuti al-Quran dan as-Sunnah dan menolak ketetapan manusia. Yg untung kita. Dan, yg rugi adalah kita, jika kita tidak akur dgn ketetapan syariat Islam. Dan, yg untung itu adalah mengerjakan segala amalan dan ibadah bersandarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, apabila kita berSahur malam ini nanti, dan ketika kita berbuka esok hari, sebelum memasukkan makanan atau air ke mulut, bacalah 'Bismillah'. Makan dan minum wajib didahulukan dgn kalimah 'Bismillah' dan hanya selepas selesai makan kita baca Do'a Ketika Makan itu (spt 'Allahumma bariqlana ... atau 'Alhamudulillahil lazi at-'amana wa-saqana waj-'alna minal muslimina' ) tanda kesyukuran, sesudah makan atau minum. Kerana do'a tersebut adalah melambangkan rasa kesyukuran kita yg tidak terhingga kerana rezki yg Allah (a.w) berikan kpd kita.

Selamat berpuasa. Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment