Thursday, July 28, 2011

Puasa Ramadhan: Bercengkerama dan Bercumbu-cumbuan Disiang hari

Assalamualaikum,
Sauadara, kita telahpun tahu bahawa bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan menyebabkan kita dikenakan kifarah yg berat; iaitu membebaskan seorang hamba sahaya atau berpuasa dua buklan berturut-turut atau memberi makan 60 orang fakir miskin. Oleh kerana itulah islam melarang supaya jangan bercengkerama atau bergurau senda atau bercmbu-cumbuan dgn isteri di siang Ramadhan. 
Di dalam hadith-hadith berikut dijelaskan beberapa prinsip yang wajar seorang yang berpuasa ingat dan ambil maklum. 
Dan berkata Aisyah (r.ah): ‘Haram atasnya (lelaki) faraj (isterinya siang hari semasa berpuasa). Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim bin Aswad, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Ada Nabi (s.a.w) mencium dan memeluk isterinya, dan dia berpuasa dan adalah dia (yakni, Rasulallah (s.a.w)) lebih menguasai (dirinya) dari kamu sekelian atas syahawatnya (yakni, Rasulallah (s.a.w) mampu mengawal dirinya dari meneruskan perlakuan sehingga terjadi hubungan suami isteri).’ Berkata Aswad: ‘Berkata Ibnu Abbas (r.a) (ungkapan) ‘Ma aribu’ [Ayat 18, Surah Taha], bermaksud ‘hajat’. Berkata Taus: (kalimah) ‘Ghairi ulil irbati’ [Ayat 31, Surah an-Nur] bermaksud ‘Orang yang tidak ada hajat baginya di dalam perempuan (yakni, tiada nafsu atau mati pucuk bagi lelaki).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum] 
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) ada mencium dan bercumbu-cumbu dengan isteri-isterinya di siang hari ramadhan. Tetapi, beliau lebih menguasai dirinya, yakni tidak akan sanmpai ke puncah sehingga menyetubuhi mereka di siang hari. Oleh itu, tidak digalakkan orang Islam bercengkerama dengan isteri, kerana dikhuatir tidak dapat menahan keinginan untuk bersetubuh. Jika berlaku persetubuhan di siang hari, maka kifarahnya berat. Maka dengan itulah dalam hadith berikut ditetapkan bahawa orang muda tidak digalakkan bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika siang. 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) ada dia mengucup (isteri-isterinya) di dalam bulan puasa (Ramadhan).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]. 
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa, tidak membatalkan puasa kerna mengucup isteri (atau suami).
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Ada Rasulallah (s.a.w) bersentuh-sentuhan kulit aku (yakni, bercumbu-bercumbu) dan dia puasa dan adalah dia lebih kuat daripada kamu sekelian menahan shawayat dirinya.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi] 
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) ada bercumbu-cumbuan dengan isterinya (sehingga bersentuhan kulit, yakni tanpa berlapik) sedangkan dia sedang berpuasa. Namun Rasulallah (s.a.w) kuat menahan kemahuan syahawatnya dan tidaklah berlaku persetubuhan. Namun, orang-orang yang tidak dapat megawal dirinya dianjurkan supaya tidak melakukannya kerana dikhuatir melanggar larangan bersetubuh siang hari.
Diriwayatkan hadith dariada Hisyam berkata mengkhabarkan kepada bapanya hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Jika ada Rasulallah (s.a.w) nescaya mencium sebahagian daripada isteri-isterinya, dan dia berpuasa’, kemudian tertawa dia (Aisyah (r.ah)) [Hadith Bukhari, Kitab Saum]  Saudara, bagi orang yg sudah tua, umumnya dianggap tidak lagi kuat keinginan nafsu mereka atau sudah mampu menjaga keinginannya, maka Rasulallah (s.a.w) membolehkan suami isteri yg dah tua dudik berdekatan. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Anbasin daripada Aghari hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi (s.a.w) daripada urusan memeluk (dia akan isterinya) bagi yang berpuasamaka memberi kemurahan baginya (yakni, Nabi (s.a.w) menyatakan tidak mengapa baginya berbuat sedemikian), dan datang pula yang lain (seorang lelaki yanga lain), maka bertanyakan (perkara yang sama), maka melarang atasnya (yakni, Nabi (s.a.w) melarangnya berbuat sedemikian), maka ketika orang yang diberi kemurahan baginya adalah seorang tua, dan orang yang mencegah baginya (yakni, yang dilarang Rasulallah (s.a.w)) adalah pemuda.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum] 
Jelas di dalam hadith-hadith diatas disebutkan bahawa tidak membatalkan puasa seseorang itu apabila dia bercumbu-cumbu atau bergurau senda dengan isterinya di siang hari ketika dia puasa. Yang diharamkan hanyalah bersetubuh. Namun begitu, haruslah berjaga-jaga kerana kita tidak sampai ke mertabat Rasulallah (s.a.w) dalam mengawal dirinya, kemungkinan akan terlanjur sehingga mengadakan persetubuhan yang mendatangkan kifarah yang berat. Namun begitu, hadith-hadith ini menunjukkan bahawa seorang suami itu hendaklah dia sentiasa bermesra dengan isterinya, dan begitulah sebaliknya, demi kebaikan dan kesejahteraan rumah tangganya, walaupun dalam bulan Ramadhan atau semasa berpuasa. 


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment