Tuesday, July 26, 2011

Puasa Ramadhan: Kifarah Bersetubuh Siang Hari

Assalamualaikum, Saudara, kita telah lihat bahawa seseorang yg berpuasa dgn penuh keimanan dan kerana mencari keridhaaan Allah (a.w), dia berjaya mendapat ganjaran pahala maksimum iaitu dihapuskan segala dosanya yg lalu dan dia dibebaskan dari neraka, dan berjaya mendapat syurga. namun, sesiapa yg berpuasa Ramadhan, tetapi tidak menjaga panca inderanya dan dia melakukan kemaksiatan, maka Allah (a.w) tidak membebaskannya dari segala yg dijanjikan itu,. malah dia rugi. Dia berpenat berpuasa menahan lapar dan dahaga, tetapi tak dapat ganjaran pahala apapun.
Saudara, antara perbuatan halal yg didenda sebagai kifarah dalam bulan Ramadhan adalah menyetubuhi isteri di siang Ramadhan. Dalam kes inmi si suami dikenakan kifarah, salah satu berikut; iaitu: pertama, dia wajib membebaskan seorang hamba (Nota: Zaman ini tiada hamba yg boleh dibebaskan), justeru itu pilihan dua pilihan yg lain, iaitu kifarah kedua, berpuasa selama dua bulan berturut-turut (Nota: Si isteri tidak dikenakan kifarah); atau ketiga, dia memberi makan 60 orang miskin jika tak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut. Dalam pada itu, dia perlu mengganti semula puasanya yg tertinggal pada hari dia menyetubuhi isterinya itu, yakni sehari di lain bulan.Dalam hadith ini ketetapan ini disebutkan, hanyalah dalam kes tersebut, orang yg terlibat itu diberi rukhsyah kerana kefaqirannya, menyedekahkan sejumlah kurma yg boleh digunakan untuk membayar kifarahnya itu. Hari ini kelonggaran atau ruhsah ini tiada lagi. 
Meriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Uyainah, hadith daripada Zuhri, hadith daripada Humaidi bin Abdil Rahman, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Datanglah seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia: ‘Rosaklah aku, wahai Rasulallah (s.a.w)!’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apa yang merosakkan engkau?’ Berkata lelaki: ‘Menjimak atas isteriku di dalam bulan Ramadhan.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah menjumpai engkau apa-apa untuk memerdekakan seorang hamba?’ Jawab lelaki: ‘Tiada.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Maka adakah mampu engkau bahawa berpuasa engkau dua bulan berturut-turut?’ Menjawab lelaki: ‘Tidak.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah memjumpai engkau apa-apa (untuk) memberi makan 60 orang miskin?’ Menjawab lelaki: ‘Tiada.’ Berkata Abi Hurarirah (r.a)(perawi hadith): ‘Kemudian duduk dia. 
Maka didatangkan kepada Nabi (s.a.w) sebuah bekas yang didalamnya berisi kurma. (Saat itu datanglah orang membayar zakat kepada Rasulallah (s.a.w)) Maka (diberikan kepadanya zakat yang diterimanya dan) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bersedekahlah engkau dengan ini.’ Berkata lelaki: ‘Apakah ada orang yang lebih fakir daripada aku? Maka tidak ada antara tanah lapang ahli Madinah yang lebih memerlukan atas (ini pemberian) lebih dari aku!’ Maka tertawa Nabi (s.a.w) (mendengar cakap lelaki itu) sehingga ternampak gigi taringnya, kemudian bersabda Nabi (s.a.w): ‘Pergilah, maka memberi makanlah engkau akan ahli rumah engkau.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]
Kifarah yg terpakai adalah disebutkan dalam hadtih di atas itu, iaitu membebaskan seorang hamba atau berpuasa dua bula berturut-turut atau memberi makan kpd 60 orang miskin atau fakir.
Saudara, mudah-mudahan bagi mereka yg sudah berumah tangga, eloklah berhati-hati supaya sepanjang bulan Ramadhan akan datang ini tidak terjadi perkara ini kerana kifarahnya amat berat. Sudahlah begitu, maka tidakl;ah dapat dia kebebasan dari azab neraka yg dijanjikan Allah (a.w) tersebut.  Dia mendapat pahala berpuasa tetapi tidak layak mendapat kebebasan yg disediakan Allah (a.w) bagi orang yg benar-benar akur dalam bulana Ramadhan berusaha mencari kebebasan dari Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment