Sunday, July 24, 2011

Puasa Ramadhan: Amalan-amalan Mendatangkan Pahala as-Sunnah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam post yg lalu nas dan dalil bagaimana ruginya kita jikalah setelah berlalunya bulan Ramadhan, kita tidak dibebaskan oleh Allah (a.w) dari siksaan neraka di akhirat kelak! Maksudnya, beruntunglah orang iman yg dalam bulan Ramadhan itu memaksimumkan ganjaran pahala sebagai bekalan untuk kehidupan akhiratnya kelak. Kita tahu bahawa ganjaran pahala Puasa kita itu adalah Allah (a.w) menetapkannya, bergantung kpd setakat mana keimanan, ketaqwaan serta keikhlsan serta tahap kesyukuran kita terhadap nikmat Allah (a.w) mencari pahala, maka gandaannya melebihi 700 kali ganda. Pastilah besar ganjarannya kerana sesiapa yg dapat dgn penuh keimanan serta kesungguhan mencari pahala, maka di akhir Ramadhan, dia dibebaskan dari neraka!
Kita juga diberitahu beberapa amalan yg, jika kita kerjakan, maka kita mendapat pahala tambahan; iaitu: pertama, mempercepatkan berbuka ketika sudah masuk waktunya, iaitu Waktu maghrib; kedua, kita berbuka dgn tamar atau kurma; ketiga, kita melambatkan bersahur asalkan sebelum tiba waktu Subuh. Dalam post ini kita lihat beberapa nas dan dalil hadith mengenai perkara ini.
(a)  Berbuka dgn Tamar/kurma 
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Barangsiapa mendapat dia akan tamar (kurma) maka hendaklah berbuka puasa dengannya, maka barangsiapa tidak dapat maka hendaklah berbuka puasa atas air (yakni, dengan air), maka sesungguhnya air itu suci (mensucikan perut kamu).’[Hadith at-Termidzi] 
Justeru itu, berbuka dengan kurma (tamar) itu mendapat pahala sunnah, begitu juga air, jika tiada kurma. Begitu juga hadith berikut memberikan dalil yang sama mendapat ganjaran pahala sunnah apabila berbuka dengan memulakan makan kurma (tamar): 
Diriwayatkan hadith daripada Sulaiman bin ‘Amir ad-Dhabii (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Apabila berbuka puasa seseorang daripada kamu maka hendaklah berbuka atas (yakni, dengan) tamar (kurma), maka bahawasanya barakah (yakni, berkat), maka barangsiapa tidak dapat (menjumpai)(tamar), maka berbukalah atas (yakni, dengan) air, bahawasanya air itu mensucikan perut kamu).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
(b)   Bersegera Berbuka 
Kita mendapat pahala mudah kerana mempercepatkan berbuka ketika sudah tiba waktu berbuka, i.e. masuk Waktu Maghrib. Kita lihat 4 hadith berikut:
(1) Diriwayatkan hadith dari Abu Zarr (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Selalulah umatku dalam keadaan kebaikan (ie. mendapat pahala) selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur.’ [Hadith Imam Ahmad] 
(2) Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabd bahawa Allah (a.w) berfirman: ‘Ahabbu ‘ibadi ilaiya ‘ajaluhum fitran’ [Yg bermaksud: HambaKu yang amat Aku sayangi ialah yang segera berbuka puasa bila tiba waktunya.’] [Hadith Imam Ahmad & at-Termidzi] 
(3) Diriwayatkan hadith daripada Omar bin Khattab (r.a) katanya: ‘Telah berabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila datang malam dan telah pergi siang dan telah lenyap matahari, maka sungguh-sungguh berbukalah engkau.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi] 
(4) Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah berfirman Allah (a.w), Yang Maha Luhur lagi Maha Agung, ‘Lebih suka Aku (Allah (a.w)) (akan) hamba-hambaku kepada Aku (a.w) bersegera mereka berbuka puasa.’ [Hadith Qudsi hasan gharib at-Termidzi] 
(c)  Melambatkan bersahur 
Dua hadith berikut memberitahu kita bahawa melambatkan bersahur itu mendatangkan pahala serta keberkatan kpd makanan kita ketika bersahur. 
(1) Diriwayatkan hadith daripada Zaid bin Thabit (r.a) berkata: ‘Makan sahur kami berserta Nabi (s.a.w), kemudian bangun kami kepada solat. Berkata Zaid: ‘Berkata aku: ‘Berapa ada kadar (kira-kira) demikian (antara sahur dengan solat subuh)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kadar (yakni, kira-kira membaca) lima puluh ayat al-Quran .’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi] 
Sampai waktu manakah boleh bersahur? Di dalam hadith di atas dijelaskan bahawa kita boleh bersahur sampai kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh, yakni lamanya kira-kira membaca alat al-Quran 50 ayat. [Nota: Sebenarnya, membaca 50 ayat al-Quran itu tidak sampaipun 10 minit!  Sesungguhnya prinsip-prinsip dan peraturan dalam syariat Islam itu ada garispanduan yang terperinci di dalam al-Hadith. Contohnya menentukan waktu atau saat berakhir sahur]:
(2) Diriwayatkan hadith daripada Samrah bin Jundab (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiada menegah sekelian kamu daripada sahur kamu sekelian oleh bang (azan) Bilal dan tidak (menegah bersahur oleh) fajr yang menyorong tinggi (kelihatan terbit terus ke tengah langit), dan akan tetapi (berhenti bersahur pada) fajr yang berselerak (cahayanya) di kaki (ufuk) langit.’ [Hadith hasan at-Termidzi] 
Jelaslah bahawa sekiranya kita diterlambatkan bangun dari tidur kita masih boleh bersahur walaupun dalam waktu sudah masuk Subuh. Yg utama juga diingatkan hendaklah kita berniat untuk puasa esoknya sebelum terbit fajar, jika tidak berniat sebelum siang tak sah puasa kita. [Lihat post yg lalu]. 
Saudara, selain itu kita mendapat ganjaran tambahan pula melalui amalan dan ibadah Qiamul-lail, selain Solat Terawih
[Nota: Syariat Solat Terawih itu hanyalah 8 rakaat sahaja yg diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w), dibuat empat-empat rakaat. Kemudian disudahi dgn Solat Witir tiga ramaat. Selepas itu apa-apa solat tambahan adalah dikira solat Qiam, i.e. Tahajjud yg boleh dikerjakan sebanyak mungkin atas kemampuan. Oleh itu sesiapa yg biasa ke Mekah, maka mereka akan dapati Masjidil al-Haram mensolatkan Solat Terawih sebagai solat yg dijadikan kelaziman oleh Omar b Khattab (r.a), yg mensolatkan Solat Terawih 20 rakaat, kemudian disudahi dgn satu rakaat Solat Witir. Kemudian, menjelang 15 Ramadhan pula ditambah dgn Solat Qiam atau Tahajud sebanyak 16 atau 20 rakaat pula mulai jam 1 tengah malam sampai jam 3 pagi. Solat Terawih itu lebih afdhal  dilambatkan, bukan disegerakan. Solat Terawih itu boleh dijema'ahkan dan boleh dikerjakan bersendirian.] 
Saudara, kita juga mendapat pahala berdoa ketika nak berbuka, dgn membaca doa yg disebutkan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Muaz bin Zuhrah (r.a) bahawasanya disampaikan pada Muaz daripada Nabi (s.a.w): ‘Apabila ada berbuka Nabi (s.a.w) bersabda dia: 'Allahumma laka sumtu wa’ala rizkqika aftartu.' [Maksud doa: ‘Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Kerana Engkau aku berpuasa dan atas rezki Engkau aku berbuka.’]‘ [Hadith sahih Abu Daud, Kitabus Saum] 
Selain, kalau perlu menambah doa biasa ketika makan, iaitu 'Allahumma bariklana fi-ma razaktana wa-qina 'azaban-nar' itu. Dan, selepas selesai makan dan minum kita baca doa kesyukuran, iaitu: 'Alhamudulillahil-lazi at'amana wa-syaqana waj'alna minal muslimina' (Yg bermaksud: Maha suci Allah (a.w) zat yg memberi aku makanan dan minuman dan menjadikan aku dari golongan orang Islam). 
Kita mendapat pahala berdoa, dan pahala itu digandakan Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan sebanyak mana? Tergantung kpd keimanan kita dan kesungguhan kita mencari pahala dalam buan Ramadhan. 

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment