Assalamualaikum,
Saudara, peringatan pagi ini adalah peringatan yg amat basic tetapi fundamental dalam Islam dan aqidah Islam. Malangnya, majoriti umat Islam - termasuk para ulama' dan ilmuwan sendiri - terkeliru mengenainya. Kekeliruan ini timbul kerana kejahilan ilmu dan kerana belum atau tidak mendapat hidayah dari Allah (a.w). dalam sepotong hadith kita diberitahu bahawa sebaik-baik kalam atau kitab yg ditulis adalah al-Quran dan sebaik-baik hidayah atau petunjuk itu adalah petunjuk yg diberikan Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w), maka sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk dari Rasulallah (s.a.w). Dan, sebaik-baik model ikutan atau contoh orang yg sewajarnya dijadikan idola dalam kehidupan manusia adalah Rasulallah (s.a.w). Malangnya, hari ini manusia lebih suka mencontohi atau mengidolakan manusia selain Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itu mereka menjadilah sebagaimana orang-orang yg hidup semata-mata kerana dunia dan diakhirat mereka tidak mendapat apa-apa.
Saudara, dalam blog ini kita telah beberapa kali sebutkan sepotong hadith yg menyebutkan bahawa umat Islam akhir zaman kelak akan berpecah dalam ugamanya - pegangan dan aqidah Islam serta cara dan kaedah mengamalkan Islam mereka - menjadi 73 firqah atau golongan atau perkumpulan, kesemua mereka itu beranggapan bahawa mereka umat Islam, tetapi 72 firqah atau golongan atau perkumpulan, walaupun menganggap diri mereka Islam, tetapi gagal mendapat syurga, sebaliknya merengkok dalam neraka di akhirat kelak, hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga. Jelaslah golongan tersebut adalah golongan yg minoriti bukan golongan majoriti umat Islam! [Nota: Golongan majoriti pasti tak betul - Ayat 116, Surah al-An'am dan Ayat 36, Surah Hud antara perintah Allah (a.w) mengenai perkara ini.] Kita telah jelaskan beberapa kali - diulangi dalam blog ini - bahawa satu golongan yg berjaya itu adalah golongan umat Islam yg berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w) (Ayat 31, Surah ali-Imran dan Ayat 7, Surah al-Haysr) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu sunnah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum, dan mereka itu berjema'ah dalam Islam. Golongan inilah yg diakui golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' - mereka berpegang kpd as-Sunnah dan mereka juga berjema'ah dalam Islam.
Saudara, yg wajib kita fahami adalah ramai orang Islam tetapi hanya segolongan kecil atau golongan minoriti yg berjaya mendapat syurga! Maka dgn itu Allah (a.w) mengngatkan manusia (yg Islam) bahawa janganlah ikuti fahaman yg majoriti kerana fahaman majoriti tidak semestinya benar. Ini pasti kerana Rasulallah (s.a.w) telahpun memaklumkan kpd kita bahawa jika kita ikuti yg majoriti, pastilah kita tak benar. Firman Allah (a.w) adalah benar dan sabda Rasulallah (s.a.w) adalah kebenran kerana beliau bercakap atas dasar wahyu Allah (a.w), pasti benar! Maka dgn itulah kita diperingatkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 159, Surah al-An'am berikut:
Firman Allah (a.w): 'Innal-lazina farraqu dinayum wa-kanu syia-'an lasta minhum fi syai-in; innama amruhum ilallahi thumma yunabbiuhum bima kanu yaf'aluna' (Yg bermaksud: Sesungguhnya orang yg memfirqahkan (atau memecah-mecahkan) ugamanya dan mereka (berpecah) menjadi beberapa golongan (yg tidak berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah), tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu (Muhammad) terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka terserah kpd Allah (a.w), kemudian (di hari akhirat) Allah (a.w) akan memberitahu mereka dgn apa-apa yg mereka kerjakan (atau perbuat semasa di dunia)) [Ayat 159, Surah al-An'am]
Saudara, Allah (a.w) memberitahu dalam ayat ini bahawa sesiapa yg berfirqah dan memcahbelahkan ugama atau aqidah mereka menjadi beberapa golongan, maka mereka itu tidaklah lagi dari dari kalangan umat Muhammad (s.a.w) kerana ugama Islam atau aqidah Islam itu hanyalah satu iaitu panduan hakikinya adalah al-Quran dan as-Sunnah dan hendaklah diamalkan secara berjema'ah bukan secara bersendirian. Ketetapan ayat ini adalah ekoran kpd ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tentang 'siratul mustaqim' (atau jalan lurus ke syurga itu) adalah berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah (lihat Ayat 2 - 4, dan Ayat 61, Surah Yasin), dan hendaklah dijema'ahkan (Ayat 103, Surah ali-Imran) dan hendaklah ada kepimpinannya (Ayat 59, Surah an-Nisa' dan hadith) dan hendaklah wujud sistem ikrar taat setia dan ikrar janji melalui bai'at (dalam beberapa surah disebutkan) (Ayat 10 dan 18, Surah al-Fath dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah).
Saudara, kita telahpun dibiasakan dgn fahaman kemazhaban. malah pihak berkuasa ugamapun telah menggubal undang-undang yg, dalam banyak perkara fundamental, membatasi perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan telah memerintahkan beberapa percanggahan yg ketara dgn perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)! Semuanya kerana kejahilan kita tentang Islam dan syariatnya dan kerana kejahilan kita dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sebagai contoh kita diperintahkan oleh Allah (a.w), sebagaimana Allah (a.w) perintahkan kpd Rasulallah (s.a.w), supaya sampaikan apa yg diturunkan Allah (a.w) , yakni ilmu - al-Quran dan as-Sunnah - dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita umatnya supaya sampaikan ilmu walaupun sekadar sepotong ayat al-Quran atau sepotong hadith. Itu adalah perintah wajib. Dan, kita diberitahu bahawa sesiapa yg menghalang proses pengilmuan yg diwajibkan ini, melakukan dosa yg besar, kerana tidak akan mencium bau syurga. Namun, kerana kejahilan, kekal dilakukan.
Saudara, kalaulah kita jadikan satu permithalan atau analogi, al-Quran dan as-Sunnah itu adalah Perlembagaan Islam dan lain-lain perundangan yg dinobatkan oleh manusia di dunia hanyalah undang-undang seperti undang-undang yg dibuat oleh badan perundangan (Legislature - Parlimen atau DUN negeri). Maka dalam ketetapan perundangan dunia, undang-undang sedemikian adalah 'subsidiary laws', jika bercanggah dgn Perlembagaan Negara, 'subsidiary laws' ini terbatal dgn sendirinya. Demikianlah dgn Perlembagaan Islam. [Contoh: Kewajipan 'tauliah' dibatal dan terbatal oleh ketetapan al-Quran dan as-Sunnah]. Malangnya hari ini orang Islam begitu berani melawan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Mereka sudah mulai ketepikan al-Quran dan as-Sunnah ...
Mudah-mudahan Allah (a.w) memberikan hidayah kpd mereka yg Allah (a.w) inginkan menghuni syurgaNya, dan terus memberi hidayah kpd kita yg faham, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment