Assalamualaikum,
Saudara hari sudah sampai 5 Sya'ban. Bererti kira-kira 24 atau 25 hari lagi kita akan menemui bulan Ramadhan al-Mubarak (yg berkat). Berkat kerana disebutkan di dalam hadith bahawa seseorang yg berpuasa Puasa Ramadhan dan memaksimumkan amalan dan ibadah yg soleh dalam bulan Ramadhan semata-mata kerana ikhlas, yakni inginkan mendapat syurga Allah (a.w) dan selamat dari siksaan dalam neraka Allah (a.w) di akhirat kelak, maka dia mendapat peluang selamat dari neraka Allah (a.w).
Saudara, selain puasa di siang hari yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan kemudian mengimartahkan pula malamnya dgn mengerjakan Solat Terawih dan mengimarahkan malamnya, maka dia mendapat gandaan pahala melebihi gandaan biasa 10 hingga 700 gandaan, kerana kadar gandaan pahala segala amalan dalam bulan Ramadhan itu ditetapkan oleh Allah (a.w). Berapa banyaknya? Tidak diketahui. Yg pasti rugilah seseorang yg hidup dalam bulan Ramadhan, dan dia tidak memanfaatkan kefadhalan dan keberkatan dalam bulan tersebut, rugi serugi-riginya. Maka dgn itu disebutkan dalam hadith sesiapa yg berjaya memaksimumkan amalan dan ibadah dalam bulan Ramadhan mendapat keampunan Allah (a.w) segala dosa-dosanya yg telah lalu.
Perintah Allah (a.w) supaya orang Islam berpuasa itu disebutkan di dalam al-Quran, Ayat 183, Surah al-Baqarah:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazi na amanu kutiba ‘alaikumus siam kama kutiba ‘alal lazina min qablikum, la’allakum tattaquna.' [Yg bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, telah dikitabkan (yakni, diwajibkan) ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu berpuasa, semoga kamu tergolong dari kalangan orang yang bertaqwa (yakni, orang yang takutkan Allah (a.w) dan mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w)).’ [Ayat 183, Surah al-Baqarah]
[Nota: Puasa yang diwajibkan kepada umat manusia zaman awal Islam mengikut Ayat 173, Surah al-Qaqarah, ini adalah mewajibkan berpuasa itu lebih ‘strict’ iaitu dibolehkan makan minum dan hubungan suami isterinya sebelum waktu solat Isya’ masuk sahaja. Selepas masuk waktu Isya’ tidak dibolehkan. Justeru itu puasa bermula apakala masuknya waktu solat Isya’ itu. Kemudian telah diberi kemurahan oleh Allah (a.w) dengan memansuhkan sebahagian ayat ini dan digantikan dengan Ayat 178, Surah al-Baqarah]
Saudara, ibadah puasa ini sebenarnya telah disyariatkan oleh Allah (a.w) terhadap umat manusia yg mengikuti syariat ugama yg dibawakan oleh para rasul dan nabi sebelum Rasulallah (s.a.w) lagi, sebagai solat. hanya solat yg difardukan pada umat-umat yg mengikuti ugama Allah (a.w) dahulu tidaklah sebagaimana yg disyariatkan kpd kita hari ini. Ini dijelaskan oleh ibn Omar (r.a) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Omar (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berpuasa bulan Ramadhan telah diwajibkan oleh Allah (a.w) kepada umat-umat sebelum kamu’ (yakni, ahli Kitab, kaum Yahudi dan Nesrani). [Hadith ibnu Khatim]
Saudara, ada juga orang yg tidak dapat mengerjakan puasa atas alasan mengalami penyakit gastric kalau tak makan siang hari. Maka ada yg mendapatkan surat pengesahan doktor bahawa dia tidak boleh puasa. Namun, di dalam Islam tidak seorangpun boleh mengadakan sesuatu peraturan atau ketetapan sekiranya peraturan dan ketetapan itu tiada dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, sesiapa yg mendapat 'kelonggaran' dari doktor, tetap tidak dikira dikecualikan oleh Islam, melainkan ada ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mengenainya.
Siapa yg mendapat kelongaran atau keringanan supaya tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan? Ini ditetapkan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Aiyamman ma’dudatin … (sehingga akhir ayat) … in kuntum ta’lamuna.' [Yg bermaksud: (Puasa itu) Beberapa hari yang dapat dihitung, maka sesiapa di kalangan kamu sedang sakit atau sedang bermusafir, maka bolehlah berbuka dan dibayar (atau diganti) pada hari-hari lain. Dan terhadap orang yang memaksa diri untuk berpuasa (yakni, tidak mampu), boleh membayar fidyah tebusan memberi makan pada seorang yang miskin, untuk tiap harinya (dia tidak berpuasa). Dan sesiapa yang suka menambah kebaikannya (yakni teruskan berpuasa) maka itu lebih baik baginya. Dan jika kamu dapat berpuasa maka itu yang terbaik bagimu, jika kamu mengetahui pahala berpuasa itu.][Ayat 184, Surah al-Baqarah].
[Nota-1: Pahala membuat amal ma’ruf itu disebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah gandaan 10 sehingga 700 kali ganda. Tetapi ganjaran pahala puasa dan gandaannya hanyalah Allah (a.w) menentukan (rujuk hadith mengenainya), tetapi semestinya melebihi 700 kali ganda dan sesiapa yang berpuasa dengan sempurna menjaga segala pantang larangnya diampunkan Allah (a.w) dosa-dosanya yang terdahulu. Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan dan kesabaran oleh Allah (a.w) untuk menggembirakan hati kita bahawa kita mencari kerahmatan Allah (a.w) dan keampuanan Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan ini,insya Allah. Nota-2: Fidyah tersebut adalah memberi makan kepada seorang miskin sehingga kenyang. Jika dikira dalam bentuk wang, berasakan harga beras, adalah RM 12.00 seorang. Nota-3: Ganjaran pahala, khususnya ganjaran gandaan pahanya adalah amat besar, dan hanya Allah (a.w) yang menentukan berapa kali gandaan pahalanya. Di dalam hadith disebutkan pahala berpuasa sehari dalam bulan Ramadhan itu tidak boleh disamai oleh seseorang yang berpuasa setiap hari sepanjang tahun dalam bulan selain Ramadhan. Ini tidak termasuk pahala yang diterima daripada pelbagai amalan yang dianjurkan dibuat dalam bulan Ramadhan seperti solat sunat.]
Saudara, firman Allah (a.w) di atas ini memberitahu kita siapa yg boleh tidak berpuasa tetapi dikenakan fidyah.
Kelonggaran yang disebutkan adalah: golongan pertama, orang yang sakit yang tidak mungkin sembuh sepanjang Ramadhan yang tidak membolehkan mereka berpuasa tanpa memudaratkan diri mereka; dan kedua, orang yang dalam musafir, dibolehkan tidak berpuasa, tetapi wajib mengqada’kan (atau, menggantikan) puasa yang tertinggal itu pada hari-hari lain. Jika tidak mampu berpuasa pula, dibolehkan membayar fidyah dengan cara memberi makan seorang miskin bagi setiap hari puasa yang tertinggal atau ditinggalkan atau tidak dipuasakan. Namun disebutkan, jika mampu berpuasa lebih baik baginya. Kerana pahala berpuasa sehari dalam bulan Ramadhan tidak ada bandingannya dari segi ganjaran pahala yg termungkin, bagi orang yg kental imannya. Jelaslah, jika boleh tanpa menggunakan keringanan yang diberikan Allah (a.w) tersebut, berpuasa lebih baik.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment