Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat dua potongan hadith menyentuh kefadhalan atau keuntungan yg kita dapati apabila kita benar-benar ikhlas dan istiqamah beruasa dalam bulan Ramadhan. Kita diberitahu dalam post yg lalu bahawa ketika tibanya bulan Ramdhan Allah (a.w) akan memasung syaitan dan jinn yg sememangnya sentiasa cuba menyesatkan orang iman, apa lagi dalam bulan puasa. Jelasnya, orang iman itu dalam bulan Ramdhan terpeliharalah dari godaan jin dan syaitan kerana dipasung atau dikat Allah (a.w). Dan, dalam masa yg sama pula para malaikat rahmat di langit menyeru dan mengajak orang iman supaya meninggalkan segala aktiviti keburukan dan kemaksiatan mereka pada malam dan siang hari dan memperbanyakan amalan tambahan (i.e. sunat dalam bulan Ramdhan) supaya mendapat gandaan pahala yg besar sebagai bekalan hari selepas matinya kita orang iman. Jelaslah kita dipermudahkan Allah (a.w) untuk berpuasa dan mengamalkan amalan soleh dan menambah dan meningkatkan malan yg berupa peningkatan ketaqwaan kita kpd Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan.
Saudara, dalam post yg lalu kita diberitahu apakah ganjaran yg menunggu kita kelak setelah berjaya berpuasa dalam bulan Ramadhan sebaik mungkin iaitu keampunan dari dosa-dosa yg lalu dan dibebaskan dari siksaan neraka. Orang-orang yg mendapat kejayaan sedemikian adalah memenuhi dua syarat; iaitu: pertama, mereka berpuasa dgn penuh keinsafanan, dan kedua, mereka mengharapkan mendapat kerahmatan Allah (a.w). Caranya menjaga dirinya dari melakukan sebarang kemaksiatan ketika siang hari dan malam harinya dan menambah amalan dan ibadah ketika siang dan lebih-lebih lagi malamnya, terutama mengerjakan Solat Terawih dan bangun malam mengerjakan solat-solat sunat tambahan pula.
Saudara, kita diberitahu betapa besar dan banyak serta berbagainya ganjaran pahala mengerjakan amalan dalam bulan Ramadhan itu - ketika siang dan ketika malam - yg akhirnya, jika kita menepati tuntutan Islam, kita dibebaskan dari neraka. Oleh itu, dalam sepotong hdith, yg telahpun kita temui, bahawa rugilah sesorang iman itu jika di akhir Ramadhan dia tidak dapat pengampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya yg lalu dan dibebaskan oleh Allah (a.w) kerana sebab itu dari neraka! Kita lihat selanjutnya beberapa hadith mengenai kefadhalan Ramadahn itu.
Diriwayatkan hadith dari abu Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Raghima anfu rajulun zukirtu ‘indahu falam yusolli ‘alaiya wa-raghima anfu rajulun dakhala ‘alaihi ramadhanu thumman salakha qabla an yughfara lahu wa-raghima anfu rajulun adraka ‘indahu abawahul-kibara falam yudkhilhu jannata.’ (Yg bermaksud: (Hilang hidung, yakni) Kurus/rugi lelaki yg disebut aku (Nabi) di sisinya maka tidak mendoakan rahmat dia atasku, dan rugi/hilang hidung lelaki yg masuk atasnya bulan Ramadhan kemudian habis/berlalu Ramadhan sebelum bahawa diampuni baginya (dosa-dosanya) dan rugi/hilang hidung lelaki menjumpai di sisinya kedua orang tuanya maka tidak memasukkannya (oleh mereka) pada syurga.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Doa]
Bahagian pertama hadith di atas itu menyebutkan rompong hidung atau tidak menghormati dia apakala mendengar nama Rasulallah (s.a.w) disebut, dia tidak berselawat atas Nabi (s.a.w). [Nota: Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah al-Ahzab memerintahkan orang iman supaya berselawat atas Nabi (s.a.w) kerana Allah (a.w) dan para malaikat berselawat atas Nabi (s.a.w). Umat Islam diwajibkan menyebut 'sallallahu 'alihi wasallam' setiap kali mendengar nama Nabi (s.a.w) disebut].
Hadith itu menyebutkan dua pra-syarat bagi orang iman yg berpuasa yg boleh membebaskan dirinya dari dosa-dosanya yg lalu dan membebaskan dirinya dari siksaan neraka, iaitu: pertama,sepanjang Ramadhan dia mempastikan dirinya berpuasa sebaik mungkin dan beramal sebaik mungkin; dan kedua, orang-orang yg masih mempunyai kedua ibu bapanya, dia menjaga dan melayani mereka sebaik mungkin sehingga kedua-dua ibu bapanya ridha terhadapnya, dan kerana keridhaan itu, dia berjaya mendapat keridhaan Allah (a.w), dan keridhaan Allah (a.w) itu membolehkannya diberikan ganjaran syurga oleh Allah (a.w). Rugilah bagi seseorang orang iman itu ketika masih hidup kedua ibu bapanya dibiarkannya dan tidak dilayani olehnya sebaik mungkin, maka ketika mereka sudah mati, tidak dapatlah kedua-duanya menghantarkannya ke syurga di akhirat kelak, kerana tidak ridha kedua-duanya terhadap mereka! Demikianlah utamanya uasa Ramadhan dan utamanya bagi seorang anak itu menjaga sebaik mungkin kedua ibu bapanya semasa mereka masih hidup.
Hadith itu menyebutkan dua pra-syarat bagi orang iman yg berpuasa yg boleh membebaskan dirinya dari dosa-dosanya yg lalu dan membebaskan dirinya dari siksaan neraka, iaitu: pertama,sepanjang Ramadhan dia mempastikan dirinya berpuasa sebaik mungkin dan beramal sebaik mungkin; dan kedua, orang-orang yg masih mempunyai kedua ibu bapanya, dia menjaga dan melayani mereka sebaik mungkin sehingga kedua-dua ibu bapanya ridha terhadapnya, dan kerana keridhaan itu, dia berjaya mendapat keridhaan Allah (a.w), dan keridhaan Allah (a.w) itu membolehkannya diberikan ganjaran syurga oleh Allah (a.w). Rugilah bagi seseorang orang iman itu ketika masih hidup kedua ibu bapanya dibiarkannya dan tidak dilayani olehnya sebaik mungkin, maka ketika mereka sudah mati, tidak dapatlah kedua-duanya menghantarkannya ke syurga di akhirat kelak, kerana tidak ridha kedua-duanya terhadap mereka! Demikianlah utamanya uasa Ramadhan dan utamanya bagi seorang anak itu menjaga sebaik mungkin kedua ibu bapanya semasa mereka masih hidup.
Saudara, hadith berikut mengulangi ganjaran pahala orang yg berpuasa dgn penuh keimanan dan keikhlasan demi mencari dan mendapatkan keridhaan Allah (a.w) itu. Bahagian kedua hadith ini menyebutkan pula barangsiapa yg berusaha sebaik mungkin untuk mencari Malam Qadr (lailatul Qadar) dgn penuh keimanan dan mengharapkan juga keridhaan Allah (a.w), maka dia akan dibebaskan dari neraka di akhirat kelak. Dalam Surah al-Qadr kita diberitahu bahawa mMalam Qadr itu lebih baik dari 1,000 bulan (atau 83.3 tahun) jikalah kita diberi kesematan menemuinya. malam Qadr itu berlaku pada malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan. Dalam hadith lain dissebutkan tentang 4 orang yg amat 'alim dan soleh dalam zaman sebelum zaman Musa (a.s), yg mengerjakan amalan tanpa melakukan sebarang dosa kecil sedikitpun dalam hayat mereka sepanjang 80 tahun, mendapat jaminan syurga oleh Allah (a.w). Maka sesiapa yg berjaya menemui malam Qadr itu, pahalanya melebihi amalan tanpa cacat empat orang 'alim tersebut - 83.3 tahun.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man soma Ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi, wa-man qama lailata imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi.’ (Yg bermaksud: ‘Barangsiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apayg telah mendahuluinya dari dosa-dosanya; dan barangsiapa berdiri (yakni, menetapi ibadah) pada malam qadar kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa yg mendahulukannya (i.e dosa-dosanya)). [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa sesiapa yg berjaya diberi kesematan oleh Allah (a.w) menemui Malam Qadr itu akan dikikis segala dosa-dosanya yg telah lalu, diberi keampunan, dibebaskan dari neraka dan dianugerahkan Allah (a.w) syurga di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita dapat menyediakan diri untuk berpuasa sebaik mungkin dalam bulan Ramadhan tahun ini,insya Allah.
Untuk itu eloklah perbanyakkan amalan sunat di siang hari spt mengerjakan pelbagai solat-solat sunat, terutama Solat Duha (12 rakaat - dibuat dua-dua rakaat satu salam), Solat Taubat (dua rakaat satu salam), membaca al-Quran dan berzikir dan sebagainya. Dan, ketika malamnya pula mengerjakan Solat Terawih (8 rakaat dibuat empat empat rakaat satu salam, mengikut as-Sunnah), mengerjakan Solat Tahajjud pula (dibuat dua dua rakaat satu salam sebanyak mungkin, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Pahala melakukan satu kebaikan adalah antara 10 gandaan hingga 700 gandaan, tapi amalan dalam bulan Ramadhan gandaannya melebih 700 kali gandaan pula, tertatakluk kpd keikhlasan kita mengikut penilaian Allah (a.w) - kerana Allah (a.w) yg menentukannya.
Pahala juga didapat dgn bersedekah dan memberi makan orang-orang yg berpuasa maka kita diberi ganjaran pahala seumpama pahala orang yg kita jamu makanan. kalau kita beri makan 10 orang yg iman yg berpuasa dan dia diberi ganjaran pahala oleh Allah (a.w) 500 gandaan, maka kita dapat pahala sebagaimana mereka itu di kali dgn 10 orang, iaitu 500 x 10 = 5,000 ganjaran pahala pula. Alangkah beruntungnya orang yg memberi makan kpd orang yg berpusa! Selain itu mempercepatkan berbuka dan melambatkan bersahur juga mendatang pahala sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment