Sunday, July 31, 2011

Puasa Ramadhan: kefadhalan Berpuasa di Mekah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun tahu bertapa untungnya orang yg berpuasa di dalam bulan Ramadhan yg dipandu oleh keimanan yg tinggi serta dgn keikhlasan yg tinggi mengharapkan mendapat sebanyak mungkin pahala dari Allah (a.w). Orang-orang yg berjaya berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan serta pengharaopan sedemikian itu akan dibebaskan oleh Allah (a.w) dari neraka, kerana segala dosa-dosanya yg lalu duhapus Allah (a.w) dan kerana keimanan dan harapan yg murni itu, dimasukkan Allah (a.w) ke dalam syurga. Inilah ketetapan hadith berikut, yg telahpun kita rujuk sebelum ini: 
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man soma Ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi, wa-man qama lailata imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi.’ (Yg bermaksud: ‘Barangsiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa yg telah mendahuluinya dari dosa-dosanya; dan barangsiapa berdiri (yakni, menetapi ibadah) pada malam qadar kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa yg mendahulukannya (i.e dosa-dosanya)). [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]
Hadith ini menyebutkan tentang orang yg berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan kerana mengharapkan pahala maksimum dari Allah (a.w). hadith berikutnya pula menyebutkan sesiapa yg mengimarahkan malam Ramadhan dgn amalan dan ibadah sunat dgn penuh keimanan dan mengharapkan pahala terbaik dari Allah (a.w), akan dibersihkan Allah (a.w) segala dosa-dosanya yg lalu, maka bebas dia dari neraka dan mendapat syurga di akhirat kelak. 
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man qama Ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi.’ (Yg bermaksud: Barangsaipa yg berdiri (i.e. bangun malam menetapi ibadah) pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan (oleh Allah (a.w)) apa-apa yg mendahuluinya (i.e. dosa-dosanya) (yg lalu).) [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]
Saudara, dalam hadith berikut pula, kita diberitahu betapa besarnya pahala bagi orang yg berpuasa Ramadhan di Mekah. Bagi mereka yg mendapat tahu betapa beruntungnya mereka jikalah berkesempatan berpuasa di Mekah dalam bulan Ramadhan akan ke Mekah dalam bulan puasa selama sebulan. kalau mereka tidak mampu berpuasa dalam suasana panas terik padang pasir sedemikian, mereka akan berpuasa di Mekah pada 10 hari terakhir Ramadhan pula. 
Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjumpai Ramadhan di Mekah maka berpuasa dia dan berdiri (yakni, solat dia Solat Terawih dll) apa-apa yang memudahkan baginya, (pertama) ditulis Allah (a.w) baginya 100,000 berpuasa Ramadhan di dalam apa-apa selainnya (i.e. selain Mekah); dan (kedua) ditulis Allah (a.w) baginya dengan setiap siangnya memerdekakan seorang hamba dan setiap malamnya memerdekakan seorang hamba, dan (ketiga) setiap siangnya menyerahkan (yakni, memberi) seekor kuda pada sabilillah (yakni, membela ugama Allah (a.w); dan (keempat) pada setiap hari kebaikan dan pada setiap malamnya kebaikan (yakni, kebaikan ibadah di Masjidil Haram, iaitu gandaan pahala 100,000 pahala).’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik] 
Hadith di atas menyebutkan bahawa sesiapa yang berkesempatan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan di Mekah, dan dia juga istiqamah mengerjakan solat-solat sunat Terawih dan solat-solat malam yang lain, maka dia mendapat ganjaran pahala yang amat banyak. Hadith tersebut menyebutkan 6 kurniaan Allah (a.w) kepada sesiapa yang berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan di Mekah, iaitu: pertama, ditulis Allah (a.w) baginya seumpama dia berpuasa 100,000 bulan  Ramadhan; kedua, dituliskan oleh Allah (a.w) pahala baginya memerdekakan seorang hamba setiap siangnya dan seorang setiap malamnya; ketiga, dituliskan Allah (a.w) baginya setiap siangnya dia menyumbang sedekah seekor unta untuk fi sabilillah; dan keempat, ditulis baginya setiap siangnya dan setiap malamnya kebaikan  (yakni, kebaikan gandaan pahala Masjidil Haram, iaitu 100,000 gandaan kebaikan). Demikianlah pemurahnya Allah (a.w). Demikianlah keuntungan yang kita dapati sekiranya kita berkesempatan berpuasa sebulan di Mekah dalam bulan Ramadhan, dengan syarat kita dengan penuh ikhlas juga mengerjakan solat-solat sunat pada malam Ramadhan di Masjidil Haram. [Nota: Ada satu lagi besarnya pahala mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan, iaitu kita diberi ganjaran pahala seumpa mengerjakan haji bersama-sama dgn Nabi (s.a.w). Alangkah berkat dan besarnya pahala mengerjakan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w). Insya Allah kita akan teliti hadith ini di lain post]
Semoga lusa apakala tiba hari pertama Ramadhan tahun ini insya Allah, kita akan dapat mengubah kelaziman hidup kita supaya memapu berpuasa sebaik mungkin dan dgn penuh pengharapan agar Allah (a.w) berikan ganjaran pahala terbanyak dan dibebaskan olehNya kita dari neraka. Bagi mereka yg mempu mengadakan sumber ke mekah berpuasa di sana, kita berharap bahawa Allah (a.w) akan kurniakan rezki tambahan kpd kita supaya kita sempat dalam hidup kita berpuasa bulan Ramadhan di mekah, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment