Assalamualaikum,
Sauadara, sebagai seorang Islam yg beriman kita diajarkan Rukun Islam yg merupakan amalan dan ibadah induk seorang yg akui dirinya Islam. Semenjak kecil juga, pada masa yg sama, kita diajarkan supaya 'percaya' atau yakin kpd Rukun Iman, yg merupakan aqidah asa sebagai seorang Islam yg akui dirinya benar-benar Islam. Keimanan itu amat utama dalam menentukan apakah seseorang yg akui dirinya Islam itu benarbenar islam, yakni yakin dia bahawa ada fasa-fasa lain selepas matinya, dan kehidupan di dunia itu hanyalah satu fasa hidup yg pendedk dan tidak pentingpun berbanding dgn fasa-fasa kehidupan selepas matinya.
Berhubung dgn keimanan ini, kita lihat sepotong hadith berikut:
Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La yukminu ‘abdun hatta yukmina bi-arba’in; Yasyhadu an la ilaha illallahu wa-anni Muhammadun rasulullahi ba’athani bil-haqqi wa-yukminu bil-mauti wa-bilba’thi ba’dal-mauti wa-yukminu bil-qadari’ (Yg bermaksud: Tidak beriman seorang hamba sehingga beriman dia pada empat perkara: (pertama) bersyahadah dia bahawasanya tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah (a.w), dan sesungguhnya aku, Muhammad, Utusan Allah (a.w), mengutus Allah (a.w) akan aku dgn kebenaran; dan (kedua) beriman dgn kematian; dan (ketiga) (beriman pd) hari kebangkitan (i.e. kiamat) selepas kematian; (keempat) (beriman dgn) qadar.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Qadar]
Hadith ini menyebutkan empat perkara menyentuh keimanan dan qada' dan qadar; iaitu: pertama, meyakini sepenuhnya maksud kalimah syahadah yg menjadikan kita itu orang Islam. Orang yg meyakini kalimah syahadah, yg merpukan ikrar janji fundamental orang Islam, iaitu ada Allah (a.w) tuhan yg berhak disembah manusia dan akui bahawa Muhammad (sa.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) yg menyampaikan perintah Allah (a.w) kpd manusia dan sebagi Nabi membimbing manusia ke arah menepati perintah Allah (a.w) yg disampaikan melalui al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, yakin dia bahawa kematian itu adalah suatu kepastian. Bukan itu saja, setelah mati ada balasan pula segala sesuatu yg dilakukan semasa hidup di dunia. Ketiga, yakin dia bahawa semua manusia akan dibangkitkan apabila dunia kiamat, berhimpun di padang makhsyar untuk menerima pengadilan dan diserahkan Kitab Catatan Amalan masing-masing. kalau kita mengaji as-Sunnah kita akan diberitahu bahawa semuka dalam Kitab itu adalah sepanjang atau sejauh mata memandang. Tidak ada yg tertinggal dalam ctitan malaikat yg mencatitnya - malaikat Rakib dan Atid atau Kiraman dan Katibin. Yg tidak tercatit hanyalah gerak hati. Itu tertulis dgn sendiri dan diketahui oleh Allah (a.w). Orang yg tidak Islam, tidak berhimpun di padang maskhsyar, tetapi terus dicampakkan ke dalam neraka. Orang Islam yg tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah akan dapati Kitabnya kosong tidak ditulis apa-pa kebaikan, tetapi ditulis kesemuanya kebatilanm, yakni seumpama tidak mengerjakan amalan dan ibadah. [Nota: Ingatlah bahawa ada 73 golongan umat Islam, yg satu golngan iaitu yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dicatit amalan dan ibadahnya sebagai baik, yg lain dikosongkan. Ingatlah ketetapan as-Sunnah, Islam kalau berjema'ah.] Dan, keempat, beriman dgn qada' dan qadar. Segala sesuatu yg berlaku pada kita semasa hidup kita sudah dtetapkan 50,000 tahun sebelum dunia ini dicipta Allah (a.w) dan segala sesuatu yg kita sudah dapat dan akan dapat dan apakah akhirnya kita baik atau buruk itu sudahpun ditentukan ketika kita berumur 120 hari (atau empat bulan dalam rahim ibu lagi). Inilah yg disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Huzaifah b Asidin sampai dgnnya Nabi (s.a.w) yg bersabda: ‘Yadkhulul-malaku ‘ala nutfati ba’da ma tastaqirru fi- rahimi bi-arba’ina au khamsatin wa-arba’ina lailatan, fa yaqulu ya rabbi asyaqiyun au sa’idun fayuktabani, fa-yaqulu ai rabbi azakarun au untha fa-yuktabani wa-yuktabu ‘amaluhu wa-atharuhu wa-ajaluhu wa-rizquhu thumma tuwas-suhufu fala yudu fiha wa-la yun qasu’ (Yg bermaksud: Masuk malaikat atas nutfah (air mania atau sperma) setelah menetap dia nutfah dalam rahim (ibu atau isteri) dgn 40 atau 45 malam, maka berkata malaikat: ‘Wahai Tuhanku! Adakah celaka ataukah orang yg beruntung, maka ditulis kedua-duanya. Maka berkata malaikat: ‘Wahai Tuhanku! Adakah lelaki atau perempuan?’ Maka ditulis kedua-duanya, dan ditulis ‘amalannya dan (ditulis) usianya dan (ditulis) rezkinya, kemudian dilipat (i.e. ditutup beberapa suhuf (i.e. buku catatan malaikat), maka tidak ditambah pada buku dan tidak dikurangkan pada buku (i.e. tidak akan diubah apa-apa yg telah ditulis atau diqadarkan).) [Hadith Muslim, Kitab Qadar]
Ada beberapa perkara ditentukan ketika kita masih dalam rahim ibu lagi; iaitu: pertama, adakah kita beruntung (ahli syurga) atau celaka (ahli neraka) dan kedua-duanya dituliskan; kedua, adakah kita dilahirkan lelaki atau perempuan; ketiga, apakah kita akan menjadi orang soleh atau sebaliknya dalam kehidupan kita; keempat, dituliskan usia kita; dan kelima, akhirnya, rezki kita ketika menjalani kehidupan di dunia. Kemudian, ditutup kitab qadar kita. Setelah ditetapkan kesemuanya itu, buku itu ditutup dan tidak akan diubah. Maka itulah destiny kita. [Nota: Namun dalam hadith yg lain kita diberitahu bahawa hanya doa yg boleh mengubah qadar yg telah ditetapkan itu. Dan, doa tidak akan dimakbulkan tanpa kita berusaha dalam mengerjakan amalan dan ibadah menepati etetapan Allah (a.w), iaitu al-Quran, dan dengan panduan ajaran Rasulallah (s.a.w), i.e. as-Sunnah.]
Saudara, kita tidak tahu apakah qada' dan qadar kita. namun, keberkatan hidup itu bergantung kpd keimanan dan ketaqwaan. Maka dgn itulah seseorang yg tidak kaya tetapi apa-apa rezki yg diqadarkan untuknya dia merasa cukup segala-galanya untuk dirinya dan keluarganya.
Jazakallah khairah
No comments:
Post a Comment