Assalamualaikum,
Saudara, dalam dunia Islam itu terdpat empat golongan orang yg akui diri mereka Islam, iaitu; pertama; orang Islam yg mengakui diri mereka Islam tetapi hanyalah setakat pengakuan di mulut tetapi bertindak dalam segala perkara mengenai Islam sebagaimana tindak tanduk orang yg bukan Islam, malah memusuhi Islam secara diam-diam atau senyap-senyap atau tanpa diketahui umum. Mereka ini adalah golongan munafiq. Golongan munafiq itu palsu Islamnya dan mereka di akhirat kelak akan dicampakkan ke dalam neraka dan duduk di bahagian kerak neraka atau bahagian terkebawah sekali dalam dasar neraka. Kedua, orang yg akui diri mereka Islam tetapi berpegang kpd fahaman kemazhaban atau perkumpulan yg umum seperti mengakui mereka golongan as-Sunnah atau golongan syi'ah atau mengikuti faham atau aliran perkumpulan mazhab (spt 4 mazhab yg kita sedia maklum), atau Fahaman Wahabbi, atau golongan tarikat atau golongan sufi atau golongan tabligh dan sebagainya, sehingga mengutamakan panduan kepimpinan kemazhaban dan perkumpulan mereka dan menomborduakan ketetapan hakiki al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga, orang yg akui diri mereka Islam, tetapi tidak benar-benar yakin dia tentang kehidupan selepas kematian seseorang itu dan tidak yakin atau kurang yakin dia tentang alam akhirat. Maka golongan sedemikian ini tidak mengerjakan amalan dan ibadah atau mengerjakan amalan dan ibadah secara tidak istiqamah atau mau tak mahu sahaja dan tidak bersungguh-sungguh. Atau, mereka yg mengerjakan amalan dan ibadah tetapi tanpa panduan atau sandaran ilmu yg haq (atau, benar), yakni beramal dan beribadah secara taklid atau ikut-ikutan.
Golongan ketiga ini pula boleh dibahagikan menjadi tiga kategori, iaitu satu kategori orang yg fasiq = yg menentang kebenaran, spt sama sekali tidak melaksanakan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - sama ada sengaja atau dalam kejahilan; kategori kedua orang yg menzalimi diri mereka sendiri = orang-orang yg mengerjakan atau melakukan sesuatu yg ditegah, yakni dah tahu tak boleh buat dibuat juga; dan kategori ketiga adalah orang Islam yg istiqamah beramal dan beribadah sekuat mampu mereka, tetapi beramal dan beribadah dalam kejahilan, kerana tidak mengaji al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka mendengar cakap-cakap atau ketetapan manusia. Maka tersilap segala atau sebahagian amalan dan ibadah mereka, kerana tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yg ditunjukkan atau diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, dan para pengikut mereka iaitu para tabi'in, kemudian para pengikut tabi'in (i.e. tabi'ahum) dan tabi'i tabi'ahum sehinggalah kiamat dunia, yakni syariat yg haq menepati kehendak Allah (s.a.w) dan cara Rasulallah (s.a.w). Dan, golongan keempat dan terakhir, adalah orang Islam yg beriman. Orang Islam yg beriman itu adalah orang Islam yg menjalani kehidupan sebagai orang Islam dgn berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan mengerjakan segala amalan dan ibadah sekuat mampu secara istiqamah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata, kerana itulah saja ilmu yg haq dan panduan hidup orang iman yg haq. Golongan inilah orang yg disebutkan dalam al-Quran sebagai orang iman. Jika mereka menepati Ayat 13, Surah an-Nisa', maka mereka dapat syurga. Sebaliknya pula, orang yg tidak menepati Ayat tersebut, sebaliknya menepati pula Ayat 14, Suran an-Nisa, maka mereka masuk neraka. Tapi, yg pasti mereka akan dapati dalam Kitab Catatan Amalannya akan dihisab dan ditimbang baik buruknya semasa hidupnya.

Saudara, orang Islam yg tergolong dalam golongan keempat saja akan dikira amalannya dan ibadahnya. Kenapa? Kerana dalam Islam panduan ilmu kehidupan orang iman adalah al-Quran dan as-Sunnah. Panduan hidup sebagai orang iman yg haq hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Tiada panduan lain.
Ketiga-tiga golongan yg lainnya, mungkin kelihatan Islam (i.e. 'seeminly Islam') tetapi segala amalan dan ibadah mereka tidak diterima Allah (a.w)! Kerana Allah (a.w) berfirman pada Ayat 36, Surah al-Israk: 'Wala taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu amalan dan ibadah tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya). Maka dgn itu, jika tidak disandari ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita buat amalan dan ibadah, maka kita dianggap bertaklid atau melakukan sesuatu dalam kejahilan atau tanpa panduan hakiki, maka terbatallah segala amalan dan ibadah kita. Malah sesiapa yg melakukan sesuatu dalam Islam mengharapkan pahala, tanpa sandaran ilmu dikira sebagai melakukan sesuatu secara perasangka atau berpandukan persangkaan semata-mata (i.e. hakaza, hakaza ... dalam istilah as-Sunnah).
Amalan dan ibadah dalam Islam hendaklah melalui sandaran ilmu.Tambahan pula, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa: 'Man amala amilan laisa amruna, fahua raddun' (Yg bermaksud: Barangsiapa mengerjakan sesuatu amalan yg tidak didatangkan oleh aku (Nabi), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) di tolak.) Segala amalan dan ibadahnya ditolak, maksudnya tidak diterima Allah (a.w). Sia-sia saja. Mereka kelihatan secara zahiriah beramal dan mengerjakan ibadah, tetapi tidak tercatit dalam Kitab Catatan Amalan mereka di akhirat kelak. Mereka adalah orang yg rugi. Beramal dan beribadah, tetapi tak ada faedahnya. Dicatatkan kosong dalam Kitabnya! Pastilah mereka itu penghuni neraka, tidak ada suatupun dapat dikira berpahala bagi mereka. wal iya zubillah.

Saudara, justeru itulah Islam mewajibkan kita anuti Islam dgn sandaran atau bekalan ilmu. Kita tidak belajar atau mengaji al-Quran dan as-Sunnah, kita berdosa setiap saat dan ketika. Kalau kita mengaji, maka ganjarannya besar pula. Rasulallah (s.a.w) memberitahu sepagi seseorang yg iman itu belajar ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (atau al-hadith) atau sepetang dia berbuat sedemikian - walaupun tidak lama mungkin setakat 1 hingga 3 jam - adalah diberi ganjaran pahala melebihi nilai dunia dan segala isinya! Masya Allah. Mengapakah kita abaikan? Mengapkah kita sanggup ambil risiko beramal dan beribadah dalam kejahilan? Mengapakan kita tolak anugerah besar Allah (a.w)? Saudara tanyalah diri sendiri dan lihatlah lubuk hati saudara sendiri. Yg untung atau yg rugi adalah saudara sendiri ...
Saudara, maka itu, tidak cukup jadi orang Islam sahaja. Yg utama adalah mejadi orang iman. Bukan sebarang orang iman, tetapi orang iman yg menepati ciri-ciri atau sifat-sifat orang iman yg disebutkan dalam banyak firman Allah (a.w) dalam al-Quran. Antara ciri orang iman adalah peringatan Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Alam yakni lillazina amanu an takhsya-‘a qulubuhum li-zikrillahi wa-ma nazala minal-haqqi wa-la yakunu kallazina utul kitaba min qablu fatola ‘alaihimul amadu faqasat qulubuhum wa-kathirun minhum fasiquna’ (yg bermaksud: Apakah belum tiba waktunya (i.e. belum tiba masanya) bagi orang-orang yg beriman bahawasanya khusyuk hati mereka untuk mengingatkan Allah (a.w) dan apa-apa yg diturunkan dari (Allah) yg haq (yakni, al-Quran dan wahyu, yakni as-Sunnah) dan janganlah jadi sebagaimana orang yg telah diberikan kitab dari sebelum Islam (i.e. kaum Yahudi dan Nesrani), maka (apabila) panjang (i.e. merasa lama) atas mereka masa maka keras hati-hati mereka dan kebanyakan dari kalangan mereka itu fasiq (i.e. inkarkan perintah Allah (a.w)). [Ayat 16, Surah al-Hadid].
Saudara, Allah (a.w) peringatkan kita beberapa perkara; pertama, Allah (a.w) bertanya kpd orang iman bukan orang Islam! Kita telah bincangkan kategori-kategori orang Islam dan orang iman sebentar tadi. Yg penting orang Iman itu syaratnya adalah mengilmukan dirinya dgn ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan beramal dan beribadah serta menjalani kehidupan mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Maka pertanyaan Allah (a.w) kedua adalah apakah kita belum bersedia untuk mengabdikan diri kpd Allah (a.w)? Kita masih menunggu? Atau, kita utamakan hanya yg wajib, walhal tanda kesyukuran terhadap kurniaan Allah (a.w) yg tidak terhitung banyaknya itu tidak boleh dibayar dgn amalan dan ibadah wajib atau fardu? Bilakah kita mau buktikan kesyukuran kita kpd Allah (a.w)? Ketiga, sudahkan kita menumpukan perhatian kita untuk berjinak-jinak dgn al-Quran dan as-sunnah? Sudahkah kita faham bahawa hanya al-Quran dan as-Sunnah yg boleh mnyelamatkan kita di akhirat kelak, dalam menyediakan bekalan semasa di dunia? Dan, keempat, peringatan terakhir dalam ayat di atas itu adalah apakah kita merasa masih panjang masa untuk menjadi orang iman yg benar-benar beriman? Sehingga sekarang kita enjoy dulu atau lie low dulu atau kita berseronok dulu dan mula beramal dan beribadah atau mula belajar al-Quran dan as-Sunnah esok atau betul-betul bersedia pada suatu tahap umur atau usi tertentu? Yakni, bila dah berumur 30 atau 40 atau 50 atahun? Apakah hayat kita itu kita tahu? Atau, apakah kita tahu bila kita akan mati atau berapa lama kita akan hidup, maka kita tangguhkan? Apakah ketika usia itu menjelma, kita masih kuat, sihat, waras dan lapang?
Apa yg kita tangguhkan? Tangguhkan mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah? Tangguhkan menyemak segala amalan dan ibadah kita yg lalu, apakah betul atau tidak? Tangguhkan membetulkan amalan dan ibadah kita supaya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah supaya pasti segala amalan dan ibadah kita diterima Allah (a.w)?
Allah (a.w) ingatkan kita orang yg iman bahawa jangan jadi orang Yahudi dan Nesrani. Setelah lama ditinggalkan oleh Musa (a.s) atau Isa (a.s) mereka sudah tidak endahkan syariat ugama yg dibawakan oleh mereka. Malah mereka mengubahnya pula. Kini di kalangan umat Islampun sudah banyak syariat Islam itu diubah. Oleh kerana lama umat Islam ditinggalkan oleh Rasulallah (s.a.w) - lebih 1,430 tahun - maka semakin keras hati kita, maka semakin jauh kita dari peka dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka semakin nyenyak diayun keseronokan kehidupan dunia, semakin canggih pula bentuk-bentuk keenakan dunia dan semakin kokoh pula pengaruh dunia yg menggiorkan! Maka, lupa kita bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w). Menolak ketetapan as-Sunnah bererti kita menolak ketetapan Allah (a.w). Terkeluarlah kita dari golongan orang Iman, malah terkeluar kita dari Islam kerana mulut kita akui kita Islam tapi hati kita tidak mengkotakan apa yg kita kata.

Semoga kita selamat dan terselamat dari apa yg diperingatkan oleh Allah (a.w) pada ayat di atas itu, insya Allah.
Jazakallahu khairah
salam..sy nk tnya..kenapa ye surah at-taubah ni xbermula dgn bismillahirrahmanirrahim? trima kaseh atas perkongsian
ReplyDeleteWa-alaikumus salam, semasa ayat-ayat al-Quran dikumpulkan dan disusun sebagai musyaf atau kitab, kesemua surahnya dimulai dgn Basmalah, hanya Surah at-Taubah yg belumpun diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya dimulai dgn kalimah Basmalah itu. [Nota: Kalimah Basmalah adalah 'Bismillahir-rahmanir-rahim].Ini adalah kerana ketika menyusun surat itu ada yg berpendapat bahawa Surah at-Taubah ini akan digabungkan dgn surah-surah yg lain, maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) belum tetapkan sedemikian itu. Ini berlaku sehinggalah Rasulallah (s.a.w) wafat. Spt biasa dalam Islam tidak siapa yg boleh membuat penambahan atau pengurangan kpd segala sesuatu dalam syrait Islam, termasuklah susunatur ayat-ayat al-Quran. Maka dgn itu apabila Rasulallah (s.a.w) wafat, dan Surah at-Taubah ini tidak diberikan mukaddimah Basmalah, maka kekallah sehingga sekarang - malah sampai kiamat dunia tanpa diberi mukaddimah dgn Basmalah.Sebenarnya Allah (a.w0 telah menetapkan bahawa surat itu tanpa Basmalah, jika tidak pastilah Allah (a.w) mewahyukan kpd Rasulallah (s.a.w) supaya dimulakan dgn Basmalah. Sehubungan itu, jika kita membaca Surah at-Taubah memadailah kita mulakan dgn kalimah 'A'uzubillahi minasyaitanir-rajim' sahaja, kerana Allah (a.w) perintahkan apakala membaca mana-mana ayat al-Quran kita mulakan dgn kalimah Ta'awuz (i.e. perlindungan sedemikian). Semoga saudari faham apa yg dijelaskan ini. Jazakallahu khairah
ReplyDelete