Assalamualaikum,
Saudara, mungkin semenjak dari kecil lagi kita diberitahu tentang apakah yg membatalkan puasa kita. tapi, kita tidak diberitahu sandaran ketetapan sedemikian. Atau, ada beberapa perkara yg kita terkeliru. Insya Allah dalam post ini kita sebutkan perkara-perkara yg membatalkan puasa kita. [Nota: Sebenarnya perkara ini telahpun kita maklum, kalau kita ikuti post-post yg terdahulu - saudara boleh semak dalam blog ini. Namun, sebagai mengambil keberkatan kedatangan Ramadhan kali ini, kita rengkaskan sahaja].
Saudara, yg membatalkan puasa adalah: pertama, makan dan minum siang hari; kedua, kita berjimak atau menyetubuhi isteri di siang hari; ketiga, keluar mani di siang hari, keempat, termuntah yg kita sengajakan bukan muntah yg tidak disengajakan.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa memaksakan akan dirinya muntah (yakni, tidak disengajakan), maka tiada atasnya qada’, dan barangsiapa muntah ia dengan sengaja, maka hendaklah qada’ (puasanya). [Hadith hasan gharib at-Termidzi]
Dan, hadith berikut juga memberi ketetapan/panduan yg sama:
Diriwayatkan hadith daripada Hisham Ibnu Hassan, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengalahkan padanya muntah, dan dia berpuasa, maka tiada atasnya qada’, dan jika inginkan muntah (yakni, disengajai) maka hendaklah membayarnya.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Kelima, keluar darah haid atau bersalin. Namun, kalau keluar mani di siang hari tanpa disengajakan, spt bermimpi ketika tidur siang? Tak apa. Puasa kita tak terbatal. jadi kalau keluar mani atau muntah tak disengajakan, puasa tak batal.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ata’ ibni Yasar hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga perkara tidak boleh berbuka (yakni, tidak membatalkan puasa, dan hendaklah terus berpuasa dan jangan berbuka): (pertama) orang puasa berbekam, dan (kedua) muntah (yakni, tidak disengajakan), dan (ketiga) mimpi (yakni, keluar mani).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum]
Kalau kita memasukkan sesuatu benda dalam rongga terbuka? Tidak ada sandaran nas dan dalil yg menyebut terbatal puasa kita. Maka dgn itu kita dibolehkan melakukan beberapa perkara, antaranya, satu, bersugi atau menggosok gigi, tak kira berapa kali kita nak bersugi atau menggosok gigi; dua, kita boleh memasukkan air ke dalam mulut dan hidung untuk berkumur-kumur atau istinsyaq ketika nak mengambil wudu'. Kita perlu memasukkan air ke dalam hidung dan mulut sekalimasa dan kemudian menghembuskannya keluar tiga kali sebelum membasuh muka ketika nak wudu; tiga, kita berbekam atau kita disuntik kerana sesuatu penyakit yg memerlukan kita disuntik.
Kalau kita terlupa maka kita makan dan minum di siang hari batalkah puasa kita? Puasa kita batal kalau kita makan atau minum dgn sengaja. Dalam situasi sedemikian, ketika kita sedar yg kita berpuasa maka berhenti makan dan minum, dan keluarkan makanan yg ada dalam mulut. Kemudian, kita teruskan berpuasa. Kerana makan dan minum di siang Ramadhan kerana terlupa tidak mengapa. Puasa kita tak batal. [Nota: Malah disebutkan juga kalaulah ditakdirkan kita terlupa bahawa kita berada dalam bulan Ramadhan, kemudian kita beretubuh, tidak batal puasa, malah wajib diteruskan berpuasa ketika sedar atau teringat. Sesuatu perkara yg dikerjakan ketika lupa tidak dikira dalam Islam.]
Saudara, kalau kita berjunub tak sempat mandi ketika matahri sudah terbit atau kesiangan? Bagaimana? Kita tidak ditegah berpuasa, malah wajib teruskan puasa dan mandilah seperti biasa:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin Ka’ab al-Himyari berkata bahawasanya Aba Bakar menceritakan hadith bahawasanya Marwan [Khalifah] mengutus dia (Abdillah) kepada Ummu Salamah (r.ah) bertanyakan tentang urusan seorang lelaki paginya berjunub, adakah berpuasa (perlu dia teruskan puasanya)? Maka berkata Ummu Salamah (r.ah): ‘Ada Rasulallah (s.a.w) berpagi berjunub daripada menjimak (isterinya) tidak daripada mimpi, berpuasa dia dan petang kemudian berbuka dan tidak mengganti (puasanya).’ [Hadith Muslim, Kitab Siam
Jelaslah, berjunub tidak menghalang berpuasa. Berjimak pada malam hari dibenarkan. Yg ditegah di siang hari.
Saudara, kalau kita ada puasa yg tertinggal kerana tidak dibolehkan (i.e. wanita haid dan nifas) atau terbatal (termuntah atau bersetubuh) atau kerana bermusafir atau kerana ruhsah yg selainnya, bila perlu dibayar atau diganti? Selain puasa dua bulan berturut-turut yg jadi kifarah bersetubuh di siang hari, yg wajib diselesikan segera, puasa-puasa sedeikian lazimnya diganti dalam bulan Sya'ban tahun depan, sebelum tibanya Ramadhan tahun depan.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Tiadalah aku qada’kan barang yang atasku daripada Ramadhan (yakni, hutang puasa yang tertinggal dalam bulan Ramadhan kerana haid) melainkan dalam bulan Sya’ban, hingga wafat Rasulallah (s.a.w).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Hadith ini menyebutkan panduan syariat Islam supaya puasa Ramadhan yg tertinggal itu diganti atau diqada'kan sebelum bulan Sya'ban tahun depan.
Jazakallahu khairah
terima kasih sangat bermanfaat
ReplyDeletetentang muntah ketika puasa
infonya menarik