Assalamualaikum,
Saudara, dalam post hari ini kita lihat beberapa tanda zaman kiamat sudahpun hampir. Sesungguhnya, setiap kita akan temui kiamat kecil kita masing-masing, iaitu ketika sampai ajal kita. Segala-galanya akan hilang apabila kita mati. Bagi kita sebagai ibubapa, persediaan kita untuk menghadapi kiamat atau akhirat itu akan tamat sebaik saja kita menghembuskan nafs kita yg terakhir. Selepas itu, tibalah hari pembalasan - ketika dalam kubur dgn siksaan kubur, ketika berhimpun di padang makhsyar dan kemudian hari penentuan sama ada kita berjaya ke syurga atau menderita selama-lamanya dalam neraka pula.
Saudara, kalau kita belajar al-Quran dan as-Sunnah dan diberi kefhaman mengenainya, dan kita yakin dgn akhir zaman itu adalah lebih besar huruharanya pada kita, maka setelah disedarkan, kita akan bersaha sedaya mungkin untuk menyediakan diri kita. Kerana apabila sudah sampai ajal kita, tiada bekalan lagi selain tiga yg kekal menyumbang kpd dividen akhirat kita setleah kita mati; iaitu: pertama, sedekah jariah atau infaq fi sabilillah yg kekal dimanfaatkan oleh umat Islam yg tinggal spt membangunkan pusat-pusat pengajian ilmu al-Quran dan as-Sunnah, tempat-tempat ibadah yg kekal digunakan oleh umat Islam (yg berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah), sekolah-sekolah ugama (yg mengajarkan Islam dan syariatnya berdasarkan hanya al-Quran dan as-Sunnah); pusat-pusat pembelaan anak-anak yatim dan wargamas yg terus mengajarkan al-Quran dan as-Sunnah dan memberi tazkirah al-Quran dan as-Sunnah kpd penghuninya; kedua, ilmu al-Quran dan as-Sunnah yg kita ajarkan atau bantu orang yg faham ajarkan kpd umat Islam supaya mereka terpandu dgn benar terhadap Islam dan syariatnya yg berdasarkan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah, yg memboleh umat Islam lain terpandu dgn kebenran untuk mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w); dan ketiga, anak-anak yg soleh dan solehah yg hidupnya dipandu oleh ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg mengerjakan perintah dan suruhan Allah (a.w) dan kemudian sering mendoakan kesejahteraan serta keampunan kpd Allah (a.w) untuk kita sebagai ibu bapa mereka. Yg lain, tidak ada gunanya kpd kita setelah matinya kita.
Saudara, ramai diantara kita yg memiliki anak yg ramai, kita bekalkan atau wariskan pula dgn kemewahan yg kita kumpulkan semasa hidup kita, tetapi mereka tidak menjadi orang yg soleh (bagi lelaki) atau solehah (bagi perempuan) dan tidak pula mengerjakan amalan dan ibadha yg wajib berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan sebaliknya menghabiskan masa mereka bersukaria dan berpoya-poya dalam kemaksiatan yg berbagai, maka sudahlah mereka tidak mengirimkan pahaa kpd kita yg sudah mati, sebaliknya mereka pula mengirimkan dosa kpd kita, kerana mereka tidak mematuhi wasiat kita supaya kekal menjadi orang Islam yg beriman dan bertaqwa dan membelanjakan pula harta dan kekayaan warisan kit untuk kemaksiatan. Hari ini ramai anak-anak muda zuriat orang-orang yg kaya menghabiskan masa berpoya-poya penuh dgn kemaksiatan pula spt menghabiskan masa dgn kawasan wanita/lelaki bergaul bebas dalam berbagai aktiviti yg terbuka ataupun tertutup. Orang-orang Islam yg kaya raya sedemikian itu wajarlah sedar akbiat dari musibah yg akan menimpa mereka setelah mati mereka kelak ...
Saudara, tanda-tanda kiamat itu sudahpun banyak. Cuba kita lihat beberapa hadith berikut, sebagai contoh supaya kita tetaplah diingatkan dan mengingatkan diri supaya tidak alpa.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Musa (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘ Layaktianna ‘alan-nasi zamanun yatufur-rajulu fihi bis-sodaqati minaz-zahabi thumma la yajidu ahadan yakkhuzuha minhu wa-yurar-rajulul-wahidu yatba’uhu arba’unam-ra-atan yaluzna bihi min qillatil-rijali wa-kathratin-nisa’ai’ (Yg bermaksud: Nescaya akan datang atas manusia suatu zaman dikeleilingi lelaki di dalam zaman itu dgn sedekah (i.e. ramai orang nak memberi kpdnya sedekah) dari emas tidak menjumpai seseorangpun mengambil daripadanya (i.e. tiada yg mau terima) (emas yg hendak disedekahkan) dan melihat seorang lelaki yg satu mengikuti pada lelaki itu 40 wanita meminta kelazatannya dgnnya (lelaki) dari kerana sedikitnya lelaki dan (kerana) banyaknya (i.e. ramainya wanita.) [Hadith Bukhari]
Hadith di atas itu menyebutkan dua perkara sebagai satu-satu tabnda-tanda akhir zaman sudah hampir; iaitu: pertama, umat Islam zaman itu kebanyakannya telah kaya raya, sama ada kekayaan itu diperolehi secara hak atau batil, maka dgn itu sesiapa yg ingin mendapat pahala bersedekah untuk kebajikan akhiratnya, tidak lagi dapat mengeluarkan sedekah kerana tak siapa yg mau terima sedekahnya! Oleh itu, ketika masih ada kesempatan untuk bersedakah demi menyimpan kebajikan pahala untuk akhirat, eloklah bersedekah. Orang yg bersedaka itu mendapat aliran ahala yg tak putus-putus pula, kalaulah sedekahnya dimanfaatkan untuk keperluan Islam dan jema'ah umat Islam selagi ada spt pusat pengilmuan atau masjid. Kedua, zaman itu blangan kaum wanita jauh lebih ramai dari kaum lelaki, sehinggakan seorang lelaki disamakan dgn 40 orang perempuan. Maka dgn itu akan berebut-rebutlah wanita untuk mendapatkan teman lelaki atau untuk dijadikan suami. Oleh kerana itu akan berleluasalah pula kemaksiatan dan kedurjanaan apakali wanita yg ketika itu jahil ilmiu dan lelaki juga jahilkan ilmu dan tidak terpandu akan melakukan apa saja demi untuk menguntungkan dirinya dalam zaman yg lelaki memiliki banyak pilihan pula dan wanita perlu mendapatkan suami dalam kesengitan bersaing untuk mendapat tarikan lelaki!
Bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Inna min asyratis-sa’ati an yurfa’al-‘ilmu wa-yakthural-jahlu wa-yaktharuz-nina wa-yakthura syurbul-khamri wa-yaqillar-rijalu wa-yaktharun-nisa-u hatta yakuna li-khamsinam-ra-atan al-qaiyimul-wahidu.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya dari tanda-tanda kiamat (akan tiba) bahawa diangkat (i.e. dihilangkan atau akan hilang) ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah) dan banyaknya (atau meluasnya) kejahilan (dalam perkara ugama) dan banyaknya perzinaan dan banyaknya (atau ramainya) peminum arak; dan sedikitnya lelaki dan banyaknya (atau ramainya) perempuan, sehingga bagi setiap 50 perempuan orang yg menjaga mereka seorang lelaki (atau seorang lelaki menjaganya).) [Hadith Bukhari]
Hadith kedua ini menyebutkan pula dua sifat-sifat sudah hampir datangnya akhir zaman, yakni kiamat; iaitu: pertama, umat Islam semakin jahil - para ulama' dan ilmuwan pun jahil apatah lagi umat Islam umum pasti jahil. Ilmu mengenai Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Hari ini berapa ramaikah umat Islam, terutama generasi muda, yg memiliki ilmu yg cukup untuk mengerjakan amalan dan ibadah yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Berapa ramaikah generasi muda di kalangan umat Islam yg mau belajar dan menimba ilmu dari generasi tua yg berilmu? Justeru itu, apakala generasi tua yg berilmu mati, dan tidak ada orang muda yg ingin belajar darinya untuk mewarisi ilmunya, maka generai muda yg akan jadi generasi tua pula, adalah dalam kejahilan. Maka terjadilah ketika itu orang-orang yg memimpin umat Islam yg ketandusan ilmu dan jahil, menunjuk kpd kesesatan maka mereka tersesat dan mereka pula menyesatkan orang yg ditunjukkannya dalam kesesatan dan kejahilan mereka. Maka kedua-duanya akan masuk neraka. Kedua, hadith tersebut menyebutkan begitu banyaknya insiden perzinaan di kalangan umat Islam atau orang yg akui dirinya Islam. Ini adalah suatu kenyataan hari ini. Hampir setiap hari dilapurkan insiden pembuangan anak luar nikah di merata-rata tempat - tepi longkang, tepi longgokan sampah, dalam semak, dalam sungai dll. Dilapurkan juga adanya anak gadis yg berzina di rumahnya setiap hari apabila kedua ibubapanya keluar rumah bekerja. Banyaknya juga insiden pencabulan oleh orang g akui dirinya Islam. Ketiga, ramainya umat Islam yg minum arak walhal arak itu diharamkan oleh Islam. Minum arak di kalangan orang korporat Islam dan orang-orang kaya Islam adalah suatu gayahidup 'kemodenan'. Mungkin tidak dilakukan secara terbuka. Tetapi, di kelab-kelab malam yg eksklusif, minum arak adalah suatu kebiasaan. Keempat, disebutkan sebagai hadith sebelumnya, bahawa zaman itu bilangan wanita lebih ramai dari bilangan lelaki. Sehinggakan inginkan kenikmat hubungan kelamin, wanita akan sanggup membuat apa saja asalkan lelaki rapat dan akrab dengannya. Jika tidak mereka terlepas kerana lelaki menjadi suatu barangan yg 'rare' bagi mereka. Dibayangkan dalam hadith tersebut sehingga seorang lelaki 'mengembala' 50 wanita!
Saudara, dalam hadith berikut pula digambarkan lagi sinario akhir zaman tersebut. Kesemua perkara yg disebutkan sudahpun menjadi kenyataan.
Bahawanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Izaq-tarabaz-zamanu la-an yurabbiyar-rajulu jarwan khairan lahu min an yurabbiya waladan lahu wa-la yu-aqqiru kabiran wa-la yarhamu soghiran wa-yakthuru auladuz-zina hatta annar-rajula la-yughasyil-marata ‘ala qaria-atit-toriqi yalbasuna juudaz-zanni ‘ala qulubiz-za-abi’ (Yg bermaksud: Ketika dikatakan (yakni, tanda-tanda) zaman (akhir itu) nescaya sesungguhnya menjaga (atau membela atau meramut) seorang lelaki anak anjing lebih baik dari lelaki dari bahawa menjaga (atau membela atau meramut) anak-anak baginya (i.e. anak-anak sendiri), dan (generasi muda) tidak menghormati orang tua, dan (generasi dewasa) tidak menyayangi anak-anak kecil (atau, kanak-kanak) dan ramai anak-anak hasil zina, sehingga bahawasanya seorang lelaki nescaya menyetubuhi lelaki itu akan wanita di tengah-tengah jalan, berpakaian (yg dubuat dari) kulit biawak atas tubuhnya (i.e. tetapi) beberapa hati serigala (i.e. hati mereka yg kejam)). [Hadith at-Tobrani dan al-Hakim]
Dalam hadith di atas disebutkan sinario yg kini sudahpun berlaku; iaitu: pertama, manusia lebih suka memelihara anak anjing atau anjing dari memelihara bayi atau kana-kanak; kedua, generasi muda tidak lagi menghormati genersi tua. Ini sering berlaku apabila genarasi muda ketika bertemu dgn orang tuanya, tidakpun mengendahkan mereka. Mereka tidakpun tunduk berjalan dgn penuh rendah diri di depan orang tua, tidak menegur mereka, apakala dipanggil tidak diendahkan, apabila dinasihatkan ditempelak oleh mereka, mereka melakukan kesumbangan depan orang tuan tanpa segan dan malu. Ketiga, generasi muda tidakpun sayangkan bayi atau kanak-kanak kecil kerana mereka sanggup buangkan bayi kelahirannya di merata tempat tanpa belas kasihan sedikitpun. Malah lebih zalim dari membuang anak kucing. Keempat, akan terdapat begitu ramainya anak-anak zina yg dilahirkan. Ini menambahkan lagi kebinasaan umat Islam apakala anak zina berkahwin. malahan, di kalangan yg bukan diketahui umu anak zinapun, mungkin anak zina kerana kejahilan ilmu. Contoh: seorang suami yg telah menceraikan 'isternya' dalam gurauwan, kekal bercerai walaupun dilafazkan secara mainan atau olok-olok. Jika terus bersama, anak yg dilahirkan itu tetap anak zina, kerana hakikatnya kedua suami isteri telahpun berpisah dalam Islam. Kelima, akan berlaku perzinaan di depan khalayak ramai. Perzinaan di dapan khalayak ramai telahpun banyak berlaku apabila wujudnya klip video pendek melalui telefon yg dimuatturut dalam laman web sekarang yg menunjukkan lelaki dan wanita muda Islam melakukan persetubuhan di merata tempat- di ladang Felda, di kebuh durian dan juga di atas padang setiap kali ada keramaian seperti sambutan Ulang Tahun Baru dan sambutan ulang tahun Kemerdekaan dan sebagainya. malah pelakun Melayu yg akui Islampun telah didedahkan melalui internet spt dua penyanyi/artis Indonesia yg heboh tak lama dulu. Belum tiba masanya kita melihat anak muda melakukan persetubuhan haram di tepi-tepi jalan. Tapi, dah ada berlaku di rumah-urumah urut yg didirikan di tepi-tepi jalan yg tidakpun berpintu. Kelima disebutkan dalam hadith tersebut akan ada lelaki yg mengayakan pakaian yg ekslusif yg diperbuat dari kulit biawak tetapi mereka berhati serigala, yakni tidak ada belas kasihan, menjadikan mangsanya siapa saja yg ditemuinya. Dia menyiksa orang lain. Spt ketika berlaku rompakan, mereka akan mencederakan mangsanya tanpa belas kasihan atau ketika meragut mereka tidak hairankan apa yg berlaku kpd mangsanya.
Saudara, dunia itu menyeronokkan bagi mereka yg lupakan bahawa wujudnya suatu kehidupan yg jauh lebih lama dan lebih kekal. Walau panjang manapun usia kita di dunia, tidak lebih dari kesenangan yg singkat dan sedikit jika dibandingkan dgn kehidupan yg kekal di akhirat. Segala kesusahan yg kita dertai dan tanggung di dunia ini tidak sedikitpun menyusahkan berbanding dgn penderitaan yg akan kita lalui ketika di dalam kubur, di padang makhsyar dan akhirnya, akhirat kelak. Tidak ada siksaan yg berlipat kali ganda lebih berat dan menyakitkan dalam dunia ini berbanding dgn siksaan ahirat. Tidak ada keenakan di dunia yg boleh menendingi kebahagian dan kesenangan serta kesedapan di akhirat. Fikirkanlah, orang yg paling miskin di akhirat itu ribuan atau jutaan lebih kaya dari orang yg terkaya di dunia. Itupun adalah orang yg paling miskin di akhirat. Siksaan di dunia bertempoh. Atas tamat atau habis setelah beberapa hari atau bulan atau tahun. Tapi, siksaan daalm neraka tidak ada temph luput - expiry period!
Oleh itu, berwaspadalah menjalani kehidupan dunia. Ingatkanlah apakah kita sudah menyediakan diri untuk mati? Saudara, bagi orang iman itu Islam memberitahu bahawa dunia ini adalah syurga bagi mereka yg kafir dan orang Islam yg kufur, tetapi adalah penjara bagi orang iman. Orang iman dalam dunia seumpama dalam perjara tidak bebas buat sekehendak hati mereka. Orang kafir boleh buat apa saja ketika hidup, tetapi apabila sampai ajal mautnya, mereka disiksa dalam kubur, di padang makhsyar tidak berhimpun tapi terus dicampakkan ke dalam neraka, dan di akhrat pasti masuk neraka. Tidak ada gunanya kekayaan dan anak pinak mereka di dunia dulu. Segalam amalan yg tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tidak akan dikira dan diberi ganjaran pahala ... oleh itu sedarkanlah diri.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment