Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah mendapat tahu bahawa rudilah seorang yg iman apakala menjelang Ramadhan dan kemudian kekal hidup sehingga berakhrnya Ramadhan, tibanya Aidil Adha, tidak mendapat keampunan Allah (a.w) setelah berlalunya Ramadhan. Ramadhan adalah bulan yg amat barakah atau berkat, sesiapa yg benar-benar beristiqamah berpuasa dg penuh ikhlas sejajar dgn perintah Allah (a.w) kerana niat: 'wa-yarjuna rahmatahu wa-yahafuna azabahu ' (Yg bermaksud: Dan kerana mencari kerahamatan Allah (a.w) (i.e. syurga Allah (a.w)) dan terselamat dari azab Allah (a.w) (i.e. siksaan neraka) di akhirat kelak) [Ayat 57, Surah al-Israk] sebagai niatnya, maka dia akan menjaga pantang larang siang harinya dan dia juga memperbanyakkan amal dan ibadah sunat ketika siang dan malam harinya, maka diberjaya mendapat keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya yg lalu.
Saudara, kita lihat hadith di bawah in menjelaskan bahawa Allah (a.w) telah mengurangkan dugaan dan halangan-halangan yang boleh menyusahkan hambaNya berpuasa dan mengerjakan ibadat-ibadat lain dalam bulan puasa dengan memasung kesemua syaitan dan jinn. Tapi, mengapakah kadang-kadang terasa kita tidak ada bezanyapun? Masih seperti bulan selain Ramadhan kerana maksiat kekal di tahap yang sama! Ini adalah syaitan atau sifat-sifat nafsu kesyaitanan yang wujud dalam diri manusia itu sendiri, yang mendorong mereka melakukan maksiat.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila ada awal malam bulan Ramadhan disengkala (dipasung) segala syaitan dan yang buas daripada jinn. Dan dikunci akan semua pintu neraka maka tiada dibuka daripadanya satu pintupun, dan dibuka segala pintu syurga maka tidak dikunci daripadanya satu pintupun. Dan menyeru orang yang menyeru (yakni, para malaikat di langit): ‘Hai orang-orang yang menuntut (sukakan) kebajikan marilah sekelian kamu kerjakan kebajikan pada masa yang berkat ini, dan hai orang yang menuntut (sukakan) kejahatan tinggalkanlah daripada berbuat kejahatan dalam bulan yang berkat ini dan biarlah jauhkan (kejahatan) dan sertakanlah banyak-banyak kerja-kerja kebajikan itu’. Dan bagi Allah (a.w) itu beberapa banyak pemerdekaan daripada api neraka. Dan, bermula yang demikian itu (yakni, seruan itu) berlaku ia tiap-tiap malam.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Di dalam hadith di atas itu kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa Allah (a.w) membukakan pintu syurga, yakni pintu rahmatNya, kepada umat Islam yang berpuasa dan rajin pula mengerjakan amalan dan ibadah tambahan dalam bulan Ramadhan. Para malaikat menyeru kepada umat Islam supaya meninggalkan kemaksiatan dan mengerjakan pelbagai amalan kebaikan dan amal soleh, kerana keberkatan dan gandaan pahalanya dalam bulan tersebut. Hadith ini dibaca dengan hadith berikutnya menyebutkan bahawa sesiapa yang berpuasa dengan sepenuh ketakwaan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah (a.w) semata-mata dan buka tujuan selainnya seperti untuk mendemokan kepada manusia (yakni, riak), mereka mendapat keampunan segala dosa mereka setahun yang lalu. Jika demikian, maka kita berjaya dibebaskan Allah (a.w) di akhir Ramadhan. Orang sedemikian itulah orang yg berjaya dalam bulan Ramadhan dan berjaya untuk akhiratnya. Selain itu, dalam bulan Ramadhanlah berlakunya malam ‘Lailatul Qadar’ yang amat berkat dan amat menguntungkan sesiapa yang menemuinya:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dan mendirikan dia (yakni, berjaga) pada malamnya (dengan mengerjakan ibadat daripada solat-solat sunat, berzikir dan membaca al-Quran) hal keadaannya yakin dia mengerjakan suruhan Allah (a.w) dan menuntut dia akan pahalanya daripada Tuhannya atau memperbuatnya dengan ikhlas (yakni, semata-mata kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah (a.w)) dan suka akan ganjaran pahalanya, tidak malas dia (yakni, bersungguh-sungguh dia) beribadat, dan tidak terasa panjang hari puasanya, nescaya diampun Allah (a.w) baginya barang yang terdahulu daripada dosanya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Sesiapa yang mencapai tahap ketaqwaan ibadah yang tinggi, seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas itu, mereka mendapat keampunan segala dosanya yang terdahulu. Maka kembalilah dia dalam keadaan bersih, keadaan fitrah, seumpama bayi yang baru dilahirkan. Apakah syaratnya? Iaitu; pertama, berpuasa siang harinya dan menjaga segala ketetapan fardu dan sunat berpuasa, yakni menjaga pantang larang puasa yang wajib dan sunat; kedua, mengerjakan Qiamul-lail pada malamnya dengan membanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, bersolat sunat, dsbnya; ketiga, dikerjakan kesemua itu demi untuk mendapat kerahmatan Allah (a.w), yakni dengan harapan mendapat ganjaran pahala yang maksimum dan terhindar daripada seksaNya di neraka, yakni dengan penuh keikhlasan dan keinsafan; dan keempat, merasa amalan dan ibadahnya itu bukan kerana keterpaksaan tetapi semata-mata membuktikan ketaatan kepada Allah (a.w) - Ayat 57, Surah al-Israk - yg kita telah lihat di permulaan perbincangan kita tadi. Maka ganjaran pahala yang diperolehinya adalah terhapus segala dosa-dosa yang terdahulu.
Saudara, semoga kita mampu menyediakan dan menyiapkan diri dalam bulan Ramadhan kali ini menepati ketetapan Islam tersebut, supaya kita berjaya mendapat keampunan dan kerahmatan Allah (a.w) ketika merayakan kejayaan kita pada 1 Syawal akan datang, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment