Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun tahu dan faham bahawa: pertama, sesiapa yg berpuasa Ramadhan cukup sebulan dgn penuh keimanan dan hasrat yg tinggi untuk mendapatkan pahala maksimum dari Allah (a.w) sepanjang bulan Ramadhan itu, dia akan dibebaskan dari neraka dan dibalas dgn syurga di akhirat kelak, yakni terhapus segala dosa-dosa-nya yg lalu. Bersih dia dari dosa. Dan, untuk mendapatkan tahap sedemikian hendaklah dia berpuasa dgn penuh ketaqwaan - pada siang harinya dia tidak bercakap bohong, dia tidak mencaci cela orang lain, dia tidak mengaibkan orang lain, dia tidak bercakap sesuatu yg sia-sia dan mendatangkan dosa, dia tidak memfitnah atau melaga-lagakan orang lain. Pendeknya, panca inderanya sentiasa bersih terjaga dari kesemua kemaksiatan yg termungkin. kalau ada mata (terpaksa) pandang boleh pandang, ada telinga (tidak dapat dielakkan mendengar perkara atau kata-kata yg tidak baik) boleh dengar dan ada mulut tutup, jangan bercakap kalau tak berfaedah kpd kita dan kpd orang lain, lebih baik diam. jangan komen cakap-cakap orang lain yg mungkin adalah fitnah atau buruk sangka atau semata-mata kerana nak berceloteh. Paling minima setiap hari. Dan, pada malamnya pula mengerjakan pelbagai amalan sunat untuk menambah bukti keimanan dan ketakwaan dan untuk membuktikan kesyukuran kpd Allah (a.w) atas nikmat yg telahpun diterima sekian lama dalam hidup kita. Kedua, sekiranya di tinggakan seharai puasa dalam bulan Ramadhan itu, dosanya atau pahala yg terlepas kerana tidak berpuasa itu tidak boleh dibayar atau diganti oleh puasa yg kita lakukan/kerjakan setiap hari selama setahun. Begitulah besarnya dosanya. Begitu jugalah besarnya pahala yg kita melepas kerana tidak berpuasa sehari. Sudah pasti tidak dibebaskan dari neraka atau terampun dosa-dosa kita yg lalu. Namun, kalau kita terpaksa tidak berpuasa kerana sebab-sebab yg dibolehkan oleh syarak berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kita kekal boleh mendapat apa yg disebutkan tadi itu - kebebasan dari neraka dan segala dosa yg lalu terhakis. Ketiga, siapa yg dibolehkan tidak berpuasa? Kita telah sebutkan empat golongan orang iaitu golongan pertama, orang tua (melebihi umur 60 tahun) yg tidak lagi berupaya berpuasa, maka orang sedemikian itu perlu bayar fidyah memberi makan seorang fakir miskin bagi setiap hari dia tak berpuasa. Namun, berpuasa lebih baik baginya. Golongan kedua adalah wanita yg hamil kerana dikhuatiri akan menjejaskan anak dalam kandungannya. Mereka boleh tidak berpuasa tetapi hendaklah menggantikan pada hari-hari lain jumlah hari yg dia tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan. Namun, jika dia berpuasa lebih baik baginya. Golongan ketiga, wanita yg menyusu bayinya yg kecil - baru lahir atau masih kecil - ditakuti tiada susu badannya untuk menyusui anaknya. Dia wajib menggantikannya pada bulan-bulan lain setiap hari yg dia tidak berpuasa itu. Golongan keempat adalah orang-orang yg bermusafir melebihi 89 kM atau dua marhalah perjalanan. Merekapun diwajibkan mengganti puasa yg mereka tertinggal di hari-hari lain yg mereka tidak bermusafir. Namun bagi semua kes kerana besar dan hebatnya ganjaran pahala puasa Ramadhan itu, maka berpuasa lebih baik bagi mereka, kalaulah mereka tahu betapa besarnya keuntungan akhirat jika berpuasa.
saudara, siapa pula yg tidak dibolehkan berpuasa? Yakni, siapa yg dilarang berpuasa Ramadhan (dan puasa-puasa sunat). Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah daripada Mu’azah al-‘Adawiyah: ‘Bahawasanya seorang perempuan bertanya kepada Aisyah (r.ah): ‘Adakah mengganti perempuan yang haid akan solat (yang tertinggal) ketika sudah suci?’ Berkata Aisyah (r.ah): ‘Apakah engkau itu orang perempuan Khawarij?’ [Nota: Orang golongan Khawarij tidak mengiktiraf khalifah Ali (r.a) dan Muawiyah (r.a), maka terkeluar dari Islam, yakni tidak diiktiraf Islam, kerana khalifah atau pemimpin Islam itu wajib ditaati, melainkan mereka menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan syariat atau ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya]. Ada kami haid pada zaman Rasulallah (s.a.w), kemudian suci kami, maka (Rasulallah (s.a.w)) memerintahkan kami dengan qada’ (mengganti) puasa dan tidak memerintahkan dengan qada’ (menggantikan) solat.’ [Hadith an-Nasa’i]
Wanita yg haid atau nifas (i.e. masih dalam pantang belum kering atau tus darahnya selepas bersalin). Wanita yg haid dan yg dalam pantang tidak dibenarkan berpuasa sepanjang darah haid atau nifasnya turun atau mengalir. Mereka juga tidak dibolehkan bersolat. Setelah selesai haid atau nifasnya, wanita itu hendaklah mengganti puasa Ramadhan yg tertinggal tetapi dia tidak perlu mengganti solat-solat fardu yg tertinggal sepanjang tempoh haid atau nifasnya.
Selain itu, kita wajib maklum juga bahawa sesiapa yg menjimak atau menyetubuhi isterinya di siang hari Ramadhan dikenakan kifarah yg berat; iaitu; sama ada membebaskan seorang hamba sahaya (sekarang takda sistem hamba sahaya lagi), atau berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan kpd 60 orang fakir miskin makanan lazim sehari.
Jazakallahu khairah
Assalamualaikum, Yayasan Ilmu.
ReplyDeleteSaya keliru dengan kewajipan berpuasa dan wanita yg haid. Lazimnya kita semua maklum yang wanita yang haid tidak perlu dan tidak boleh berpuasa.
Tapi ibu saya selalu marah bila saya makan atau minum di bulan Ramadhan (walaupun bukan depan ahli keluarga lain yang berpuasa).
Katanya, "X pose jgn dok mkn mcm biasa...hormat bulan Ramadahan, Allah beri berpuloh kali ganda org yg x boleh puasa disebabkan perka yg Allah jadikan tapi dia bersabar dan menahan diri sebagaimana mereka yg berpuasa..." saya copy paste dr email kirimannya.
Bagi ibu saya, wanita yang haid tetep tidak boleh makan atau minum seperti org yg berpuasa.
Saya sangat confuse. Selama ini saya bersekolah agama sampai tingkatan5 tapi tidak ada seorang pun ustazah yg cakap macam tu. Saya cuba cari dalil untuk membuktikan apa yang mak saya percaya, tapi saya tidak berjaya.
Saya mohon penjelasan saudari/a jika saudari/a ada dengar macam apa yang mak saya cakap ini..
Terima kasih..
Assalamualaikum..mak Sy pon ada kata begitu.....
DeleteSebab musababnya dy suh Sy ingatkan org yg dlm kesusahan yg berpuasa di bulan ramadhan..contoh,,org tua yg sgt daif,org2 islam yg ditindas seperti perperangan byk lg contoh,,mereka yg mcm ni bukan saja waktu puasa x mkn..malah berbuka pon Belom tentu..itu yg Sy tau..klu tersalah mohon pencerahan