Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung sedikit lagi apakah keuntungannya pada orang iman yg berpuasa dgn penuh keimanan mengharapkan ganjaran pahala demi kebajikan ahiratnya. Kita lihat dia hadith berikut:
Hadith di bawah in menjelaskan bahawa Allah (a.w) telah mengurangkan dugaan dan halangan-halangan yang boleh menyusahkan hambaNya berpuasa dan mengerjakan ibadat-ibadat lain dalam bulan puasa dengan memasung kesemua syaitan dan jinn. Tapi, mengapakah kadang-kadang terasa kita tidak ada bezanyapun? Masih seperti bulan selain Ramadhan kerana maksiat kekal di tahap yang sama! Ini adalah syaitan atau sifat-sifat nafsu kesyaitanan yang wujud dalam diri manusia itu sendiri, yang mendorong mereka melakukan maksiat.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila ada awal malam bulan Ramadhan disengkala (dipasung) segala syaitan dan yang buas daripada jinn. Dan dikunci akan semua pintu neraka maka tiada dibuka daripadanya satu pintupun, dan dibuka segala pintu syurga maka tidak dikunci daripadanya satu pintupun. Dan menyeru orang yang menyeru (yakni, para malaikat di langit): ‘Hai orang-orang yang menuntut (sukakan) kebajikan marilah sekelian kamu kerjakan kebajikan pada masa yang berkat ini, dan hai orang yang menuntut (sukakan) kejahatan tinggalkanlah daripada berbuat kejahatan dalam bulan yang berkat ini dan biarlah jauhkan (kejahatan) dan sertakanlah banyak-banyak kerja-kerja kebajikan itu’. Dan bagi Allah (a.w) itu beberapa banyak pemerdekaan daripada api neraka. Dan, bermula yang demikian itu (yakni, seruan itu) berlaku ia tiap-tiap malam.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Di dalam hadith di atas itu kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa Allah (a.w) membukakan pintu syurga, yakni pintu rahmatNya, kepada umat Islam yang berpuasa dan rajin pula mengerjakan amalan dan ibadah tambahan dalam bulan Ramadhan. Para malaikat menyeru kepada umat Islam supaya meninggalkan kemaksiatan dan mengerjakan pelbagai amalan kebaikan dan amal soleh, kerana keberkatan dan gandaan pahalanya dalam bulan tersebut. Hadith ini dibaca dengan hadith berikutnya menyebutkan bahawa sesiapa yang berpuasa dengan sepenuh ketakwaan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah (a.w) semata-mata dan buka tujuan selainnya seperti untuk mendemokan kepada manusia (yakni, riak), mereka mendapat keampuan segala dosa mereka setahun yang lalu. Selain itu, dalam bulan Ramadhanlah berlakunya malam ‘Lailatul Qadar’ yang amat berkat dan amat menguntungkan sesiapa yang menemuinya:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dan mendirikan dia (yakni, berjaga) pada malamnya (dengan mengerjakan ibadat daripada solat-solat sunat, berzikir dan membaca al-Quran) hal keadaannya yakin dia mengerjakan suruhan Allah (a.w) dan menuntut dia akan pahalanya daripada Tuhannya atau memperbuatnya dengan ikhlas (yakni, semata-mata kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah (a.w)) dan suka akan ganjaran pahalanya, tidak malas dia (yakni, bersungguh-sungguh dia) beribadat, dan tidak terasa panjang hari puasanya, nescaya diampun Allah (a.w) baginya barang yang terdahulu daripada dosanya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Sesiapa yang mencapai tahap ketaqwaan ibadah yang tinggi, seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas itu, mereka mendapat keampunan segala dosanya yang terdahulu. Maka kembalilah dia dalam keadaan bersih, keadaan fitrah, seumpama bayi yang baru dilahirkan. Apakah syaratnya? Iaitu: Pertama, berpuasa siang harinya dan menjaga segala ketetapan fardu dan sunat berpuasa, yakni menjaga pantang larang puasa yang wajib dan sunat; Kedua, mengerjakan Qiamul-lail pada malamnya dengan membanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, bersolat sunat, dsbnya; ketiga, dikerjakan kesemua itu demi untuk mendapat kerahmatan Allah (a.w), yakni dengan harapan mendapat ganjaran pahala yang maksimum dan terhindar daripada seksaNya di neraka, yakni dengan penuh keikhlasan dan keinsafan; dan keempat, merasa amalan dan ibadahnya itu bukan kerana keterpaksaan tetapi semata-mata membuktikan ketaatan kepada Allah (a.w). Maka ganjaran pahala yang diperolehinya adalah terhapus segala dosa-dosa yang terdahulu.
Selanjutnya, ayat-ayat berikutnya menjelaskan larangan-larangan kepada orang yang berpuasa. Telah dijelaskan di atas bahawa pada awal Islam, amat ketat larangan Allah (a.w), iaitu: pertama, puasa bermula apakala masuknya waktu solat Isya’, yakni tidak boleh makan minum selepas masuk Isya’; dan kedua, tidak dibenarkan bersama dengan (yakni, menyetubuhi) isteri dan jariah (hamba sahaya perempuan) mereka apabila masuk waktu solat Isya’.

Maksudnya, puasa menahan makan dan minum dan segala pantang larang lainnya bermula apabila masuk waktu Isya’ sehinggalah berbuka esok harinya selepas masuk waktu Maghrib. Allah (a.w) kemudiannya telah memberi kelonggaran, iaitu membenarkan makan minum dan bersenggama (i.e. hubungan kelamin) dengan isteri dan jariah mereka, sehinggalah terbit fajar.
Saudara, maka dgn itulah dalam sepotong hadith lain rugilah seseorang yg beriman itu apakala selesai atau berlalunya bulan Ramadhan, jika dia tidak berkesempatan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah sebagai tambahan kpd puasanya jika dia tidak dibebaskan oleh Allah (a.w) dari neraka, yakni terhapus segala dosa-dosanya yg lalu kerana mendapat keampunan Allah (a.w).
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment