Assalamualaikum,
Saudara, insya Allah pada 1 Ogos nanti kita akan mula berpuasa jika kelihatan anak bulan Ramadhan. Jika anak bulan tidak kelihatan, umat Islam disuruh Allah (a.w) menggenapkan hari bagi bulan Sya'ban 30 hari, dan esok harinya adalah 1 Ramadhan.Dalam post sebelum ini kita diberitahu dua perkara yg jika kita akur dgn kedua-duanya kita dikurniakan olah Allah (a.w) pemberian yg terbesar iaitu diampun dari dosa-dosa kita yg lalu dan kita berjaya mendapat syurga. Dua perkara itu adalah pertama: kita berpuasa dgn penuh keimanan, yakni kita berpuasa dgn mematuhi segala pantang larang puasa - semua yg membatalkannya, semua yg menghakis pahalanya, dgn penuh kesabaran, tidak melakukan sebarang maksiat dan tidak juga melanggar ketetapan-ketetapan Allah (a.w) pada siang harinya; dan kedua kerana kita mendemokan kpd Allah (a.w) keimanan kita kerana walaupun kita diperintah, namun kita ridha dan senang hati mengerjakannya demi mencari keridahaan Allah (a.w) dan selamat dari siksaan neraka Allah (a.w) (Ayat 56, Surah al-Israk).
Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu keuntungannya pada kita jika kita berpuasa dgn penuh keimanan dan keikhlasan serta kita pula membaca al-Quran. ([Nota: Dalam konteks al-Quran itu bukanlah semata-mata kita membaca al-Quran tetapi kita akur dgn ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, termasuk akur dgn ketetapan al-Quran bahawa mengikuti ketetapan dan peraturan as-Sunnah, yakni ketetapan Rasulallah (s.a.w), adalah mematuhi ketetapan al-Quran.]
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘As-siayamu wal-quranu yasyfa-‘ani lil-abdi, yaqulus-siyamu: ‘Rabbi inni mana’tuhut-ta-‘ama was-syahawati binnahari fasyaffi’ni fihi’, wa-yaqulul Quranu: ‘Mana’tuhun-nauma bil-laili fayasyfa-‘ani.’’ (Yg bermaksud: Puasa dan al-Quran itu mensyafaat (i.e. menolong) kedua-duanya kpd hamba (di hari akhirat). Berkata puasa: ‘Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mencegah aku pada hamba pada makanan dan syahawat (i.e. hawa nafsunya) diwaktu siang, maka terimalah syafaatku di dalam (i.e. bagi) hamba tersebut’; dan berkata al-Quran: ‘Mencegah aku pada hamba tidur di waktu malam.’ Maka menolong keduanya.) [Hadith al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak]
Saudara, di akhirat kelak dosa dan pahala ditimbang untuk menentukan apakah kita antara orang yg berjaya menjadi penghuni syurga yg akan memberikan kpd kita segala nikmat yg tidak pernah difikirkan oleh otak kita, tidak pernah dilihat oleh mata kita, tidak pernah dirasai oleh kita, malah tidak mungkin terbayang dalam fikiran kita nikmat-nikmat tersebut. Malahan, dosa kita berat dalam timbangan maka kita akan terjerumus atau dicampakkan oleh malaikat ke dalam neraka. Di sana tiadak ada kehidupan - kerana hidup tetapi tersikasa - tiada makan minum, tiada tidur dan rehat dan segala sesuatu nikmat kehidupan tidak kita dapati, sebaliknya kita minum air yg busuk, air nanah yg menjijikkan dan kita juga makan buah zakum yg berduri. Setiap kali air neraka itu kita minum, terburai perut dn usus kita, namun tidak hilang kehausan. Kemudian perut dan usus kita kembali spt sedia kala. Kita minum lagi kerana terpaksa dalam kehausan yg teramat, terburai dan hancur semula isi perut kita. Isi perut hancur dgn kesakitan yg teramat sangat. Bila kita makan buah zakum kita tercekik pula, maka luka dan sesaklah kita dari bernafas, dan hancur pula isi perut kita.
Dalam situasi sedemikian, ketika dosa-dosa kita ditimbang melebih pahala kita, maka kita perlukan pertolongan. Pertolongan itu adalah syafa'at Rasulallah (s.a.w). Di dalam hadith di atas itu disebutkan pula dua lagi pihak yg boleh memberi syafa'at, atas izin Allah (a.w), iaitu pertama: Puasa yg kita kerjakan pada bulan Ramadhan; dan kedua, al-Quran yg kita usahakan membacanya, dan lebih utama, mengikuti ketetapannya.
Saudara, kita telahpun maklum bahawa apabila kita sudah disemadikan di dalam kubur, maka dua malaikat (Mungkar dan Nakir) akan menjengok kita sambil menunjukkan gambara Rasulallah (s.a.w) sambil bertanya apakah kita kenal siapa dia dalam ganmbar tersebut? Bagi mereka yg menolak as-sUnnah atau mengketepikan as-Sunnah atau enggan mengikuti as-Sunnah sudah pasti tidak mengenai orang yg ditunjukkan dalam gambar tersebut. Maka jika tidak kenal, kedua-dua malaikat tersebut akan memukul kita. Selain itu di dalam sepotong hadith yg menceritakan tentang azab kubur, disebutkan bahawa sesiapa yg belajar dan diajarkan ketetapan al-Quran kemudian tidak mengamalkannya, maka dia akan didibaringkan dan kemudian seorang lelaki yg berdiri disebelahnya akan menghempapkan batu besar di atas kepalannya, maka bersepailah kepalanya dan bertaburanlah otaknya. Kemudian, kepalanya akan kembali seperti sedia kala, dan dihempap lagi oleh orang yg berdiri tersebut. Fikirkanlah betapa sakit dan azabnya ketika kepala dipecahkan dan kemudian kepala kita bertaup semua spt sediakala dan dihempap lagi berulang-ulang sehinggalah sampai hari kiamat. Alangkah siksanya. Maka dgn itulah amat utama orang Islam itu akur dgn ketetapan al-Quran. Jika diperintah oleh al-Quran bangun untuk kerjakan solat atau untuk kerjakan puasa, dan dia enggan atau tidak endahkan, maka dalam kubur kelak sementara menunggu kiamat dunia, dia akan disiksa. dan, ketika kiamat pula akan disiksa pula dgn lebih dahsyat lagi dalam neraka. Oleh itu, wajarlah kita akur dan berwaspada ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment