Friday, July 22, 2011

Puasa Ramadhan: Yg Memungkinkan Dapat Lailatul Qadr

Assalamualaikum,
Saudara, bagi kita yg kuat serta teguh imannya dan tinggi ketaqwaannya, dalam bulan Ramadhan dia akan berpuasa sebaik mungkin demi mendemokan keimanannya dan mengharapkan pahala terbanyak (i.e. maksimum) dari Allah (a.w0, kerana dgn anugerah sedemikian itu, akan terhapus segala dosanya yg lalu dan terlepas dari siksaan neraka. Itulah janji Allah (a.w) kd  mereka yg berpuasa dgn penuh keimanan serta penuh harapan untuk mendapatkan keampunan Allah (a.w). Di akhir Ramadhan kelak, mereka ini akan dibebaskan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga di akhirat kelak. Itulah kejayaan sebenar bulan Ramadhan.
Saudara, demi mencapai matlamat tersebut, kita wajiblah berpuasa dgn sebenar-benarnya ketika siang, supaya puasa kita tidak cacat dan dicacatkan oleh sebarang unsur kejelikan, kemaksiatan dan lain-lain perkara dan perbuatan yg mengurangkan atau mengikis ganjaran ahalanya. Dan, ketika malam pula mengimarahkan malam Ramadhan dgn pelbagai amaln dan ibadah yg sunat-sunat pula, termasuklah Solat Terawih, Solat Witir, berzikir, membaca al-Quran, dan berdoa untuk menyatakan kesyukuran kpd Allah (a.w) atas segala nikmat yg kita telah dan terus akan terima sepanjang hayat kita dan mengingatkan Allah (a.w) dan berselawat atas Rasulallah (s.a.w). 
Saudara, pembebasan dari neraka menjelang akhir Ramadhan itu kita dapati sekiranya kita akur dgn perintah Allah (a.w) berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Innal mutataqina fi jannatin wa-uyuni’ @ Akhizina ma atahum rabbuhum innahum kanu qadla zalika muhsinin @ Kanu qalilan minal-laili ma yahja-‘una @ Wa-bil ashari hum yastaghfiruna.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yg bertaqwa itu di dalam beberapa pasukan dan (di dalam syurga) beberapa matair @ Mengambil semua sesuatu yg memberi pada mereka oleh tuhan mereka, sesungguhnya mereka sebelum demikian masuk syurga orang-orang yg berbuat baik @ Adalah mereka sedikit dari tidur dari waktu malam apa-apa tidur mereka @ Dan di waktu sahur (menjelang Subuh) mereka meminta ampun mereka.) [Ayat 15 – 18, Surah az-Zariat]
Jika kita amalkan ketetapan dalam Ayat ini sepanjang Ramadhan, maka kita tergolong dari kalangan mereka yg berjaya mendapat manfaat maksimum dari Allah (a.w). Dan, apabila mereka berdoa, mereka bersangatan mengharapkan kurnuiaan Allah (a.w): 
Firman Allah (a.w): ‘Tatajafa junubuhum ‘anil madji’i yad’una rabbahum khaufan wa-tama’an wa-mimma razaqnahum yunfiquna’ (Yg bermaksud: Merenggang/mengangkat beberapa lembong (i.e. perut) mereka dari tempat tidur mereka dan berdoa mereka pada tuhan mereka dgn perasaan takut dan dgn mengharap (keridhaan Allah (a.w) dan dari apa-apa yg direzkilan oleh Allah (a.w) pada mereka diinfaqkannya.) [Ayat 16, Surah as-Sajdah]
Jelasnya, setiap kita disuruh mengurangkan tidur di malam hari, supaya bangun mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg sunat-sunat pula - mengerjakan Solat-solat Tahajjud selain Solat Terawih, Solat Witir, membaca al-Quran, berzikir, dan berdoa. Ketika siang, kita mengerjakan amalan-amalan dan ibadah sunat yg lainnya, termasuklah mengerjakan Solat Duha (maksimum 12 rakaat dibuat dua-dua rakaat), Solat Hajat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa, dan tidak melakukan kemaksiata yg melibatkan panca indera kita - mulut, mata, telinga dan anggota zahir. Dan, ketika tiba 10 malam terakhir Ramadhan memperbanyakkan amalan dan ibadah, terutama beriktikaf di masjid. [Nota: Beriktikaf itu duduk bukan tidur di masjid. kalau tek larat mengerjakan pelbagai amalan, maka boleh duduk diam. Kalau tertidur, maka pahala iktikaf itu terputus.] Tujuan beriktikaf itu adalah mencari Lailatul-Qadr (Malam Qadr) yg, mengikut firman Allah (a.w) dalam Surah al-Qadr ganjaran pahalanya melebihi 1,000 bulan (atau 83.3 tahun seumpama mengerjakan kebaikan, amal soleh, beramal dan ibadah tanpa henti-henti setiap saat dan tidak melakukan sebarang kemaksiatan sekalipun. Orang yg menemui Lailatul Qadr itu dijamin mendapat syurga di akhirat kelak secara pasti.
Saudara, sebenarnya lailatul Qadr kecil itu berlaku setiap malam - selepas sepertiga malam, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Allah (a.w) dgn diiringi oleh para malaikat rahmat, termasuk Jibril (a.s) turun ke langit dunia untuk memberikan 3 perkara yg dpinta oleh hambaNya:  
Diriwayatkan hadith dari abi Umamah hadith dari Rasulallah (s.a.w) bahawasanya berkata: ‘’Alaikum bilqiamil laili fa-innahu dakbus-solihina qablakum wa-hua qurbatun ila rabbikum wa-maghfiratun lis-siyiati wa-manhatun lil-ithmi.’ (Yg bermaksud: Menetapilah kamu sekelian dgn bangun malam, maka sesungguhnya bangun malam itu adalah kebiasaan amalan dikalangan orang-orang yg soleh sebelum kamu sekelian dan bangun malam itu mendekatkan diri kamu kpd tuhan kamu dan (amalan bangun malam itu) menghapuskan dari kejahatan (atau kejelikan) dan (bangun malam itu) mencegah dari membuat dosa). [Hadith at-Termidzi] 
Hadith ini menyebutkan mengapakan bangun malam amat baik dan bermanfaat bagi mereka yg ingin mengerjakannya. Dan, dalam hadith berikut pula Lailatul Qadr kecil itu sentiasalah berlaku setiap malam, selepas sepertiga terakhir malam. Kerana Allah (a.w) akan turun ke langit dunia untuk memberikan dan memperkenankan segala permintan hamba-hambaNya:
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Yanzilu rabbana tabaraka wa-taala kulla lailatin ilas-samaid-dunya hina yabqa thuluthul-laili-akhiru fayaqulu man yad’uni fastajib lahu man yasaluni fauktiyahu man yastaghfiruni fa-aghfiralahu) [Yg bermaksud: ‘Turun Tuhan kami yang Maha Berkat dan Maha Luhur tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tetap sepertiga akhir malam seraya berfirman (yakni, berseru):‘Barangsiapa berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan baginya, barangsiapa meminta kepadaKu maka aku berikan, dan barangsiapa meminta ampun kepadaKu, maka Aku mengampunkan dosa-dosa mereka.’ [Hadith Bukhari]
Apakah tiga perkara yg diperkenankan oleh Allah (a.w) yg disebutkan dalam hadith di atas itu? iaitu, pertama, apa-apa yg didoakan akan dikabulkan oleh Allah (a.w); kedua, apa-apa yg dipinta akan diberikan oleh Allah (a.w); dan ketiga, sesiapa yg meminta keampunan dari dosa-dosanya, akan Allah (a.w) ampunkan. Jadi, lailatul Qadr kecil itu sentiasa menunggu semua orang iman yg inginkan kebaikan bagi dirinya di akhirat kelak jika dia bangun malam ketika sepertiga malam untuk mengerjakan pelbagai malan dan ibadah sunat. [Nota: Jika seseorang itu tidak membiasakan dirinya bangun malam dan mengerjakan amal dan ibadah sunat, apakah mungkin dalam bulan Ramadhan dia akan mengerjakannya? maka dapat dia menemui Lailatul Qadr itu? Mustahil. Oleh itu mulai sekarang biasakanlah diri bangun malam untuk mengerjakan amalan dan ibadah tambahan sebagai latihan untuk Iktikaf dalam bulan Ramadhan dan sebagai latihan untuk memperbanyakkan pembuktian kesyukuran kita kpd Allah (a.w) yg begitu pemurah memberikan pelbagai nikmat dalam kehidupan kita sehari-harian.

Jazakallahu khairah

           






No comments:

Post a Comment