Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun diberitahu bahawa sesiapa yg berjaya menjalani puasa Ramadhan dgn penuh keimanan serta kerana ikhlas mencari sebanyak mungkin pahala dalam bulan Ramadhan akan berjaya dibebaskan dari siksaan neraka apakala kesemua dosa-dosanya yg lalu diampuni Allah (a.w). Syarat utama untuk mendapat darjah pahala sedemikian itu adalah tidak melanggar pantang larang ketika berpuasa di siang hari dan juga di malam hari, terutama mengenai percakapan dan perbuatan yg jelik dan berdosa spt bercakap bohong atau berdusta atau mengata atau mengumpat orang atau melaga-lagakan orang dan berbantah atau berkelahi atau bergaduh atau menjadi batu api supaya orang lain bergaduh dan seumpamanya. Oleh kerana besarnya pahala berpuasa dalam bulan Ramadhan menepati spesifikasi sedemikian itu, amat rugilah kita, sabda Rasulallah (s.a.w), sekiranya kita tidak manfaatkan kemurahan Allah (a.w) tersebut, dan rugi serugi-ruginya kita apabila berlalu Ramadhan kita kekal membawa dosa-dosa kita yg lalu dgn ditambah pula dgn dosa-dosa baru yg kita kutip sepanjang Ramadhan pula!
Apakah amalan siang yg sepatutnya kita jadikan amalan lazim dalam bulan Ramadhan? Antara yg utama adalah pertama mengerjakan Solat Duha - sekurang-kurangnya 4 rakaat dan semaksimumnya 12 rakaat - di buat dua-dua rakaat dgn ditutup dgn satu salam. Waktu Solat Duha itu adalah antara jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Yg terbaiknya antara jam 9.30 pagi hingga 11.30pagi. Kedua, bersedekah dgn memberi makan orang-orang yg berpuasa ketika berbuka. [Nota: Seseorang iman ygmemberi makan (yakni, berbuka) kpd orang iman lain yg berpuasa mendapat ganjaran pahala orang yg berpuasa tanpa mengurangi pahala yg diterima oleh orang yg berpuasa itu. Jika dia memberi makan 100 orang yg berbuka, maka dia mendapat pahala 100 orang yg berbuka tersebut. Fikirkanlah betapa banyaknya pahala yg diperolehinya kerana memberi makan orang puasa berbuka ketika berbuka.]
Ketiga, kita mendapat ganjaran pahala gandaan segala amalan dalam bulan Ramadhan yg digandakan Allah (a.w) melebihi gandaan hari-hari biasa 700 gandaan tersebut. Maka dgn itu lebih banyak kita beramal, maka lebih banyaklah pahala yg kita terima.[Nota: Amalan selain solat sunat adalah membaca al-Quran, berwirid dan berzikir ketika lapang kita ataupun sambil membuat kerja-kerja biasa sehari-harian kita.]
Apakah pula amalan dan ibadah yg digalakan pada malam Ramadhan? Selain mengerjakan Solat Terawih dan Solat Witir, kita boleh solatkan lain-lain solat sunat spt Solat Tahajud (atau disebut juga solat qiam), membaca al-Quran, berwirid dan berzikir dan berdoa. Kita telah maklum bahawa setiap malam selepas masuk sepertiga terakhir malam, Allah (a.w) dgn diiringi oleh malaikat Jibril (a.s) dan malaikat rahmat, turun ke langit dunia, memberi kurniaan kpd hambaNya yg berqiamul-lail. Allah (a.w) perkenankan tiga permintaan hamba-hambaNya iaitu: pertama, segala doa dikabulkan, ketika berdoa mereka; kedua, mengampunkan dosa-dosa mereka apabila meminta keampunan mereka; dan ketiga, memberikan segala sesuatu yg dipinta oleh hamba-hambaNya, seumpama mengharapkan tambahan rezki.
Diriwayatkan hadith dari abi Umamah hadith dari Rasulallah (s.a.w) bahawasanya berkata: ‘’Alaikum bilqiamil laili fa-innahu dakbus-solihina qablakum wa-hua qurbatun ila rabbikum wa-maghfiratun lis-siyiati wa-manhatun lil-ithmi.’ (Yg bermaksud: Menetapilah kamu sekelian dgn bangun malam, maka sesungguhnya bangun malam itu adalah kebiasaan amalan (i.e. amalan lazim) dikalangan orang-orang yg soleh sebelum kamu sekelian dan bangun malam itu mendekatkan diri kamu kpd tuhan kamu dan (amalan bangun malam itu) menghapuskan dari kejahatan (atau kejelikan) dan (bangun malam itu) mencegah dari membuat dosa.)[Hadith at-Termidzi]
Selain, mendekatkan diri kita kpd Allah (a.w) beramal di waktu malam, Allah (a.w) perkenankan tiga permintaan kita yg bangun malam, mengikut hadith berikut.
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Yanzilu rabbana tabaraka wa-taala kulla lailatin ilas-samaid-dunya hina yabqa thuluthul-laili-akhiru fayaqulu man yad’uni fastajib lahu man yasaluni fauktiyahu man yastaghfiruni fa-aghfiralahu) [Maksud: ‘Turun Tuhan kami yang Maha Berkat dan Maha Luhur tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tetap sepertiga akhir malam seraya berfirman (yakni, berseru): ‘Barangsiapa berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan baginya, barangsiapa meminta kepadaKu maka aku berikan, dan barangsiapa meminta ampun kepadaKu, maka Aku mengampunkan dosa-dosa mereka.’ [Hadith Bukhari]
Kemudian apakala tiba 10 malam terakhir bulan Ramadhan, kita disuruh beriktikaf di masjid. Dan, jika ditakdirkan kita menemui Malam Qadr (Lailatul-Qadr) maka kita mendapat pahala yg amat besar pula iaitu mendapat pahala seumpama beramal dan beribadah demi mencari keridhaan Allah (a.w) supaya selamat dari neraka dan diberikan ganjaran syurga pula, kerana mendapat pahala amalan dan ibadah yg sempurna selama 1,000 bulan (atau bersamaan amalan dan ibadah sempurna selama 83 tahun 3 bulan). Tidak ada seiapapun yg boleh mengerjakan amalan dan ibadah yg sempurna tanpa melakukan sedikitpun dosa dalam hidup mereka, kecualilah disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) 4 orang orang alim lagi wara' Bani Israil zaman dahulu. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ali b ‘Urwat berkata: ‘Menceritakan Rasulallah (s.a.w) suatu hari (tentang) empat orang dari Bani Israil menyembah Allah (a.w) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun, maka menceritakan Rasulallah (s.a.w) (mereka itu adalah) Ayub, Zakaria, Hizqil b ‘Azuzi dan Yusa’ b Nun, maka berkata Ali: ‘Hairan para sahabat Rasulallah (s.a.w) dari demikian cerita.’ Maka datang pada Rasulallah (s.a.w) Jibril (a.s), maka berkata Jibril (a.s): ‘Wahai Muhammad (s.a.w)! Hairan engkau dan umat engkau dari ibadah mereka itu (i.e. segolongan 4 orang dari Kaum Bani Israil yg mengerjakan ibadah selama) delapan puluh (80) tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap (yakni, sekelip) matapun? Maka sungguh-sungguh telah menurunkan Allah (a.w) lebih baik dari demikian itu. Maka membaca dia (Jibril (a.s)) ‘Inna anzalnahu fi lailatil qadri @ Wa-ma adrakama lailatul qadri @ Lailatul-qadri khairum min alfi syahrin’ (yg bermaksud: Sesungguhnya Aku (Allah (a.w) turunkan al-Quran pada Malam Qadr @ Dan apa dia Lailatul-Qadr itu? @ Lailatul-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.) Ini (yakni, Lailatul-Qadr) lebih utama drp apa-apa yg hairan engkau Muhammad (s.a.w) dan umat engkau.’ Maka berkata Ali: ‘Maka menyukakan demikian (ganjaran pahala) oleh Rasulallah (s.a.w) dan manusia bersama-sama beliau (yakni, para sahabat).’ [Hadith ibnu Abi Hatim]
[Nota: Rasulallah (s.a.w) telah diwahyukan oleh Allah (a.w) bila akan terjadi Malam Qadr itu. Ketika beliau keluar ke masjid untuk memberitahu para sahabat, terdapat dua orang sahabat sedang berbalah, maka terlupa Rasulallah (s.a.w). Jikalah beliau tidak diterlupakan Allah (a.w) pastilah kita hari ini akan memenuhi masjid dan surau beriktikaf pada malam tersebut untuk mendapatkan Lailatul-Qadr tersebut. Maka ramailah orang iman yg dapat syurga. Kerana tidak diberitahu, dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ianya terjadi pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan, maka hikmahnya membuatkan orang iman itu berusaha beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk menemuinya.]
Orang yg menemui Malam Qadr itu pasti mendapat syurga di akhirat kelak. [Nota: Malam Qadr itu disebutkan dalam satu surah al-Quran, iaitu Surah al-Qadr yg sebahagiannya disebutkan oleh Jibril (a.s) dalam hadith di atas itu.]
[Nota: Rasulallah (s.a.w) telah diwahyukan oleh Allah (a.w) bila akan terjadi Malam Qadr itu. Ketika beliau keluar ke masjid untuk memberitahu para sahabat, terdapat dua orang sahabat sedang berbalah, maka terlupa Rasulallah (s.a.w). Jikalah beliau tidak diterlupakan Allah (a.w) pastilah kita hari ini akan memenuhi masjid dan surau beriktikaf pada malam tersebut untuk mendapatkan Lailatul-Qadr tersebut. Maka ramailah orang iman yg dapat syurga. Kerana tidak diberitahu, dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ianya terjadi pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan, maka hikmahnya membuatkan orang iman itu berusaha beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk menemuinya.]
Orang yg menemui Malam Qadr itu pasti mendapat syurga di akhirat kelak. [Nota: Malam Qadr itu disebutkan dalam satu surah al-Quran, iaitu Surah al-Qadr yg sebahagiannya disebutkan oleh Jibril (a.s) dalam hadith di atas itu.]
[Nota: Ayub, Zakaria dan Yusak adalah nabi zaman-zamannya, manakala Hizkil adalah orang iman biasa]
Hadith di atas itu menyebutkan tentang 4 orang alim Bani Israil (i.e. Ayub, Zakaria, Hizqil b ‘Azuzi dan Yusa’ b Nun) yg beribadah tanpa membuat dosa sedikitpun selama 80 tahun. Namun kafadhalan Lailatul-Qadr sehari itu melebih yg mereka capai dalam tempoh 80 tahun tersebut. Sesiapa yg menemui Malam Qadr pastilah dia selamat dari neraka dan masuk syurga.
Saudara, mudah-mudahan kita berkesempatan meningkatkan keimanan dan ketakwaan dan berjaya menemui Malam Qadr tersebut, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment