Friday, July 15, 2011

Hidayah Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun kerapkali diberitahu melalui post dalam blog ini bahawa manusia dan jin itu adalah makhluk yg dijadikan Allah (a.w) menjadi penghuni bumi ini semata-mata supaya mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dengan mengerjakan amalan dan ibadah sebagai hambaNya. Setelah memenuhi ketetapan sedemikian, maka manusia itu bebas menjalani kehidupan untuk dunianya.
Orang Islam itu diwajibkan mengilmukan diri mereka serta memandu kehidupan mereka menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - itulah saja ilmu serta panduan yg haq bagi mereka yg Islam.Orang Islam yg tidak berpandu dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah belum diakui Islam secara haq atau sah. Selain itu, Islam itu mewajibkan umatnya beberapa pekara yg fundamental, iaitu; pertama, mereka jadikan al-Quran dan as-Sunnah dasar ilmu untuk mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dan berpandu hanya dgn kedua-duanya. Rasulallah (s.a.w) dalam hadith, dan kita yg mengikuti blog  ini faham, bahawa sesiapa yg berpegang dgn al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak sesat mencari jalan lurus ke syurga (i.e siratul mustaqim) dan terselamat dari neraka kerana tidak akan sesat dalam hidup berugama, maka dgn itu mendapat tiket ke syurga, asalkan dia kerajakan amalan dan ibadah yg ditetapkan bagi orang Islam yg iman. Kalau berpandu dgn selain al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti akan sesat. Tidak menemui jalan tersebut. Kedua, Islam itu wajib dianuti secara berejemaah, tanpa berjema'ah belum boleh diakui seorang Islam yg menepati perintah Allah (a.w) dan RasulNya - Ayat 103, Surah ali-Imran. Hanya dgn berjema'ah dijamin mendapat kerahmatan Allah (a.w) [Hadith]. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa berjema'ah itu pasti mendapat rahmat Allah (a.w) dan berfirqah (atau berkumpulan terasing) itu pasti menuju ke neraka [Hadith]. Dan, tidak hala kehidupan seseorang yg akui dirinya Islam kalau tidak pula berjema'ah. Dan berjema'ah itu ada peraturan tertentu iaitu ada kepimpinan (ulil amri) - Ayat 59, Surah an-Nisa dan as-Sunnah, ada ikrar taat setia oleh anggota jema'ah terhadap kepimpinan mereka (bai'at) [Nota: Dalam as-Sunah disebutkan pemimpin itu digelar 'khalifah' atau 'amirul mukmnin' atau 'Amir' atau 'Imam', istilah yg disebut dan diperincikan dalamas-Sunnah. Sehinggakan disebutkan bahawa tidak halal hidupnya seorang yg akui dirinya Islam dan beriman tanpa berjema'ah, kalaupun hanya ada 3 orang yg Islam di permukaan bumi ini atau ketika sekumpulan tiga orang dalam perjalanan atau musafir].
Maka dgn itu, apabila kita menyebut 'Islam' kita sebenarnya merujuk kpd umat Islam yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan sebarang umat Islam. Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu di akhir zaman kelak umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau firqah, kesemuanya meyakini diri mereka adalah Islam kerana kononnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi 72golongan atau firqah drp 73 golongan tersebut, gagal mendapat syurga, sebaliknya terjerumus atau dimasukkan ke dalam neraka, kerana aqidah yg silap. Hanya satu golongan yg berjaya mendapat syurga di akhirat kelak, iaitu mereka yg berpanduakan as-Sunnah (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dalam menjalani kehidupan sebagai umat Islam dan mereka berjema'ah.Selainnya, pasti tidak akan mendapat syurga (kecualilah nanti selepas dibasuh dalam neraka di akhirat dibersihkan dari kekufuran aqidah dan dosa, barulah diberi peluang ke syurga akhirnya - setelah berapa lama dalam neraka wallahu 'alam - jika mereka ada iman tentang kwwujudan Allah (a.w), tuhan mereka.
Oleh itu, hendaklah kita pastikan yg kita Islam dan beriman bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak rugilah kita. Majoriti manusia yg akui diri mereka Islam kecundang kerana asas aqidah yg silap serta mengerjakan amalan dalam kajahilan dan secara taklid buta, tanpa menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, walaupun tidak melakukan dosapun. Oleh itu utamanya kita memperbetulkan aqidah dan amalan serta ibadah kita sejajar dgn al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, dalam hadith berikut 'Islam' hendaklah difahami sebagai menepatiIslam yg disebutkan di atas itu. 
Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah b Abi Jaffar dan Humaid b Haniyi al-Khaulani bahawasanya mereka berdua mendengar Aba Abdul Rahman al-Hubuliyu mengkhabarkan hadith dari Abdullah b Amru b ‘Ass hadith dari Rasulallah (s.a.w) bahawasanya bersabda: ‘Qad aflaha man hudiya ila Islami wa-ruzikal-kafafa wa-qani-‘a bihi’ (Yg bermaksud: Amat beruntunglah orang yg diberi petunjuk (atau hidayah) kpd ugama Islam dan diberikan rezki yg mencukupi dan menerima (yakni, rela dan ridha dgn) rezkinya. [Hadith Ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Hadith di atas ini menyebutkan bahawa kita yg diberi petunjuk untuk menjadi orang Islam sangat beruntung. Kerana, tanpa Islam tak mngkn dapat kejayaan syurga. Orang yg kafir disebutkan di dalam al-Quran walau bagaimana baik sekalipun mereka ketika di dunia, pasti bila mati disiksa dalam kubur dan di akhirat masuk neraka. Mereka hanya boleh masuk syurga - dgn perolokan Allah (a.w) - bahawa boleh celus seekor unta masuk dalam lubang jarum! Kalaupun mereka mempunyai kekayaan yg hebat ketika di dunia sebanyak satu dunia dan isinya dan dilpipatgandakan sekali harta kekayaan mereka, tidak akan boleh menebus diri mereka dari dicampakkan ke dalam neraka!
Hadith itu menyebutkan orang yg beruntung itu adalah orang yg merasa cukup apa-apa rezki yg diterimanya dari Allah (a.w). Ridha dia dgn rezki tersebut dan menerimanya dgn dada yg lapang, maka Allah (a.w) menambah rasa kecukupan pada dirinya, maka tidaklah di menghabiskan hidupnya mencari rezki seolah-olah kalau diterima banyakpun belum mencukupi. Maka orang yg ridha dgn apa yg diterimanya dari Allah (a.w) itu mendapati begitu kelapangan untuk beramal dan beribadah demi kebajikan akhiratnya.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment