Assalamualaikum,
Sauadra, dalam post yg lalu kita telah sebutkan betapa besarnya pahala orang yg berkesempatan untuk berpuasa Ramadhan dgn penuh keimnanan serta mengharapkan pahala sebanyak mungkin dalam bulan Ramadhan - siang dan malamnya. Kita juga telah sentuh betapa besarnya pahala orang yg berpuasa di Mekah. Dalam hadith berikut, disebutkan satu lagi pahala yg amat besar jika kita berkesempatan mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan.
Kita sedia maklum bahawa dalam bulan Ramadhan itu segala amal makruf mendapat ganjaran pahala yang jauh lebih banyak dari lain-lain bulan. Dalam keadaan biasa semua amalan dan ibadah dalam bulan biasa kita diberi ganjaran pahala mimimum 10 dan maksimum 700 gandaan pahala, terpulang kepada keihlasan kita mengerjakannya. Tetapi dalam bulan puasa pula Allah (a.w) memberitahu bahawa gandaan pahala segala amalan adalah melebihi 700 kali gandaan. Berapa kali hanya Allah (a.w) yang akan mengurniakannya.
Maka sehubungan itulah orang Islam beriman yang tahu ilmunya akan berusaha untuk melipatgandakan amalan dalam bulan Ramadhan, terutama mengerjakan puasa dan umrah dalam bulan puasa. Fikirkanlah betapa banyaknya ganjaran pahala melakukan sesuatu ibadah itu dalam bulan Ramadhan di masjid al-haram atau di Mekah. Mengerjakan sesuatu amalan dalam Masjid al-Haram dapat gandaan 700 kali dan ganda pula 100,000 kali dan kalaulah gandaan itu lebih dari 700 kali maka digandakan pula 100,000 kali, alangkah banyaknya pahala. dalam pada itu Allah (a.w) turunkan kerahmatan pula setiap siang dan malam di Mekah. maka dengan itulah juga Allah (a.w) memberitahu kita melalui sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut, mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan seumpama mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w):
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Pada suatu waktu ketika Nabi (s.a.w) selesai menunaikan haji, beliau bersabda kepada Ummu Sinan al-Ansariah: ‘Apakah yang menghalang engkau menunaikan haji?’ Jawab Ummu Sinan: ‘Bapa sifulan.’ (Maksudnya: merujuk kepada suaminya). Dia hanya mempunyai dua ekor unta. Yang seekor digunakan untuk menunaikan haji (sebagai kenderaan) baginya dan yang lainnya untuk menyiram kebun kami.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Umrata fi ramadhana taqdi hajjatan ma’iya.' [Yg bermaksud: Umrah di bulan Ramadhan sama nilainya dengan menunaikan ibadah haji bersama-samaku.] [Hadith Bukhari, Kitab Haji]
Oleh yang demikian, sesiapa yang berkemapuan serta teguh dan mendalam imannya untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) dan mengharapkan dijauhkan dari siksaan nerakaNya, eloklah kita usahakan sekurang-kurang setahun sekali kita mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. Lipat ganda pahalanya amat banyak sekali demi kesejahteraan akhirat kita.
Saudara, di dalam Islam itu kita telahpun maklum bahawa jika kita berusaha sekuat mampu yg mungkin untuk mencari kejayaan dunia, belum pasti kita akan dapati atau capai cita-cita kita. Kita mungki belajar di menara gading IPT atau IPTS, berjaya mendapat kelayakan terbaik dan cemerlang, dalamsesuatu bidang, namun belu pasti kita akan berjaya mendapat apa-apa yg kita cita-citakan dalam hidup kita. Kesemua tergantung kpd takdir. Contoh: ada yg kaya lana tanpa kelayakan yg formal. Ada yg begitu tinggi pencapaan akademiknya, tetapi belum pasti dia berjaya dalam dunianya. Namun, dalam perkara akhirat, Allah (a.w) menjanjikan bahawa sesiapa yg berusaha sebaik mungkin dan sekuat mampunya untuk mendapatkan pembebasan dari neraka dan berjaya mendapat syurga, sudah pasti dia akan mendapatkannya! Tidak ada orang yg gagal mendapat syurga sekirany dia berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan memenuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ganjaran pahala untuk semua amalan dan ibadah bergantung kpd usaha kita menepati firman Allah (a.w) dalam Ayat 57, Surah al-Israk iaitu kita lakukan segala sesuatu demi kerana takutkan siksaan Allah (a.w) dalam neraka dan demi untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w). [Nota: Dalam Islam yg dimaksudkan dgn 'niat' itu adalah menepati firman Allah (a.w) dalam ayat ini]. Kerana, kerahmatan itu adalah syarat pasti untuk mendapat syurga. Kita tidak akan dapat kerahamatan Allah (a.w) jika kita tidak mengilmukan diri kita dan berpandu dgn panduan al-Quran dan as-Sunnah. Segala amalan dan ibadah kita tidak berguna sekiranya kita tidak beramal dan beribadah berdasarkan ilmu. Inilah ketetapan Ayat 36, Surah al-Israk iaitu hendaklah kita buat segala sesuatu tentang Islam - amalan dan ibadah - hanya dgn berdasarkan ilmu. Kalau kiat buat amalan dan ibadah tanpa didasari oleh ilmu, maka amalan kita itu sia-sia, tidak diterima Allah (a.w). Dan ilmu yg wajib kita jadikan sandaran amalan dan ibadah adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan ilmu yg kita dapati dari orang yg mengajarkan kita jika dia tidakpun berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kita tidak boleh beramal dgn bersandarkan ajaran manusia atau ajaran kitab-kitab karangan manusia, kerana kemungkinan besar, kita diajar dan disuruh amalkan sesuatu yg sama sekali bertentangan dgn atau berbeza dgn ketetapan dua sumber tersebut. Allah (a.w) beri kita tahu bahawa kitab yg terbaik yg wajib dijadikan panduan adalah al-Quran dan petunjuk atau panduan terbaik orang iman adalah as-Sunnah, dan cara serta kaedah beramal dan beribadah yg menepati ketetapan Allah (a.w) adalah as-Sunnah - cara dan kaedah serta praktikal sesuatu amalan dan ibadah itu dikerjakan.
Justeru itu, hanya dgn ilmu yg sah - al-Quran dan as-Sunnah itu - melayakkan segala amalan dan ibadah diterima Allah (a.w). Maka dgn itulah di dalam blog ini srringkali saudara diperingatkan supaya mengaji dna belajar al-Quran untuk mengerjakan amalan dan ibadah dan untuk mengesahkan segala amalan dan ibadah dan untuk memastikan segala amalan dan ibadah kita itu sejajar dgn ketetapan Islam dan diterima Allah (a.w). Termasuklah dalam perkara amalan dan ibadah berpuasa dan amalan dalam bulan Ramadhan.
Mudah-mudahan saudara faham dan berusaha untuk menyempat-nyempatkan masa dan waktu untuk belajar ilmu yg haq dari sumber yg haq dan dari guru yg faham tentang al-Quran dan as-Sunnah.[Nota: Kerana hari ini begitu ramai orang yg akui diri merekeka berilmu, tetapi seringkali mengamalkan serta mengajarkan sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) spt tidak menerima sebahagan dari as-Sunnah. Lebih teruk lagi apakala diberitahu sesuatu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia belajar atau mendengar sesuatu dari orang lain yg dia anggap berilmu atau wara', tetap berlainan dari ketetapan al-Quran, dia telah mengangungkan sesuartu yg Allah (a.w) hina dan, kerana menolak ketetapan a-Quran dan as-Sunnah dan menerima ketetapan orang yg bercanggah itu, telah mengangungkan sesuatu yg Allah (a.w) remehkan dan menghina sesuatu yg Allah (a.w) agungkan. As-Sunnah diagungkan oleh Allah (a.w) kerana Dia yg mewahyukan as-Sunnah dan Dialah yg mengangkat Rasulallah (s.a.w) sebagai utusanNya dan dialah yg menyuruh Jibril (a.s) ilmukan dan ajarkan Rasulallah (s.a.w) dan Allah (a.w) tinggikan mertabat Rasulallah (s.a.w) yg dikurniakan olehNya status 'uswatun hasanah'. Jika kita tak terima ketetapan as-Sunnah, bermakna kita remehkan sesuatu yg Allah (a.w) agungkan!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment