Assalamualaikum,
saudara, kita sambung semula mengulangi pengajian ilmu mengenai puasa fardu, i.e. puasa Ramadhan itu. Puasa itu wajib atas orang Islam yg sudah baligh (cukup umur). [Nota: Umur baligh bagi orang Islam bagi perempuan adalah ketika sudah tumbuh buklu di farajnya atau sudah haid, yg mana terdahulu. Dan, bagi lelaki Islam pula, umur balighnya tiba ketika sudah berbulu di bahagian ari-arinya, i.e. kemaluannya, atau dia mengalami mimpi yg menyebabkan dia keluar mani, yg mana terdahulu.]
Saudara, kita diberitahu di dalam al-Quran dan as-Sunnah, bahawa setiap kebaikan yg kita lakukan diberi ganjaran pahala antara 10 hingga 700 kali gandaan, kecuali puasa yg gandaan pahalanya ditetapkan oleh Allah (a.w) sendiri.Kerana puasa itu melambangkan pematuhan kpd ketetapan Allah (a.w) sebagai seorang Islam serta sebagai membuktikan keikhlasan dan keimanan kita serta kesyukuran kita kpd Allah (a.w) yg memberi kita peluang hidup di dunia dan dikurniakan oleh Allah (a.w) pelbagai nikmat. Oleh itu kita yg Islam tiada pilihan. Ketika tiba Ramadhan kita wajib berpusa. namun, Allah (a.w) memberikan kelonggaran bagi orang Islam dalam situasi tertentu jika dia tak berpuasa, tidak berdosa, tetapi dikenakan fidyah (i.e. seumpama denda) atau dikehendaki menggantikan hari-hari yg dia tidak berpuasa. Siapa yg dibolehkabn tidak berpuasa? Kita lihat ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mengenai perkara ini.
Ada beberapa golongan orang Islam yg diberi kemurahan Allah (a.w) tidak berpuasa; iaitu: golongan pertama, orang-orang yg sudah terlalu tua maka mungkin tidak mampu berpuasa atau tidak berapa kuat untuk berpuasa. Dalam Islam umur tua itu dikira pada umur 60 tahun ke atas. Justeru itu jika sudah tua, maka dibolehkan tidak berpuasa, tetapi dikenakan membayar fidyah (atau 'denda') dgn memberi makan seorang miskin seorang sehari bagi setiap hari yg dia tak berpuasa. Dalam pada itu, dalam Islam, adalah lebih baik bagi orang tua berpuasa, walaupun diberi kelonggaran supaya tidak berpuasa. Kerana hari ini ramai orang yg berusia 65 atau 70 atau 80 tahun masih kuat fisikal dan mentalnya. Golongan kedua, orang yg gila atau hilang akal, maka dalam tempoh dia kehilangan akal itu, jika tidak berupa penyakit yg kekal, maka dia dibolehkan tidak berpuasa ketika hilang akal. Golongan ketiga, orang-orang yg sakit tenat yg tidak membolehkan dia berpuasa, malah tidak sukar baginya mengerjakan solat fardu. Mereka dibolehkan tidak berpuasa, dan menggantikan puasa yg ditinggalkannya ketika sudah waras atau ketika sudah sembuh penyaitkan bagi hari-hari yg dia tak berpuasa. Golongan keempat, orang-orang yg bermusafir kerana tujuan yg baik bukan kerana tujuan melakukan maksiat, maka dibolehkan tidak berpuasa sepanjang tempoh dia bermusafir. Namun, jika dia mampu dia boleh berpuasa, tetapi tidak berpuasa lebih baik kerana itulah sunnah Nabi (s.a.w), iaitu ketika dalam musafir, tidak berpuasa. Golongan kelima, wanita yg hamil yg khuatirkan kesihatan dirinya datau kesihatan anak yg dikandungnya, maka dia dibolehkan tidak berpuasa, dan bagi setiap hari yg dia tidak beruasa itu, dia mengganti puasa yg ditinggalkannya beberapa hari yg ditinggalkannya. Namun, dalam zaman ini kemajuan temadun manusia dalam bidang perubatan dan kesihatan sudah ada pelbagai ubat atau bahan-bahan yg boleh digunakan untuk menguatkan ketahanan badan serta memperkokohkan kesihatan diri dan kesihatan bayi yg dikandung. Maka tidak perlu lagi khuatir akan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan kesihatan anak dalam kandungan.
Saudara, walaupun puasa itu boleh ditinggalkan bagi setiap hari yg kita perlukan kelonggaran atau ruhsah mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, namun kita diperingatkan bahawa pahala sehari puasa itu amat besar dan tinggi nilainya, sehinggakan dalam sepotong hadith disebutkan, meninggalkan satu hari puasa itu mengakibatkan kita terlepas peluang mendapat pahala yg besar yg tidak dapat diimbangi oleh perbuatan kita berpuasa setiap hari selama setahun! Maksudnya, kalau kita tinggalkan sehari. Kemudian kita ingin mengimbangi pahala sehari tersebut dgn berpusa selama setahun, pahala puasa setahun sedemikian itu tidak dapat menyamai pahala yg kita terlepas sehari itu. Oleh itulah, Islam menggalakkan supaya sebaik mungkin dan seboleh-bolehnyan kita usahan supaya tidak meninggalkan seharipun puasa Ramadhan, walaupun kita diberi peluang, jika kita mahu.
(a) Nas - Orang-orang yg dibolehkan tak berupasa.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) ‘wa-‘alal-lazina yutiqunahu fidyatun ta’amul miskinin’ [Ayat 183, Surah al-Baqarah][Maksud ayat: (Seperti di atas)], berkata: ‘Adapun kemurahan (diberikan kepada) (golongan pertama) orang-orang tua yang sangat tua dan (golongan kedua) perempuan yang terlalu tua, dan kedua-duanya berupaya berpuasa bahawasanya berbuka (yakni, tidak berpuasa mereka) dan memberi makan sebagai ganti tiap-tiap hari orang-orang miskin; dan (juga, diberi kelonggaran tidak berpuasa kepada) (golongan ketiga) perempuan yang mengandung dan yang menyusukan anaknya ketika khuatir mereka (yakni, jika berpuasa akan memudaratkan anaknya).’ [Hadith Abu Daud]
(b) Nas - Puasa Fardu (ramadhan) itu Wajib diniatkan sebelum siang.
Diriwayatkan hadith daripada Hafsah (r.ah) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa tiada berniat (puasa) dahulu daripada fajr (yakni, sebelum waktu Subuh) maka tiada puasa baginya.’ [Hadith sahih at-Termidzi] Dan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith adripada Ibnu Syihab daripada Salim Ibni Abdillah, hadith daripada bapanya, hadith daripada Hafsah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w), berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa tidak berniat puasa sebelum fajr (subuh), maka tiada puasa baginya.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Saudara, Islam mensyaratkan bahawa hendaklah kita pasang niat atau niatkan berpuasa sebelum siang, i.e. terbit matahari bermulanya puasa. maka dgn itu puasa kita itu sah apabila kita niatkan. Demikianlah ketetapan dalam dua hadith di atas. Kita boleh niatkan sebelum tidur, yaklni selepas Solat Isya' atau selepas selesai mengerjakan Solat Terawih atau ketika bersahur.
Saudara, selain kewajipan berpuasa, yakni jika kita tidak berpuasa dan kita tidak tergolongan dari kalangan mereka yg diberi kelonggaran atau ruhsah supaya tidak berpuasa, kalau kita sememangnya boleh dan mampu berpuasa, apakah akibatnya? Dosa kita dapat sudah pasti. Jika kita tidak berpuasa, maka kita terlepas dari mendapat kerahmatan Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abi Anas berkata bahawasanya bapanya menceritakan hadith bahawasanya dia mendengar Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika ada Ramadhan dibuka pintu rahmat dan dikunci pintu neraka jahanam dan dirantai semua syaitan.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]
Saudara, wajib kita ingat bahawa kita hanya boleh mendapat syurga dgn kerahmatan Allah (a.w). Dalam bulan Ramadhan itu pintu kerahmatan Allah (a.w) dibuka luas. Maksudnya: orang iman itu mempunyai peluang yg lebih banyak untuk mendapat kerahmatan Allah (a.w) melalui puasa dan amalannya. Maka orang sedemikian pasti mendapat kerahmatan Allah (a.w) dgn penuh keinsafan dan keimanan. Juga, dalam bulan Ramadhan pula disengkala syaitan dan jin dan ditutup pintu-pintu neraka, bererti kemungkinan orang iman itu mendapat dosa melalui kemaksiatan dan sebagainya, pasti berkurangan kerana tiada gangguan. Tambahan pula, begitu banyaknya ganjaran pahala puasa dan amalan yg dikerjakan dalam bulan Ramadhan serta diperbanyakkan pula lain-lain peluang yg mendatangkan banyak ganjaran dan gandaan pahala.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) katanya telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap amalan anak Adam digandakan satu kebaikan menjadi 10 kebaikan (yakni pahala) yang serupa dengan amalan tersebut sehingga 700 kali gandaan atas apa-apa yang dikehendaki oleh Allah (a.w), kecuali puasa. Telah berfirman Allah (a.w):‘ Sesungguhnya bagi puasa Aku (Allah (a.w)) membalasnya, dengan berpuasa (hambaku) meninggalkankan syahawatnya dan makanannya, dariKu bagi orang yang berpuasa Aku (Allah (a.w)) kurniakan dua saat kegembiraan (yakni, kemenangan): (satu kurniaan) dari saat berbukanya (yakni apabila dia berbuka dan kemudian apabila dia merayakan Aidil Fitri) dan (kurniaan kedua) dari saat bertemu Tuhannya (yakni, orang tidak berpuasa pasti tidak akan dapat bertemu dgn tuhannya), dan nescaya busuknya mulut orang yang berpuasa di sisi Tuhannya (bau mulut mereka itu) lebih harum atau wangi daripada bau minyak kesturi.’’ [Hadith Qudsi sahih Ibn Majah]
Saudara, ganjaran pahala puasa itu amat besar dan amat banyak, pastinya melebihi 700 kali gandaan. Jelasnya, oleh kerana dikatakan sehari tidak berpuasa itu kita tidak dapat imbangi dgn berpuasa selama 365 hari jelas menunjukkan pahalanya tidak ada bandingannya, hanya Allah (a.w) yg akan beri kita tahu di akhirat kelak.
Saudara, dalam bulan Ramadhan itu kita diberikan tambahan pahala selain pahala berQiamul-lail (bangun malam mengerjakan amalan dan ibadah sunat, terutama bersolat Terawih), kita diberi gabnjaran pahala kerana pertama, mempercepatkan berbuka ketika masuk waktu Solat Maghrib yg membolehkan kita berbuka; dan kedua, berbuka dgn kurma atau tamar mendapat pahala sunnah dan keberkatan; dan ketiga, bangun malam untuk bersahur dgn mengakhirkan sahur, i.e. melambatkan makan sahur itu keberkatan dan mendapat pahala sunnah.
Saudara, kalaulah kita ikuti panduan dan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam bulan Ramadhan ini, pastilah kita dibebaskan dari neraka menjelang akhirnya Ramadhan. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kpd kita rugilah kita jika berlalu Ramadhan, kita tidak dibebaskan oleh Allah (a.w) dari azab neraka di akhirat kelak. Begitu banyaknya pahala yg boleh didapoati sebagai bekalan akhirat dalam bulan Ramadhan.
Mudah-mudahan dalam bulan Ramadhan ini kita dapat memanfaatkan sepnuhnya kurniaan Allah (a.w) membebaskan diri kita dari siksaan neraka kerana terhapusnya segala dosa kita yg lalu dan meraih sebanyak mungkin pahala dari segala sesuatu yg disyariatkan oleh Islam kita kerjakan dalam bulan Ramadhan akan datang ini, insya Allah.
Mudah-mudahan dalam bulan Ramadhan ini kita dapat memanfaatkan sepnuhnya kurniaan Allah (a.w) membebaskan diri kita dari siksaan neraka kerana terhapusnya segala dosa kita yg lalu dan meraih sebanyak mungkin pahala dari segala sesuatu yg disyariatkan oleh Islam kita kerjakan dalam bulan Ramadhan akan datang ini, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment