Assalamualaikum,
Saudara, bagi mereka yang sudah biasa dengan mengerjakan umrah setiap tahun, mereka sering ke Mekah untuk mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. malah mereka suka berpuasa Ramadhan di Mekah. Kita diberitahu dalam al-Quran bahawa setiap amalan yang baik yang kita kerjakan kita diberi ganjaran pahala antara 10 hingga 700 kali ganda pahala. namun, tentang puasa Ramadhan itu, Allah (a.w) akan menentukan gandaan pahalanya tergantung kepada faktor seumpama tingkat keikhlasan kita mengerjakannya dan sejauh mana dapat kita mengawal pencemaran dosa semasa berpuasa. Selain itu, di Mekah mereka yang berpuasa di sana boleh mendapat kemanfaatan dan kefadhalan yang banyak, iaitu mengerjakan amalan di Masjid al-Haram yang menggandakan pahala 100,000 gandaan pula. Diriwayatkan hadith dari Said bin Jubairin hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man adraka ramadhani bimakkata fasomahu wa-qama minhu ma tayassara lahu kataballahu lahu miatin alfi syahrini ramadhana fima siwaha wakataballahu lahu bikulli yaumin ‘itqa raqabatin wa-kulli lailatin ‘itqa raqabatin wa-kulli yaumin humlana farasin fi sabilillahi wafi kulli yaumin hasanatan wafi kulli lailin hasanatan) [Yg bermaksud: Barangsiapa menemui Ramadhan di Makkah maka berpuasa dia dan berdiri dia (yakni Solat Terawih dia) apa-apa yang memudahkan dia, ditulis Allah (a.w) baginya pada setiap malamnya dengan (pahala) 100,000 kebaikan bulan Ramadhan ... dan di dalam tiap-tiap hari kebaikan (baginya).] [Hadith Ibnu Majjah, Kitab Manasik]
Hadith ini menyebutkan bahawa sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan di Mekah, berpuasa dia dan pada malamnya mengerjakan Solat Terawih dia, maka ditulis oleh Allah (a.w) baginya 100,000 gandaan pahala (bagi setiap ibadah dan amalan yang dikerjakan dalam Masjidil Haram, seumpama berada pada jalan Allah (a.w) dan mendapat kebaikan baginya pada malam hari dan pada siang harinya.
Kemudian di dalam hadith yang lain pula disebutkan bahawa seseorang yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan serta mengharapkan kurniaan pahala oleh Allah (a.w) untuknya, maka di akhir Ramadhan itu dia dibebaskan dari neraka kerana luputlah segala dosanya yang lalu.
Saudara, dalam urusan Haji dan Umrah kita diberitahu bahawa Allah (a.w) menurunkan kerahmatannya sebanyak 120 rahmat setiap malam dan 120 rahmat setiap siang hari bagi mereka yg berada di dalam Masjidil haram; iaitu pertama dikurniakan 60 rahmat ketika mengerjakan tawaf Sunat; kedua, dikurniakan 40 rahman ketika bersolat sunat di dalam masjidil haram; dan ketiga 20 rahmat ketika melihat Ka'abah sambil berdoa. Kerahmatan ini digandakan pula sebanyak 100,000 kali gandaan kerana setiap amalan di dalam masjidil Haram diberi gandaan sedemikian. Dalam pada itu, hadith di atas menyebutkan pula betapa banyaknya pahala berpuasa di Mekah. Maka dgn itulah kita ketemui sebilangan orang iman yg berusaha ke meah untuk berpuasa di sana. Ada yg sepanjang bulan Ramadhan berpuasa di sana.
Saudara, kalaulah saudara dikurniakan Allah (a.w) kelebihan rezki, usahakanlah berpuasa sekurang-kurangnya 10 hari terakhir Ramadhan di sana dan mengerjakan umarh, termasuk mengerjakan Tawaf sunat di Masjidil Haram. Ganjaran pahalanya begitu banyak jika dilakukan dgn penuh keimanan dan ketaqwaan. Semoga kita diberi rezki tambahan serta kemampuan - rohani dan jasmani - untuk melakukan ibadah-ibadah sedemikian itu, insya Allah.
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment