Wednesday, August 3, 2011

Peringatan Sepanjang Ramadhan ...

Assalamualaikum,
saudara, alhamdulillah hari ini masuk hari ke-3 kita berpuasa. Mudah-mudahan Allah (a.w) beri kita kesempatan untuk  menyempurnakan sebulan Ramadhan dgn mengerjakan sepenuh amalan dan ibadah yg berdasarkan keimanan serta keinginan untuk mendapat ganjaran pahala terbaik iaitu dihapuskan segala dosa-dosa kita yg lampau, maka kerana itu kita dibebaskan oleh Allah (a.w) dari siksaan neraka dan diberinya ganjaran syurga.  Itulah pencapaian terbaik bagi kita yg Islam dan beriman.
Namun, kita wajib ingatkan diri kita beberapa perkara yg seringkali kita rujuk dalam blog ini; iaitu: pertama, segala amalan dan ibadah kita - yg fardu dan yg sunat - hendaklah menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Israk, iaitu 'janganlah kamu mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah tanpa terlebih dahulu tahu kamu ilmu mengenainya'. Jika tidak amalan dan ibadah itu tidak diterima Allah (a.w) kerana tidak menepati spesifikasi yg ditetapkan oleh Allah (a.w), kerana tidak menepati cara dan kaedah serta bentuk-bentuk amalan yg didemokan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) itu adalah contoh terbaik dijadikan ikutan oleh kita yg Islam dan beriman (uswatun hasanah).Kedua, apakali kita menyebut tentang mengerjakan amalan dgn penuh keimanan dan mengharapkan balasan ganjaran pahala terbaik sepanjang Ramadhan itu, kita merujuk kpd niat kita dalam berpuasa dan dalam mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah dalam bulan Ramadhan, iaitu ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra', iaitu kita kerjakan semata-mata kerana kita takutkan azab Allah (a.w) (i.e. neraka) dan kita inginkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. mendapat syurgaNya). Ketiga, kita wajib akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) dgn mengikuti cara dan kaedah serta bentuk-bentuk amalan dalam as-Sunnah, sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr, iaitu segala sesuatu yg disampaikan dan diajarkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita ambil pakai, dan segala tegahannya kita hindari atau jauhi. Keempat, kita hanya tahu ilmunya bagaimana menetapi ketetapan-ketetapan Allah (a.w) tersebut jika kita mengaji dan belajar ilmu yg wajib kita pelajari, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa mengaji al-Quran dan as-Sunnah kita dianggap jahil tentang Islam. Kerana Islam itu didasarkan kpd ilmu dan ilmu yg benar itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. kalau kita mengaji atau belajar Islam bersandarkan kitab-kitab selainnya, maka pasti kita akan tersesat dalam Islam. Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita bahawa beliau tinggalkan sebagai panduan hidup keugamaan bagi orang Islam yg iman itu dua hazanah, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Beliau berjanji bahawa sesiapa yg berpandu dgn al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak akan sesat selama-lamanya, mencari jalan lurus ke syurga. Dan, jalan lurus ke syurga adalah mengikuti kesemua ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kelima, jika kita berpandukan dgn al-Quran dan as-Sunnah maka kita pasti berjaya mendapat syurga seperti yg ditetapkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa', iaitu sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. akur dgn al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. akur dgn as-Sunnah), maka pasti dapat syurga. Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa kitab karangan terbaik itu adalah al-Quran dan petunjuk atau hidayah terbaik dan haq itu adalah as-Sunnah. kalau kita ikuti ketetapan kiatb-kitab selain al-Quran dan panduan selain as-Sunnah, maka kita tergolong orang yg amat dimurkai Allah (a.w) kerana kita mengagungkan sesuatu yg diremehkan atau direndahkan atau dihina Allah (a.w) dan sebaliknya kita meremehkan sesuatu yg diagungkan oleh Allah (a.w), iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita juga tergolong dari kalangan orang yg sombong kerana apabila dberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) supaya kita berpandu dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kita tidak hiraukan atau kita buat tak tahu atau kita memilih untuk mengikuti ajaran dan ajakan manusia lain, maka kita tolak.
Saudara, keenam, jika begitulah riaksi dan tindak tanduk kita, maka pastilah kita tergolong dari kalangan 72 golongan yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu mengakui kita Islam tetapi gagal mendapat syurga sebaliknya kita terjerumus ke dlam neraka. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam akhir zaman nanti memang ramai, tetapi keimanan mereka rapuh malah tak bererti sedikitpun seumpama banyaknya buih air di permukaan lautan. Apabila diiup angin akan bertaburan. Sebagaimana buih tidak ada gunanya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam selepas kewafatan beliau akan berpecah menjadi 73 golongan atau mazhab, oleh kerana mereka tidak berpandukan kpd as-Sunnah dan tidak berjema'ah, maka mereka secara hakikinya bukan Islam. Maka ketika kiamat dunia mereka gagal mendapat syurga. Sebaliknya dicampakkan ke dalam neraka - sebagaimana orang yg tidak Islam dan sebagaimana orang yg munafiq dalam Islam - kerana gagal menepati spesifikasi Islam yg haq iaitu hendaklah pertamanya ikuti as-Sunnah (i.e. jadikan al-Quran al-Quran dan al-Hadith panduan dan panduqn ugama) dan hendaklah berjema'ah dalam Islam (Ayat 103, Surah ali-Imran).
Oleh itu, untuk mendapat kejayaan dalam bulan Ramadhan ini kita hendaklah berpuasa dan mengerjakan amalan dgn penuh rasa keimanan dan inginkan mendapat pahala yg maksimum ketika siangnya dan ketika malamnya, kita wajib akur dgn ketetapan atau prinsip-prinsip yg disebutkan di atas itu. Ingatlah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg mengerjakan amalan dan ibadah yg tidak menepati apa yg dibawakan atau ditunjukkan atau dicontohkan oleh beliau (yakni, berpandukan cara dan kaedah serta bentuk-bentuk yg ditetapkan oleh as-Sunnah), maka amalan tersebut walau banyak mana sekalipun tidak diterima Allah (a.w). Kita akan rugi. Kita pasti rugi. Beramal dan beribadah sebanyak mungkin dalam bulan Ramadhan - siang dan malam - menganggapkan bahawa kita menepati ketetepan berpuasa dgn penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala maksimu dan mengerjakan amalan dan ibdah ketika malamnya pula, kita tak dapat apa-apa! Oleh itu berwqspadalah. Kita mungkin tak temui Ramadhan tahun depan ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment