Thursday, August 18, 2011

Puasa Ramadhan & Aidil Fitri

Assalamualaikum,
Saudara, tak lama lagi Ramadhan akan berakhir, mungkin pada 29 Ogos atau 30 Ogos, ketika kelihatan anak bulan Syawal. Itulah hari kemenenagan atau hari kegembiraan umat Islam yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) - kejayaan menamatkan puasa Ramadhan dgn penuh keimanan kerana berpuasa mencari sebanyak mungkin pahala dari Allah (a.w), maka mereka yg berjaya sedemikian dikurniakan Allah (a.w) pahala yg amat besar iaitu dihapuskan segala dosa-dosanya yg lalu dan disediakan baginya syurga. Kalau kita berpuasa sambil lewa dan tidak menjaga pantang larang berpuasa, bercakap bohong, melakukan pelbagai kemaksiatan, termasuklah memfitnah, bergaduh, memaki hamun, mencaci cela, dll lagi perbuatan yg batil, maka yg kita dapat hanyalah dosa, pahala kita kosong, dan dapat lapar dan dahaga sahaja.
Saudara, bermula masuknya waktu Maghrib, kita disuruh bertahlil dan bertakbir, sebagai lambang membesarkan syiar Islam iaitu merayakan Aidil Fitri. Kita lihat beberapa ketetapan as-Sunnah bersabit dgn Aidil Fitri untuk panduan kita dan untuk kita amalkan. 
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zaiyinu ‘ayadakum bit-takbiri’ (Yg bermaksud: Menghiasilah pada Hari Raya (Aidil Fitri) kamu sekelian dgn membaca Takbir (yakni, membaca Takbir sebanyak-banyaknya).’ [Hadith at-Tobrani dalam Kitab Saghir]
[Nota: Takbir dalam syariat Islam hanyalah membaca kalimah-kalimah berikut: ‘Allahu akbar 3x; Lai-ilaha ilallah, wallahu akbar; Allahu akbar wa-lillahi ilham’ sahaja. Kalimah-kalimah tambahan yg berbagai yg dibacakan oleh majoriti orang Islam sekarang ini tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah atau tidak dicontohkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w). Perkara-perkara sedmikian, jika kita jadikan amalan rutin atau lazim termasuk dalam bid'ah - nampak baik tapi ditegah Allah (a.w) dan RasulNya.]
Hadith ini menyuruh kita bertakbir ketika masuk waktu Maghrib sehingalah siang harinya sebagai tanda kejayaan kita menepati perintah Allah (a.w) mengerjakan rukun Islam yg ke-3 - berpuasa di bulan Ramadhan. Dalam hadith berikut pula, Kita disuruh lakukan pelbagai pula amalan bagi mengagungkan Aidil Fitri tersebut.
Diriwayatkan hadith dari Said b Ausin al-Ansori hadith dari bapanya (r.a) berkata: ‘telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iza kana yaumu aidil-fitri wa-qafatil malaikatu ‘ala abwabit-turuqi, fanadau: ‘’U’du ya ma’syaral muslimina ila rabbi karimin yamunnu bil-kahiri, thumma yuthibu ‘alaihil jazila laqad umirtum bi-qiamil-laili fa-qumtum, wa-umirtum bis-siamin-nahari fa-sumtum, wa-ata’tum rabbukum faghbidu jawaizukum. Faiza solla nada munadi: Ala inna rabbakum qad ghafaralakum farji-‘u rasyidina ila rihalikum fahua yaumul jaizati, wa-yusamma zalika yauma fis-sama’i yaumal-jaizati.’ (Yg bermaksud: Ketika ada pada hari Aidil Fitri berhenti para malaikat di atas beberapa pintu jalan, maka memanggil mereka (malaikat): ‘Berpagi-pagilah wahai orang-orang Islam kpd tuhan kamu yg Maha Mulia memberi khabar Allah (a.w)  dgn kebaikan, memberi pahala Allah (a.w)  yg banyak nescaya sungguh diperintahkan kamu sekelian menetapi (i.e. beribadah) di waktu malam, maka menetapi kamu sekelian; diperintahkan kamu sekelian dgn puasa di siang hari maka berpusa kamu sekelian; (perintahkan) dgn ketaatan akan tuhan kamu, maka menerimalah beberapa pemberian/pembaasan’. Maka ketika telah solat mereka (yakni, selesai Solat Aid) memanggil orang-orang yg memanggil (yakni, para malaikat rahmat): ‘Ingatlah sesungguhnya tuhan kamu sungguh-sungguh telah diampunkan Allah (a.w) kembalilah orang-orang yg benar kpd rumah-rumah kamu sekelian (ie. bergembira sesama keluarga), hari raya hari pemberian, dan disebutkan di dalam langit ‘hari pemberian’.) [Hadith at-Tobrani dalam Kitab Kabir]
[Nota: Pada 1 Syawal, kita disuruh bersegera ke masjid mensolatkan Solat Aidil Fitri (dan Aidil Adha, pada 10 Zulhijjah pula) dan kemudian balik ke rumah]
Saudara, demikianlah utamanya puasa dan AidilFitri itu. Walaupun kita bergembira di malam Aidil Fitri itu, Allah (a.w) anugerahkan kita tambahan pahala yg besar pula jikakita mengerjakan amalan di malam Aidil Adha. Antara amalan tambahan itu adalah bertakbir sebanyak mana yg termungkin.
Diriwayatkan hadith dari abi Umamah hadith dari nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man qama lailata-yil-‘idaini muhtasiban lillahi lam yamut qalbuhu man yauma tamutul-qulubu.’ (Yg bermaksud: Barangsiapa menetapi/ ibadah malam dua hari raya (i.e. Aidil Fitri dan Aidil Adha) (yakni, malam Aid) kerana mencari pahala tidak mati hatinya, barangsiapa dihari matinya hati-hati mereka.) [Hadith ibnu Majah]
[Nota: Orang yg mati hatinyaadalah orang yg apabila dinasihatkan tidak mahu mendengar dan menerima nasihat. Saudara, ramai orang yg akui dirinya Islam yg mati hatinya, kerana apabila disuruh mengaji al-Quran dan as-Sunnah diremehkannya, atau apabila dikatakan sesuatu amalan itu  adalah bertentangan dgn Islam, tidak diendahkannya, atau apabila diberitahu bagaimana hendak bersolat menepati solat Rasulallah (s.a.w), dia dengar cuh tak acuh sahaja, maka itulah contoh orang yg'mati hatinya' - ketika diberitahu yg haq, dia menolak atau tidak mengindahkannya.]
Mudah-mudahan kita diberi kesempatan oleh Allah (a.w) melakukan ibadah di malam Aidil Fitri. Dan, lebih utama, kita diberi kesempatan oleh Allah (a.w) dipanjangkan umur supaya sempat menemui Ramadhan yg berkat tahun depan pula. Manalah tahu Ramadhan tahun ini berlu, dan kita telah merugikan diri kita sendiri. Kerana, seseorang yg tidak berpuasa Ramadhan semata-mata kerana keimanan dan inginkan ganjaran pahala dari Allah (a.w), maka dikikis dosa-dosanya yg telah lalu, bersih dia dan dapat dia syurga, apakala dosa-dosanya terhapus. Kalau kita tidak berpuasa dalam keadaan sedemikian, apakala berlalu Ramadhan, maka rugilah kita, serugi-ruginya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment