Assalamualaikum,
Saudara, dalam bulan Ramadhan itu, bagi mereka yg inginkan pahala tambahan yg banyak selain beristiqamah berpuasa dgn penuh keimanan dan penuh harapan mencari pahala maksimum dari Allah (a.w), adalah memberi makan dan minum orang yg berpuasa atau menjamu orang-orang yg berpuasa makan minum ketika berbuka dan bersahur. Inilah mesej hadith berikut.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahim hadith daripada Abdul Malik Ibni Abu Sulaiman, hadith daripada ‘Ata’. Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjamu (makan minum) orang-orang yang berpuasa, ada baginya (pahala dan kebaikan) seumpama pahala (dan kebaikan) orang-orang yang berpuasa (yang dijamunya itu) tiada mengurangi dari pahala (dan kebaikan) orang-orang yang berpuasa sesuatupun (yakni, pahala orang-orang berpuasa yang dijamunya itu didapati juga olehnya tanpa megurangkan pahala orang yang dijamunya).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum].
Saudara, fikirkanlah. kalau orang-orang yg berpuasa itu berpuasa mereka menepati syariat Islam yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, maka orang-orang sedemikian pastilah mendapat ganjaran pahala yg banyak melebihi 700 gandaan yg biasa dikurniakan Allah (a.w) atas perbuatan baik atau amal soleh. Maka orang-orang yg sedemikian itu mengumpul pahala yg begitu banyak untuk dirinya pada bulan Ramadhan. Kita yg menyediakan makan dan minum atau menjamu mereka ketika berbuka dan bersahur, jika mampu, mendapat pahala seumpama pahala orang yg kita beri makan dan minum tersebut. Sebaiknya, kalau orang-orang yg kita jamu itu berpuasa dan mengerjakan segalam amalan wajib dan sunat yg tidak menepati as-Sunnah pula, kita tak dapat apa-apa pahala tambahan kerana orang-orang yg mengamalkan amalan dan ibadah tidak menepati as-Sunnah tidak diterima Allah (a.w). Maka mereka tak dapat pahala. Kitapun tak boleh tompang pahala, kerana takda pahalanya!
Maka dgn itu, kita wajib mengerjakan amalan dan ibadah yg menepati ketetapan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Jika begitu amalan dan ibadah kita diterima Allah (a.w). Dan, amalan serta ibadah orang-orang yg menepati as-Sunnah dapat pahala maksimum, kita dapat tompang pula pahalanya tersebut kerana menjamu mereka ketika berbuka dan bersahur, tanpa mengurangkan sedikitpun pahala mereka.
Justeru itu, Islam galakkan kita menjamu makan minum bagi orang yg berpusa, kerana manfaatnya dalam konteks mendapat pahala dari orang-orang yg kita jamu. Kalau kita jamu 100 orang, kita dapat pahala puasa 100 orang. kalau 1,000 orang, kita dapat dividen pahala 1,000 orang yg berpusa itu. Masya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment