Assalamualaikum,
Saudara, apabila tiba Ramadhan kita diperintahkan oeh Islam supaya mengeluarkan zakat fitrah. Tahun ini, katanya nilai beras untuk zakat fitrah itu adalah RM 7.00 atau RM 8.00 sekepala.
Semua orang Islam yg hidup - termasuk bayi yg dilahirkan sebelum masuk Solat Aidil Fitri 1 Syawal - wajib membayar atau dibayarkan zakat fitrah oleh kedua ibubapanya. Zakat fitrah ini hendaklah diserahkan kpd Amil (i.e. orang yg ditugaskan mengutip zakat fitrah) sebelum bermulanya Solat Aidil Fitri, iaitu 1 Syawal. Jika diserahkan selepas solat tersebut, maka tidak dikira zakat fitrah. Hanya dianggap sebagai sedekah sahaja. Maka rugilah kita. Kenapa? Hadith berikut meyebutkan bahawa walau sebanyak manapun pahala yg kita perolehi kerana berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari itu, tidak akan kita perolehi kerana tergantung di langit, tidak sampai kpd Allah (a.w) dan tidak dikurniakan Allah (a.w) pahalanya!
Diriwayatkan hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Difardukan oleh Rasulallah (s.a.w) zakat satu so’ dari kurma atau satu so’ dari gandum atas setiap hamba dan orang merdeka dan orang lelaki dan orang perempuan dan budak kecil dan orang tua dari kalangan orang Islam dan memerintah Rasulallah (s.a.w) dgn zakat bahawasanya didatangkan (i.e. ditunaikan) sebelum keluarnya manusia kpd solat (Aidil Fitri).’ [Hadith Bukhari]
[Nota: Sok, ukuran dalam Islam berupa bekas seumpama gantang, bersamaan 2.7 Kg, barangan yg boleh dizakatkan spt kurma, beras, gandum, dll bahan makanan staple (lazim sesuatu masyarakat, spt masyarakat Melayu beras, masyarakat Arb kurma atau gandum.]
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘(Segala amalan) Bulan Ramadhan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat (pahala) bulan Ramadhan kpd Allah (a.w) kecuali dgn zakat fitrah (yakni, ditunaikan zakat fitrah).’ [Hadith Ibnu Syahin]
Saudara, oleh kerana itu, untuk membolehkan kita menerima segala pahala amalan dan ibadah kita di bulan atau sepanjang Ramadhan, wajiblah kita beringat supaya mengeluarkan zakat fitrah tersebut. Tambahan pula kita perlu serahkan wang RM7.00 atau RM 8.00 sekepala sebagai menyerahkan nilai satu sok beras atau gandum itu . Kalau kita ada anak 4 maka kita hanya perlu serahkan RM8.00 x 6 = RM 48.00 sahaja. Janganlah abaikan, kalau kita tak mau kerugian di akhirat kelak.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment