Assalamualaikum,
Saudara, insya Allah jika dipanjangkan umur kita umat Islam akan merayakan Aidil Fitri pada 30 Ogos atau 31 Ogos 2011, setelah sah nampak anak bulan Syawal atau jika mendung dilindungi dari nampak anak bulan itu, dikira dgn ilmu falaq bila jangkan jatuhnya 1 Syawal itu.
Walaupun kita disuruh bergembira merayakan Aidil Fitri setelah berpuasa dgn penuh keimnana selama sebulan dalam bulan Ramadhan, namun kitatidaklah dibolehkan bergembira mengikut amalan masyarakat jahiliah spt membakar mercun atau bunga api atau meriam karbaid buluh, atau mengerjaka maksiat seolah telah dilepaskan dari belenggu nafsu syahawat yg di kurung sepanjang Ramadhan seperti ke kelab-kelam malam atau dangdut atau ke rumah urut dan sebagainya. Orang iman itu bergembira mengikut adab dan tatasusila orang iman, bukan orang kafir atau munafiq atau orang yg kekal diselubungi oleh perlaku jahiliah!
Antara, adab-adab orang iman ketika merayakan Aidil Fitri (dan juga Aidil Adha = Raya Haji) adalah seperti berikut:
(a) Mandi Junub di pagi Aidil Fitri (dan Aidil Adha)
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ bahawasanya Abdullah b Omar (r.a) adalah dia mandi junub (di pagi) har Aidil Fitri sebelum bahawa keluar dia untuk bersolat (Aidil Fitri) [Hadith Imam Malik dalam Muato’ di dalam kitab panggilan untuk solat.]
[Nota: Di pagi raya hendaklah mandi hadas besar atau junub]
Di dalam setiap sesuatu amalan yg diutamakan, seringkalilah kita disuruh tertibkan dgn mandai sempurnaseumpama mandi junub di pagi harinya, spt pada pagi Jum'at; ketika hendak mengerjakan umrah atau haji sebelum meniatkan umrah atau haji sebelum memakai pakaian ikhram; di pagi Aidil Fitri dan Aidil Adha sebelum ke masjid untuk bersolat, dll
(b) Memakai pakaian yg baru, cantik dan bersih.
Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah hadith dari Nafi’ bahawasanya ibnu Omar ada memakai di dalam Aidil Fitri dan Aidil Adha pada bagusnya pakaiannya.’ [Hadith al-Baihaqi di dalam Kitab Sunah Besar]
[Nota: Ketika tiba raya orang iman itu digalakkan memakai pakaian-pakaian baru yg cantik-cantik lagi bersih. Ibnu Omar (r.a) adalah sahabat Nabi (s.a.w), maka dgn itu beliau semestinyalah sering berdamping dgn Nabi (s.a.w), dan mencontohi perlakuan Nabi (s.a.w). Justeru itu, hadith ini menunjukkan perlakuan beliau, walaupun tidak secara langsung, memberitahu perbuatan Rasulallah (s.a.w). Hakikatnya, seorang sahabat yg alim sebagaimana ibnu Omar, ibnu Abbas, Khuzaifah, Anas, Zubeir dll itu melambangkan sunnah Rasulallah (s.a.w) dalam perkara adab dan tatasusila dalam Islam.]
Dalam hadith berikut pula diperjelaskan lagi bahawa prinsip asanya dalam Islam adalah Allah (a.w) itu sukakan sesuatu yg bagus dan cantik molek, maka dalam apa jua amalan dan kelaziman, lebih diutamakan yg baik-baik dan yg cantik lagi bersih, termasuklah perangai dan perbuatan yg baik-baik.
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Masud hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Innallah jamilun yuhibbul jamal, alkibru batarul-haqqi wa-ghamtun-nasi.’ (yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) itu bagus dan Allah (a.w) senang (atau sukakan) yang bagus. Kesombongan itu adalah menolak (sesuatu) yg haq (i.e. kebenaran) dan meremehkan (i.e. memperlekehkan) manusia.’ [Hadith Muslim, Kitab Iman]
[Nota: Pada hari Raya digalakkan memakai pakaian baru yg cantik dan baru, kerana Allah (a.w) sukakan yg baik-baik. Dalam asbabul nuzul hadith ini seorang sahabat melapurkan kpd Rasulallah (s.a.w) tentang seorang sahabat lain yg suka mengenakan pakaian baru yg hebat, dicurigai seolah-olah sombong dan menunjuk-nunjuk. Maka diberitahu bahawa ‘sombong dalam Islam’ itu buka berpakaian cantik dan hebat, asalkan tidak kerana riak, tetapi menunjukkan kegembiraan ketika selesai puasa dan datangnya raya, tetapi sombong dalam Islam adalah orang yg menolak yg hak, yakni apabila disebut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dia persoalkan atau tidak mau terima, dan dia pula mengecil-ngekilkan manusia lain atau memperlekehkan orang iman yg lain.]
Saudara, seperti yg dijelaskan dalam nota di atas itu konsep sombong dalam Islam adalah orang yg menolak kebenaran dan meremehkan atau merendah-rendahkan orang lain. Contoh: jika dikatakan jangan buat itu dan ini kerana ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah(s.a.w), seumpama mngerjakan bid'ah yg diistilahkan pula 'bid'ah hasanah', setelah jelas begitu banyaknya ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah menegah atau melarang dlakukan atau diamalkan sedemikian amalan, kekal berkeras menolaknya, maka orang sedemikian dikira sombong. Orang yg dicap sombong tidak akan masuk syurga. Apatah lagi sombong kerana mempersoalkan kebenaran atau menolak kebenaran, pasti tak dapat syurga (Sila rujuk ketetapan Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa dan ketetapan mewajibkan ikut dan akur dgn perintah atau suruhan Rasulallah (s.a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa dan Ayat 7, Surah al-Haysr - yg berkali-kali kira rujuk dalam blog ini.)
(c) Bersarapan atau Makan Sebelum ke masjid untuk solat Aidil Fitri
Saudara, kita disuruh supaya makan atau bersarapan dahulu di pagi Aidil Fitri sebelum kita ke masjid untuk menunaikan Solat Aidil Fitri secara berjema'ah. Melakukan sedemikian itu melambangkan kegemberian kita kerana berjaya menamatkan puasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan kesyukuran mengharapkan pahala terbaik dari Allah (a.w) [Nota: Sebaliknya, kita disuruh ke masjid dahulu untuk mensolatkan Solat Aidil Adha, kemudian balik barulah kita makan atau bersarapan. Kerana sebelum tibanya Aidil Adha kita tidak berpuasa, maka tidak ada lambang kegembiraan makan di pagi Aidil Adha.]
Menceritakan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) tidak keluar pada hari Aidil Fitri sehingga makan (i.e. makan dulu) dia dan tidak makan dia pada Aidil Adha sehingga setelah bersolat dia (Aidil Adha).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Jum’at]
Diriwayatkan hadith dari Abdillah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) adapun dia keluar dia pada hari Raya Aidil Fitri dengan keadaan orang yg mengeraskan (i.e. memperkuatan) suara ketika membaca Tahlil dan bertakbir ...’ [Hadith Baihaqi dalam Kitab Iman]
[Nota: Sunnah dalam Islam supaya makan atau bersarapan dahulu sebelum ke tempat Solat Aid ketika Aidil Fitri, dan keluar untuk Solat Aidil Adha dahulu kemudian kembali bagi makan atau bersarapan.]
Betapa pentingnya amalan atau adab makan di pagi Aidil Adha itu, dijelaskan lagi dalam hadith berikut. Kalau tiada apa yg boleh dijadikan sarapan, dan hanya saki baki kurma Ramadhan yg tinggal, maka kita disuruh makan kurma (sebaik-baiknya 7 ulas). Ini dijelaskan dalam hadith berikut.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) tidak keluar pagi hari Aidil Fitri sehingga makan dia beberapa (biji) buah tamar.’ [Hadith Bukhari di dalam Kitab Jum’at]
[Nota: Ketika tiba hari Aidil Fitri, maka makanlah sebelum ke masjid (atau tanah lapang) untuk Solat Aidil Fitri. Sekurang-krang memakan beberapa biji (sebaik-baiknya 7 biji) buah tamar.]
(d) Bertahlil di pagi Aidil Adha dgn Menguatkan Suara
Dalam hadith berikut, kita disuruh bertahlil yakni membaca kalimah-kalimah Takbir yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) di pagi raya dalam perjalanan ke masjid atau surau untuk bersolat. [Nota: Dalam Islam bertahlil bermaksud membaca kalimah Tahlil = La ilaha ilallahha'. Ketika Aidil Fitri dan Aidil Adha bertahlil bermaksud melaungkan kalimah-kalimah takbir yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) dan hadith berikut dgn lantang dalam perjalanan ke tempat solat sebagai melambangkan kegembraan kita berjaya di bulan Ramadhan dan menunjukkan kpd kaum-kum yg tidak Islam betapa hebatnya Islam.]
Berfirman Allah (a.w): ‘... yuridullahu bikumul-yusra wa-la yuridu bikumul-usra wa-litukmilul-‘iddatia wa-litukabbirullha ‘ala ma hadakum wa-la’allakum tasykuruna’ (Yang bermaksud: ... menghendaki Allah (a.w) bagi kamu sekelian kesenangan dan tidak berkehendakkan Allah (a.w) bagi kamu kesulitan dan supaya menyempurnakanlah kamu pada hitungan (hari puasa Ramadhan) dan supaya bertakbirllah kamu sekelian kpd Allah (a.w) atas apa-apa yg memberi petunjuk kepada kamu sekelian dan agar kamu sekelian bersyukur kamu sekelaian (kepadaNya).) [Ayat 185, Surah al-Baqrah]
Berfirman Allah (a.w): ‘... yuridullahu bikumul-yusra wa-la yuridu bikumul-usra wa-litukmilul-‘iddatia wa-litukabbirullha ‘ala ma hadakum wa-la’allakum tasykuruna’ (Yang bermaksud: ... menghendaki Allah (a.w) bagi kamu sekelian kesenangan dan tidak berkehendakkan Allah (a.w) bagi kamu kesulitan dan supaya menyempurnakanlah kamu pada hitungan (hari puasa Ramadhan) dan supaya bertakbirllah kamu sekelian kpd Allah (a.w) atas apa-apa yg memberi petunjuk kepada kamu sekelian dan agar kamu sekelian bersyukur kamu sekelaian (kepadaNya).) [Ayat 185, Surah al-Baqrah]
[Nota: Ktika tibanya Aid, orang Islam disuruh bertakbir dan bertahlil. Sila rujuk nota kaki pada hadith berikut. Malangnya hari ini majoriti umat Islam mengadkan Majlil Tahlil sebagai amalan rutin, maka tergologlah amalan tersebut sesuatu amalan yg bid'ah. Kerana sesuatu amalan yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), kemudian kita jadikan amalan rutin pula seolah-olah masyarakat umum beranggapan itu adalah sebahagian syariat Islam, adalah jelas bid'ah.]
Saudara, yg dimaksudkan Tahlil dan Takbir ketika tiba Aidil Fitri dan Aidil Adha itu adalah membaca kalimah-kalimah g disebutkan dalam hadith berikut. Jangan kita menambah. Kerana, dalam perkara ugama Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak berani membuat penambahan kpd syariat Islam yg ditetapkan oleh Allah (a.w) melalui wahyu atau perantaraan malaikat Jibril (a.s).
[Nota: Ketika tiba Aid maka hendaklah membaca (kalimah) Tahlil = Lailaha illah dan baca (kalimah) Takbir = Allahu Akbar. dengan menguatkan suara. Yg disuruh baca adalah kalimah dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata dia: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Menghiasilah sekelian kamu pada beberapa hari raya (Aidil Fitri) sekelian kamu dengan takbir.’ [Hadith sahih riwayat at-Tobrani]
Justeru itu, sebaik sahaja dicukupkan puasa dan nampak anak bulan Syawal, atau diumumkan oleh pemerintah tarikh raya puasa itu, maka disunatkan umat Islam bertakbir sehinggalah pagi esoknya, sampai didirikan solat Aidil Fitri. Takbir itu hanyalah menyebut ‘Allahu Akbar (3x), La ilaha illallah Wallahu Akbar, Allahu Akbar Walillahi Ilham’ sahaja. Yang lain tidak diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan menokok tambah kepada takbir tidak membuahkan sebarang pahala tambahan tetapi mengundang dosa pula, jika perbuatan tersebut termasuk dalam kategori membuat ‘perkara-perkara baru dalam ugama’ yakni ‘bid’ah’! ]
Semoga tidaklah kita memandai-mandai dalam Islam. Kerana yg rugi kita bukan orang lain. Orang yg mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah mengikut kaedah pengilmuan yg benar faham tentang implikasi dan akibatnya mengamalkan sesuatu pembaharuan dalam perkara ugama. Kerana kita diberitatu bahawa bida'ah mengakibat satu atau kesemua perkara berikut: Pertama, amalan yg tercemar dgn bid'ah tidak diterima Allah; kedua, lebih serius lagi, walaupun kita amalkan satu bida'ah, kesemua amalan dan ibadah kita ditolak oleh Allah (a.w); ketiga, jika kita amalkan bid'ah, kemudian kita melakukan dosa, kita pohon keampunan dan bertaubat, Allah (a.w) tidak menerima taubat kita; keempat, lagi lebih serius, kalau kita beramal dgn bid'ah maka kesemua amalan dan ibadah kita yg fardu dan sunat, apapun bentuk amalan - termasuk puasa kita bulan Ramadhan ini - tidak diberi pahala oleh Allah (a.w); dan kelima, lebih penting dan lebih merugikan adalah, kita tekeluar dari Islam tanpa kita sedari, seumpama sehelai rambut yg termasuk ke dalam adunan tepung roti, apabila kita tarik rambut itu keluar, tidak melekatpun sedikit sisa tepung adunan tersebut pada rambut. Begitulah segala amalan dan ibadah kita tak lekat pada kita dalam mendapatkan pahala. Sia-sia saja. Maksudnya, sia-sia segala amalan kita dan kita menjadi kafir, wal iya zubillah!
Saudara, majoriti umat Islam menolak isu bid'ah ini dan mereka berhujjah wujudnya bid'ah hasanah' itu, walhal Rasulallah (s.a.w) menyebutkan kesemua pembaharuan adalah bid'ah dan kesemua bid'ah, tanpa pengecualian, adalah sesat, dan kesesatan menjerumuskan pengamalkan ke dalam neraka. Tida ada kebaikan pada bid'ah dan mengamalkannya. Kita yg rugi! Oleh itu berwaspadalah ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment