Assalamualaikum,
Saudara sudah agak lama kita tidak mendengar kata-kata hikmah yg boleh menjadi panduan harian kita yg Islam dan berimana, terutama dalam bulan Ramadhan ini. Dalam bulan Ramadhan ini segala amal soleh kita dikurnuiakan Allah (a.w) ganjaran pahala melebihi 700 gandaan dalam bulan-bulan selain Ramadhan. Pagi ini kita lihat dan fahami hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ b Abdillah hadith dari Farwat b Kaisin hadith dari ‘Atok b Abi Rabah hadith dari ibnu Omar (r.a) bahawasanya berkata: ‘Adapun aku bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w) maka datang kpdnya seorang lelaki golongan Ansor, maka memberi ‘salam’ dia atas Nabi (s.a.w), kemudian berkata (i.e. bertanya) dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Manakah orang mukmin yg afdhal (i.e. lebih utama)?’ Bersabda Nabi (s.a.w) (menjawab): ‘Ahsanuhum khuluqan’ (Yg bermaksud: Lebih baik budi pekertinya). Berkata (lelaki) (bertanya lagi): ‘Maka manakah orang mukmin yg bijak (atau pintar)?’ Bersabda Nabi (s.a.w) (menjawab): ‘Aktharuhum lil-mauti zikran wa-ahsanuhum lima ba’dahu isti’dadan, ulaika al-akyasu.’ (Yg bermaksud: Yg lebih banyaknya mereka pada kematian ingatkannya (yakni, ingatkan kematian selalu) dan lebih baiknya mereka dgn apa-apa sesudah matinya persiapan (i.e. menyediakan) dirinya (yakni, mengerjakan amalan dan ibadah ketika hidup sebagai menyediakan diri untuk kebajikan akhiratnya), mereka itulah orang yg bijak (atau pandai dan pintar)) [Hadith Ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Saudara, Rasulallah (s.a.w), dalam hadith ini menyebut dua golongan umat Islam yg iman; iaitu pertama, orang yg dianggap afdhal dalam Islam, iaitu orang Islam yg beriman yg terbaik akhlak dan budi pekertinya; dan kedua, orang yg pintar dalam Islam itu adalah orang yg sering mengmuhasabah atau menghisab dirinya, maka dia berusaha menyediakan sebanyak mungkin bekalan pahala untuk akhiratnya.
Kedua-dua nasihat ini amat penting dalam bulan Ramadhan - bulan yg baraqah ini - kerana selain gandaan pahala yg amat banyak sampai memungkin kita yg berpuasa dgn penuh keimanan dan istiqamah mencari dan mengharapkan setinggi mungkin balasan pahala oleh Allah (a.w), kita dapat bekalan yg amat banyak untuk kehidupan di alam akhirat. Itu yg lebih penting.
saudara, dalam hadith yg lain kita disuruh oleh Rasulallah (s.a.w): 'Hasibu anfusahum qabla an tuhasibu' (Yg bermaksud: Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab). Jika kita menghitung dosa pahala kita setiap hari, maka kita akan lebih berwaspada untuk mengurangkan perbuatan yg mendatangkan dosa dan kita lebih suka melakukan sesuatu yg mendatangkan pahala, dan sentiasalah memohon keampunan Allah (a.w) atas dosa-dosa kita yg lalu dan melakukan banyak amalan yg boleh menggandakan pahala serta yg boleh menghakis dosa-dosa kita, seumpa Solat Tasbih sekurnag-kurangnya sekali seminggu, contohnya.
Semoga kita diberi kelapangan serta kekuatan untuk berpandu dan memanfaatkan nasihat dalam hadith ini, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment