Monday, August 8, 2011

JAIS, Gereja, Islam, Kristian dan Bantuan ...

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini dalam beberapa akhbar terdapat lagi ripples ombak letupan serbuan JAIS ke Gereja Methodist Damansara Utama beberapa hari lalu. JAIS dan Hassan Ali dan tindakan Padri gereja itu juga wajar diberi penghargaan kerana secara tak langsung, nampaknya, banyak pihak digerakkan dari kenyenyakan tidur mereka, termasuklah Majlis Fatwa Kebangsaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan menterinya, Sharizat A Jalil, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), PAS dan beberapa jabatan ugama yg lain dan beberapa individu berpeluang pula menulis pendapat dalam akhbar ...
Saudara, dalam akhbar Berita Harian, contohnya, terbitan hari ini (8 Ogos 2011), Manja Ismail menulis, Pengerusi Majlis Ftwa, Dr Abd Shukor Hussin, Shahrizat bercakap (yg berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat diperuntukkan RM 1.2 biliion setahun untuk membantu orang yg memerlukan bantuannya, mengarahkan supaya kurangkan birokrasi - mengapa tidak hapuskan saja birokrasi?), bercakap juga Ketua Pengarah JAWHAR, Anan C Mohd, supaya semua PPZ mempercepatkan pengagihan zakat kpd orang yg berhak. Alhamdulillah, ada yg sudah bangun dan merasai bahawa mereka tidak berfungsi sebaik mana gereja itu berfungsi.
Saudara, dalam blog ini kita telah komen. Kita tidak boleh salahkan gereja atau siapapun. memang tugas sebuah gereja dan seorang padri mencari pengikut seramai yg mungkin, mengaturkan program yg boleh menarik ramai pengikut kpd ajarannya. Tugas badan atau jabatan ugama Islam adalah supaya seramai mungkin umat Islam dapat diberi panduan dan bimbingan supaya seramai mungkin antara mereka dapat diselamatkan dari neraka dan berjaya dimasukkan ke dalam syurga. Tugas pemimpin Islam adalah supaya mengilmukan dan memberi kefahaman kpd umat Islam supaya jangan kembali ke alam kegelapan musyrik dan kafir, kerana kalau kafir dan syirik, sudah pasti dicampakkan ke dalam neraka oleh malaikat, dan pasti disiksa dalam kubur setelah matinya mereka. Kita sudah sebutkan bahawa mengakui diri Islam atau mengakui kita telah berusaha untuk membimbing umat Islam tidak cukup aklau kita sendiri yg membimbing umat Islam dan yg menguruskan jema'ah umat Islam dilekakan oleh dunia, kedudukan, wang ringgit, nama dan gelaran dan dapat rub shoulders dgn orang yg berkuasa yg akan menganugerahkan kita tempat, taraf, darjat dan nama di dalam dunia, kita abaikan tanggungjawab berdakwah dan mencelikkan umat Islam kpd tuntutan ugamanya, kerana kita digaji atau diupah untuk mencelikkan mereka dan berdakwah kpd umat Islam. Apabila umat islam diberi kefahaman tidak ada masalah kalau ada pihak yng memujuk mereka ke arah kebinasaan di akhirat, yakni masuk neraka. Takda siapa yg mahu masuk neraka. Malah Padri di gereja yg menjadi ontroversi itupun tak mahu masuk neraka, kalaulah dia faham dan diberi kefahaman tentang tanggungjawab manusia - Ayat 57, Surah az-Zariat dan Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa' itu. Kalaulah padri itu faham bahawa 'al-Kitab' yg mereka agungkan itu bukannya Kitab Injil,  Nabi Isa (a.s) atau Kitab Zabur yg kononnya mereka berikan kpd orang Islam yg terlibat itu bukan Kitab Zabur Nabi Daud (a.s) atau kitab yg dikatakan mirip Kitab Taurat Nabi Musa (a.s) itu bukanlah kitab-kitab asli tersebut. kalaulah orang Kristian dapat diberi kefahaman bahawa Isa (a.s) bukannya anak Tuhan, maka pastilah mereka akan memeluk Islam. Kerana, sesiapa yg faham Islam, pasti tidak akan menolak Islam!
Saudara, lebih utama kalaulah badan spt JAIS, Majlis Fatwa, JAWHAR, khususnya orangorang yg memimpin organisasi tersebut cukup ilmu dan faham tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, tidak akan timbul permasaalahan yg mencetuskan kontorversi itu. Kerana, yg utama bagi kepimpinan dan ulama' Islam adalah mengilmukan umat islam dan memberi kefahaman kpd mereka tentang tuntutan Islam, supaya jangan mereka kekal tersesat apabila mengutamakan tuntutan manusia yg mengakui diri mereka berilmu dan ulamak serta faham Islam pada hal mereka tidakpun faham mesej al-Quran dan ketetapan Islam dalam as-Sunnah, mereka akan membantu semua pihak yg ingin mengilmukan umat Islam, pihak-pihak yg secara sukarela, ingin memberi kefahaman kpd umat Islam tentang Islam. Mereka tidaklah berdegil dan keras hati bahawa Islam itu sama dgn fahaman kemazhaban. Tidaklah mereka menokok tambah kpd syariat Islam sebagaimana yg dibawakan,diajarkan dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Tidaklah mereka membelakangkan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) dan megutamakan fahaman dan ajaran kemazhaban spt as-Syafie atau Hanbali atau Maliki atau Hanafi atau Wahhabi atau salafi atau salafus-Soleh atau apa jua jenama, bagi masyarakat lain di dunia, fahaman as-Sunni dan Syiah. Kesemua itu adalah branmd Islam yg akan menyesatkan pengikut-pengikut mereka sekiranya terdapat sesuatu ajaran yg sama sekali bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam wajib faham bahawa Islam atau 'siratul mustaqim' itu hanyalah berpandukan dan mematuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata. Apa-apa yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah pastilah batil, jika dijadikan panduan dan diikuti pasti sesat, tidak akan dapat syurga!  
Saudara, adalah menjadi tanggung jawab pemimpin umat Islam bahawa mereka berilmu dan faham Islam. Mereka wajib berdakwah memberi kefahaman kpd umat Islam, apabila mereka sendiri sudah berilmu dan faham. kalau mereka memimpin umat Islam dgn sesuatu yg batil (i.e. bertentang dgn al-Quran dan as-Sunnah) mereka akan menerima dosa dan kiriman dosa dari mereka yg dipimpin, kerana setiap kebatilan yg diajarkan, akan mendatangkan dosa dan orang yg mengerjakan kebatilan yg kita dakwahkan akan mengirim dosa kpd kita sebagai pemimpin umat. Sebaliknya, setiap yg haq yg kita ajarkan dan bimbing pengikut kita, yakni umat Islam, kita mendpat ganjaran pahala, dan kiriman pahala pula. Bukankah ini lebih utama bagi mereka yg menjawat jawatan memimpin dan memandu umat Islam? Sebenarnya, jikalah dakwah orang-orang yg menganggotai badan-badan ugama tersebut, jikalah program yg diamanahkan kpd badan-badan tersebut, dilaksanakan menepati tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, kita tak perlu ragu dgn umat Islam, kerana mereka faham bagaimana mungkin hnedak selamat di dalam alam barzah dan di alam akhirat. Kejahilan di kalangan kepimpinan dan dikalangan ummahlah yg menyebabkan orang yg akui dirinya Islam mencari sumber ilmu dan sumber keselamatan dunia dan akhirat dari pihak-pihak yg bukan Islam.
Mudah-mudahan, dgn kejutan gereja tersebut, kepimpinan ummah sedar dan disedarkan. janganlah, keran seumpama orang yg terlalu lena dgn tidurnya, setelah digegarkan atau diketukan, ltak lama kemudian akan terlena semula dan mimpikan kesenangan dunia, tanpa menyedari bahawa akahiratnya tergugat ... Sesal dahulu pendapatan, kata pepatah Melayu, sesal kemudian takda gunanya. Oleh itu semaklah diri, perbetulkan ilmu dan kefahaman diri, dan perbetulkanlah amalan, dan tindaktanduk kita, supaya jangan berlainan dari al-Quran dan as-Sunnah, bertindaklah menyempurnakan amanah masing-masing, kerana pengurusan ilmu, termasuk pengurusan zakat adalah urusan fi sabilillah, yg tidak boleh dianggap enteng dan diremehkan. Dan, tidak boleh disalahgunakan. Tambahan pula, ketetapan Islam dalam al-Quran dan as-Sunnah tidak boleh diremehkan.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment