Assalamualaikum,
Saudara, tidak ramai orang Islam yg berkesempatan menemui Malam Qadr atau Lailatul-Qadr itu. Mungkin tahap keimanan dan ketaqwaan kita belum sampai ke tahap yg Allah (a.w) kurniakan begitu banyak dan terbaiknya ganjaran pahala. Namun, sebagai seorang Islam yg beriman - mengerjakan amalan dan ibadah sebaik mungkin secara istiqamah dan penuh kesabaran, mengharapkan Allah (a.w) selamatkan kita dari siksaan neraka dan diberi Allah (a.w) kerahmatanNya (Ayat 57, Surah al-Israk) - wajarlah kita usahakan.
Saudara, di dalam hadith berikut dijelaskan bahawa suatu zaman sebelum Islam - sebelum Rasulallah (s.a.w) dinobatkan sebagai Rasul akhir zaman dan penghulu kesemua Rasul dan Nabi, ada 4 orang ulamak Bani Israil yg mengerjakan amalan sepanjang hidup mereka tanpa sedikitpun membuat dosa atau maksiat, menumpukan kehidupan mereka mengerjakan ibadah dan amalan kpd Allah (a.w) kerana ingin selamat dari neraka dan diberikan kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga, mengerjakan amalan dan ibadah yg terbaik selama 80 tahun. Apakala diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) kpd para sahabat betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan 4 orang Bani Israil tersebut, sahabat merasa hairan. Tak mungkin, pada fikiran mereka, mereka mampu mengerjakan amalan sedemikitandgn mencontohi perlakuan mereka itu. Allah (a.w) utuskan Jibril (a.s) memberitahu Rasulallah (s.a.w) Surah al-Qadr, yg menyebutkan bahawa Lalatul-Qadr itu berlaku hanya suatu malam di antara 10 malam terakhir Ramadhan. Jika ditemui Lailatul Qadr itu, pahala yg kita dapati adalah pahala 83.3 tahun beramal - melebihi ganjaran pahala yg diperolehi oleh 4 ahli ibadah Bani Israil tersebut yg mengerjakan amalan tanpa sedikipun dosa selama 80 tahun!
Diriwayatkan hadith dari Mujahid berkata: ‘Ada dalam (i.e. di kalangan) Bani Israil beberapa lelaki berdiri ketika malam sehingga waktu Subuh kemudian berjihad menentang musuh ketika siang sehingga petang maka mengerjakan lelaki (sedemikian itu selama) seribu bulan maka menurunkan Allah (a.w) ini ayat: ‘Lalatul qadri khairun min alfi syahrin’ (Yg bermaksud: malam Qadr itu adalah lebih baik drp seribu bulan.) Maka (menyambung Jarir) berdiri (pada malam Qadr = lailatul qadr) demikian lebih baik dari amalan demikian lelaki (i.e. yg empat itu).’ [Hadith ibnu Jarir]
Hadith ini memberitahu kita betapa istimewanya Malam Qadr itu. Hadith berikut pula menceritakan 4 ulama' atau ahli ibadah Bani Israil tersebut. Dan, betapa mereka dikalahkan oleh kita yg berkesempatan menemui Malam Qadr tersebut.
Diriwayatkan hadith dari Ali b ‘Urwat berkata: ‘Menceritakan Rasulallah (s.a.w) suatu hari (tentang) empat orang dari Bani Israil menyembah Allah (a.w) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun, maka menceritakan Rasulallah (s.a.w) (mereka itu adalah) Ayub, Zakaria, Hizqil b ‘Azuzi dan Yusa’ b Nun, maka berkata Ali: ‘Hairan para sahabat Rasulallah (s.a.w) dari demikian cerita.’ Maka datang pada Rasulallah (s.a.w) Jibril (a.s), maka berkata Jibril (a.s): ‘Wahai Muhammad (s.a.w)! Hairan engkau dan umat engkau dari ibadah mereka itu (i.e. segolongan 4 orang dari Kaum bani Israil yg mengerjakan ibadah selama) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun? Maka sungguh-sungguh telah menurunkan Allah (a.w) lebih baik dari demikian itu. Maka membaca dia (Jibril (a.s)) ‘Inna anzalnahu fi lailatil qadri @ Wa-ma adrakamalailatul qadri @ Lailatul-qadri khairaum min alfi syahrin’ ini lebih utama drp apa-apa yg hairan engkau Muhammad (s.a.w) dan umat engkau.’ Maka berkata Ali: ‘Maka menyukakan demikian (ganjaran pahala) oleh Rasulallah (s.a.w) dan manusia bersama-sama beliau (yakni, para sahabat).’ [Hadith ibnu Abi Hatim]
[Nota: Ayub, Zakaria dan Yusak adalah nabi zaman-zamannya, manakala Hizkil adalah orang iman biasa]
Saudara, begitu pemurahnya Allah (a.w) kpd kita umat Islam akhir zaman yg beriman. Walau bagaimana baiknya iman dan ketaqwaan manusia zaman akhir ini, tak mungkin kita bolehmenyaingi 4 orang yg disebutkan itu. Hari ini begitu banyaknya gangguan syaitah terhadap kita. Betapa rapuhnya pula iman kita. Betapa kurangnya keyakinan umat Islam tentang akhirat mereka. To compensate for that (= untuk mengimbangi kekurangan serta kelemahan umat Islam akhir zaman ini), Allah (a.w) berikan anugerah yg terbaik, walaupun mengerjakan ibadah yg sedikit, iaitu berIktikaf di masjid atau surau dan berkesempatan menemui malam Qadr itu, kita mendapat keuntungan besar demi akhirat kita.
Mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) kekuatan dan kesabaran yg kental untuk berIktikaf dan berusaha mencari Lailatul Qadr itu, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment