Assalamualaikum,
Saudara, kelmarin kita tlah komen berita (Berita Harian keluaran 5 Aug 2011) menarik tentang katanya 'pencerobohan' oleh JAIS premis greja (Greja Methodist Damansara Utama) di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 4 Aug 2011 (?). Pastor/padri Greja tersebut adalah Dr Daniiel Ho, rakan SU Agung MCA, Kong Chu Ha. Padri ini seorang yg dari segi akademik agaknya cerdik.
Kelmarin dalam akhbar Berita Harian dan Metro, kita dapat lagi maklumat disiarkan mengenai episod tersebut. Kata Pengarah JAIS yg baru, Marzuki Hussin, (yg menggantikan Dato' Mohd Husrin, kini SUK Selangor), yg membuat gemparan yg lebih hebat, bahawa ada bukti greja dan padri yg mengetuai greja tersebut, yg dikenal oleh beberapa tokok kuat politik MCA, cuba mengalihkan aqidah sekumpulan orang Melayu (yg 'Islam') untuk menukar ugama dgn diberikan bantuan untuk mengurangkan kesukaran hidup mereka. [Nota: Gemparan hebat kerana beliau lebih berani drpd Husrin. Malah tindakannya boleh memudaratkan kewibawaan barisan pemerintah kerajaan negeri di bawah kesepakatan antara Keadilan, PAS dan DAP dan mungkin pula menguntungkan Barisan (UMNO, MCA dan MIC dll)! Dan, boleh juga menunjukkan bahawa tiada kesepakatan halatuju antara wakil PAS dalam kerajaan negeri Selangor dan kepimpinan PAS Selangor, kerana terdapat percanggahan antara kepimpinan PAS Selangor (melalui komen Khalid Samad, MP PAS) dgn Ex-Co PAS Kerajaan Selangor Dr Hassan Ali. Dan, tiada penyelarsan tindakan kerajaan negeri apabila MB, Khliad Ibrahim, pula nampaknya (seemingly) tidak diberitahu oleh Dr Hasan Ali. Wallahu 'alam].
Saudara, dikatakan terdapat 50 orang 'Islam' (kebanyaknnya ibu tunggal) yg sering hadir program di greja tersebut yg dibantu setiap bulan oleh greja berkenaan, dgn syarat mereka hadir kursus pengajian dua kali seminggu. Ketika serbuan dibuat hanya 12 orang didaftarkan, yg lainnya sempat melarikan diri, katanya. Ketika serbuan di buat, seorang drp yg Islam itu sedang berceramah dgn merujuk kpd petikan al-Quran. Seorang wanita yg ditemubual, katanya, memberitahu bahawa orang 'Islam'yg melanggan bantuan greja tersebut diberikan kitab-kitab ajaran Kristian (ditunjukkan gambarnya, iaitu: 'al-Kitab - Berita Baik' dan 'Kitab Suci Zabur dan Injil') dan tape dan kaset lagu-agu mengagungkan Jesus dan ugama Kristian dan menjatuhkan al-Quran dan Nabi (s.a.w).
Saudara, ada beberapa isu penting yg perlu kita yg islam kedepankan; antaranya: pertama, tidakkah ada program bantuan oleh pihak pertubuhan atau badan ugama (atau kerajaan) sebagaimana JAIS untuk membantu dan membela orang Islam yg miskin dan sulit hidupnya, terutama di kalangan ibu-ibu tunggal, yg ditinggalkan oleh suami mereka atau yg diceraikan oleh suami mereka tanpa diberi nafkah anak-anak mereka? Kedua, apakah JAIS, contohnya, tidak mempunyai sumber untuk megadakan sebua pusat untuk pembelaan terhadap kaum ibu yg mempunyai anak yg sempit hidup mereka untuk mendakwa si suami yg curang dari menjelaskan tanggungjawab terhadap anak-anak yg mereka tinggalkan, sebuah Pusat Pembelaan Penganianyaan Ibu Tunggal? Ketiga, mengapakah begitu sukar bagi JAIS, contohnya, untuk mengadakan program bantuan kewangan bagi orang Islam yg memerlukan bantuan? Dan, mengapakan sumber kutipan zakat, sebagai contoh, tidak dimanfaatkan untuk membantu fakir miskin dan orang yg dalam kesusahan mendapat rezki (spt ibu tunggal dan anak-anak mereka)? Keempat, mengapakan JAIS, sebagai contoh, tidak mengdakan program pengilmuan yg terancang dan tersusun serta berterusan kpd golongan-golongan yg jahil tentang Islam (termasuk mereka yg terdesak hidup spt ibu tunggal, anak-anak muda yg rosak akhlaknya (yg merempit dan yg belajar di menara gading yg sering tidak melaksanakan tugas mereka terhadap Allah (a.w)), mereka yg bekerja yg dangkal ilmunya terhadap Islam, termasuklah mengilmukan wanita-wanita yg terlanjur, termasuklah yg bekerja di rumah/tempat maksiat spt SPA, rumah urut dan sebagainya? Kelima, mengapakah JAIS, sebagai contoh, tidak meneliti keutamaan (priority) program dan aktivitinya supaya tidaklah songsang, supaya mengutamakan yg lebih wajib (spt menyampaikan ilmu dan menghapuskan kebutaan ugama di kalangan umat Islam, termasuk diri mereka sendiri) dan meninggalkan yg kurang wajib (seperti mencari orang berbuat maksiat)?
Saudara, dalam isu terakhir ini, kita wajarlah teliti al-Quran dan as-Sunnah. Apakah Rasulallah (s.a.w) dan khalidfah ar-rasyidin al-mahdiyin - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, r.an) - menyuruh kita utamakan apa yg JAIS uatamakan? Yg ebih utama adalah menghapuskan kejahilan ilmu dalam diri mereka dan dalam diri orang Islam yg lain. Kerana, kejahilanlah yg membuatkan mereka tidak faham 'priority' dalam menjalankan tanggung jawab dan tugas. Mengapa tidak? Mengapakah JAIS menghalangi pengajaran ilmu al-Quran dan as-Sunnah oleh kumpulan-kumpulan persendirian dan berkelompok, jika yg diajarkan adalah al-Quran dan as-Sunnah? Mengapakah tidak JAIS memantau sahaja ajaran ugama masyarakat Islam supaya dipastikan yg diajarkan tidak lari dari dan tidak menyalahi al-Quran dan as-Sunnah? Nak tahu apakah sesuatu ajaran itu lari dari al-Quran dan as-Sunnah, mudah! Orang JAIS wajar berilmu dan faham al-Quran dan as-Sunnah. kalau mereka faham al-Quran dan as-Sunnah, maka golongan spt yg diserbu di greja itu tak timbul, kerena mereka diberi kefahaman ilmu bahawa sesiapa yg anuti ugama selain Islam pasti, apabuila mati disiksa dalam kubur, dan apabila kiamat dunia, pasti masuk neraka. Dan, orang-orang JAIS pasti memberi keutamaan kpd program dan proises dahwah dan pengilmuan. Kedua, tanpa ilmu tidak mungkin umat Islam di Malaysia hari ini dan di masa depan boleh dikawal prilaku mereka - spt orang-orang yg tidak bersolat, terutama Solat Jum'at, tidak berpuasa, minum arak, lelaki menceraikan isteri tanpa membayar nafkah anak, lelaki yg menggantung isteri tanpa bertali, berjudi, berpoya-poya, membiarkan media TV serta selebriti, spt pelakon dan penyanyi, mempengaruhi minda muda mudi dan kanak-kanak dgn gayahidup yg bukan Islam, dan sebagaimnya. Tanpa ilmu, kepimpinan Islam tidak faham tentang zakat dan penggunaan zakat. Mereka tidak faham tentang konsep dan hakikat infaq fi sabilillah yg lebih kerap dirujk oleh Allah (a.w) dan Rasullah dalam al-Quran dan as-Sunnah berbanding zakat! Ketiga, tanpa ilmu yg haq - iaitu al-Quran dan as-Sunnah, orang yg akui dirinya Islam atau menganggap atau berhayal bahawa dia Islam tidak akan mendapat hidayah. Tanpa hidayah, kepimpinan Islam, termasuk para ulama' dan ilmuan dan penjawat jawatan ugama di dalam organisasi spt JAIS, MAIS dan JAKIM, sebagai contoh, akan melaksanakan pelbagai program yg sama sekali tidak membantu umat Islam yg memerlukan dan dahagakan bantuan, pertolongan, bimbingan dan panduan hidup sebagai seorang iman yg benar, yg berjaya selamat dari siksa kubur dan selamat dari neraka. Ilmu akan memberi kesedaran dan kesedaran yg mendatangkan hidayah dan permasalahan umat Islam boleh ditangani oleh badan spt JAIS.
Saudara, memang suatu yg sukar untuk selamat dari siksa kubur dan selamat dari neraka. Kerana, di kalangan orang yg akui diri mereka Islampun, tak pasti berjaya mendapat syurga. Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu di zaman kita ini, terdapat 73 golongan atau kategori umat Islam, semuanya beranggapan mereka Islam menjalani kehidupan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tapi, Rasulallah (s.a.w) memberitahu 72 golongan atau kategori umat Islam yg mengerjakan amalan dan ibadah dan berusaha sebaik mungkin menjalani kehidupan sebagai orang Islam, kekal gagal dapat syurga, tetapi dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Dalam golongan ini termasuklah mereka yg bertugas di dalam organisasi spt JAIS. Hanya satu golongan yg berjaya mendapat syurga! Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita tahu lebih 1,400 tahun yg lampau iaitu umat Islam yg berjaya mendapat syurga itu adalah mereka yg berpandukan kpd as-Sunnah (iaitu sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin) dan mereka berjema'ah dalam Islam. Kita boleh tanya diri kita sendiri adakah kita menepati spesifikasi orang Islam yg akan mendapat syurga itu? Kita semak segala panduan amalan dan ibadah kita, niat kita dalam beramal dan mengerjakan amal-soleh, dan tujuan kita dalam berdakwah, semak pula amalan dan ibadah kita, cara hidup kita, apakah kita mencontohi Rasulallah (s.a.w)? Adakah kita lakukan perkara-perkara yg ditegah oleh al-Quran dan dilarang oleh as-Sunnah? Contohnya: kalau al-Quran berikan kita laluan atau 'tauliah besar' iaitu bila ada ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) yg kita belajar dan fahami, kita wajib sebarkan dan kita ditegah sembunyikan, maka kita tidak sebarkan, malah kita punya tegah atau halangi orang lain sebarkan atau sampaikan? Kalau as-Sunnah suruh kita sampaikan ilmu yg kita pelajari dan fahami, walaupun secebis ayat al-Quran atau sepotong hadith, kita tak sampaikan, kita halangi pula orang yg ada ilmu sedemikian sampaikan? Kedua-dua perbuatan ini melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Apakah kita benar-benar Islam?
Saudara, kalaulah 50 orang Melayu yg dikatakan Islam yg hadir program pengilmuan di greja yg di'ceroboh' itu diajarkan dan digahamkan tentang Islam, pasti mereka boleh mendapat hidayah dan petunjuk. Hanya dgn ilmu seseorang itu mendapat hidayah. Hidayah bukanlah suatu warisan sebaimana raut wajah kita kita warisi dari kedua ibubapa dan nenek myang kita. Hidayah tidak datang dgn bergolek. Kita belajar di Azhar dan Maninah atau Jordan, tanpa mengaji al-Quran dan as-Sunnah sepenuhnya, tak mungkin orang yg ada Ph D dari Azhar, Madinah, Jordan dsanya itu 'alim tentang Islam dan faham tentang Islam dan boleh mendapat hidayah. Orang Melayu Islam kerana keturunan. Namun mereka kekal Islam nama sahaja tanpa ilmu. Malah, ramai orang Melayu menjadi kafir tanpa disedari. Contoh: meninggalkan satu solat fardu dgn sengaja pasti kafir. Tidak berpuasa pasti kafir, kerana puasa adalah perintah wajib atas orang Islam, maka dgn itulah jika kita tinggalkan satu hari puasa Ramadhan dgn sengaja, pahala berpuasa dgn penuh keimanan dan ketaqwaan selama setahunpun tidak boleh mengimabngi pahala sehari tersebut. Orang Islam itu wajib dia solat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan menepati syahdahnya iaitu akur dia dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan RasulNya. Jika dia tidak akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah maka dia belum Islam, jauh sekali beriman.
Saudara, mungkin orang Islam - terutama orang Melayu - beranggapan bahawa Islam itu mudah. Memang mudah jika mereka mengaji al-Quran dan as-Sunnah dan faham al-Quran dan as-Sunnah dan mengamalkannya atau melaksanakan tuntutan kedua-dua panduan haq tersebut. Kalam umat Islam lupakan atau ketetpikan al-Quran dan as-Sunnah, dan mereka berpandukan ajaran dan kitab selain al-Quran dan al-Hadith, maka lambat laun mereka akan sesat. Itu kepastian. Ramai umat Islam yg sesat - yg kononnya berilmu apatah lagi yg jahil - pasti sesat. Jika tidak mengapakan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahwa drp 1,000 orang yg akui diri mereka Islam, hanya seorang dapat syurga?
Oleh itu berwaspadalah. Sebelum terlamat perbetulkan diri dan isilah dada dgn ilmu yg haq dan penuhilah dan perbetulkanlah tanggungjawab yg diberikan kpd kita - sama ada kita di dalam organisasi seperti JAIS atau manusia biasa spt penulis, insya Allah.
Jazakallahu khairah
Askm,
ReplyDelete1. Memang ianya berita hangat. Dengan kontravesi ini, barulah orang2 Melayu/Islam, kementerian, jabatan2 yg dipertanggungjawapkan utk mengendali dan menyelesaikan masalah sedemikian "bangun" dari tidur mereka. Tapi macam biasa, ianya akan jadi hangat2 tahi ayam je.
2. Perkara memurtadkan orang Islam ini sudah berlaku lama dah tapi tiada apa2 tindakan jangka panjang yg telah diambil. Allah telah berfirman sebagai mengingatkan kita semua bahawa mereka ( orang2 kafir ) tak akan membiarkan kamu yg iman dalam aman melainkan kamu jadi sebahagian dari mereka. Sebagai TTS ( tentera2 syaitan ), mereka telah,sedang dan akan terus mempengaruhi orang Islam untuk murtad dengan menggunakan apa2 cara pun, terang2 atau dgn tipu helah. Dan Iblis dgn angkuh berkat dia akan berjaya melainkan bagi orang2 yg beriman kpd Allah. Ini bermakna, yang akan selamat dari pengaruh syaitan utk membawa manusia ke neraka hanyalah orang2 yg BERIMAN. Ini juga dijanjikan olih Allah SWT kpd manusia yang Allah akan memberi perlindungan kpd orang2 IMAN dari gangguan syaitan.
3.Kenapa baru sekarang JAIS bertindak? Ikut perkembangan politik semasa, ini berlaku dengan adanya perpecahan dalam PAS. Dengan demikian, perkara ini ada unsur mainan politik dan bukan benar2 kerana Allah SWT. Olih itu, kalau niat tak betul, Allah tak akan membantu. Syaitan pasti menang.
4. Sebenarnya, kalau masyarakat Melayu/Islam mengaji isi quran & hadith dgn cara yg haq, mereka akan dapat meningkatkan kepahaman, amalan dan penghayatan isi Quran & Hadith, olih itu dapat melandaskan hidup mereka dalam landasan agama yg benar, maka mereka akan selamat kerana sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT.
5. Nampaknya kerajaan melalui agensi2nya dan dgn biokrasinya tak akan dapat melaksanakan tugas sedemikian dgn baik & berkesan. Maka bergantunglah kpd orang2 IMAN yang akan menjalankan kerja amal mereka berdasarkan perentah Allah supaya kita " amal makruf nahi mungkar ", nasihat menasihati manusia ke jalan Allah dgn sabar.
6. Olih sebab dana di baitulmal tak dikendalikan dgn berkesan, maka orang2 IMAN perlu memgumpulkan dana sendiri melalui beberapa YAYASAN yg akan :-
6.1 mengendalikan penyebaran ilmu Quran & Hadith sebagai aktiviti utama,
6.2 menyediakan keperluan asas kpd SESIAPA yg memerlukan, tak kira bangsa & agama, iaitu makanan, pakaian dan bumbung di atas kepala.
6.3 menyediakan pasarana dan peluang2 pekerjaan utk meningkatkan ekonomi mereka ini dengan bantuan kewangan, ilmu kemahiran dan latihan kerja agar mereka2 tersebut dapat berdekari dan menjadi orang iman yg sentiasa bersyukur.
Ini hanya cadangan, semuga mendapat perhatian dari pihak yg berminat dalam kerja2 amal sebagai,insya'allah, pelaburan di akhirat.