Assalamualaikum,
Saudara, menarik mendengar berita semalam tentang pencerobohan orang JAIS ke sebuah gereja di PJ. Hari ini dilapurkan sedikit lagi kenapa dan mengapa. Mengikut akhbar Berita Harian (5 Ogos 2011) dikatakan gereja tersebut menghidangkan makan minum kpd beberapa orang yg 'kononnya Islam' dan mengikut kata-kata salah seorang 'orang Islam' yg terlibat tu, dia mendapat bantuan ikhsan dari gereja tersebut sekian lama untuk membantu kedudukan ekonominya yg tak kokoh. Katanya lebih 100 orang Islam, termasuk ibu tunggal mendapat bantuan gereja tersebut. Mereka dah minta dari JAIS bantuan, katanya, tapi tak diberi. Katanya, mereka diberi minum 'sejenis air' (mungkin apa yg sering dikenal dgn holy water) dan mereka yg mendapat bantuanatau ingin kekal mendapat bantuan, hendaklah menghadiri program gereja tersebut. Dilapurkan juga bahawa Hassan Ali, Ex-Co Ugama Selangor terlibat memberi arahan dan Khalid MB pula seolah-olah tak tahu serbuan itu dijalankan, dan minta Padri yg mengetuai gereja tersebut datang jumpa dia selepas dia dapat lapuran lengkap JAIS nanti.
Saudara, suatu yg anih. Bagi mereka yg kenal dgn Hassan Ali dan Khalid dan kenal dgn kepimpinan JAIS, mereka tidak merasa pelik. Suatu masa dulu - tahun lepas kalau tak silap - JAIS menyerbu sebuah tempat dijadikan tempat bersolat Jum'at oleh sekumpulan orang Islam yg faham tentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang syariat Solat Jum'at. Mereka mengadakan Solat Jum'at bukan di tempat yg ditauliahkan atau diistiharkan oleh JAIS atau MAIS, pihak berkuasa ugama, maka perkumpulan itu dikira salah mengikut perundangan Ugama Islam Selangor. Mungkin, kerana tidak mengadakan Solat Jum'at di tempat yg diiktiraf, pihak JAIS mungkin membuat ketetapan bahawa Solat tersebut tak sah atau tidak mengikuti syariat Islam! Apakah begitu?
Saudara, bagi mereka yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah - dan faham al-Quran, contohnya, dari ayat pertama Surah al-Fatihah sehinggalah ayat terakhir Surah an-Nas - akan tahu, beberapa perintah pokok Allah (a.w); antaranya: pertama, umat Islam, termasuklah organisasi Islam yg menguruskan umat Islam, wajib faham dan akur bahawa ketetapan al-Quran dan as-Sunnah itu adalah ketetapan yg tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana kuasa atau individu ataupun perundangan yg dimaktubkan oleh manusia, walau warak macam mana sekalipun. Kedua, Allah (a.w) menghukumkan bahawa setiap ketetapan Allah (a.w) - malah ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah - wajib diambil pakai dan diterima dan dilaksanakan. Jika tidak dilaksanakan orang yg menentang pelaksanaannya adalah digolongkan orang yg kafir atau fasiq atau menzalimi diri mereka sendiri. Maka dgn itu mereka, di akhirat kelak, wajib masuk neraka. Ketiga, Allah (a.w) perintahkan bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah, itu wajib diambil pakai dan dijadikan panduan yg bukan saja haq tetapi mutlak, maksudnya wajib di laksanakan oleh orang yg akui diri mereka Islam. As-Sunnah tidak boleh ditolak. Keempat, amalan dan ibadah dalam apapun bentuk, cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkannya, wajib berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, jika tidak, amalan dan ibadah tersebut tidak diterima Allah (a.w) walaupun mereka beranggapan mereka adalah Islam. Justeru itu, al-Quran dan as-Sunnah adalah Perlembagaan Islam. Maka dgn itu setiap peraturan atau ketetapan (spt peraturan MAIS atau JAIS) yg bersalahan dgn atau berlainan dari atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah secara otomatis terbatal. Maksudnya: undang-undang JAIS dan MAIS hendaklah dinilai dan diteliti dalam konteks ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah! Apakah selari atau sejajar?
Dalam konteks perbezaan atau kelainan ugama pula, orang Islam dan orang bukan Islam wajib tahu atau diberitahu bahawa hanya ugama Islam yg diterima Allah (a.w) sebagai ugama bagi manusia. Ugama selainnya tidak diterima. Ugama Islam itu bukan sebarang cara dan kaedah atau sistem yg dibentuk manusia, tetapi sebagaimana yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Secara fundamentalnya, orang Islam dan bukan Islam wajib tahu dan diberitahu beberapa perkara; antaranya, pertama, oleh kerana Islam adalah ugama Allah (a.w), maka orang yg menganuti ugama selain Islam, pasti tidak akan mendapat syurga. Walau bagaimana baiknya mereka atau waraknya mereka, spt padri dan Pope di Romepun, atau dermawannya seorang yg tidak Islam, tidak ada gunanya untuk kebajikan mereka di akhirat, kerana segala kebaikan mereka di dunia, tidak diberi ganjaran pahala. Di akhirat, mereka secara otomatik dicampakkan ke dalam neraka. Malahan, dalam kubur lagi sudah disiksa sampai kiamat dunia. Kedua, orang Islam yg menentang atau menidakkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah tergolong orang yg dimurkai Allah (a.w) kerana mengagungkan atau menerima apa yg diperkecilkan oleh Allah (a.w) dan menolak atau mempersoalkan apa-apa yg diutamakan oleh Allah (a.w), iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau JAIS atau MAIS beranggapan bahawa undang-undang syariat Islam negeri Selangor itu lebih baik dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka tergolong dari golongan orang yg sama spt orang yg meremehkan al-Quran dan as-Sunnah yg diagungkan oleh Allah (a.w) dan mengutamakan pula ketetapan manusia! Ketiga, dalam konteks bantuan kpd orang Islam yg berhaq, semua kutipan zakat dan fitrah tahunan sewajarnya diagihkan kesemuanya kpd orang yg tergolong dalam asnaf yg lapan. Kalau pihak berkuasa ugama Islam sumpama MAIS dan JAIS faham ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kesemua kutipan zakat dan fitrah sepatutnya dihabiskan setiap tahun, sebelum tiba Ramadhan tahun depan. Tapi, hari ini begitu banyaknya wang kutipan zakat dilaburkan dgn membina pencakar langit atau wisma yg memanfaatkan golongan yg tak sepatutnya mendapat manfaat dari agihan zakat dan fitrah. Lihat sajalah berapa banyaknya bangunan tersergam yg dibangunkan dgn membelanjakan wang zakat. Hanya zakat fitrah yg, agaknya, dihabiskan setiap tahun. Dan, kalau kita teliti senarai mereka yg menerima bantuan kebajikan daripada organisasi seumpama MAIS dan JAIS, kita akan dapati gereja Kristian yg diserbu itu lebih mampu memberi bantuan kpd orang yg perlukan bantuan dan orang yg lebih wajar menerima bantuannya! Maka tidak hairanlah mereka ikuti program gereja tersebut demi mendapatkan bantuan! Mereka mungkin Islam secara hakiki, tanpa menyamakan mertabat Islam dgn ugama peloporan gereja, Kristian, wallahu 'alam. Namun, keperluan mereka dan keperitan hidup mereka dapat dikurangkan oleh pihak gereja.
Saudara, pihak organisasi spt MAIS dan JAIS, malah kerajaan-kerajaan negeri yg diberi tanggungjawab tentang Islam dan masyarakat Islam, sewajibnya mengkaji al-Quran dan as-Sunnah dan membuat ketetapan yg wajar dan sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Atau, kalau malas mengkaji al-Quran dan as-Sunnah, kajilah kebaikan sistem bantuan gereja tersebut. Mungkin mengikut prinsip-prinsip yg terdapat dalam Kitab Bible mereka, mereka telah laksanakan suatu sistem yg baik. Harus ingat walaupun Bible bukanlah Kitab Injil yg dibawakan oleh Nabi Isa (a.s), namun dalam perkara kebajikan manusia atau umat, sebahagian besar ketetapan dan prinsip Injil telah diguna pakai dalam Bible. Maka dgn itu, kalau kita teliti budi pekerti dan ukhuwah serta semangat setia kawan orang yg berugama Kristian, mereka lebih baik dari beberapa golongan orang Melayu yg akui diri mereka Islam. Mereka lebih menghormati orang tua, suka membantu, tidak sombong dan membangga diri, muda-mudi mereka lebih sopan, dan banyak lagi perlakuan dan keperibadian baik yg gereja ajarkan mereka.
Saudara, sistem dakwah Kristian lebih baik dan lebih mudah diterima oleh orang. Cuba bandingkan dakwah orang-orang yg menjadi anggota organisasi Islam. Kita dapati mereka lebih suka melaksanakan program yg tidak langsung bersifat dakwah. Kalau mengajar dan menyampaikan ilmu perlu diberi imbuhan yg banyak. Jika tidak, program pengilmuwan terbantut. Mereka kurang ilmu tetapi menghukum orang yg berilmu salah dan sesat. Contoh: adakah ketetapan Islam yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah menyebut atau mensyaratkan bahawa Solat Jum'at hendaklah mengandungi ciri-ciri berikut: pertama, dibuat hanya di tempat yg diiktiraf atau ditauliahkan oleh MAIS atau JAIS? Adakah pra-syarat sedemikian dalam al-Quran atau as-Sunnah? Kedua, adakah al-Quran dan as-Sunnah mensyaratkan bahawa Solat Jum'at hanya boleh didirikan jika terdapat seramai empat puluh orang jema'ah? Apakah tidak boleh disolatkan oleh tiga orang? Rasulallah (s.a.w) sering mensolatkan Solat Jum'at hanya bertiga atau bersama jema'ah yg kurang dari 12 orang? Apakah sunnah Nabi (s.a.w) sedemikian tidak boleh diambil pakai dan diikuti? Ketiga, bukankah khutbah Jum'at itu sebahagian drp Solat Jum'at - sebahagian yg hakiki - maka wajib dibacakan dalam bahasa Arab? Kalau tak boleh bercakap Arab, bagaimana? Maka dgn itulah khutbah itu wajib dibaca bukan disyarahkan! Keempat, bukankah mengikut as-Sunnah Khutbah Jum'at, sebagaimana juga lain-lain khutbah, adalah nasihat mengenai ugama, mengenai keimanan, kepatuhan kpd ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, mengenai segala sesuatu tentang persediaan dan menyediakan diri untuk menghadap Allah (a.w), membetulkan amalan dan ibadah dan meningkatkan amalan dan ibadah dan ketakwaan? Maka hendaklah nasihat mengenai akhirat dimuatkan dalam khutbah, termasuklah kebajikan dalam kubur dan di alam akhirat, dan kejayaan mendapat syurga terselamat dari neraka, setelah matinya manusia? Nasihat tentang dunia itu bukanlah forumnya khutbah. Tambahan pula wajib kita ingat bahawa pada Allah (a.w) dunia itu tak ada nilainya - kesenangan yg sedikit atau kesenangan yg melalaikan manusia, kesenangan akhirat itu lebih utama, kerana tidak ada waktu penamat! Malah Allah (a.w) memberitahu kita melalui NabiNya bahawa kalaulah dunia itu pada Allah (a.w) sama nilainya dgn kepak seekor nyamuk, maka orang yg kafir, i.e. tidak akui Allah (a.w) tuhan mereka dan Muhammad (s.a.w), UtusanNya, tidak akan diberi seteguk airpun untuk diminum. Oleh kerana pada Allah (a.w) dunia itu tiada nilainya, orang kafir dan kufurpun diberi rezki - malah diberi lebih banyak rezki pula - kerana berjaya di dunia tak penting pada Allah (a.w). Allah (a.w) inginkan manusia itu berjaya di akhirat. Tak siapa boleh berjaya di akhirat kalau mereka membelakangi atau mengubah atau meninggalkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Sepatutnya, orang-orang yg berada dalam organisasi spt MAIS dan MAIS, wajib ilmukan semua orang Islam supaya mereka sendiri bertindak mengikut landasan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan mereka mengilmukan umat Islam supaya mereka dapat bezakan yg haq dan yg batil dalam Islam, dan mereka faham apakah mereka akan selamat apabila menganuti fahaman ugama selain Islam, dan apakah mereka benar-benar mengamalkan dan mengibadahkan syariat Islam yg haq mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ini sepatutnya menjadi misi mereka dalam organisasi spt JAIS dan MAIS dan JAKIM.
Oleh kerana itu, sebelum menghukum mereka yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah di Kajang itu dan juga, baru-baru ini, di Padang Jawa, sebagai golongan menyimpang atau sesat, mereka wajib faham Islam. Mereka wajib ilmukan diri mereka sepenuhnya dgn al-Quran. Mereka wajib teliti as-Sunnah dgn mempelajari Kuttubul Sittah. Jangan memandai-mandai tanpa ilmu atau bertindak dalam kejahilan. Akibatnya, kesilapan kita tanggung sendiri. Orang yg menghalang proses dan program pengilmuan Islam yg hak besar dosanya dan besar siksaannya dalam kubur dan di akhirat...
Oleh kerana itu, sebelum menghukum mereka yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah di Kajang itu dan juga, baru-baru ini, di Padang Jawa, sebagai golongan menyimpang atau sesat, mereka wajib faham Islam. Mereka wajib ilmukan diri mereka sepenuhnya dgn al-Quran. Mereka wajib teliti as-Sunnah dgn mempelajari Kuttubul Sittah. Jangan memandai-mandai tanpa ilmu atau bertindak dalam kejahilan. Akibatnya, kesilapan kita tanggung sendiri. Orang yg menghalang proses dan program pengilmuan Islam yg hak besar dosanya dan besar siksaannya dalam kubur dan di akhirat...
Semoga sdr yg membaca komen ini sedar dan faham, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment